Showing posts with label cara jadi ahli mary kay. Show all posts
Showing posts with label cara jadi ahli mary kay. Show all posts

Saturday, 20 March 2021

Asal Usul Mary Kay

Hai & Assalamualaikum semua😀

Sebenarnya kisah Mary Kay memang menarik sejak dari zaman founder dia lagi - Mary Kay Ash. Mary Kay Ash sebelum beliau mulakan bisnes Mary Kay, dia merupakan seorang yang bersemangat & berpengalaman dalam direct selling. Dia pernah bekerja sebagai salesperson untuk Stanley Home Products and disebabkan Mary Kay Ash ni sangat bagus dalam menjual, dia siap direkrut oleh company lain yang bernama World Gifts.

Tapi zaman 50-an dulu, kaum perempuan tak dapat peluang macam kita dapat sekarang. Berapa kali jugak Mary Kay Ash "dilepas pandang" untuk terima kenaikan pangkat, tapi turning point Mary Kay Ash bila dia punya trainee sendiri dapat naik pangkat dan terima kenaikan gaji double dari gaji dia yang dah lebih 10 tahun bekerja. Siapa yang tak panas kan?? Jadi Mary Kay Ash resigned sebagai tanda protes and decide untuk buka company sendiri.

Jadi Mary Kay mulakan bisnes Mary Kay pada umur 45 tahun, dengan dibantu oleh anak beliau. Mereka buka sebuah kedai kecil di Dallas dengan 9 orang sales people. Modal permulaan Mary Kay Inc. adalah sebanyak USD 5000, tapi dalam tahun pertama saja dan mencapai jualan almost sejuta dollar. 

Uishh macam manalah boleh dapat sales sebanyak tu dalam tahun pertama??

Sebab Mary Kay Ash nak bisnes beliau berbeza dari bisnes lain, jadi dia offer incentive program dan tidak menganggap sales people beliau sebagai orang yang buat sales sahaja. Sebaliknya mereka dipanggil beauty consultants dan Mary Kay Ash berpegang teguh kepada moto "treat others the way you want to be treated". Jadi Mary Kay Ash banyak offer rewards termasuklah pink car sebagai cara menghargai dan memotivasikan beauty consultants.

Beauty by Mary Kay yang pada awalnya bermula dengan 9 orang beauty consultants sahaja kini dah tembus ke lebih 40 buah negara dengan lebih 3.5 juta beauty consultants termasuklah saya. Dan sekarang company yang hebat ini dikenali sebagai Mary Kay Inc. And I am so blessed tp be a part of this amazing company~

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 

Sunday, 14 February 2021

Mentoring ESRS Class

Assalamualaikum & morning semua😀

Alhamdulillah syukur kepada Allah, tanggal 6 Febuari lepas saya berpeluang menjadi salah seorang mentor untuk kelas Essential Step To Reach Success (ESRS). Kelas ESRS merupakan special class untuk beauty consultants baru untuk belajar perkara basic mengenai Mary Kay dan cara tentukan hala tuju - seberapa jauh kita nak pergi dalam Mary Kay. Jadi Inshaallah mana yang kabur-kabur akan jadi lebih jelas once dah join kelas ESRS.
 


Sebenarnya saya agak emosi jugak sebab teringat saat saya attend kelas ESRS tiga tahun lepas, masa tu saya masih bekerja tapi korbankan cuti demi menimba ilmu. Saya joined kelas ESRS yang mana mentornya adalah Sales Director saya ketika itu and sekarang,,,saya mengajar bersama dia pulak. Allahu betapa saya datang dengan impian besar untuk menjadi director ketika itu, dan sekarang saya sebaris dengan mentor lain Alhamdulillah😭

Jadi memandangkan sekarang tengah PKP yang macam takde pengakhirannya, kami continue dengan online class macam biasa. Kelas ESRS hari tu dibuat melalui Zoom and Alhamdulillah, full attendance. Paling best sebab salah seorang beauty consultant saya juga joined class hari tu, lagi semangat😍

Photo after class peaceee✌

Nak belanja sikit gambar sebalik tabir hehe~

Jadi beginilah sebahagian rutin sewaktu PKP, mostly online je tapi sesi sharing & education makin bertambah, sesuai sangat untuk tambah knowledge & boost semangat waktu terkurung dalam rumah ni. Syukur sebab company sediakan banyak program untuk membantu beauty consultants sewaktu pandemik. Jom you all yang masih dok fikir-fikir tu, sampai bila nak fikir kan😁 

Mary Kay menyediakan platform yang kukuh yang bukan saja bantu kita menambah income tapi juga boleh merubah hidup kita. Boleh contact saya sekiranya anda ada apa-apa soalan😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 


Wednesday, 20 May 2020

Doing Mary Kay PKP Style


Adapting to the new norm... 

Kalau dulu bila ada kelas or event Mary Kay, bangun pukul 4 pagi tu biasa. Maklumlah kena bersiap di samping prepare mental & physical untuk meredah jammed, sesat & breakfast dlm kereta. Bila ada unit meeting waktu malam kita sampai kena menumpang rumah orang. Sis redah jelah, sebab di Mary Kay semua ilmu diberi percuma. Cuma datang bawak tulang empat kerat je, itu pun nak berkira? Ilmu dapat percuma tapi nilainya melebihi intan berlian, sebab bila apply apa yang kita belajar memang nampak progress yang nyata dalam bisnes. Memang sometimes fed up kena drive sorang-sorang dgn keadaan tak familiar dengan sesuatu tempat, tapi apalah sangat kesusahan tu nak dibandingkan dengan nikmat menjadi manusia berilmu.

Sekelip mata dunia berubah. Sejak PKP memang kita banyak berhubung online je, termasuklah kelas formal Mary Kay. Tak sangka sekarang boleh attend class from the ease of my own bedroom😆 tapi since PKP, education class Mary Kay tak pernah berkurang sebaliknya makin bertambah. Keadaan berubah sekelip mata, tapi slow-slow kita adapt dgn cara baru. Saya punya semangat yang almost hilang masa PKP Fasa 1 pun dah merasuk balik😂, in fact lagi membara! Sesukar mana pun keadaan bila kita sanggup adjust diri kita and be flexible with our method, Inshaalllah akan berjaya jugak💪

Before class, headphones tu saya curi adik punya kihkihkih

Mary Kay Pre DIQ Class Central Region

Pandemik bukanlah alasan untuk tidak berniaga, untuk tidak menuntut ilmu. Lagi-lagi dengan zaman teknologi sekarang. Sebenarnya esok saya ada interview, doakan saya berjaya ke fasa seterusnya which is directorship Amin... Kalau you all sedang mencari bisnes yang boleh sustain di waktu yang sukar, Mary Kay is one of them. Nak berjaya jangan fikir lama-lama sangat tau, whatsapp je Dilla😊

"When the going gets tough, the tough gets going" - TSMY

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.


Monday, 27 April 2020

Aktiviti Unit Di Kala PKP

Assalamualaikum & morning!

Menjelang hari ke-42 PKP, hari ke-5 Ramadhan. Luar biasa sungguh puasa kali ni. And memandangkan tak boleh keluar, kami dari Glamorous Bee unit banyak rancang aktiviti bersama walaupun berjauhan. Yang penting dekat di hati gituuu~

Antara aktiviti yang kami buat bersama ialah stay at home poster. Dah pakat dah nak pakai baju warna apa dengan tudung warna apa kan. Can you spot me?? Hint : yang ada bunga tu hehe. Jadi activity ni juga bertujuan untuk menyokong PKP yang sedang berlangsung sekarang. Stay strong everybody!

Selain tu, kami juga ada aktiviti yang lebih daring which is buat TikTok video😂 nope dia
bukanlah video terkinja-kinja macam you all bayangkan tu, tapi kami buat #DontRushCallenge. Maybe ada some of you tahu tentang #DontRushChallenge, tapi untuk yang tak tahu tu you all boleh tengok video dekat bawah dah boleh faham. 

My first TikTok video ever kikiki,,,setelah berpeluh-beluh buat video berdurasi 15 saat sajoo saya memutuskan bahawa saya memang tak layak jadi pelakon. Nampak je macam  simple tapi beribu takes jugak nak siapkan video ni, nampak sangat amatur kan.

#DontRushChallenge for Galmorous Bee Unit. Semua make menggunakan Mary Kay of course😃

Itulah unit kami yang memang tak pernah sunyi dari activity, this is how we are connected. Kawalan pergerakan bukanlah kawalan usaha. Takde alasan PKP tak boleh buat bisnes sebab rezeki Allah tu luas, lagipun sekarang semuanya di hujung jari. In fact bulan ni saya agak banyak dapat customer baru walaupun tak keluar rumah jadi jangan risau, PKP atau tak PKP Allah tu melihat kepada usaha kita. 

Rasa bosan duduk rumah tak buat apa-apa, ataupun rasa nak ambil peluang PKP ni untuk menjana extra income boleh contact saya. Yesss boleh work from home je sebab delivery and stock semuanya Mary Kay uruskan. Ongoing education melalui Zoom, Telegram, Whatsapp group, etc. Semua dah ada, tinggal nak buar atau tak je. Saya akan bagi contoh diri sendiri je, sebelum Mary Kay saya tukar bisnes macam tukar baju😂 , tapi sekarang dah masuk tiga tahun dengan Mary Kay. Jadi dari situ dah boleh judge kan😊

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Friday, 17 April 2020

Macam Mana Buat Bisnes Semasa PKP?

Assalamualaikum & morning!

Di saat saya menulis ni, kita sudah berada di PKP tahap ketiga. So dah lebih sebulan jugaklah. But keep going strong...we can do it!

Ada kawan lama tanya saya, "Babe macam mana you buat bisnes musim PKP ni?"

Satu soalan dapat menyumbang kepada satu blog entry, nampak kan banyak masa hahaha. Actually saya juga rasa down pada saat awal PKP berkuatkuasa, like how?? Whyyy?? Tapi cepat-cepat istighfar. Percaya yang memberi rezeki tu Allah, bukan corona. Tugas kita usaha sebaik mungkin di sebalik kekangan & halangan. 

Jadi macam bisnes lain jugak, saya aktif beroperasi secara online. Haa dekat sini saya nampak betul hikmah PKP, masa nilah kita boleh kukuhkan online branding. Seminggu sebelum PKP saya busy sangat, keluar pagi balik malam, kaki pun sampai sakit-sakit dah. Rupanya lepas tu Allah nak bagi kita #workfromhome lama. Jadi lepas habis fasa terkejut selepas PM announce PKP, saya review semula plan yang saya buat untuk blog, facebook, instagram and the latest, TikTok😆 - nanti saya share macam mana satu task membawa saya kepada TikTok.

Sebenarnya masa saya busy saya memang risau sebab tak banyak masa nak update online platform, yelah sebab kalau benda-benda online ni bila lama tak update kita akan jadi macam tak wujud. Nak-nak generasi sekarang suka tengok "last date posted" kalau nak shopping online, well macam saya jugak lah sebab kita nak beli apa-apa mestilah pilih seller yang kita nampak aktif and boleh percaya kan. Jadi since PKP hari-hari saya berpelang update facebook & instagram. Bila saya mention "update" tu maksudnya update yang bersungguh-sungguh, bukan sekadar post  gambar then copy paste caption. Bila buat online posting, make sure kita menulis dari hati, baru sampai kepada audience gittew~ and masa ni juga saya ada masa extra untuk edit gambar and buat video. Sebab tu kalau you all follow instagram saya dah nampak berubah wajah,,, jadi apa lagi mehlah follow instagram saya : Dee Allydra 

Alhamdulillah sampai ke hari ni saya dah nampak peningkatan dua kali ganda dalam jumlah profile visit dekat instagram secara konsisten.

Postage & Delivery Semasa PKP??

Saya jarang sangat dah buat delivery melainkan yang dekat-dekat saja, kalau kena pos takde masalah pergi pejabat pos cuma kena jaga jarak and sanitize, balik terus mandi. But lucky for me, Mary Kay memang buat delivery jadi kebanyakan order customer pos direct dari HQ. So dekat situ dah meberi kelegaan yang teramat. 

Jadi bisnes Mary Kay saya masih beroperasi 24/7 walaupun kita perlu adapt dengan suasana baru. Kalau you all rasa bosan duduk dekat rumah and rasa nak buat something yang boleh menyumbang kepada ekonomi you all jugak, jomlah cuba bisnes Mary Kay😍Takde kata kalau goyang kaki pun duit masuk, cuma kita akan diajar teknik online marketing yang betul. Untuk siapa yang kenal saya dari dulu mesti tahu Mary Kay bukan bisnes pertama saya tapi banyak kisah bisnes yang hanyut dulu huhuhu. Kalau takde ilmu semua benda pun tak jadi kan.

Kelas-kelas Mary Kay masih berjalan seperti biasa cuma dengan cara yang luar biasa sikit sebab takde offline class buat masa ni. Tapi online class via Zoom, closed facebook group, whatsapp, telegram etc memang dibuat secara konsisten, in fact lagi kerap. Semua kelas FREE, so apalah alasan tak nak grab ilmu yang diberi kan. Jadi kalau you all berminat nak join bisnes yang offer top 5 Global Product dengan non-stop education, you all boleh whatsapp saya tau😊 

Dekat bawah ni video kenang-kenangan berbisnes semasa PKP. Jom kita sama-sama doakan supaya wabak Covid-19 dilenyapkan atas muka bumi ni Amin...


To contact me, please click👇👇


Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.


Saturday, 18 May 2019

Mary Kay Pink Party

Assalamualaikum & morning!

Semalam kami havoc menyambut Pink Party di Mary Kay VSQ Petaling Jaya. Basically Pink Party ni bukanlah parti liar tau😂, tapi lebih kepada gathering & sharing. Ni open event, means selain dari beauty consultants pun boleh datang. And mcm biasa full house sampai kami pun share kerusi. Nak dpt ilmu & aura kan, kebanyakan beauty consultants yg part time takde masalah nak korbankan cuti depa utk attend majlis ilmu, sbb impact dia fuhh dahsyat.
Masa tengah tunggu turn untuk register kami selfie dulu. Ramai orang wooo tapi disebabkan pengurusan yang cekap tak lama pun kami beratur.

Time recognition untuk new BC yang join bulan lepas and new BC yang complete NCB (New Consultant Bonus)

Sempatlah selfie kan waktu bulan puasa ni lipstick cantik je kikiki

Alhamdulillah dapat MK Money untuk yang on track Director in Making Hangzhao

Inshaallah kami akan ke Hangzhou hujung tahun ni amin...

Saya pakai blusher Juicy Guava buat sbg eyeshadow jugak jimat masa hehe

Alhamduillah selamat pergi & balik walaupun masa nak pergi tu agak mencabar sebab ada lori terbakar melintang, dari tiga lane jadi dua lane so boleh bayanglah jammed macam mana. Semoga driver lori & penumpang tak apa-apa Allahu...By the way saya balik rumah dengan semangat baru lagi, and sebab tu jugaklah saya ni 'regular customer' event-event Mary Kay. Nak dapat aura & semangat tu memang kena datang live. Semoga Allah permudahkan perjalanan saya menuju ke directorsip Amin... Kalau you all minat untuk bekerjaya dengan Mary Kay, jangan segan silu untuk contact saya okayy. Update bayaran untuk register start bulan lepas tak sampai RM80 pun like seriouslyyy untungnyaa beauty consultant baru. Kalau you all rajin, nekad & disiplin dalam masa Mary Kay boleh bagi lebih dari yang you all pernah mimpikan.


MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order 

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra




Monday, 13 May 2019

10 Sebab Saya Pilih Mary Kay Sebagai Kerjaya

Dalam banyak-banyak bisnes yang lain, kenapa saya begitu tegar memilih Mary Kay? Saya dah pernah buat macam-macam bisnes dari baju, makanan, casing phone, kosmetik, bla bla bla. Yang local, yang overseas, MLM, agent, dropship you name it semua saya pernah masuk huhu. Saya memang minat bisnes tapi tak bermaksud saya pandai berbisnes. Tu pasal lah kejap-kejap saya tukar bila dah bosan huhu nampak tak.

Jadi kenapa saya yang suka tukar-tukar bisnes ni decide untuk setia dengan Mary Kay? Di saat saya menulis entry ni pada tarikh 13/05/2019 dah genap dua tahun di Mary Kay. Dan saya masih konsisten sharing, masih semangat and masih passionate, bukan setakat hangat-hangat tahi ayam macam bisnes-bisnes terdahulu. So berbalik kepada topik kita hari ni, why Mary Kay?

1. Tuhan Yang Pertama
Culture yang paling cantik yang boleh ada dalam sesebuah company. Kami beauty consultants diajar untuk berbisnes "in a clean way". Tak dibenarkan sailang customer orang lain. Niatkan sedekah dan sharing bila buat skincare class bukan niatkan sales semata. Saya suka 
tengok macam mana Mary Kay cukup menghormati agama, beauty consultants bebas bertudung labuh dan berpurdah, debut di atas stage tanpa diskriminasi. Saya juga diajar bagaimana mindset menjadi doa dalam kehidupan seharian kita. Sebab tu lah kena selalu fikir yang positif-positif aja ya. 


2. Produk Yang Berkesan
Saya ada share sebelum ni macam mana saya tertarik nak jadi beauty consultant lepas try liptick dia. Then saya try pulak skincare dia dan nampak sendiri kesan dia. And bukan saya je je, tapi kawan-kawan lama, kawan-kawan sekerja jugak perasan perubahan kulit saya. Tak payah cakap banyak lah, tahun 2018 ni merupakan tahun ke-55 Mary Kay wujud di dunia. Mary Kay juga termasuk dalam 2% cosmetic yang mempunyai R&D sendiri dan setiap produk akan diuji 5000 kali before release kat market. Kau ghase?? Bagus ke idok Mary Kay ni??
Mary Kay punya Manufacturing and R&D Centre yang bernilai $100 million dollar di Texas. Hukss terbatuk I tengok nombor banyak sangat.

3. Ilmu Mengalir Non-Stop

Ilmu yang lengkap ialah antara benda yang saya tak dapat dari bisnes-bisnes sebelum ni. Ada weekly unit meeting, ada Full Time Club, Product Knowledge, Career Conference, Seminar, bla bla bla. Belum masuk lagi online coaching. Nak personal coaching dengan director pun boleh no problem. Mostly FREE. Kalau kena bayar pun setakat bayar tempat yang disewa and kami tak pernah bayar mentor-mentor dari para directors yang share ilmu dengan kami. Kenapa saya kata ilmu yang lengkap? Sebab semuanya diajar - pasal produk, cara buat skincare class, cara blast message, cara buat blog hehehe. Cara beerpakaian, hijab style pun dia ajar sekali tau. Best ke best sangat?


Product Knowledge awal bulan ni. Bukan program wajib tapi tetap full house. Walaupun tak dipaksa, we all tetap datang nak menimba ilmu sebab tahu & cukup faham it's the knowledge that makes a good consultant.


4. 90 Days Satisfaction Guarantee

Dah beli, dah guna, lepas tu nak pulang balik. Eh bolehlah, Mary Kay bagi. Dalam masa 3 bulan kita boleh tukar balik produk yang kita dah guna kalau tiba-tiba rasa tak suka or tak berkenan or tak sesuai. Tapi jaranglah orang nak tukar, sebab biasanya kita bagi try dulu and beauty consultants akan consult betul-betul sebelum beli. Dan 90 Days Satisfaction Guarantee juga point penting yang saya boleh bagi dekat prospect yang masih teragak-agak lagi sebab takut tak sesuai dengan kulit. 

5. Extra Income

Teringat kata-kata NSD Sheila, "sebab takde duitlah kita buat bisnes. Kalau tak sekarang tengah minum coffee dekat Paris😂". Tapi betul sangat and boleh relate kan. Biasanya orang yang gajinya terlebih cukup takkan bother nak susah-susah buat bisnes. Itulah purpose saya buat Mary Kay awal-awal dulu, sebab nak extra income. Saya kan dah try macam-macam bisnes dulu, tapi tak pernah lah dapat customer order sampai Rm400++, Rm800++, and ada yang sampai Rm1000++ pun in a single receipt. Back to the point no. 3, bila produk bagus and dikenali kita senang nak menjual. Tapi saya tak janji bulan bintang, back to the concept siapa usaha lebih dia dapat lebih. And selain dari sales, boleh jugak dapat commision dari company. So ada dua source of income. Tapi macam saya, ada terdapat makeup job and advanced makeup class jugak so secara tak sengaja terbuat duit dari situ jugak hehehe. 


6. Flexible Time

Extra income with flexible time. Dalam Mary Kay kebanyakan beauty consultants buat secara part time, dala unit kami ada macam-macam background - suri rumah, cikgu, doctor, bank manager, students, engineer & banyakkk lagi. Ada executive director yang mempunyai tujuh orang anak tau, rapat-rapat pulak tu. Kalaulah Mary Kay ni rigid dari segi timing, you all rasa boleh ke depa-depa buat bisnes ni. Macam saya jugak contohnya, masa saya still bekerja saya banyak focus dekat online medium je sebab kekangan masa. Tapi secara part time pun Alhamdulillah adalah sikit-sikit achievements.

6. Uniform Yang Cantik
Boleh tak buat reason yang ni hahaha. Tapi seriuslah, saya memang suka uniform semua smart-smart. Kami semua kena pakai blazer yang ditetapkan dan skirt setiap kali event Mary Kay tapi kalau lelaki pakai seluar lah. Terasa profesional gittew~ Dan of course, rasa sangat slim bila pakai blazer haha.

2017 vs. 2019. 
Independent Beauty Consultant vs. Future Independent Sales Director

8. Rewards & Recognitions

Yang ni sangat best. Tak pernahlah saya dibanjiri dengan hadiah macam sekarang, kalau dulu tunggu time birthday jelah nak dapat hadiah, tu pun kalau ada sedih tak hahaha. Dari sekecil-kecil efoort kita diraikan, contohnya buat Special Challenge posting dekat social media, achieve Ladder of Success, move up career, company trip, makeup challenge nad banyaakkkk lagi lah. Saya memang dah lost count. Even buat selfie challenge pun dapat hadiah tau haa kau hadoo😂. Jadi kalau you all berminat nak jadi beauty consultant, sila sediakan storage space tau.

February 2018 - unit Queen of Sales serius terkejut gila jadi Queen sbb mula-mula saya just pulun untuk completekan cruise challenge je tapi Allah bagi lebih syukurrr. Time ni saya masih bekerja & buat Mary Kay secara part time.

Cruise Beyond Red achiever. My first trip ever sponsored by Mary Kay, and my first time jugak naik cruise. Best and pengalaman atas kapal tu memang different. Masa trip ni saya baru je full time buat Mary Kay tapi masa tempoh challenge 6 bulan saya still bekerja.

Latest - April 2019. Future Ind. Sales Director and RJU on track . By the time saya mengarang entry ni saya sudah pun comolete Red Jacket Uiversity challenge and bergelar Red Jacket University graduate. Inshaallah akan konvo bulan November nanti.


9. Dapat Mekap & Belajar Mekap
Haa ni benda yang saya sangat suka bila jadi beauty consultant. Kalau dulu saya cuma sekadar layan tutorial mekap je. Teringin nak pandai mekap tapi bila fikirkan cost nak beli full set mekap dengan cost nak ke kelas mekap lagi, saya pendamkan jela keinginan tu. Bonus bila jadi beauty consultant ni, saya dapat full range of makeup dengan makeup skill sekali tanpa merabakkan poket. And of course, kelas makeup dia FREE untuk beauty consultant sebab tu lah saya pergi kikiki. And tak sangka, ada yang sanggup ambil kelas berbayar dengan saya and ada jugak guna service makeup dengan saya untuk nikah, dinner, event, etc. So bila kita ada skill, mesti ada yang mencari. 

Zaman awal-awal belajar mekap, aduh duh duh keningku~

Dah improved sikit kening tu from time to time, adalah nampak rupa kening manusia kan hahaha

Personal Advanced Makeup Class untuk makeup dinner and bridal makeup. Setiap class bernilai Rm1000++ tapi saya pergi free je😏.

10. Makin Hampir Dengan Impian

Saya ada impian untuk mencapai financial freedom & flexibility in time. Saya tak nak tunggu hari minggu untuk keluar jalan-jalan. Saya tak nak tunggu umur 40 baru dapat beli aset. Saya nak pergi melancong tanpa korek duit saving. Saya nak bahagiakan parents saya dengan kejayaan saya. Dengan izin Allah satu hari nanti semuanya akan tercapai. Sekarang saya dah ada base, apa yang saya kena buat cumalah usaha dan berdoa non-stop. Man Jada Wa Jadda!


It's all possible, Mary Kay boleh jadi medium untuk dapatkan dream life kalau kita bersungguh. Yang senang tak datang bergolek, tapi bila dah dapat rentak Inshaallah jadi makin senang. Kalau you all berminat nak tahu lebih pasal bisnes & kerjaya Mary Kay, jangan segan silu untuk contact saya😄. Click talian hayat di bawah okayy..

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order 

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Dee.Allydra