Saturday 12 December 2020

Brand New Mary Kay Satin Hand Soap Review

 Assalamualaikum & morning semua!😀

Saya doakan semua yang membaca sihat-sihat semuanya Amin...

Btw, dah dengar ke gosip terbaru?😎

Mary Kay lauch produk baru lagilah, and kali ni memang kena dengan situasi semasa.

Memperkenalkan...Satin Hand Shea Hand Soap yang terbaru😍

Di kala pandemik melanda, kita meang kena selalu cuci tangan. Tapi masalah lain pulak timbul, bila kerap cuci tangan kulit tend untuk jadi kering pulak. Especially yang kulit sensitif atau ada ezema macam saya. Saya sampai ada fobia dengan sabun biasa sebab pernah kena eczema yang sangat teruk, cuma boleh pakai body wash dari farmasi.


Tesktur Hand Soap baru ni macam gel, and serius lepas guna tangan rasa lembut sangat macam nak cuci banyak kali tau. Lepas tu guna sikit pun dah dapat cover dua-dua belah tangan. Satin Hand Soap ni fragrance free, tapi dia ada sedikit bau shea butter yang soft. Shea butter ni memang ingredient famous untuk melembapkan kulit and bukan sekadar melembapkan saja, tapi dia jugak mengunci kelembapan dalam kulit tau.

Shea Hand Soap ni memang fragrance free, tapi tak bermaksud tak power. Ada customer bagi feedback after guna shea hand soap ni terus hilang bau hanyir lepas siang ikan. Woww~
 

First batch dah sold out dekat HQ,nasib kita ada lebih. Kalau berminat habaq ya, sebelum licin lagi😁

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc







Wednesday 21 October 2020

Kegunaan Mary Kay Nourishing Oil

 Assalamualaikum & morning!

Saya dah share kan sebelum ni tentang produk baru dari Mary Kay which is Naturally set, and antara salah satu item dia ialah Naturally Nourishing Oil. Nourishing Oil ni memang dibuat dari 100% natural ingredients - olive oil, sesame oil & sweet almond. Patutlah bau dia best sangat~ bau almond yang soft. Nourishing Oil ni memang untuk hydration & soothing kan kulit, tapi tahu tak ada banyak lagi kegunaan Nourishing Oil ni. Jom kita tengok~

1. Boleh pakai di muka anytime needed

2. Boleh pakai di kuku especially time sekarang ni cuticle mudah jadi              kering sebab banyak guna sanitizer      

3. Boleh apply di rambut untuk merawat rambut kusam & kering

4. Boleh mix dengan serum untuk penyerapan lebih baik

5. Boleh mix dengan moisturizer untuk lebih hydration

6. Boleh sapu dekat tumit kaki yang merekah

7. Boleh mix dalam body lotion

8. Boleh guna sebagai makeup base supaya mekap tahan lebih lama

9. Boleh mix dengan foundation untuk lebih glowing

10. Boleh mix dengan dengan toner juga

Wahh banyak betul kegunaan Nourishing Oil kan, banyak magic dalam satu botol. Saya suka sangat dengan bau soft almond rasa macam terapi. Nak tahu lebih pasal Nourishing Oil you all boleh baca saya punya previous post 👉 Mary Kay Naturally

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc








Monday 19 October 2020

Personal Advanced Makeup Class (PAMU)

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan~

Inilah description yang sesuai sempena PKPB yang berkuat kuasa semula di Selangor. Plan asal kami untuk attend makeup class special untuk achievers dekat Seri Kembangan, lepas tu akan ada sesi photshoot pulak. Tapi disebabkan PKPB, photoshoot terpaksa postpone and kelas mekap pulak dibuat secara virtual melalui Zoom. Ada hikmah jugak pagi tu sempat pi breakfast & spend time dengan parents tersayang😊


Hari tu tema dia makeup event, tapi makeup event yang senang. Mata tu nampak macam cut crease kan tapi sebenarnya bukan, in fact saya tak guna eye primer pun. 

Yang ni nampak lagi jelas kan makeup bahagian mata, betul dak macam cut crease?😍

Transformation lah konon hehehe~

Jom tengok sisters lain punya mekap😍


Ada yang belajar sambil kendong anak maklumlah online class kan😁


Haa ni pulak sesi bergambar online lepas habis kelas, yang bawah belah kiri tu sister kami dari Sabah, jauh di mata tapi tetap dekat di hati~

So itulah dia kelas PAMU kami first time secara virtual. Sejujurnya saya ni bukanlah jenis yang suka gathering even sebelum covid pun, tapi dalam Mary Kay saya suka berkumpul dengan sisters sebab sukakan semangat & vibes positif. Jom sama-sama kita doakan wabak covid ni dapat dihilangkan dari muka bumi ni Amin...

By the way, sepanjang awal PKP lagi saya memang buat bisnes Mary Kay dari rumah je most of the time. Alhamdulillah terbukti yang industri kecantikan adalah industri yang dapat bertahan walaupun pada waktu sukar. Kalau you all nak tahu lebih tentang peluang kerjaya Mary Kay, boleh contact saya dengan click link dekat bawah😇

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Thursday 15 October 2020

Scan kulit online? Biar betul?

Assalamualaikum & morning semua!

Hari ni saya bukan nak cakap pasal produk baru sebab dah habis dah cerita pasal semua produk😁 Tapi hari ni saya nak share kan technology terbaru dari Mary Kay yang membolehkan kita untuk scan kulit di alam maya fuhh macam di alam kayangan pulak bunyinya. Beauty consultant dah dibekalkan dengan apps baru yang menggunakan intelligent technology untuk scan kulit secara virtual dan dia akan keluarkan report kulit kita dalam 8 dimensions woww😱

Jadi ada yang tanya macam mana boleh scan kulit secara online, macam impossible jee. Okay sebenarnya you all akan klik link yang diberikan oleh beauty consultant, so nanti dia connect dengan phone camera and  suruh you all snap gambar untuk dia scan. Basically bila kita tengok cermin kita boleh nampak kan kalau muka kita ada pori terbuka, garis halus, eyebags, part yang berminyak or kering dan macam-macam lagi. Itulah jugak yang akan di"capture" oleh camera phone anda. Jadi tugas virtual skin analyzer adalah untuk translate your skin condition into words and provide a detailed skin analyis. Haa tengok, bila speaking bermaksud kakak serius😂

Dulu kami guna device ni untuk scan kulit ni, sekarang you all cuma perlu klik link. Lagi-lagi musim covid ni kan kita kena jaga jarak😌

Jadi contoh skin report yang akan keluar macam ni;


Ni contoh kulit saya sendiri, dapat 82pts kira okay lah kan. Kategori "A" jugak😀


Dia mention kawasan mata saya "very poor" huks, which is memang betul sebab saya banyak tidur lewat lately and eye cream pulak tak pakai konsisten sangat. Tapi bila tengok result ni terus rajin pakai eye cream hahaha


Macam ni pulak dia bagitahu blemish spot saya mild je, jadi takde masalah parut yang jelas yeayyy. Thanks Lumivie sebab tak bagi parut jerawat bertapak lama di wajah😀


Alamak dah ada wrinkles lah, tapi bukan wrinkles yang berkedut seribu tu. Dia mention kat sini smile lines tapi I tak risau sebab pakai Youthfinity kan now😁


Ni antara contoh explaination yang you all akan dapat

So itulah contoh sebahagian screenshot yang saya share kan. Actually banyak lagi details yang you all, jadi kalau nak tahu keadaan kulit you all macam mana, haa jom click link di bawah😍 

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Tuesday 6 October 2020

Unit Meeting October 2020

Assalamualaikum & morning semua!

So hari Sabtu lepas kami attend unit meeting di Seri Kembangan. Meeting kali ni ESSD kami share mengenai features terbaru skin analyzer yang kami guna untuk scan kulit you all. So siapa yang scan kulit dengan beauty consultant Mary Kay lepas ni memang akan dapat more detailed result.


        
And you all tahu tak kali ni Mary Kay ada new technology yang boleh scan kulit secara virtual woww! Yes it's true. So siapa yang duduk jauh dari saya tapi nak tahu details pasal kulit sendiri boleh roger naa~

    
Kami juga berpeuang untuk cuba produk terbaru Mary Kay which is Naturally. Tapi la ni saya dah ada satu set khas untuk you all cuba. Nak cuba for free boleh habaq tau😀



Dah habis meeting haruslah tangkap gambar kan, tapi kena jaga jarak lah. Jom sama-sama doakan Covid 19 cepat-cepat berlalu supaya kita dapat berkumpul ramai-ramai macam dulu. Rindu positive vibes dari sisters Mary Kay. Anyway, thanks for reading & have a good day everyone!😍

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc




Saturday 26 September 2020

New Mary Kay Fanorama Mascara Review

 Assalamualaikum & morning!

Uishhh apa yang berkipas-kipas tu😎

Laa bulu mata awokk rupanya~ 

Mentang-mentang pakai mascara baru dari Mary Kay, terus berkepak-kepak bulu mata dia😁

Dia punya packaging pun bukan main kelas lagi~

Apa yang specialnya Mascara Fanorama yang baru?

  • berus berbentuk hourglass untuk sapuan yang lebih mantap
  • mempunyai tiga jenis teknik untuk diapply pada bulu mata
  • britsles berbentuk bulat untuk membantu coat setiap bulu mata
  • design khas untuk melentik dari depan ke belakang, dari hujung ke hujung untuk make sure tiada bulu mata yang tertinggal, termasuklah bulu mata yang degil

Testimoni dari National Director kami, kak Sheila. Dia  kata Fatorama sangat~ testimoni saya sendir sabaq naa, bulan depan baru masuk nanti saya share.

Kalau bergabung dengan eyeliner Mary Kay ni nanti macam manalah kan, mesti letop kebabomm

So next month baru keluar mascara Fanorama ni, tapi boleh je kalau nak pre-order dengan saya sebelum sold out😀 

Have a nice day everyone!💝

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc






Wednesday 23 September 2020

Pantang Larang Jerawat

 Assalamualaikum & morning!

Kebiasaan yang memudaratkan😯apa tuuu?? Haa jom kita baca pantang larang untuk mencegah Miss J dalam entry kali ni~

1. Jangan Picit Jerawat

Biasa lah geram kan dengan jerawat, tapi bukan alasan untuk kita picit. Nanti bacteria lagi tersebar alih-alih tempat lain pun naik jerawat jugak huhu. Sebaliknya boleh guna krim khas atau ubat untuk kecilkan jerawat. 

2. Jangan Guna Advanced Skincare


Aiii guane tu, bukan kalau advanced skincare lagi bagus ke. In fact, yes. Tapi tengok keadaan kulit jugak. Biasanya advanced skincare ni mengandungi rich ingredients yang focus kepada mencantikkan kulit dengan function seperti menegang, mencerah, menggebu etc tapi dia tak merawat kulit. And ada certain ingredients seperti vitamin C boleh menyuburkan lagi jerawat walaupun vitamin C terkenal dengan benefir dia untuk mencantikkan kulit. So kalau you all ada jerawat, seeloknya guna skincare yang ada salicylic acid.

3. Jangan Malas Cuci Mekap


Ni dah biasa kan dengar kan. Biasanya orang kita takde masalah cuci mekap sebab kita nak solat. Tapi the main issue is samada kita cuci betul-betul bersih atau tak. Sebab kebanyakan foundation tak lut dengan cleanser saja, sebab tu kalau biasanya lepas kita cuci muka & wipe guna toner, still ada sisa foundation kan. Jadi dekat sini pentingnya double cleansing or deep cleansing guna tools macam Mary Kay skinvigorate brush.

4. Jangan Malas Tukar Sejadah, Towel & Cadar


Termaktub jugak dekat telekung, sarung bantal & macam-macam lagilah yang kita guna secara kerap. Macam sekarang musim PKP kena pakai mask, make sure you all selalu ganti mask or basuh untuk yang washable.

5. Jangan Gunakan Scrub


Ouch bila fikir pun rasa sakit, boleh luka kalau guna scrub atas jerawat. Sebaliknya guna mask yang ada function untuk merawat jerawat. Better guna yang ada salicylic acid untuk treat jerawat.

Jadi inilah antara pantang larang untuk yang ada masalah jerawat, and even untuk yang takde masalah jerawat pun pantang jugak. Untuk lebih info mengenai produk untuk masalah jerawat, boleh click di bawah👇👇

Mary Kay Set Jerawat

Nak dapatkan consultation yang terbaik untuk kulit anda, boleh takan talian hayat dekat bawah😍

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Sunday 20 September 2020

Brand New Mary Kay Naturally Review

Assalamualaikum & morning!


Fuyooo ada skincare baru lah, and kali ni nama set dia tak lah berbelit sangat nak menyobutnya macam sesetengah produk lain😂 Nama dia Naturally. Specifically designed for those with sensitive skin. Jadi kalau you all ada kulit yang fragile ataupun merupakan bekas pengguna produk high chemical, memang highly reccomended guna Naturally ni. Jom tengok setiap item dia😍

1. Naturally Purifying Cleanser

Tesktur dia creamy and very mild, kena letak atas kapas dulu, basahkan muka then gosokkan cleanser seluruh muka. So kulit yang sangat sensitif pun sesuai gunakan cleanser Naturally tanpa risau yang dia akan irritate skin. And of course, macam cleanser2 lain dalam Mary Kay yang ni pun takde buih.

2. Naturally Exfoliating Powder

Yang ni syiokkk and lain dari yang lain, first time Mary Kay keluarkan exfoliating powder. Kena mix dengan air, then gosokkan dekat muka buat macam scrub. Walaupun berfungsi macam scrub, tapi dia buat kerja dia dengan sangat gentle, yelah dah nama pun untuk sensitive skin kan.

3. Naturally Nourishing Oil

Berfungsi untuk soothingkan kulit, biasanya kulit sensitive ni suka naik rashes macam saya time balik kampung, so masa tu kena pakai skincare yang manja-manja je. Nourishing Oil juga pastikan kulit sentiasa hydrated, sebabkulit sensitive mudah hilang lembapan. Let say kalau you pengguna advanced skincare dalam Mary Kay macam saya😁, boleh add on Naturally Oil ni sebab dia takan kacau kita punya current skin regime. 

So itulah secara ringkasnya mengenai skincare set terbaru dari Mary Kay. Ingat tau dekat Mary Kay kita ada lebih 200 produk untuk disesuaikan dengan masalah kulit masing-masing. So make sure anda dapatkan prosuk Mary Kay dari beauty consultant yang bertauliah tau bukkanya dari Soppe, Lazada, Corousell, etc. Sayangla nanti you all tak dapat consultation lepas tu taj dapat 90 Days Satisfaction Fuarabtee pulak huhuhu.


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Jenis-jenis Jerawat

Assalamualaikum & morning!

Memandangkan ramai yang mengadu masalah jerawat la ni, tak kira tua ke muda jadi saya rasa terpanggil untuk buat special posting hari ni. Jerawat ni ada jenis-jenis dia, sometimes kita tak sedar pun benda tu jerawat. Jom tengok!😀



Ni rasanya semua dah kenal kan, yg kita rasa annoyed sgt tu. Blackheads ni bintik hitam yg suka timbul dekat bahagian hidung especially. Blackhead terhasil ketika pori tersumbat bersama minyak & sel kulit mati dlm keadaan pori terbuka, so warna hitam muncul di permukaan pori, hence the name "blackheads".


Ni kawan kepada blackheads. Whiteheads berlaku dlm keadaan pori tertutup - bila minyak & sel kulit mati terperangkap dlm pori. So end up dia akan timbul benjolan putih yg menjajar dekat kulit.

Jerawat inflammatory muncul dekat bawah permukaan kulit, and nampak kemerahan. Tapi dia takde mata mcm jerawat batu. Jerawat inflammatory terjadi sebab radang kulit - dinding sekitar pori rosak & menghasilkan pori yg keras & tersumbat. Tu yang jadi merah2.


Lebih kurang mcm jerawat batu. Ada nanah dekat dalam, and memang nampak timbul mata dia yg berisi nanah. Fragile & sakit. Pustular Acne terjadi disebabkan hormon, allergic ataupun kena gigitan serangga tapi most of the time punca dia sama jugak which is sebab pori tersumbat.


Jerawat yg timbul dari bawah kulit & rasa sakit. Tak macam jerawat pustular & pupular, jerawat nodular terhasil lebih dalam di permukaan bawah kulit. And in this case, skincare saja tak cukup utk merawat so kena refer pada pakar.


Jerawat batu terbentuk dari lapisan kulit yg lebih dalam. Puncanya dari pori tersumbat disebabkan sebum, bacteria & sel kulit mati. Sebab tu timbul benjolan beserta nanah. Jerawat batu boleh menyebabkan infection yg serius, and kebanyakan akan jadi parut dekat muka.

Jadi inilah antara jerawat yang popular. Sesetengah jerawat memang curable, tapi ada yang perlu dapatkan bantuan pakar kulit. Dalam Mary Kay sendiri ada skincare & makeup tertentu untuk menangani jerawat, you all boleh contact saya kalau perlukan lebih info😍

Produk Mary Kay untuk hilangkan jerawat, click here


To contact me, please click

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc






Tuesday 15 September 2020

Pengalaman Mekapkan Fussy Client


Assalamualaikum & morning!

Selamat Hari Malaysia semua😀

Sempena Hari Malaysia hari ni, walaupun takde kena mengena tapi saya terlintas untuk share cerita saya mekapkan satu client bulan lepas. 

Jadi macam biasa, client contact saya melalui whatsapp,dia tanya caj untuk mekap pi kenduri. Lepas saya bagitau harga berapa dia cakap takut suami dia marah spend banyak sangat untuk mekap, so saya suggest rate yang lebih affordable. And the she said yes.

Dia ada mintak gambar-gambar yang saya pernah mekapkan, which is normal. Yang saya start rasa semacam bila dia tanya, "nanti sis tutup kening guna concealer kan?" Saya jawablah ya, memang saya guna concealer. Lepastu dia tanya lagi, kalau guna concealer memang takkan nampak kan lebihan kening tu. Saya jawablah tak nampak kalau letak tebal tapi dalam hati saya jawab "hellooo I know my job"😂 

Saya ingat ke dah habis dekat situ, then malam sebelum appoinmet saya mesej dia untuk confirmation, lepas tu dia tanya lagi "sis berus2 mekap tu cuci tak? Ada orang lain guna sebelum akak tak?"

Saya dah agak turned off tapi still jawab dengan baik yang memang ada orang lain guna berus2 mekap tapi saya memang cuci. Lepas tu dia tanya lagi, "produk-produk sis guna okay kan? Akak takut pakai yang murah-murah sebab tak biasa and ada allergic". Masa ni serius saya rasa macam nak meletup, tapi still reply baik-baik & kata yang saya guna produk international. 

Sebagai penutup dia kata "janji mekap mesti cantik". Fuhh rasa nak hempas phone. Saya membebel sorang-sorang, hisshh nak murah tapi demand. Saya rasa nak cancel & sembur je akak tu, lagipun dia cuma nak mekap sebagai wedding attendee saja, bukannya dia pengantin pun. So no harm kalau saya cancel untuk mekap dia.

Long story short, I maintain my calm. Esoknya pagi-pagi buta saya dah terpacak depan rumah dia sebab pukul 9 pagi dia dah kena gerak. And guess what, akak tu siap masakkan kuih untuk  saya breakfast. Faham tak perasaan makan kuih pana-panas dengan teh o, fuhh... Tapi saya makan ala kadar je sebab fiirkan I got job to do, tapi akak tu suruh saya makan lagi😂 and dia borak-borak dengan saya macam dah lama kenal.

Yes akak tu memang cerewet, dia siap part kening dia pi tengok dekat cermin. Bila siap mata dia pi tengok lagi. And lepas dah siap mekap tu dia bagitau saya "akak puas hati lah" sampai kembang hidung saya lepas tu dia suruh saya sambung makan lagi😂

Sebelum balik, akak tu siap tanya saya "cukup ke yang akak bayar awak ni, awak susah-susah datang pagi2?" Tersentuh hati saya...masa tu saya rasa menyesal sangat sebab bersangka negatif pasal dia. 

So moral of the story, kita kena selalu bersangka baik dengan orang lain, husnuzon. Akak tu memang cerewet, tapi bila fikir balik sebenarnya apa yang dia tanya tu soalan yang wajar ditanya dekat MUA. Sebenarnya mmg ada MUA yang tak cuci berus huhuhu and ada orang yang memang  tak boleh kalau mekap sebarangan sebab allergic termasuklah saya sendiri. So bila akak tu tanya macam tu, secara tak langsung saya pun jadi lebih alert dengan perkara-perkara kecil yang kita sering terlepas pandang. Thank you akak sebab berikan saya pengalaman berharga hari tu😃


Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Wednesday 9 September 2020

Our Pink Party

Assalamualakium & morning!

Wow saya rasa refreshed sangat bila dapat bertemu sisters lain ambik aura. Maklumlah sejak PKP kami jarang berkumpul tapi yang penting kami tetap di hati masing-masing gituu~

Jadi hari Sabtu lepas kami telah buat facial spa yang merupakan open event dan kami boleh ajak guest yang bukan beauty consultant. Dalam kelas ni beauty consultants baru & guests berpeluang untuk cuba Pink Clay Mask yang terbaru😍



Tema PINK sempena meraika Pink Clay Mask yang baru keluar😀

Aisehh dapat hadiah lagi, thanks my mentor yang tak jemu memanjakan kami dengan hadiah😍


Yang lain pun bukan main senyum lebar lagi yelah siapa tak suka bila dapat hadiah kan😀

So basically hari tu kami cuba Pink Clay Mask yang baru sambil berkumpul & bonding sesama sisters. Yang ada anak bawak anak. Kebanyakan yang buat Mary Kay adalah secara part time saja, tapi depa rajin datang program Mary Kay sebab sambil kita gain knowledge, sambil kita have fun jugak. 

Siapa suka dengan sisterhood yang positive macam ni? You're always welcome to be a part of us, click the link below to contact me😊


Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc