Showing posts with label cara jadi member mary kay. Show all posts
Showing posts with label cara jadi member mary kay. Show all posts

Monday, 26 April 2021

My First Time In Mary Kay

Hai & Assalamualaikum😀 

Salam 14 Ramadhan semua~

Sejak bergelar beauty consultant macam-macam pengalaman yang saya dapat sampai boleh buat novel dah rasa😁 tapi tak kisah walau sehebat mana pun setiap pengalaman tersebut semuanya bermula dari "kali pertama". Jadi hari ni akan jadi hari throwback sedunia sebab saya nak flashback semula setiap pengalaman pertama yang saya dapat dari Mary Kay. Happy reading!

1. Produk Pertama Yang Dicuba


Produk pertama yang saya cuba ialah semi matte lipstick warna Mauve Moment. Nak try satu lipstick tu pun kena beli dulu tau tak tahu pulak MK boleh try free😂 sebatang lipstick yang saya try buat kali pertama itulah yang jadi titik permulaan saya dalam Mary Kay, sebab rasa lipstock dia best terus saya decide untuk signed up sebagai beauty consultant dan bermulalah career yg indah dlm mary kay😍

2. Skincare Pertama Yang Diguna


Time tu muda lagi so pakailah skincare untuk orang muda hehehe. Ni betul-betul gambar Botanical Effects yang first say pakai excited masa tu nak buat bisnes kan. Saya pakai set BE ni sekali dengan Lumivie serum, Pore Minimizer & suncare MK. Sari set basic now dah upgrade ke set paling advanced dah Alhamdulillah~

3. Kelas Pertama Yang Saya Attend


Masa ni masih bekerja so saya korbankan cuti sehari untuk attend kelas ESRS - kelas special untuk beauty consultant baru. Tapi seronok je attend kelas-kelas Mary kay sambil kena dengan sisters lain yang positif, masa tu mentor kelas adalah director saya sendiri sekarang kami sama-sama pulak jadi mentor mengajar ESRS Allahuu tak sangka sejauh ini perjalanan saya dnegan Mary Kay.

4. Kelas Mekap Pertama Yang Saya Join


First time belajar mekap dekat Ya Tuhan betapa kayunya tangan saya, semua benda tak reti. Nasib kelas mekap belajar free je and lagi best ada banyak directors untuk assist kita so memang mudah faham. Takdelah cikgu sorang anak murid beratus. Dari attend kelas pertama kepada kelas mekap kedua, ketiga, keempat and so on sampai saya yang kayu pun dah reti mekap muka sendiri. Now saya pulak yang mengajar orang mekap sehingga ke tahap korporat. And paling tak disangka, tangan kayu ni jugak yang dibayar untuk mekapkan orang kahwin & attend event.

5. Event Pertama Yang Saya Join


Gambar belah kiri ada saya attend Career Conference 4 tahun lepas, masa tu black jacket lagi baru sebulan lebih jadi beauty consultant. Gambar jacket merah tu lepas gambar Career Conference tahun-tahun selepasnya, dah naik pangkat. Sepatutnya kali ni saya akan naik stage debut sebagai Sales Director tapi ditakdirkan PKP. Event tahunan ni jugak boleh jadi medan untuk kita tengok perjalanan kita from time to time.

6. Kali Pertama Naik Stage


7. Trip Pertama Dengan Mary Kay



Bila tahu dapat complete cruise challenge ni rasa ketar kepala lutut, yelah macam tak percaya ada orang nak sponsor naik cruise. Dahlah saya ni jarang pi bercuti. Sekarang pun dah start challenge baru untuk pi Bali pulak, and dari pengalaman saya pakej yang Mary Kay bagi semua bertaraf 5 bintang. Takde istilah ala kadar walaupun kita ditaja percuma😍

8. Kali Pertama Moved Up Career


First time moved up career saya rasa excited sangattt, lepas tu terus beli Red Jacket walaupun belum qualified untuk pakai lagi. Saya beli nak jadikan pembakar semangat untuk cepat-cepat move up ke Red Jacket. Betul lah we are what we think, tak lama lepas tu saya terus bergelar Red Jacket dalam unit Alhamdulillah~

Itulah serba sedikit perjalanan saya dalam Mary Kay, semuaya bermula dgn kali pertama, langkah pertama. One small step yang kita decide untuk ambil dulu itulah yang menjadikan siapa kita sekarang. Up & down tu biasa, kita chill je and enjoy the journey😀 

Kalau you all berminat untuk berkerjaya dalam Mary Kay, boleh terus click link dekat bawah okay😍

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.













Monday, 12 April 2021

Pink Points Program

Assalamualaikum & hai semua😍

Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam di seluruh dunia semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya Amin~

Sajalah kan nak posing dgn handbag raya kikiki~

Btw saya nak inform sebenarnya mary kay introduce program baru yang namanya Pink Points Program khas untuk beauty consultants tebus hadiah dengan points terkumpul. Points tu valid setahun, jadi terpulang dekat kita samada nak redeem ataupun nak simpan points tu untuk hadiah-hadiah lain. Contoh macam saya dah redeem handbag raya dengan pink points, and selain handbag you all boleh redeem hadiah-hadiah lain macam beauty tools, cosmetic trolley, samplers, cash money and macam-macam lagilah😍

Pink Points Program ni memang best sebab boleh jadi motivation untuk kita usaha dapatkan sales untuk redeem hadiah. Setiap bulan boleh redeem tau even nak redeem berkali-kali dalam sebulan pun takde masalah. Tu kata dah beauty consultants memang kena sediakan space untuk simpan hadiah-hadiah dari company & directors.

Ni pulak hadiah lain yang beauty consultants boleh redeem, sorry lah you all kami memang banyak grab bag je sebab dah nama pun perempuan kan😁

Khas untuk you all yang sukakan hadiah & penghargaan, bisnes Mary Kay memang antara platform yang terbaik sebab suka menggunakan konsep rewards & recognition untuk motivate kita buat sales. So selain untung runcit, kita jugak boleh dapat macam-maca hadiah dari director & company atas usaha kita. Boleh click link dekat bawah untuk join family besar kami, jangan risau sebab kita akan guide dari zero😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 













Saturday, 20 March 2021

Asal Usul Mary Kay

Hai & Assalamualaikum semua😀

Sebenarnya kisah Mary Kay memang menarik sejak dari zaman founder dia lagi - Mary Kay Ash. Mary Kay Ash sebelum beliau mulakan bisnes Mary Kay, dia merupakan seorang yang bersemangat & berpengalaman dalam direct selling. Dia pernah bekerja sebagai salesperson untuk Stanley Home Products and disebabkan Mary Kay Ash ni sangat bagus dalam menjual, dia siap direkrut oleh company lain yang bernama World Gifts.

Tapi zaman 50-an dulu, kaum perempuan tak dapat peluang macam kita dapat sekarang. Berapa kali jugak Mary Kay Ash "dilepas pandang" untuk terima kenaikan pangkat, tapi turning point Mary Kay Ash bila dia punya trainee sendiri dapat naik pangkat dan terima kenaikan gaji double dari gaji dia yang dah lebih 10 tahun bekerja. Siapa yang tak panas kan?? Jadi Mary Kay Ash resigned sebagai tanda protes and decide untuk buka company sendiri.

Jadi Mary Kay mulakan bisnes Mary Kay pada umur 45 tahun, dengan dibantu oleh anak beliau. Mereka buka sebuah kedai kecil di Dallas dengan 9 orang sales people. Modal permulaan Mary Kay Inc. adalah sebanyak USD 5000, tapi dalam tahun pertama saja dan mencapai jualan almost sejuta dollar. 

Uishh macam manalah boleh dapat sales sebanyak tu dalam tahun pertama??

Sebab Mary Kay Ash nak bisnes beliau berbeza dari bisnes lain, jadi dia offer incentive program dan tidak menganggap sales people beliau sebagai orang yang buat sales sahaja. Sebaliknya mereka dipanggil beauty consultants dan Mary Kay Ash berpegang teguh kepada moto "treat others the way you want to be treated". Jadi Mary Kay Ash banyak offer rewards termasuklah pink car sebagai cara menghargai dan memotivasikan beauty consultants.

Beauty by Mary Kay yang pada awalnya bermula dengan 9 orang beauty consultants sahaja kini dah tembus ke lebih 40 buah negara dengan lebih 3.5 juta beauty consultants termasuklah saya. Dan sekarang company yang hebat ini dikenali sebagai Mary Kay Inc. And I am so blessed tp be a part of this amazing company~

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 

Sunday, 24 May 2020

Ceritera Aku Bersama Mary Kay



Kerana sebatang lipstick..

Yes! Asbab sebatang lipstick saya join Mary Kay. Siapa yang kenal saya mesti tahu saya suka buat bisnes dari zaman belajar lagi, tapi suka berbisnes tak semestinya pandai berbisnes👀 kalau pandai takdelah saya asyik bertukar bisnes kan. Baju, tudung, casing phone, supplement, cookies semuanya saya pernah jual, dadah jelah saya tak pernah jual😂. Nak dijadikan cerita masa tu saya ternampak iklan lipstick Mary Kay. Macam best haa otak saya pulak terus macam "cingggg,,, aku nak jual lipstick Mary Kay lah". Tapi nak try dulu sebelum jual. Peliknya walaupun rasa ramai buat beauty consultant tapi takde pulak kalangan kawan-kawan yang buat Mary Kay. So saya order lah sebatang lipstick dari Shoppee. Ampunkan sis masa tu tak tahu yang beauty consultant tak dibenarkan menjual dekat Shoppee😅

So bila dah sampai lipstick yang diorder, saya pun cubalah and terus rasa "wow"! Lisptick Mary Kay cukup semua sifat yang saya impikan - warna cantik, selesa, bau sedap & harga berpatutan. Let say kalau sebatang lipstick tu gagal impress saya, kemungkinan besar saya takkan berada dalam Mary Kay sampai sekarang.

And tak disangka, sebatang lipstick tu berjaya merubah hidup saya ke tahap yang saya langsung tak terfikir. I thought it was just another business. Tapi Mary Kay lebih sekadar "another business". Hajat awalnya nak untung runcit jee so that boleh shopping lebih setiap bulan😂 tapi rupanya Mary Kay juga berikan saya gaji berserta pay slip setiap bulan. Sebab tu saya tak toleh ke belakang dah dgn Mary Kay and tak terfikir nak curang sebab Mary Kay satu-satunya bisnes yang saya boleh nampak saya berkembang, from time to time.

Kalau nak cerita pasal Mary Kay ni, boleh jadi novel😂 tapi one of the reason saya stay dengan Mary Kay sebab saya boleh berimpian and boleh come out dengan action plan untuk mencapai semua impian saya. Kalau dulu hidup saya agak boring & statik, ikut script je and takde apa yang menarik.

Kalau anda mencari something yang boleh membantu kehidupan anda ataupun merubah terus kehidupan anda ke tahap yang lebih baik, Mary Kay boleh jadi platformnya. Takde janji bulan bintang, cuma siapa yang usaha dia yang dapat (man jada wa jadda).

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.