Showing posts with label cara daftar kelebihan beauty consultant mary kay. Show all posts
Showing posts with label cara daftar kelebihan beauty consultant mary kay. Show all posts

Thursday, 29 December 2022

Treasure Hunt Tasik Buatan Putrajaya

Hai & salam semua😃

Alhamdulillah masih berpeluang sharing dekat blog kesayangan saya ni, dah hampir enam tahun dah umur blog saya ni sebak pulak. Ehhh macam jauh je melencong cerita ni hehe sebenarnya saya dan beauty consultants lain under Suhaida Sarif area joined Treasure Hunt dekat Putrajaya awal December hari tu. Plan awal nak ke Port Dickson tapi memandangkan sekarang musim monsoon jadi kami decide untuk ke Tasik Buatan Putrajaya.

Time ni badan masing-masing dah lencun  dengan peluh nasib baiklah dalam gambar tak boleh bau hahaha

Nak bagi you all idea macam mana kami punya Treasure Hunt ni actually dia macam cerita Explorace yang kita suka layan dulu-dulu. kena cari clue, kena selesaikan task, kena perah idea haa gitulah. Tapi takdelah "seberat" macam dalam rancangan TV tu hehe.

Masa ni tengah buat teka silang kata, tak sangka walaupun tengah penat tapi sel-sel otak masih berhubung😁

Mula-mula berpeluh lenjan tapi lepas tu pergi ganti balik lemak dengan makanan😂 kami ada buat pot luck jugak hari tu sorry tak sempat sangat snap gambar sangat sebab busy melepaskan lelah. Saya bawak buah hari tu~


Ni sedikit gambar untuk you all tengok view dekat sana, actually banyak lagi tempat dia luas lagi and banyak aktiviti yang kita boleh buat contohnya macam main basikal, buggy car, swimming and macam-macam lagi lah. Boleh conseder jugak untuk bawak anak-anak waktu cuti sekolah ni.


Sekian saja sharing saya hari ni, terima kasih untuk yang sudi singgah membaca😍
Yang berminat untuk jadi beauty consultant and join kami dalam activiti-aktiviti sesama sisters boleh click link dekat bawah okayy, Inshaallah saya guide dari zero😃

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini





Monday, 9 August 2021

Mentoring Future Leaders

Hai & salam semua😃


Alhamdulillah berpeluang untuk mengajar lagi kali ni, this time kami focus kepada develop leaders Glamorich unit. Antara reason kenapa Glamorich Bee menjadi salah satu top unit dekat Malaysia & Singapore is sebab leaders selalu diajar cara untuk lead team. Sebab dalam Mary Kay takde istilah orang bawah buat kerja, orang atas goyang kaki, in fact takde orang atas orang bawah pun. Semua kena usaha, semua kena buat sales kalau nak dapatkan rewards. Tak kisah apa pun pangkat kita. Dah nama pun direct sales, jadi of course essence dia ialah sales.

Walaupun mampu jumpa secara visual saja, tetap tak kurang havocnya😆

Untuk session hari Rabu lepas, saya bersama dengan power partner saya FISD Dewi and my senior ESSD Amira mengajar beauty consultants (bc) cara utk guide bc lepas kita recruit. Tak kisah lah bc baru tu register untuk guna sendiri ataupun sebab nak buat bisnes, yang penting memang tanggungjawab kita untuk communicate semua benefit as new beauty consultants - voucher, special promo, free product etc.

Thank you untuk semua beauty consultans yang join, semoga bermanfaat untuk semua😃

Jadi macam tu lah sedikit gambaran apa yang you all akan dapat bila join unit kami - ongoing education tak kisah untuk bc lama atau baru. Especially untuk bc yang nak buat bisnes, memang kita kena selalu top up ilmu ye dopp. And yang best semua ilmu dlm Mary Kay FREE tapi dpt bagi penambahan pada income kita. Syok kan kalau kita belajar free tapi bila apply ilmu tu kita dapat hasil lebih. Itulah salah satu nikmat bersama yang saya selalu syukuri😊 

Kalau you all nak jadi sebahagian dari kami yang positive ni, boleh click link dekat bawah tanpa segan silu😉

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

Saturday, 20 March 2021

Asal Usul Mary Kay

Hai & Assalamualaikum semua😀

Sebenarnya kisah Mary Kay memang menarik sejak dari zaman founder dia lagi - Mary Kay Ash. Mary Kay Ash sebelum beliau mulakan bisnes Mary Kay, dia merupakan seorang yang bersemangat & berpengalaman dalam direct selling. Dia pernah bekerja sebagai salesperson untuk Stanley Home Products and disebabkan Mary Kay Ash ni sangat bagus dalam menjual, dia siap direkrut oleh company lain yang bernama World Gifts.

Tapi zaman 50-an dulu, kaum perempuan tak dapat peluang macam kita dapat sekarang. Berapa kali jugak Mary Kay Ash "dilepas pandang" untuk terima kenaikan pangkat, tapi turning point Mary Kay Ash bila dia punya trainee sendiri dapat naik pangkat dan terima kenaikan gaji double dari gaji dia yang dah lebih 10 tahun bekerja. Siapa yang tak panas kan?? Jadi Mary Kay Ash resigned sebagai tanda protes and decide untuk buka company sendiri.

Jadi Mary Kay mulakan bisnes Mary Kay pada umur 45 tahun, dengan dibantu oleh anak beliau. Mereka buka sebuah kedai kecil di Dallas dengan 9 orang sales people. Modal permulaan Mary Kay Inc. adalah sebanyak USD 5000, tapi dalam tahun pertama saja dan mencapai jualan almost sejuta dollar. 

Uishh macam manalah boleh dapat sales sebanyak tu dalam tahun pertama??

Sebab Mary Kay Ash nak bisnes beliau berbeza dari bisnes lain, jadi dia offer incentive program dan tidak menganggap sales people beliau sebagai orang yang buat sales sahaja. Sebaliknya mereka dipanggil beauty consultants dan Mary Kay Ash berpegang teguh kepada moto "treat others the way you want to be treated". Jadi Mary Kay Ash banyak offer rewards termasuklah pink car sebagai cara menghargai dan memotivasikan beauty consultants.

Beauty by Mary Kay yang pada awalnya bermula dengan 9 orang beauty consultants sahaja kini dah tembus ke lebih 40 buah negara dengan lebih 3.5 juta beauty consultants termasuklah saya. Dan sekarang company yang hebat ini dikenali sebagai Mary Kay Inc. And I am so blessed tp be a part of this amazing company~

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 

Sunday, 14 February 2021

Mentoring ESRS Class

Assalamualaikum & morning semua😀

Alhamdulillah syukur kepada Allah, tanggal 6 Febuari lepas saya berpeluang menjadi salah seorang mentor untuk kelas Essential Step To Reach Success (ESRS). Kelas ESRS merupakan special class untuk beauty consultants baru untuk belajar perkara basic mengenai Mary Kay dan cara tentukan hala tuju - seberapa jauh kita nak pergi dalam Mary Kay. Jadi Inshaallah mana yang kabur-kabur akan jadi lebih jelas once dah join kelas ESRS.
 


Sebenarnya saya agak emosi jugak sebab teringat saat saya attend kelas ESRS tiga tahun lepas, masa tu saya masih bekerja tapi korbankan cuti demi menimba ilmu. Saya joined kelas ESRS yang mana mentornya adalah Sales Director saya ketika itu and sekarang,,,saya mengajar bersama dia pulak. Allahu betapa saya datang dengan impian besar untuk menjadi director ketika itu, dan sekarang saya sebaris dengan mentor lain Alhamdulillah😭

Jadi memandangkan sekarang tengah PKP yang macam takde pengakhirannya, kami continue dengan online class macam biasa. Kelas ESRS hari tu dibuat melalui Zoom and Alhamdulillah, full attendance. Paling best sebab salah seorang beauty consultant saya juga joined class hari tu, lagi semangat😍

Photo after class peaceee✌

Nak belanja sikit gambar sebalik tabir hehe~

Jadi beginilah sebahagian rutin sewaktu PKP, mostly online je tapi sesi sharing & education makin bertambah, sesuai sangat untuk tambah knowledge & boost semangat waktu terkurung dalam rumah ni. Syukur sebab company sediakan banyak program untuk membantu beauty consultants sewaktu pandemik. Jom you all yang masih dok fikir-fikir tu, sampai bila nak fikir kan😁 

Mary Kay menyediakan platform yang kukuh yang bukan saja bantu kita menambah income tapi juga boleh merubah hidup kita. Boleh contact saya sekiranya anda ada apa-apa soalan😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 


Thursday, 14 November 2019

Mary Kay Red Jacket University Convocation

Assalamualaikum & morning!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah tanggal 2 November yang lalu menjadi saksi dalah saty impian saya menjadi kenyataan. Isk skemanya bahasa kan, bukan apa sebab saya sangat happy + terharu + sebak + excited. Tarikh 2 November merupakan tarikh bersejarah sebab saya telah pun bergelar sebagai Red Jacket Graduates. 

Yang diidam sekian lama akhirnya menjadi genggaman~

Red Jacket University ni sebenarnya program untuk Red Jackets di mana kita boleh attend kelas di mana-mana lokasi terdekat, and then company akan bagi challenge 4 bulan and kalau kita complete dalam masa 4 bulan tu, kita akan konvo dengan gilang-gemilangnya dan dapat certificate sebagai Red Jacket University graduates. And sebenarnya saya pernah share kisah pasal saya attend Red Jacket University dengan director saya sendiri, you all boleh baca dekat sini; http://deespeaking.blogspot.com/2019/01/mary-kay-red-jacket-university.html
Bila dapat bunga lagi excited😁

Bersama Director saya yang jugak merupakan mentor RJU saya, yang tak pernah jemu bagi semangat & galakan, and siap bantu tracking performance saya untuk completekan RJU.

Saya konvo dengan power partner saya Elizabeth ataupun kami panggil Eliz. Eliz ni baru saja debut sebagai Sales Director beberapa hari sebelum konvo. Rasa happy and terharu bila dapat konvo sama-sama dengan rakan seperjuangan. We are the witness of each other's journey. Bukan sedikit up & down yang kami share bersama, keluh kesah, mengadu masalah but Alhamdulillah we did it. 

Glamorous Bee Future Area


Outdoor pulak~ bukan selalu dapat konvo kan😁

RJU Convocation is the best birthday gift ever! Gambar ni diambil sehari masa celebrate birthday saya, sehari sebelum konvo. A memorable month indeed~

Sampai sekarang still rasa panas lagi bahang RJU Convocation. Rasa sebak and syahdu sebab berjaya achieve something yang kita rasa sangat besar dulu, rupanya kita boleh capai apa pun yang kita nak selagi ada perasaan "nak" yang cukup besar. Saya memang suka dapat hadiah, tapi most of all, kepuasan bila dapat buat something yang kita rasa "tak boleh" and "tak mungkin" dulu tak dapat digambarkan. Dulu saya cuma tolong tepuk tangan meraikan sisters lain yang achieve, tapi rupanya kita pun boleh buat jugak, nak tak nak je.

Kalau rasa nak engage dalam bisnes kecantikan yang boleh membuatkan you all berimpian semula, Mary Kay adalah salah satu bisnes yang menjadi. Saya bercakap dari pengalaman saya buat bisnes macam-macam yang ke laut dulu. Product penting, mentor penting, knowledge penting, skill penting and banyak lagi yang "penting" dah tersedia dalam Mary Kay. One of the reason kenapa saya takde pun rasa nak bertukar bisnes lain. Sebab bahagia dia tu lain macam bila dikelilingi positive circle. Anyway, kalau nak bebel pasal Mary Kay takkan habis, jadi kalau you all kalau berminat nak jadi beauty consultant  you all boleh whatsapp saya tau.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.