Pengalaman manis & syahdu❤️
Antara best moment dalam hidup ialah bila saya dapat completekan Cruising Beyond Red challenge and dapat reward menaiki cruise syukur Alhamdulillah😭. Achievers berkumpul dekat KLIA dulu sebelum belayar and seronok plus syahdu bila kedua mama papa dapat menemani & menghantar saya sehingga ke KLIA😭😭, mereka berdua jadi saksi kerja keras saya sekian lama, and yang tak putus2 mendoakan siang malam.
Nak kata batak pun iyaa jugak😂, sebab memang tak pernah ada anak datuk ajak sis naik cruise. Berangan jelah bila tengok dalam tv, nak pi sendiri ermm kutakut poketku terluka hahaha. Tapi syukur dapat juga merasa dgn Mary Kay, fully sponsored & dibekalkan duit belanja lagi Allahu😭.
Jadi mcm mana pengalaman naik cruise? Of course it's different! Dah selalu dok atas darat bila atas laut memang lainlah sistem dia. View cantik sangat atas cruise tu dgn dia punya interior deco campur dgn view laut, Subhanallah😍. Bilik cabin kecik je, kalau nak bilik besar ada tp ongkosnya pun besar sikit tapi tak kisah sebab walaupun kecik sangat selesa and byk storage area. Toilet dia ada air tak?👀 Haha ada jgn risau, sebab shower dekat je dgn tandas jadi boleh capai. Kalau toilet luar cabin, masih ada air cuma takde paip. Faham tak hehe so pandai2 lah buat adjustment ya.
Nak buat apa atas laut? Takkan nak selfie and tengok view je setiap masa kan. Well actually banyak benda sangat yang you all boleh buat atas Superstar cruise, ada tempat shopping, ada tempat karaoke, ada tempat untuk tgk show, ada spa, ada swimming pool, gym and banyaaaak lagi. Aktiviti kesukaan kami ialah makan, makan & makan! Ya Ampun sedap sangat makanan dlm cruise tau, seafood fresh takyah cakap lah. Makanan arab pun ada. Tomyam dia saya suka! Kalau untuk brrakfast tu roti dia dah berapa jenis tau. And paling stress time dessert, fuhh kek dah berapa jenis, aiskrim pun macam2 flavour, macam2 topping, pudding semua ada lai lai pilih😂. Mmg berat naik. Mendadak tau.
Pastu selain melantak & selfie apa lagi yang kami buat? Cruise ada jugak mendarat dekat Penang & Phuket utk kami berjalan & shopping. Pastu atas cruise ada swimming pool so kami pun berendam lah sebab suma tak pandai berenang kan hahaha. Jakuzi dia best! Belah malam saya pergi tgk show kat dewan dia, saya tgk tu ada dancing & magic show & comedy. Terhibur jugak lah sis hehe. Kalau you all peminat perfume silalah shopping di sini, sebab murah gilaa perfume dia jual atas cruise. Of course yang ori punya!
Orang selalu tanya, tak pening ke? Tak pun, cuma memang kita rasa berombak2 and still sedar yang kita atas laut. Tapi ingat lagi second day lepas masuk perairan Thailand, ikut kata staf memang kat Thailand laut dia lagi bergelora, and tambah cuaca buruk hari tu memang rasa bergoyang2 and mual sampai saya merangkak dalam bilik🤢. Photoshoot hari tu pun kena cancel. Semua orang tak sihat ada sorang sister tu cerita dia muntah tiga kali. Saya pun sampai terdengar jiran sebelah cabin mengadu kat housekeeper yg kawan dia "is very sick". Tu antara experience yg dahsyat tp padan muka tak bawak ubat mabuk, sbb saya ni bukan jenis mudah mual. So kalau you all plan nak naik cruise sila sediakan ubat mabuk & jangan berlagak macam saya ya😅.
Superstar Libra Cruise ni ada 10 tingkat, bila naik tingat dekat deck tingkat 10 uish gayat mak😅. Tapi di tempat yang paling scary tu lah view dia paling cantik. Macam tu jugak dgn kehidupan kita, di saat paling perit tulah yang akan bawa hasil paling manis😊.
No comments:
Post a Comment