Sunday, 15 July 2012

WAH!!!

Alexander Graham Bell, pencipta telefon tak pernah telefon ibu or wife dia sebab kedua-duanya pekak.


Burung hantu merupakan satu-satunya burung yang boleh nampak colour biru.


Girafah boleh bertahan tanpa air lebih lama dari unta. Baru ku tau.


Hanya manusia yang menangis kerana perasaan. Betoi ka?


Pil pencegah kehamilan juga berkesan pada gorila. Hai dahla spesies terancam janganla dok suap pil tue pulak!


Paraskevidekatriaphobia or triskaidekaphobia merupakan ketakutan terhadap angka 13. Puteri pulak fobia nak menyebut nama penyakit ni.


12 orang bayi yang baru lahir diserahkan kepada parents yang salah. Sedihnya.







Rama-rama Dalam Perut


Puteri sekarang tengah nervousss yang teramat sangat. Takut. Ya Allah bantulah hambaMU yang lemah ini. Hanya kepadaMU aku bersandar dan memohon.



Senang orang cakap don't think too much. Hmm kalaulah semudah tue. If i could i would. Puteri sampai tak boleh tido and tak lalu makan. Tapi apa yang pasti semuanya akan berlalu. Puteri cuma minta diberi kekuatan saat ini.

Sunday, 8 July 2012

Disaster Cake

Apalah nasib aku hari ni nak buat cake tapi tak jadi! Semuanya gara-gara silap paham ingat ke satu jarum kat penimbang mewakili 10 gram. Hai bijaknya puteri. Yelah dah berkurun tak guna scale tue. Sobsob..Bak kata adik aku tue la masa nak buat tak baca bismillah. Betul sangat lah tue. Padan muka aku. Takpe saya takkan give up. Benda ni jadi biar jadi pengajaran. Chaiyokk chaiyokk!

Friday, 6 July 2012

Planning Sang Puteri

Short Term Planning
  1. Tidur, bangun sahur (ganti puasa last minute. hehe), solat subuh
  2. Buat trifle coklat setelah direquest oleh adik
    hopefully menjadi secantik ni
    3.  Buat red velvet cupcakes
gambar memang nak gebang jea

    4.  Sambut puasa dengan family
    5.  Balik berpuasa di kampung pada pertengahan ramadhan dan RAYA!!!

Long Term Planning
  1. Mau sambung belajar
  2. Dapat kerja di bank ternama, preferable Islamic bank
  3. Mau kahwin dan ada anak
  4. Mau ada bisnes sendiri
  5. Jadi big boss, bisnes pekerja yang uruskan, spend time dengan family and tambah amal ibadat. Pergi haji Insyaalah.
p/s :puteri tak lupa..kita merancang ALLAH juga merancang, dan perancangan ALLAH adalah yang   terbaik. wallahualam :)


Harta Karun Pak Pandir


Setelah berbulan lamanya mencari harta karun di belakang rumahnya, akhirnya Pak Pandir berjaya menemukan jongkong emas seberat 15 kilogram yang tertanam di bawah jamban rumah jirannya. Dengan penuh perasaan gembira Pak Pandir membawa pulang emas tersebut.

 Sampai di rumah, tiba-tiba Pak Pandir merasa bimbang kalau-kalau sahabat baiknya Luncai mengetahui tentang harta yang dijumpainya, pasti Luncai akan mengambil emas itu. Hasil buah fikiran itiknya, Pak Pandir mendapat idea untuk menanam emas itu di taman permainan kanak-kanak di pekan berhampiran tempat tinggalnya. 

Pak Pandir menggali lubang yang besar untuk memasukkan harta karunnya itu. Setelah selesai menimbus harta karunnya, bimbang hartanya diketahui orang, dia pun meletakkan papan tanda bertulis "Di sini tiada harta karun Pak Pandir". Lega hatinya, Pak Pandir pun pulang dengan perasaan gembira. 

Malam itu sedang Luncai di dalam perjalanan untuk mencuri duit di masjid berhampiran, dia ternampak papan tanda Pak Pandir. Apa lagi, dia pun terus mengorek tanah dan mendapatkan emas yang tersimpan di situ. Bimbang perbuatannya diketahui Pak Pandir, untuk 'cover line', luncai menimbus semula lubang tersebut dan meletakkan satu lagi papan tanda bertulis 

"BUKAN LUNCAI YANG AMBIK!".


p/s : need some laugh? sila ke sini

Thursday, 5 July 2012

Puteri Beradu, Tersurat dan Tersirat




Anda tertanya-tanya tak kenapa aku pilih nama Puteri Beradu? Aku yang kerdil ini bukanlah berketurunan kerabat raja ataupun yg seumpamanya. Memang tak ada gelaran langsung pada pangkal nama sebenar empunya diri. Nak kata minat sleeping beauty, masa kecik-kecik dulu minatlah. Tpi seingat aku lagi suka cinderella. Sampai bergaduh dengan adik yang mana lagi cantik, cinderella atau sleeping beauty. Hahaha..Sebenarnya sleeping beauty adalah gelaran yang diberikan housemates  ketika berada dalam semester satu pengajian tahun pertama. Tapi telah dimodified sikit jadi Sleeping x Beauty. Hehe..Nama tu diberikan sempena tabiat aku yang sangat kuat tido dan masih tak berubah sampai sekarang. Sekarang dah pun habis belajar tapi selalu jugak senyum sorang-sorang bila teringat kenangan lama. Hehehe. Aku sebenarnya  sedih hari ni sebab salah seorang peserta Imam Muda pasti akan disingkirkan. Mudir dah bagi amaran keras dalam episod lepas. Puteri suka semua imam muda and aku taknak sapa-sapa pun pergi. Tapi itulah realiti. Walau siapa pun tersingkir puteri harap dia akan tetap meneruskan perjuangan dakwah setelah keluar dari Akademi Imam Muda. Amin..
Hensem-hensem kan imam muda musim 3. Akhlak pun terpuji Insyaalah.



Wednesday, 4 July 2012

Sekadar Omong Kosong

Assalamualaikum w.b.t. Dari utara bawa sejahtera, dari timur bawa makmur, dari barat bawa berkat, dari selata terus bawa teman-teman. Sangat suka dgn salutation yg dicopy dari rancangan Imam Muda 3. Kreatif dan lain dari yg lain. Hari ini mungkin hari yg biasa bagi anda semua tp bagi saya hari ini merupakan hari bersejarah kerana secara rasminya puteri bergelar blogger. Yeay!!! Secara tak langsung hari-hari seterusnya sebagai penganggur bertauliah terisi jugak. Sebab baru buat kan, so semangat melap-luap. Rajinlah puteri melawat encik google lepas ni untuk mencantekkan blog. Semoga saya tak lalai. Kepada pembaca budiman, diharapkan blog ini dpt menghilangkan bosan anda dan juga memberi inspirasi tak kisah la dlm bentuk apa pun. Bye seketika :)