Showing posts with label cara menjadi beauty consultant mary kay. Show all posts
Showing posts with label cara menjadi beauty consultant mary kay. Show all posts

Monday, 15 February 2021

Our First Unit Meeting

Assalamualaikum & morning semua!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kami telah berjaya unit kami telah berjaya mengadakan our first unit meeting buat julung-julung kalinya. Selama ni kami selalu join unit meeting under area je, tapi selepas tengok unit makin berkembang and memandangkan kami tak boleh berjumpa disebabkan PKP, jadi saya decide untuk mengadakan unit meeting sendiri bagi mengalakkan bonding sesama consultants dan juga untuk melatih diri saya menjadi leader yang lebih baik. 

      
Inilah realiti di sebalik tabir, elok sikitlah dari bilik tidur sendiri kan kikiki. Memandangkan nak rasa lebih feel, saya decide untuk conduct meeting dari Starbucks dengan cita-cita guna wifi dia juga tapi wifi Starbucks tak boleh connect pun๐Ÿ˜ช Since saya ada beauty consultants yang duduk berdekatan, jadi saya ajak depa mai join sekali walaupun kena duduk jauh-jauh. KIta buat mana yang boleh je, asalkan dapat merasa aura masing-masing.

                 
Inilah beauty consultants saya yang datang teman and join unit meeting di device masing-masing, saya panggil depa si kembar sebab register sekali untuk jadi beauty consultant dua tahun lepas. Mashaallah dah lebih fua tahun dengan depa how time flies~


Bertabahlah tengok mukaku yang sebesar alam ni kikiki. Alhamdulillah unit meeting pertama kami berlangsung dengan jayanya siap ada tetamu jemputan senior Sales Director Erney. SSD Erney merupakan seorang akauntan yang buat Mary Kay secara part time saja. Dia kata buat Mary Kay untuk release tension tapi tulah dia punya release tension tu sampai berjaya dapat Pink Car percuma dari company. And SSD Erney juga ada anak lima orang, dengan husband bekerja sebagai frontliner and selalu takde dekat rumah. Nak seribu daya kan~

Inshaallah kita akan ada banyak lagi unit meeting in future, online pun online lah selagi ilmu sampai kan. Kalau you all berminat nak join family kami yang positif dan penuh semangat ni boleh click link dekat bawah ya, kita guide dari zero๐Ÿ˜Š

Click link below to contact me๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 












Monday, 19 October 2020

Personal Advanced Makeup Class (PAMU)

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan~

Inilah description yang sesuai sempena PKPB yang berkuat kuasa semula di Selangor. Plan asal kami untuk attend makeup class special untuk achievers dekat Seri Kembangan, lepas tu akan ada sesi photshoot pulak. Tapi disebabkan PKPB, photoshoot terpaksa postpone and kelas mekap pulak dibuat secara virtual melalui Zoom. Ada hikmah jugak pagi tu sempat pi breakfast & spend time dengan parents tersayang๐Ÿ˜Š


Hari tu tema dia makeup event, tapi makeup event yang senang. Mata tu nampak macam cut crease kan tapi sebenarnya bukan, in fact saya tak guna eye primer pun. 

Yang ni nampak lagi jelas kan makeup bahagian mata, betul dak macam cut crease?๐Ÿ˜

Transformation lah konon hehehe~

Jom tengok sisters lain punya mekap๐Ÿ˜


Ada yang belajar sambil kendong anak maklumlah online class kan๐Ÿ˜


Haa ni pulak sesi bergambar online lepas habis kelas, yang bawah belah kiri tu sister kami dari Sabah, jauh di mata tapi tetap dekat di hati~

So itulah dia kelas PAMU kami first time secara virtual. Sejujurnya saya ni bukanlah jenis yang suka gathering even sebelum covid pun, tapi dalam Mary Kay saya suka berkumpul dengan sisters sebab sukakan semangat & vibes positif. Jom sama-sama kita doakan wabak covid ni dapat dihilangkan dari muka bumi ni Amin...

By the way, sepanjang awal PKP lagi saya memang buat bisnes Mary Kay dari rumah je most of the time. Alhamdulillah terbukti yang industri kecantikan adalah industri yang dapat bertahan walaupun pada waktu sukar. Kalau you all nak tahu lebih tentang peluang kerjaya Mary Kay, boleh contact saya dengan click link dekat bawah๐Ÿ˜‡

To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Wednesday, 9 September 2020

Our Pink Party

Assalamualakium & morning!

Wow saya rasa refreshed sangat bila dapat bertemu sisters lain ambik aura. Maklumlah sejak PKP kami jarang berkumpul tapi yang penting kami tetap di hati masing-masing gituu~

Jadi hari Sabtu lepas kami telah buat facial spa yang merupakan open event dan kami boleh ajak guest yang bukan beauty consultant. Dalam kelas ni beauty consultants baru & guests berpeluang untuk cuba Pink Clay Mask yang terbaru๐Ÿ˜



Tema PINK sempena meraika Pink Clay Mask yang baru keluar๐Ÿ˜€

Aisehh dapat hadiah lagi, thanks my mentor yang tak jemu memanjakan kami dengan hadiah๐Ÿ˜


Yang lain pun bukan main senyum lebar lagi yelah siapa tak suka bila dapat hadiah kan๐Ÿ˜€

So basically hari tu kami cuba Pink Clay Mask yang baru sambil berkumpul & bonding sesama sisters. Yang ada anak bawak anak. Kebanyakan yang buat Mary Kay adalah secara part time saja, tapi depa rajin datang program Mary Kay sebab sambil kita gain knowledge, sambil kita have fun jugak. 

Siapa suka dengan sisterhood yang positive macam ni? You're always welcome to be a part of us, click the link below to contact me๐Ÿ˜Š


Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc




Tuesday, 11 August 2020

Non-Stop Education With Mary Kay

Assalamualaikum & morning!


Alhamdulillah berakhir sudah sesi sharing saya dengan new consultant. Teringat tiga tahun lepas saya yang belajar sebagai beauty consultant baru, kali ni saya pulak yang mengajar. Circle belajar and mengajar ni takkan habis di Mary Kay, sebab ilmulah yang membuatkan kita sustain dalam dunia bisnes yang penuh cabaran  & pancaroba ni.

One of the reason saya stay dalam Mary Kay ialah sebab culture dia yang tak pernah sunyi dari education. Dari dulu lagi saya buat bisnes, tapi bisnes pandai-pandai sendiri yang kebanyakannya ke laut dalam๐Ÿ˜‚

Semua dalam Mary Kay diguide, dari cara conduct beauty class sehinggalah sekecil-kecil benda macam cara type dekat whatsapp. Benda kecik, tapi boleh memberikan impact yang sangat besar. And it's such an honour to be selected as one of the mentor. Berapa kali jugaklah saya jadi mentor secara online & offline, semoga bermanfaat untuk beauty consultant yang datang belajar๐Ÿ˜Š

Kalau you all berminat untuk join bisnes yang penuh kasih sayang ni, boleh contact saya untuk kita guide and ajar dari zero. Education dalam mary kay percuma, tinggal nak grab je. Best kan?๐Ÿ˜

Do whatsapp me to know more about Mary Kay career opportunity.

To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc



Thursday, 14 November 2019

Mary Kay Red Jacket University Convocation

Assalamualaikum & morning!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah tanggal 2 November yang lalu menjadi saksi dalah saty impian saya menjadi kenyataan. Isk skemanya bahasa kan, bukan apa sebab saya sangat happy + terharu + sebak + excited. Tarikh 2 November merupakan tarikh bersejarah sebab saya telah pun bergelar sebagai Red Jacket Graduates. 

Yang diidam sekian lama akhirnya menjadi genggaman~

Red Jacket University ni sebenarnya program untuk Red Jackets di mana kita boleh attend kelas di mana-mana lokasi terdekat, and then company akan bagi challenge 4 bulan and kalau kita complete dalam masa 4 bulan tu, kita akan konvo dengan gilang-gemilangnya dan dapat certificate sebagai Red Jacket University graduates. And sebenarnya saya pernah share kisah pasal saya attend Red Jacket University dengan director saya sendiri, you all boleh baca dekat sini; http://deespeaking.blogspot.com/2019/01/mary-kay-red-jacket-university.html
Bila dapat bunga lagi excited๐Ÿ˜

Bersama Director saya yang jugak merupakan mentor RJU saya, yang tak pernah jemu bagi semangat & galakan, and siap bantu tracking performance saya untuk completekan RJU.

Saya konvo dengan power partner saya Elizabeth ataupun kami panggil Eliz. Eliz ni baru saja debut sebagai Sales Director beberapa hari sebelum konvo. Rasa happy and terharu bila dapat konvo sama-sama dengan rakan seperjuangan. We are the witness of each other's journey. Bukan sedikit up & down yang kami share bersama, keluh kesah, mengadu masalah but Alhamdulillah we did it. 

Glamorous Bee Future Area


Outdoor pulak~ bukan selalu dapat konvo kan๐Ÿ˜

RJU Convocation is the best birthday gift ever! Gambar ni diambil sehari masa celebrate birthday saya, sehari sebelum konvo. A memorable month indeed~

Sampai sekarang still rasa panas lagi bahang RJU Convocation. Rasa sebak and syahdu sebab berjaya achieve something yang kita rasa sangat besar dulu, rupanya kita boleh capai apa pun yang kita nak selagi ada perasaan "nak" yang cukup besar. Saya memang suka dapat hadiah, tapi most of all, kepuasan bila dapat buat something yang kita rasa "tak boleh" and "tak mungkin" dulu tak dapat digambarkan. Dulu saya cuma tolong tepuk tangan meraikan sisters lain yang achieve, tapi rupanya kita pun boleh buat jugak, nak tak nak je.

Kalau rasa nak engage dalam bisnes kecantikan yang boleh membuatkan you all berimpian semula, Mary Kay adalah salah satu bisnes yang menjadi. Saya bercakap dari pengalaman saya buat bisnes macam-macam yang ke laut dulu. Product penting, mentor penting, knowledge penting, skill penting and banyak lagi yang "penting" dah tersedia dalam Mary Kay. One of the reason kenapa saya takde pun rasa nak bertukar bisnes lain. Sebab bahagia dia tu lain macam bila dikelilingi positive circle. Anyway, kalau nak bebel pasal Mary Kay takkan habis, jadi kalau you all kalau berminat nak jadi beauty consultant  you all boleh whatsapp saya tau.

To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Thursday, 18 July 2019

Cruise Malaysia Experience


Pengalaman manis & syahdu❤️

Antara best moment dalam hidup ialah bila saya dapat completekan Cruising Beyond Red challenge and dapat reward menaiki cruise syukur Alhamdulillah๐Ÿ˜ญ. Achievers berkumpul dekat KLIA dulu sebelum belayar and seronok plus syahdu bila kedua mama papa dapat menemani & menghantar saya sehingga ke KLIA๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ, mereka berdua jadi saksi kerja keras saya sekian lama, and yang tak putus2 mendoakan siang malam.

Nak kata batak pun iyaa jugak๐Ÿ˜‚, sebab memang tak pernah ada anak datuk ajak sis naik cruise. Berangan jelah bila tengok dalam tv, nak pi sendiri ermm kutakut poketku terluka hahaha. Tapi syukur dapat juga merasa dgn Mary Kay, fully sponsored & dibekalkan duit belanja lagi Allahu๐Ÿ˜ญ.

Jadi mcm mana pengalaman naik cruise? Of course it's different! Dah selalu dok atas darat bila atas laut memang lainlah sistem dia. View cantik sangat atas cruise tu dgn dia punya interior deco campur dgn view laut, Subhanallah๐Ÿ˜. Bilik cabin kecik je, kalau nak bilik besar ada tp ongkosnya pun besar sikit tapi tak kisah sebab walaupun kecik sangat selesa and byk storage area. Toilet dia ada air tak?๐Ÿ‘€ Haha ada jgn risau, sebab shower dekat je dgn tandas jadi boleh capai. Kalau toilet luar cabin, masih ada air cuma takde paip. Faham tak hehe so pandai2 lah buat adjustment ya.

Nak buat apa atas laut? Takkan nak selfie and tengok view je setiap masa kan. Well actually banyak benda sangat yang you all boleh buat atas Superstar cruise, ada tempat shopping, ada tempat karaoke, ada tempat untuk tgk show, ada spa, ada swimming pool, gym and banyaaaak lagi. Aktiviti kesukaan kami ialah makan, makan & makan! Ya Ampun sedap sangat makanan dlm cruise tau, seafood fresh takyah cakap lah. Makanan arab pun ada. Tomyam dia saya suka! Kalau untuk brrakfast tu roti dia dah berapa jenis tau. And paling stress time dessert, fuhh kek dah berapa jenis, aiskrim pun macam2 flavour, macam2 topping, pudding semua ada lai lai pilih๐Ÿ˜‚. Mmg berat naik. Mendadak tau.

Pastu selain melantak & selfie apa lagi yang kami buat? Cruise ada jugak mendarat dekat Penang & Phuket utk kami berjalan & shopping. Pastu atas cruise ada swimming pool so kami pun berendam lah sebab suma tak pandai berenang kan hahaha. Jakuzi dia best! Belah malam saya pergi tgk show kat dewan dia, saya tgk tu ada dancing & magic show & comedy. Terhibur jugak lah sis hehe. Kalau you all peminat perfume silalah shopping di sini, sebab murah gilaa perfume dia jual atas cruise. Of course yang ori punya!

Orang selalu tanya, tak pening ke? Tak pun, cuma memang kita rasa berombak2 and still sedar yang kita atas laut. Tapi ingat lagi second day lepas masuk perairan Thailand, ikut kata staf memang kat Thailand laut dia lagi bergelora, and tambah cuaca buruk hari tu memang rasa bergoyang2 and mual sampai saya merangkak dalam bilik๐Ÿคข. Photoshoot hari tu pun kena cancel. Semua orang tak sihat ada sorang sister tu cerita dia muntah tiga kali. Saya pun sampai terdengar jiran sebelah cabin mengadu kat housekeeper yg kawan dia "is very sick". Tu antara experience yg dahsyat tp padan muka tak bawak ubat mabuk, sbb saya ni bukan jenis mudah mual. So kalau you all plan nak naik cruise sila sediakan ubat mabuk & jangan berlagak macam saya ya๐Ÿ˜….

Superstar Libra Cruise ni ada 10 tingkat, bila naik tingat dekat deck tingkat 10 uish gayat mak๐Ÿ˜…. Tapi di tempat yang paling scary tu lah view dia paling cantik. Macam tu jugak dgn kehidupan kita, di saat paling perit tulah yang akan bawa hasil paling manis๐Ÿ˜Š.