Showing posts with label kelebihan menjadi beauty consultant mary kay. Show all posts
Showing posts with label kelebihan menjadi beauty consultant mary kay. Show all posts

Monday, 14 March 2022

How To Overcome Your Fear

Hai & salam semua😃

Wahh lama betul tak update blog kan, bukan apa now Dilla lagi active dekat instagram. Tapi dilla ada belajar satu tips untuk melawan ketakutan yang dilla rasa sangat rugi kalau tak share dekat sini. You all pernah dengar pasal “Anchor Thought”?


Apa itu “Anchor Thought”?⚓️

Anchor ataupun sauh kapal ni function dia utk tahan kapal dari bergerak, so basically Anchor Thought ni maksudnya kita tahan fikiran kita dari fikirkan ketakutan kita. So macam mana nak apply Anchor Thought?

Situasi 1;

Bedah baru je kahwin, so excited nak pergi honeymoon dekat Maldives. Tapi Bedah sangat takut naik kapal terbang. Jadi instead of fikir benda2 dahsyat yang boleh berlaku Bedah cuma bayangkan yg indah-indah je - nanti boleh jalan dekat tepi pantai dgn husband sambil pegang tangan, boleh OOTD dgn dress baru upload kat instagram😄 lepas gu boleh candle light dinner dgn hubby. Terus Bedah jadi tak takut dah.

Situasi 2;

Tipah nak buat bisnes sebab nak tambah income tapi Tipah ni jenis sensitif dengan cakap-cakap orang plus Tipah ni pemalu. Tapi instead of fikirkan kata orang & rasa malu, Tipah bayangkan dapat duit sales 2k utk bulan ni and boleh hantar lebih dekat mak di kampung. Tipah jugak boleh shopping baju utk diri sendiri and anak2 leps settlekan bayar bil yang tertunggak. Terus Tipah happy & excited nak start business!😍

Jadi rasanya dah jelas kan cara nak apply Anchor Thought - fikirkan outcome yang positif and dapat happykan kita. Inshaallah rasa takut akan berkurang or hilang terus😊

Semoga sharing hari ni bermanfaat untuk you all~😃

Jom follow Instagram dilla for more updates👉🏻Instagram

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

Monday, 14 June 2021

My Consultants - Part 1

Hai & salam semua😃

Posting kali ni agak special sebab biasanya saya share pasal kisah diri saya kan, tapi kali ni special sebab saya nak sharekan kisah orang lain pulak. Kami bermula dengan strangers, tapi Alhamdulillah asbab Mary Kay now masing-masing dah macam family. Jom selami kisah macam mana saya boleh berkenalan dengan beauty consultant unit saya and saya akan ikut urutan yang mana join dulu.

1. Hashimah Zahari



Throwback lepas buat skincare class dengan Shimah & the geng, Shimah yang duduk dua dari kanan

Shimah antara beauty consultant yang terawal yang saya recruit and masih stay dengan saya empat tahun kemudian😃

Shimah ni sebenarnya kawan kepada cousin saya and kami jumpa waktu saya buat skincare class dekat kolej Uitm dengan kawan-kawan lain. Long story short, Shimah joined mary kay untuk repair muka dia yang agak teruk breakout sebab guna produk peeling (penggelupasan).

Over time, kulit Shimah dah makin baik and sekarang dah bukan main gorgeous! Daripada kulit yang sgt fragile penuh jerawat batu sekarang Shimah dah boleh pakai advanced set Alhamdulillah~ Dari guna sendiri Shimah dah ada customers dari kalangan kawan-kawan dia and dapat side income jugak!

Perjalanan Shimah dalam mary kay ni bermula since dia study, then grad lepas tu kerja sampai kahwin and masih setia dengan Mary Kay😍

2. Nurfazliyana Martinos


Gambar sebelah kanan tu masa first time jumpa Yana lepas mengajar mekap dekat depa

Yana ni sebenarnya duduk satu taman dengan saya, tapi kenal melalui Facebook jugak. Yana attend kelas mekap yang jiran dia arrange dengan saya and mula-mula dia jadi customer je dulu sampailah bila saya nampak passion dia dalam bidang kecantikan saya decide untuk ajak Yana join Mary Kay. And she said yes!

Yana bantu mak dia menjahit dekat rumah & ada buat cookies sikit-sikit, yana tak boleh keluar kerja sebab ada tanggungjawab untuk jaga family. Yana bagitau saya bila join Mary Kay hidup dia jadi lebih happening and takdelah terperap je macam dulu, now boleh keluar pakai cantik-cantik. Memang kalau ada event or kelas saya akan angkut Yana sebab kami setaman & sama-sama full time.

Yana sebenarnya suffer from depression, tapi dia bagitau yang after join Mary Kay banyak bantu dalam proses recovery dia and now dah kurang bergantung kepada anti-depressant pill. And yang bestnyaa Yana dapat extra income dengan mary kay jugak😃

3.Siti Khadijah Muhamad Nasir


Before Mary Kay


After Mary Kay, bukan main lagi dia punya glow up kan😃

Siti ni duduk jauh di Penang, kami sama-sama belajar dekat Uitm Perlis tapi kenal dekat facebook jugak😂 kiranya masa zaman study tu tak kenai pun. Siti ni bermula sebagai customer, ada lah dia beli lipstick, perfume sikit-sikit. Siti pun macam saya jugak dulu, try macam-macam bisnes. Sebab nampak passion Siti dalam bisnes saya ajak Siti join Mary Kay and after setahun kot barulah dia setuju😆

Lepas join Mary Kay siti terus keluar dari group-group bisnes lain sebab dia pun sedar buat banyak-banyak bisnes pun takde hasil. So now Siti focus buat mary kay part time and sejak bulan pertama joined Siti tak pernah miss dapat customer setiap bulan. Siti jugak bagitahu saya duit hasil sales Mary Kay dia dapat hulurkan untuk parents jugak Alhamdulillah. FYI saya dan siti tak pernah jumpa pun from the first day dia jadi customer or register dengan saya, semua saya guide melalui phone & whatsapp je.

Memandangkan cerita masing-masing agak panjang, jadi saya decide untuk buat few parts supaya tak jadi novel😆

Kisah beauty consultants yang saya share ni kisah benar and nampak kan setiap bc jumpa saya & Mary Kay dengan cara berbeza tapi tulah kalau Allah dah “jodohkan” tu akan bersatu jugak. Kalau you all berminat nak jadi sebahagian dari kami, boleh click je link dekat bawah untuk contact saya😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

Monday, 26 April 2021

My Kind of Glow Up



Hai salam semua!😀

Saja nak share glow up diri sendiri sejak jaga kulit & belajar teknik mekap yg betul, saya belum kahwin lg so cantik2 utk bg confident sendiri. Mula2 saya belajar mekap dgn niat supaya muka tak nampak hauk sgt & supaya tak malu bila keluar, bukan nak jd over the top pun. Saya cuma nak nampak presentable.

Untuk yang dah kahwin tu, ada hikmah kenapa Allah wajibkan berhias utk suami. Bila kita melawa, secara tak langsung mood kita pun lain & jd lagi happy😃 berhias yg saya maksudkan dekat sini bukannya mekap 5 inci huhu tak kuasa diriku lagi2 yg ada anak kecik kan. Tapi kalau muka berbedak, pakai lipstick & perfume walaupun dekat rumah pun boleh jd boost up mood kita kan😍

Jom glow up utk diri sendiri & pasangan!💖

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

Friday, 23 April 2021

Sharing From My Power Partner

 Hai & salam semua!😀


Alhamdulillah selesai dah sesi sharing dengan my power partner, Marini. Marini ni kawan saya dari unit terdahulu sebelum saya jadi director & mempunyai unit sendiri. Marini baru je join tahun lepas ngam-ngam sebulan sebelum PKP. Tapi banyak achievements yang beliau dah dapat dalam setahun contohnya Star Consultant, Jom Du-it Challenge, Red Jacket Graduates , Queen of Sales, Queen of Sharing and ini semua setakat yang saya ingat lah hehe. Hebat kan? 

Nak tahu apa yang lagi hebat? Marini buat Mary Kay almost 100% dari rumah je sebab time tu dah start PKP and apart from PKP, Marini jugak ada dua anak kecil yang masih menyusu badan. Marini cerita yang dia pernah kerja sebelum ni sebelum decide untuk resigned and fokus pada family, so dia rasa gelisah kalau tengok takde duit dalam akaun. Dia jadikan tu sebagai motivasi untuk buat Mary Kay betul-betul walaupun cuma bekerja dari rumah. And satu benda yang sangat relatable bila Marini share "kita suri rumah nak jugak pakai baju & handbag cantik-cantik macam kawan-kawan yang bekerja". Betul lah kan, walaupun tak pergi office setiap hari tapi nak juga melawa macam orang lain. That's why kita kena ada income sendiri supaya tak rasa ralat mintak duit suami untuk beli handbag😃

Sharing malam ni santai-santai je, tapi banyak sangat input yang menusuk kalbu. Saya ada beberapa suri rumah dalam unit saya yang bagitau saya dah lama tak melawa walaupun teringin, tak lain tak bukan sebab takde budget. One of the reason kenapa saya panggil Marini untuk sharing supaya dapat beri inspirasi kepada housewives lain dalam unit saya. Rezeki Allah tu luas, sekarang dari rumah pun boleh jana income kan. Kalau you all rasa lama dah bertengik tahan diri nak shopping, tahan diri nak melawa sebab banyak sangat komitmen yang nak kena settlekan, why not bagi peluang dekat diri sendiri untuk buat bisnes Mary Kay. Macam saya bagitau dekat unit tadi, dalam Mary Kay semua material disediakan, education dah diberi, mentor available almost all the time kita cuma tinggal gerak bontot je. Boleh click link dekat bawah kalau nak tahu tentang career opportunity dalam Mary Kay😗

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 

Wednesday, 10 March 2021

Mentoring Our First Virtual Skincare Class


Hai & Assalammualaikum semua 😃

Alkisahnyaa, dua hari lepas saya dan senior saya jadi mentor untuk kelas skincare "cerah glowing" kami. Kelas kali ni khusus untuk mengajar beauty consultants cara mendapatkan cerah maksimum dengan cepat and of course, dengan selamat.


Selain untuk mengajar skincare regiment yang betul kepada beauty consultants unit kami, kelas santai juga dapat menguatkan bonding sesama kami & menggalakkan two ways communication. Lagi-lagi time PKP ni memang dah lama takde program mary kay jadi bolehlah kami melepas rindu di alam maya~


Share sikit kisah di belakang tabir

It's a wrap~

Skincare class online ni merupakan first time kami buat dgn unit, nak tengok dulu feedback macam mana. Alhamdulillah peserta bagi feedback positif and buatkan kami directors jadi lagi confident utk buat virtual class lagi in future. And lepas ni kami bercadang untuk buat kelas mekap and yang bestnya, kami akan open untuk guests selain beauty consultants jugak😍 

Nantikan update dari saya or boleh je contact untuk tanya schedule open makeup class / skincare class😃

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 


IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.






Wednesday, 9 September 2020

Our Pink Party

Assalamualakium & morning!

Wow saya rasa refreshed sangat bila dapat bertemu sisters lain ambik aura. Maklumlah sejak PKP kami jarang berkumpul tapi yang penting kami tetap di hati masing-masing gituu~

Jadi hari Sabtu lepas kami telah buat facial spa yang merupakan open event dan kami boleh ajak guest yang bukan beauty consultant. Dalam kelas ni beauty consultants baru & guests berpeluang untuk cuba Pink Clay Mask yang terbaru😍



Tema PINK sempena meraika Pink Clay Mask yang baru keluar😀

Aisehh dapat hadiah lagi, thanks my mentor yang tak jemu memanjakan kami dengan hadiah😍


Yang lain pun bukan main senyum lebar lagi yelah siapa tak suka bila dapat hadiah kan😀

So basically hari tu kami cuba Pink Clay Mask yang baru sambil berkumpul & bonding sesama sisters. Yang ada anak bawak anak. Kebanyakan yang buat Mary Kay adalah secara part time saja, tapi depa rajin datang program Mary Kay sebab sambil kita gain knowledge, sambil kita have fun jugak. 

Siapa suka dengan sisterhood yang positive macam ni? You're always welcome to be a part of us, click the link below to contact me😊


Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc




Sunday, 24 May 2020

Ceritera Aku Bersama Mary Kay



Kerana sebatang lipstick..

Yes! Asbab sebatang lipstick saya join Mary Kay. Siapa yang kenal saya mesti tahu saya suka buat bisnes dari zaman belajar lagi, tapi suka berbisnes tak semestinya pandai berbisnes👀 kalau pandai takdelah saya asyik bertukar bisnes kan. Baju, tudung, casing phone, supplement, cookies semuanya saya pernah jual, dadah jelah saya tak pernah jual😂. Nak dijadikan cerita masa tu saya ternampak iklan lipstick Mary Kay. Macam best haa otak saya pulak terus macam "cingggg,,, aku nak jual lipstick Mary Kay lah". Tapi nak try dulu sebelum jual. Peliknya walaupun rasa ramai buat beauty consultant tapi takde pulak kalangan kawan-kawan yang buat Mary Kay. So saya order lah sebatang lipstick dari Shoppee. Ampunkan sis masa tu tak tahu yang beauty consultant tak dibenarkan menjual dekat Shoppee😅

So bila dah sampai lipstick yang diorder, saya pun cubalah and terus rasa "wow"! Lisptick Mary Kay cukup semua sifat yang saya impikan - warna cantik, selesa, bau sedap & harga berpatutan. Let say kalau sebatang lipstick tu gagal impress saya, kemungkinan besar saya takkan berada dalam Mary Kay sampai sekarang.

And tak disangka, sebatang lipstick tu berjaya merubah hidup saya ke tahap yang saya langsung tak terfikir. I thought it was just another business. Tapi Mary Kay lebih sekadar "another business". Hajat awalnya nak untung runcit jee so that boleh shopping lebih setiap bulan😂 tapi rupanya Mary Kay juga berikan saya gaji berserta pay slip setiap bulan. Sebab tu saya tak toleh ke belakang dah dgn Mary Kay and tak terfikir nak curang sebab Mary Kay satu-satunya bisnes yang saya boleh nampak saya berkembang, from time to time.

Kalau nak cerita pasal Mary Kay ni, boleh jadi novel😂 tapi one of the reason saya stay dengan Mary Kay sebab saya boleh berimpian and boleh come out dengan action plan untuk mencapai semua impian saya. Kalau dulu hidup saya agak boring & statik, ikut script je and takde apa yang menarik.

Kalau anda mencari something yang boleh membantu kehidupan anda ataupun merubah terus kehidupan anda ke tahap yang lebih baik, Mary Kay boleh jadi platformnya. Takde janji bulan bintang, cuma siapa yang usaha dia yang dapat (man jada wa jadda).

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Friday, 17 April 2020

Macam Mana Buat Bisnes Semasa PKP?

Assalamualaikum & morning!

Di saat saya menulis ni, kita sudah berada di PKP tahap ketiga. So dah lebih sebulan jugaklah. But keep going strong...we can do it!

Ada kawan lama tanya saya, "Babe macam mana you buat bisnes musim PKP ni?"

Satu soalan dapat menyumbang kepada satu blog entry, nampak kan banyak masa hahaha. Actually saya juga rasa down pada saat awal PKP berkuatkuasa, like how?? Whyyy?? Tapi cepat-cepat istighfar. Percaya yang memberi rezeki tu Allah, bukan corona. Tugas kita usaha sebaik mungkin di sebalik kekangan & halangan. 

Jadi macam bisnes lain jugak, saya aktif beroperasi secara online. Haa dekat sini saya nampak betul hikmah PKP, masa nilah kita boleh kukuhkan online branding. Seminggu sebelum PKP saya busy sangat, keluar pagi balik malam, kaki pun sampai sakit-sakit dah. Rupanya lepas tu Allah nak bagi kita #workfromhome lama. Jadi lepas habis fasa terkejut selepas PM announce PKP, saya review semula plan yang saya buat untuk blog, facebook, instagram and the latest, TikTok😆 - nanti saya share macam mana satu task membawa saya kepada TikTok.

Sebenarnya masa saya busy saya memang risau sebab tak banyak masa nak update online platform, yelah sebab kalau benda-benda online ni bila lama tak update kita akan jadi macam tak wujud. Nak-nak generasi sekarang suka tengok "last date posted" kalau nak shopping online, well macam saya jugak lah sebab kita nak beli apa-apa mestilah pilih seller yang kita nampak aktif and boleh percaya kan. Jadi since PKP hari-hari saya berpelang update facebook & instagram. Bila saya mention "update" tu maksudnya update yang bersungguh-sungguh, bukan sekadar post  gambar then copy paste caption. Bila buat online posting, make sure kita menulis dari hati, baru sampai kepada audience gittew~ and masa ni juga saya ada masa extra untuk edit gambar and buat video. Sebab tu kalau you all follow instagram saya dah nampak berubah wajah,,, jadi apa lagi mehlah follow instagram saya : Dee Allydra 

Alhamdulillah sampai ke hari ni saya dah nampak peningkatan dua kali ganda dalam jumlah profile visit dekat instagram secara konsisten.

Postage & Delivery Semasa PKP??

Saya jarang sangat dah buat delivery melainkan yang dekat-dekat saja, kalau kena pos takde masalah pergi pejabat pos cuma kena jaga jarak and sanitize, balik terus mandi. But lucky for me, Mary Kay memang buat delivery jadi kebanyakan order customer pos direct dari HQ. So dekat situ dah meberi kelegaan yang teramat. 

Jadi bisnes Mary Kay saya masih beroperasi 24/7 walaupun kita perlu adapt dengan suasana baru. Kalau you all rasa bosan duduk dekat rumah and rasa nak buat something yang boleh menyumbang kepada ekonomi you all jugak, jomlah cuba bisnes Mary Kay😍Takde kata kalau goyang kaki pun duit masuk, cuma kita akan diajar teknik online marketing yang betul. Untuk siapa yang kenal saya dari dulu mesti tahu Mary Kay bukan bisnes pertama saya tapi banyak kisah bisnes yang hanyut dulu huhuhu. Kalau takde ilmu semua benda pun tak jadi kan.

Kelas-kelas Mary Kay masih berjalan seperti biasa cuma dengan cara yang luar biasa sikit sebab takde offline class buat masa ni. Tapi online class via Zoom, closed facebook group, whatsapp, telegram etc memang dibuat secara konsisten, in fact lagi kerap. Semua kelas FREE, so apalah alasan tak nak grab ilmu yang diberi kan. Jadi kalau you all berminat nak join bisnes yang offer top 5 Global Product dengan non-stop education, you all boleh whatsapp saya tau😊 

Dekat bawah ni video kenang-kenangan berbisnes semasa PKP. Jom kita sama-sama doakan supaya wabak Covid-19 dilenyapkan atas muka bumi ni Amin...


To contact me, please click👇👇


Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.


Monday, 13 May 2019

10 Sebab Saya Pilih Mary Kay Sebagai Kerjaya

Dalam banyak-banyak bisnes yang lain, kenapa saya begitu tegar memilih Mary Kay? Saya dah pernah buat macam-macam bisnes dari baju, makanan, casing phone, kosmetik, bla bla bla. Yang local, yang overseas, MLM, agent, dropship you name it semua saya pernah masuk huhu. Saya memang minat bisnes tapi tak bermaksud saya pandai berbisnes. Tu pasal lah kejap-kejap saya tukar bila dah bosan huhu nampak tak.

Jadi kenapa saya yang suka tukar-tukar bisnes ni decide untuk setia dengan Mary Kay? Di saat saya menulis entry ni pada tarikh 13/05/2019 dah genap dua tahun di Mary Kay. Dan saya masih konsisten sharing, masih semangat and masih passionate, bukan setakat hangat-hangat tahi ayam macam bisnes-bisnes terdahulu. So berbalik kepada topik kita hari ni, why Mary Kay?

1. Tuhan Yang Pertama
Culture yang paling cantik yang boleh ada dalam sesebuah company. Kami beauty consultants diajar untuk berbisnes "in a clean way". Tak dibenarkan sailang customer orang lain. Niatkan sedekah dan sharing bila buat skincare class bukan niatkan sales semata. Saya suka 
tengok macam mana Mary Kay cukup menghormati agama, beauty consultants bebas bertudung labuh dan berpurdah, debut di atas stage tanpa diskriminasi. Saya juga diajar bagaimana mindset menjadi doa dalam kehidupan seharian kita. Sebab tu lah kena selalu fikir yang positif-positif aja ya. 


2. Produk Yang Berkesan
Saya ada share sebelum ni macam mana saya tertarik nak jadi beauty consultant lepas try liptick dia. Then saya try pulak skincare dia dan nampak sendiri kesan dia. And bukan saya je je, tapi kawan-kawan lama, kawan-kawan sekerja jugak perasan perubahan kulit saya. Tak payah cakap banyak lah, tahun 2018 ni merupakan tahun ke-55 Mary Kay wujud di dunia. Mary Kay juga termasuk dalam 2% cosmetic yang mempunyai R&D sendiri dan setiap produk akan diuji 5000 kali before release kat market. Kau ghase?? Bagus ke idok Mary Kay ni??
Mary Kay punya Manufacturing and R&D Centre yang bernilai $100 million dollar di Texas. Hukss terbatuk I tengok nombor banyak sangat.

3. Ilmu Mengalir Non-Stop

Ilmu yang lengkap ialah antara benda yang saya tak dapat dari bisnes-bisnes sebelum ni. Ada weekly unit meeting, ada Full Time Club, Product Knowledge, Career Conference, Seminar, bla bla bla. Belum masuk lagi online coaching. Nak personal coaching dengan director pun boleh no problem. Mostly FREE. Kalau kena bayar pun setakat bayar tempat yang disewa and kami tak pernah bayar mentor-mentor dari para directors yang share ilmu dengan kami. Kenapa saya kata ilmu yang lengkap? Sebab semuanya diajar - pasal produk, cara buat skincare class, cara blast message, cara buat blog hehehe. Cara beerpakaian, hijab style pun dia ajar sekali tau. Best ke best sangat?


Product Knowledge awal bulan ni. Bukan program wajib tapi tetap full house. Walaupun tak dipaksa, we all tetap datang nak menimba ilmu sebab tahu & cukup faham it's the knowledge that makes a good consultant.


4. 90 Days Satisfaction Guarantee

Dah beli, dah guna, lepas tu nak pulang balik. Eh bolehlah, Mary Kay bagi. Dalam masa 3 bulan kita boleh tukar balik produk yang kita dah guna kalau tiba-tiba rasa tak suka or tak berkenan or tak sesuai. Tapi jaranglah orang nak tukar, sebab biasanya kita bagi try dulu and beauty consultants akan consult betul-betul sebelum beli. Dan 90 Days Satisfaction Guarantee juga point penting yang saya boleh bagi dekat prospect yang masih teragak-agak lagi sebab takut tak sesuai dengan kulit. 

5. Extra Income

Teringat kata-kata NSD Sheila, "sebab takde duitlah kita buat bisnes. Kalau tak sekarang tengah minum coffee dekat Paris😂". Tapi betul sangat and boleh relate kan. Biasanya orang yang gajinya terlebih cukup takkan bother nak susah-susah buat bisnes. Itulah purpose saya buat Mary Kay awal-awal dulu, sebab nak extra income. Saya kan dah try macam-macam bisnes dulu, tapi tak pernah lah dapat customer order sampai Rm400++, Rm800++, and ada yang sampai Rm1000++ pun in a single receipt. Back to the point no. 3, bila produk bagus and dikenali kita senang nak menjual. Tapi saya tak janji bulan bintang, back to the concept siapa usaha lebih dia dapat lebih. And selain dari sales, boleh jugak dapat commision dari company. So ada dua source of income. Tapi macam saya, ada terdapat makeup job and advanced makeup class jugak so secara tak sengaja terbuat duit dari situ jugak hehehe. 


6. Flexible Time

Extra income with flexible time. Dalam Mary Kay kebanyakan beauty consultants buat secara part time, dala unit kami ada macam-macam background - suri rumah, cikgu, doctor, bank manager, students, engineer & banyakkk lagi. Ada executive director yang mempunyai tujuh orang anak tau, rapat-rapat pulak tu. Kalaulah Mary Kay ni rigid dari segi timing, you all rasa boleh ke depa-depa buat bisnes ni. Macam saya jugak contohnya, masa saya still bekerja saya banyak focus dekat online medium je sebab kekangan masa. Tapi secara part time pun Alhamdulillah adalah sikit-sikit achievements.

6. Uniform Yang Cantik
Boleh tak buat reason yang ni hahaha. Tapi seriuslah, saya memang suka uniform semua smart-smart. Kami semua kena pakai blazer yang ditetapkan dan skirt setiap kali event Mary Kay tapi kalau lelaki pakai seluar lah. Terasa profesional gittew~ Dan of course, rasa sangat slim bila pakai blazer haha.

2017 vs. 2019. 
Independent Beauty Consultant vs. Future Independent Sales Director

8. Rewards & Recognitions

Yang ni sangat best. Tak pernahlah saya dibanjiri dengan hadiah macam sekarang, kalau dulu tunggu time birthday jelah nak dapat hadiah, tu pun kalau ada sedih tak hahaha. Dari sekecil-kecil efoort kita diraikan, contohnya buat Special Challenge posting dekat social media, achieve Ladder of Success, move up career, company trip, makeup challenge nad banyaakkkk lagi lah. Saya memang dah lost count. Even buat selfie challenge pun dapat hadiah tau haa kau hadoo😂. Jadi kalau you all berminat nak jadi beauty consultant, sila sediakan storage space tau.

February 2018 - unit Queen of Sales serius terkejut gila jadi Queen sbb mula-mula saya just pulun untuk completekan cruise challenge je tapi Allah bagi lebih syukurrr. Time ni saya masih bekerja & buat Mary Kay secara part time.

Cruise Beyond Red achiever. My first trip ever sponsored by Mary Kay, and my first time jugak naik cruise. Best and pengalaman atas kapal tu memang different. Masa trip ni saya baru je full time buat Mary Kay tapi masa tempoh challenge 6 bulan saya still bekerja.

Latest - April 2019. Future Ind. Sales Director and RJU on track . By the time saya mengarang entry ni saya sudah pun comolete Red Jacket Uiversity challenge and bergelar Red Jacket University graduate. Inshaallah akan konvo bulan November nanti.


9. Dapat Mekap & Belajar Mekap
Haa ni benda yang saya sangat suka bila jadi beauty consultant. Kalau dulu saya cuma sekadar layan tutorial mekap je. Teringin nak pandai mekap tapi bila fikirkan cost nak beli full set mekap dengan cost nak ke kelas mekap lagi, saya pendamkan jela keinginan tu. Bonus bila jadi beauty consultant ni, saya dapat full range of makeup dengan makeup skill sekali tanpa merabakkan poket. And of course, kelas makeup dia FREE untuk beauty consultant sebab tu lah saya pergi kikiki. And tak sangka, ada yang sanggup ambil kelas berbayar dengan saya and ada jugak guna service makeup dengan saya untuk nikah, dinner, event, etc. So bila kita ada skill, mesti ada yang mencari. 

Zaman awal-awal belajar mekap, aduh duh duh keningku~

Dah improved sikit kening tu from time to time, adalah nampak rupa kening manusia kan hahaha

Personal Advanced Makeup Class untuk makeup dinner and bridal makeup. Setiap class bernilai Rm1000++ tapi saya pergi free je😏.

10. Makin Hampir Dengan Impian

Saya ada impian untuk mencapai financial freedom & flexibility in time. Saya tak nak tunggu hari minggu untuk keluar jalan-jalan. Saya tak nak tunggu umur 40 baru dapat beli aset. Saya nak pergi melancong tanpa korek duit saving. Saya nak bahagiakan parents saya dengan kejayaan saya. Dengan izin Allah satu hari nanti semuanya akan tercapai. Sekarang saya dah ada base, apa yang saya kena buat cumalah usaha dan berdoa non-stop. Man Jada Wa Jadda!


It's all possible, Mary Kay boleh jadi medium untuk dapatkan dream life kalau kita bersungguh. Yang senang tak datang bergolek, tapi bila dah dapat rentak Inshaallah jadi makin senang. Kalau you all berminat nak tahu lebih pasal bisnes & kerjaya Mary Kay, jangan segan silu untuk contact saya😄. Click talian hayat di bawah okayy..

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order 

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Dee.Allydra




Thursday, 9 May 2019

Pampering Session Pusat Kebajikan Destiny

The Art of Giving~

Belajar memberi tanpa mengharapkan balasan. Sejujurnya sebelum Mary Kay saya jenis suka fikir masalah sendiri je. Rasa tak perlu serabutkan otak dgn masalah orang lain. Tapi pemikiran sempit saya tu berubah bila bersama Mary Kay. Kami selalu diingatkan tentang Golden Rule - do unto others as you want them do unto you. Slow-slow saya belajar merubah diri, bila berpeluang tengok hidup ni dari perspective lain.

Dengan Mary Kay saya melangkah ke tempat yang saya tak pernah terfikir akan sampai. Dengan Mary Kay saya dpt berjumpa mengenali kelompok yang tak pernah saya terfikir sebelum ni. Teringat masa masuk ke satu kawasan perkampungan, beg trolley penuh skincare tu tak boleh heret dekat jalan berbatu, so kena angkut lah cerita dia😂.

Minggu lepas kami berpeluang buat pampering session untuk cikgu-cikgu Pertubuhan Pusat Kebajikan Destiny. Tengok dari luar dah nampak ramainyaa budak, mcm mana nak buat ni. Tapi rupanya budak-budak ni sangat behave. Depa ni anak-anak pendatang asing, sungguh tersentuh hati bila salah seorang teachers bagitau "nobody wants to take care of them, so we builded up this place for the children". Jadi kebajikan anak-anak kecil ni terjaga sementara tunggu ibu bapa habis bekerja.

Kan dah kata behave je anak-anak ni

Let's begin! Jaga-jaga ada yang memerhati hahaha

Saya punya tudung tak sempat pin🤣 rushing sangat time nak sampai sini

Amboii apa yang suka sangat tu...memang macam ni setiap kali buat beauty class  kita enjoy & gelak-gelak je

Kenapa kena bagi muka putih sebelah je? Haa ni kena jpin free session dengan kami baru tau

Ada cikgu-cikgu ni dari Sri Lanka, suka tengok muka depa

Saya mmg salute cikgu-cikgu yang mampu handle 100++ anak kecil and working long hours. Mereka sendiri mengaku takde masa sangat nak belai & cantikkan diri, masa banyak didedikasikan untul anak-anak yang bukan darah daging mereka pun. Allahu mulianya hati. Bila tengok teachers yang ikhlas ni, saya mula persoalkan diri sendiri, apalah sangat penat memunggah skincare nak dibandingkan kudrat depa menjaga anak-anak ni. And rasa happy sangat bila tengok teachers enjoy, puas hati bila dpt buat orang happy.

Another experience checked off the list! Inshaallah bukan yang terakhir. Saya happy dgn kerja saya membuatkan orang lain happy. "

Only by giving you are able to receive more than you have - Jim Rohn

                                       
Selfie is a must!

Kalau you all rasa nak manjakan diri sambil belajar, jangan segan silu contact saya. Cantik dapat ilmu pun dapat. Kami juga provide corporate training untuk grooming, penjagaan kulit & makeup at work. Boleh contact saya untuk saya emailkan proposal. And of course, it's FREE!

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra