Showing posts with label mary kay cheras. Show all posts
Showing posts with label mary kay cheras. Show all posts

Monday, 4 January 2021

Serum Vitamin C + E Review

 Assalamualaikum & morning semua!

 
Wahh apa pulak ni, produk baru lagi ke??😱

Yess bebeyhh, Mary Kay keluarkan produk baru lagi which is Serum C+E. Jadi macam yang kita tahu, vitamin C memang banyak benefit kepada kulit contohnya;
  • mencerahkan kulit
  • menegang & menganjalkan kulit
  • kaya dengan anti-oxidant 
  • buat skin glowing walaupun tanpa mekap
  • mengecilkan pori
Yess vitamin C memang sangat banyak benefit, tapi you all tahu tak effect dia akan jadi lebih kebabom bila bergabung dengan vitamin E! And vitamin E juga ada extra function untuk melembapkan kulit dan melegakan keradangan kulit. Jadi kalau you all pernah jadi mangsa high chemical product and dah masuk fasa pemulihan, boleh guna Serum C+E ni untuk bantu pulihkan permukaan kulit. 

And you all tahu apa lagi yang special mengenai vitamin C+E? Vitamin C+E yang baru ni menggunakan encapsulation technology, which means dia macam satu capsule yang ada pure vitamin C & E. Pure vitamin tau uolls, bukan synthetic. Patutlah meletop-letop bila pakai serum ni😍



FYI tak serum C+E tak menggunakan buah oren sebab buah oren merupakan buah paling rendah percent vitamin C. Sebaliknya Mary Kay gunakan buah "Amla" sebagai main ingredient. Buah Amla atau nama lainnya "Indian Gooseberry" telah digunakan dalam perubatan tradisional selama 5000 tahun. Orang sampai panggilbuah Amla ni sebagai "superfruit" tau sebab dia mempunyai kandungan vitamin C yang sangat tinggi. 

              Jom tengok score buah Amla, fuhh mantap tau dapat A++


So sekian saja sharing untuk new product dari Mary Kay, which is Serum Vitamin C+E. Nak jadi antara yang terawal cuba serum terbaru ni? Jom contact saya okay, click je link dekat bawah👇👇

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc





Sunday, 28 June 2020

Kenapa Kulit Kering?

Bila pegang rasa kering kontang, ada yang sampai menggelupas, ada yang sampai berdarah😨 Kulit pun mudah rasa ketat, especially bila senyum. Ada yang nampak smooth tap bila disentuh rasa kasar. Ada yang memang nampak flaky dari jauh. Inilah simptom biasa kulit kering. Jadi hari ni saya nak share kan punca-punca yang menyumbang kepada kulit kering and diharapkan dapat membantu you all😊

1. Cuaca

Cuaca yang sejuk memang akan membuatkan kulit kita jadi lebih kering sebab suhu dan kelembapan udara menurun. Saya ada customer yang kerja London - Malaysia so setiap kali dia travel ke London dia akan tukar ke moisturizer untuk kulit kering walaupun kulit dia asalnya kulit kombinasi. Alahh tak payah pi jauh, bila kita pi Cameron Highland pun kulit dah jadi kering. Macam tu jugak bila kita pi. Sama jugak bila kita pergi ke kawasan yang panas dan kering kulit akan jadi lebih kering disebabkan dehydration. Nampak tak mcm mana cuaca memainkan peranan penting dekat kulit kita. Kita tak boleh ubah cuaca, tapi kita boleh pakai moisturiser😀

2. Aircond
Berbalik kepada point nombor 1, bila cuaca sejuk kulit kita mudah kering. Sama jugak dengan kes bekerja dalam aircond. Sebab tu dalam consultation saya akan tanya sekali lifestyle contohnya kerja dekat tempat macam mana, ada resdung or allergic. Jadi silalah pakai moisturiser ya tuan-tuan & puan-puan.

3. Kurang Minum Air

Haa ni ramai yang dah selalu highlightkan kepentingan minum air yang secukupnya bukan saja dari segi kesihatan, tapi dari segi kecantikan jugak. And scary fact; bila kita kurang minum air kulit kita akan cepat tua😱

4. Hormon
Ini benda yang sangat biasa berlaku dekat perempuan - bila period kulit naik jerawat. Bila pregnant kulit kering. And saya sendiri bila terlalu stress or penat kulit akan jadi kering jugak. Kalau kita dah dapat agak bila hormin jadi tak menentu contohnya tarikh anggaran period, kita boleh buat adjustment siap-siap dekat skincare regiment kita.

5. Air Mandian
Mandi dengan air panas setiap masa boleh menyebabkan kulit kehilangan lembapan semulajadi dan menjadi kering. And kalau kita selalu berenang dalam swimming pool yang banyak chlorine pun akan menjadikan kulit kering. 

6. Kimia Dalam Sabun & Syampu


Kebanyakan sabun mandi, syampu dan sabun basuh menarik keluar kelembapan asal kulit sebab pembersih tu semua dicipta untuk membersihkan minyak. Kalau you all ada masalah kekeringan kulit yang serius, sila guna personal care yang memang dicipta khas untuk kulit sensitif.

7. Penyakit

Penyakit seperti eczema dan psoriosis boleh mengundang kepada kekeringan kulit. Kalau kes macam ni, kita akan minta customer refer doktor dulu sebelum dapatkan consultation dari kami. 

Untuk kulit kering, kalau you all mengalami kekeringan yang serius sila refer pakar. Tapi kalau kering biasa-biasa saja, focus kepada produk penjagaan kulit untuk dry skin. Kalau nak tahu produk Mary Kay untuk kulit kering, boleh refer posting saya sebelum ni; Penjagaan Kulit Kering. Semoga bermanfaat!

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Friday, 26 June 2020

Microdermabrasion Set Berwajah Baru!

Assalamualaikum & morning!

Kali ni bukan update mengenai produk baru, tapi packaging baru😀 Microdermabrasion Set or nama mudahnya set pori sekarang dah berwajah baru! Nak pinky-pinky jugak hehe. Bila dah bertukar warna kita pun semakin semangat nak pakai iya dokk.



Ishh laser betul Captain Jack ni,,, tapi kalau anda rasa ada masalah pori terbuka yang obvious memang patutlah cuba Microdermabrasion Set. Macam tu jugak dengan parut berlubang. So basically ada dua item dalam Microdermabrasion Set ni;

Microdermabrasion Refine

Scrub halus yang bantu bersihkan pori dari segala habuk, debu & sisa mekap dan seterusnya melancarkan kerja Pore Minimizer.

Pore Minimizer

Membekalkan protein di kawasan sekita pori jadi kulit di kawasan tersebut akan lifted up dan seterusnya mengecilkan pori. Pore Minimizeer juga tolong protect kulit kita dari habuk & debu.

In a simpler words, Microdermabrasion Refine ni ibarat kertas pasir, Pore Minimizer pula macam syelek kita sapu kat kau. Sebelum sapu syelek kita kena ratakan permukaan kayu dulu kan. Haa gitulah konsep dia. Dekat sini saya juga nak sharekan sebagahagian testimoni Microdermabrasion Set. 

                            
Ni packaging lama, yang model ni sebenarnya adalah salah satu Sales Director in Mary Kay - Kak Ayien😍

Ni pore minimizer yang saya pakai sampai sekarang, sebab saya jugak ada masalah pori terbuka.

Dalam 14 hari dah nampak kesan, tapi apa pun bergantung kepada keadaan kulit you all. Kalau jenis parut dalam dia akan take time sikit.

Kalau parut jerawat hitam macam mana pulak?

You all boleh refer dekat entry saya yang ni, Cara Hilangkan Parut Jerawat saya buat special posting megenai parut sahaja.

Jadi itulah di kisah Microdermabrasion Set. Kalau you all nak jadi antara salah seorang yang terawal di Malaysia yang menggunakan Microdermabrasion Set yang baru, boleh whatsapp saya tau. Kita guide cara jadi cantik & flawless😍

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.


Monday, 4 May 2020

Brand New Mary Kay Lip Balm Review

Assalamualaikum & morning!


Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ni, Mary Kay ada keluarkan produk yang sangat dekat di hati kita time bulan puasa ni, which is Limited Edition pH Lip Balm. Aikk apo pulak pH Lip Balm?? Rasa tak pernah jumpa Lip Balm nama lagu tu kan. Haa meh kita cerita dekat bawah😊

Setiap tahun Mary Kay akan buat CSR program untuk menggalakkan rakyat Malaysia membeli sambil menderma. Badan kebajikan pilihan Mary Kay Malaysia adalah NASOM (National Autism Society of Malaysia). Kalau macam dulu Mary Kay keluarkan blusher love untuk CSR program, and tahun ni pulak keluarkan pH Lip Balm. Ngam betul keluar time puasa yang bibir kita selalu kering kan. 

Apa yang specialnya pH Lip Balm ni?

Lip Balm ni bersifat pH sensitive, jadi warna dia akan ikut bibir kita. So setiap bibir akan memberikan warna yang berbeza, barulah unik kan. Bahan-bahan dia adalah complex ingredients macam glycerin dan olus oil yang sangat bagus untuk bibir kita. Tesktur dia smooth and silky, dia tak sama macam Satin Lip Balm tau kalau you all pernah try. pH Lip Balm ni lebih ringan and smooth.  

Ada dua pilihan warna- Pink & Berry

Jom tengok macam mana result pH Lip Balm ni😍




Comel kan?? Warna dia tak terlalu strong, just nice. Benda ni limited edition. So kalau berkenan tu jangan tunggu lama-lama hehe. Lagipun kalau beli dua warna bulan ni, you all boleh dapat mini handbag comel macam dekat bawah~

Comel kan? So apa tunggu lagi, jom membeli sambil menderma~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.


Monday, 27 April 2020

Aktiviti Unit Di Kala PKP

Assalamualaikum & morning!

Menjelang hari ke-42 PKP, hari ke-5 Ramadhan. Luar biasa sungguh puasa kali ni. And memandangkan tak boleh keluar, kami dari Glamorous Bee unit banyak rancang aktiviti bersama walaupun berjauhan. Yang penting dekat di hati gituuu~

Antara aktiviti yang kami buat bersama ialah stay at home poster. Dah pakat dah nak pakai baju warna apa dengan tudung warna apa kan. Can you spot me?? Hint : yang ada bunga tu hehe. Jadi activity ni juga bertujuan untuk menyokong PKP yang sedang berlangsung sekarang. Stay strong everybody!

Selain tu, kami juga ada aktiviti yang lebih daring which is buat TikTok video😂 nope dia
bukanlah video terkinja-kinja macam you all bayangkan tu, tapi kami buat #DontRushCallenge. Maybe ada some of you tahu tentang #DontRushChallenge, tapi untuk yang tak tahu tu you all boleh tengok video dekat bawah dah boleh faham. 

My first TikTok video ever kikiki,,,setelah berpeluh-beluh buat video berdurasi 15 saat sajoo saya memutuskan bahawa saya memang tak layak jadi pelakon. Nampak je macam  simple tapi beribu takes jugak nak siapkan video ni, nampak sangat amatur kan.

#DontRushChallenge for Galmorous Bee Unit. Semua make menggunakan Mary Kay of course😃

Itulah unit kami yang memang tak pernah sunyi dari activity, this is how we are connected. Kawalan pergerakan bukanlah kawalan usaha. Takde alasan PKP tak boleh buat bisnes sebab rezeki Allah tu luas, lagipun sekarang semuanya di hujung jari. In fact bulan ni saya agak banyak dapat customer baru walaupun tak keluar rumah jadi jangan risau, PKP atau tak PKP Allah tu melihat kepada usaha kita. 

Rasa bosan duduk rumah tak buat apa-apa, ataupun rasa nak ambil peluang PKP ni untuk menjana extra income boleh contact saya. Yesss boleh work from home je sebab delivery and stock semuanya Mary Kay uruskan. Ongoing education melalui Zoom, Telegram, Whatsapp group, etc. Semua dah ada, tinggal nak buar atau tak je. Saya akan bagi contoh diri sendiri je, sebelum Mary Kay saya tukar bisnes macam tukar baju😂 , tapi sekarang dah masuk tiga tahun dengan Mary Kay. Jadi dari situ dah boleh judge kan😊

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Thursday, 19 March 2020

Beauty Class March 2020

Assalamualaikum & morning!

Hari ni nak throwback kisah yang tak berapa lama, which is beauty class minggu lepas dengan staf-staf Bastinet Sdn Bhd di Putrajaya. This time semua staf perempuan yang join, so memang havoc lah😁

Saya in action~

Before proceed kepa practical cara penjagaan wajah & basic makeup, kita sembang-sembang duu berkenalan, barulah tak kekok nanti kan😊

With my girls~ kami empat orang je beauty consultants sebab crowd pun tak ramai, cuma belas-belas saja. Tapi personally saya lagi suka beautry class dengan size crowd yang kecil, sebab lagi mudah handle and bonding.

Sebenarnya minggu lepas minggu yang agak mencabar bagi saya sebab hari-hari ada appointment / program. Almost setiap hari saya keluar pagi and balik malam, sampai kaki sakit-sakit and bila habis penat lagi dah kena kemas untuk program esoknya. Rupanya Allah bagi sibuk dulu sebab lepas tu DIA bagi kita "work from home". HAri ni hari ketiga restricted movement disebabkan oleh Covid 19. Sama-samalah kita berdoa agar Malaysia & seluruh dunia terhindar dari kemudaratan Amin...

Stay home & stay safe everyone!

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Wednesday, 18 March 2020

Shea Butter Malaysia

Assalamualaikum & morning!

Hari kedua perintah kawalan pergerakan, semoga yang baik-baik saja untuk Malaysia dan juga seluruh dunia Amin...

By the wayyy since ramai berkurung dekat rumah time kritikal ni, apa kata kita tambah pengetahuan. Hari ni saya nak share pasal something yang memang tak asing lagi dalam dunia kosmetik,,,which is Shea Butter! 
Macam aiskrim pun ada kan Shea Butter ni,,,ish nampak benor saya lapar😂

Shea butter memang digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan kandungan dalam kosmetik, tapi you all tahu ke apa shea butter tu sebenarnya? kalau belum tahu, hopefully sharing saya hari ni dapat bagi something dekat you all~

Dekat negara belah-belah Africa nun, ada satu pokok nama dia Shea Tree. Pokok ni mengeluarkan kekacang, and dari kekacang tu, depa extract lemak and lemak tulah yang kita panggil Shea Butter. 
Inilah rupa kacang yang mana lapisan lemak di"extract", nampak macam buah berangan kan?
Ni pulak pokok Shea~

Haa gitulah asal usul shea butter, tapi shea butter bukan lah sekadar lemak dari kekacang - in fact shea butter mempunyai banyak sangat manfaat dari segi kesihatan & kecantikan kulit yang menyebabkan dia sentiasa dipilih sebagai bahan dalam produk penjagaan kulit. Jom tengok apa benefit dia😍
  • shea butter membekalkan nutrient & asid lemak (fatty acid) yang diperlukan untuk penghasilan collagen
  • kepekatan natural vitamin & fatty acid dalam shea butter membuatkan dia sangat efektif dalam melembapkan dan memelihara kulit
  • menjadi penawar kepada kulit kering and melindungi minyak semulajadi dalam kulit
  • melegakan keradangan - salah satu kompan dalam shea butter yang bernama lupeol cinnamate sangat berkesan untuk melegakan keradangan kulit dan juga membantu merawat jerawat
  • mengandungi oleic, stearic, palmitic & linolenic acid yang melindungi dan memelihara kulit dari kekeringan
  • dalam kegunaan jangka masa panjang, responden dapat rasa kulit makin lembut, tegang dan kedut makin berkurang
  • shea butter juga boleh digunakan terhadap bayi & kanak-kanak


Jadi itulah antara benefit shea butter, tak hairanlah banyak kosmetik gunakan shea butter sebagai main ingredient termasuklah Mary Kay. Kebanyakan body care Mary Kay mengandungi shea butter macam dekat bawah ni;

1. Satin Hand Set
2. Satin Lips Set

3. Satin Body Set

Sekian saja sharing saya hari ni, kalau nak tahu lebih banyak lagi pasal produk Mary Kay atau beauty tips you all boleh refer teruskan mebca blog saya, Inshaalah bermanfaat😊

Stay home & stay safe everyone!

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order 

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai


FB Page & Instagram :  Allydra

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Sunday, 23 February 2020

Skincare Class di UKM

Assalamualaikum & morning!

Banyak activity saya bulan ni, salah satunya skincare class dekat UKM. Saya dah banyak pengalaman buat skincare class dekat university, tapi skincare class kali ni agak berbeza sebab bukan dibuat dalam acara formal macam sealu, instead kami santai-santai je buat dekat bilik staff. 

Beauty session tu kami buat belah malam sebab tunggu guests habis kerja, nak dijadikan cerita pengalaman saya ke UKM memang mencabar. Saya dan adik saya yang kebetulan tengah cuti semester gerak awal dari rumah sebab plan nak makan dekat cafe UKM and solat maghrib dekat sana. Memang Allah nak bagi lebih, dibuatnya hari tu hujan lebat mencurah-curah, sampai ada jalan dekat Kajang yang ditutup and kami kena patah balik haruuu betul rasanya. Lepas tu redah pulak jammed dengan banyak kereta berhenti tepi jalan (saya pun tak faham kenapa). Jadi perjalanan 30 minit jadi 2 jam huhuhu. Sampai ke UKM dah maghrib, and lepastu terus skincare class. Tak sempat pun nak makan and melayan kesedapan cafe UKM. Saya memang excited kalau makan dekat cafe university sebab rasa macam mengimbau kenangan gituu, lagipun dekat U biasanya makanan sedap. Nampak tak obsesi saya dengan makanan hahaha. Kami cuma sempat tapau untuk makan di rumah.
Masking time~

Lepas dah lawa-lawa haruslah tangkap gambar. Kalau skincare class saya focus pada practical skincare and lepatu baru kita proceed kepada basic makeup. Makeup nipis pun dah berseri kalau kulit sihat😄


Penat memang penat, tapi semua tu tak terasa lepas tengok adik-adik happy & bonding sesama depa masa session. Bila sanak saudara and kawan-kawan sendiri yang join, memang riuh. Oh yes saya memang tak sempat mekap and style tudung sangat sebab lepas solat terus rushing ke hostel adik-adik ni. Tapi takpelah, asalkan depa cantik~ Jom siapa nak belajar cantik-cantik dengan saya mehlah arrange skincare class percuma. Whatsapp jer okayy~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Thursday, 6 February 2020

Sweet Memory

Assalamualaikum & morning!

Hari ni saya nak berkongsi satu perkara yang membuatkan saya rasa sangat bersyukur sebab ditemukan dengan insan-insan yang baik hati. Kerjaya saya sebagai beauty consultant memang bawak saya berjumpa dengan banyak orang, and kebanyakannya memang sangat baik. Few times jugak saya ditakdirkan jumpa dengan guest-guest yang high profile tapi humble sangat. Bila saya pergi buat makeup class or skincare class, sejujurnya saya memang tak harapkan apa-apa pun dari guest tapi biasanya diorang suka jamu saya minum. Ada sekali tu saya pergi mengajar mekap di Semenyih, mula-mula masuk saya terpegun tengok deco rumah yang "wow", rupanya owner merupakan seorang tokey kilang perabot and ada kedai dekat Semenyih. Rumah dia pun dekat sebelah atas dia buat office siap buat house tour dengan saya lagi hehe. Tapi paling terharu before saya balik dia bagi sekotak brownies untuk saya makan dengan family. Dahlah saya ni memang hantu coklat.

Pernah juga saya pergi ke kawasan pedalaman, masuk kampung tu waze dah tak boleh nak detect and guest kena ambik saya dekat depan masjid, which is benda normal kalau saya masuk kawasan yang waze tak boleh cover. Bila dah sampai rumah dia, kampung tu cantik sangat and bersih. Jalan berpasir and banyak dahan pokok, saya masa tu pulak bawak trolley skincare yang besar dan berat, jadi memang kena angkutlah sebab tak boleh seret. Masuk rumah dia jamu bermacam jenis kek pulak semua home made, masa tu adik saya teman saya sekali jadi memang seronoklah dia. Sebab guest tu memang berniaga makanan, and saya pun terbeli popia carbonara frozen balik rumah terus goreng. Eh you all jangan salah faham, saya takdelah judge orang bersasarkan makanan yang dijamu cuma kadang-kadang saya amazed sangat tengok banyak betul effort depa masak walaupun saya cuma datang sekadar mengajar skincare and mekap, bukanlah tetamu VVIP pun.

Dengan customer pun ada bonding tersendiri walaupun saya banyak jugak customer yang duduk jauh-jauh and tak pernah bersua muka. Ada customer yang jumpa saya melalui facebook selalu datang rumah saya untuk ambik barang walaupun saya offer untk hantar. Dia punya kerap datang tu sampai dah kenal mak saya hehe. Lepas berapa bulan dia pakai Mary Kay kulit dia dah makin okay, and dia siap promote Mary Kay dekat kawan-kawan office and adik dia, sampai ada yang jadi customer saya dah. Of course lah kita suka dapat customer macam  ni tapi at the same time saya jugak terharu dengan kebaikan orang yang takde pertalian darah dengan kita. And ada jugak sekali saya mengajar mekap dekat satu kawasan perumahan elite, balik malam tu dapat whatsapp dari soemeone yang tinggal dekat kawasan yang sama minat nak belajar mekap jugak, rupanya sebab saya siang tadi reccomend saya dekat jiran dia. Wahh bukan main pantas ya and lagi sekali saya terharu atas kebaikan orang yang saya baru jumpa sekali. 

Sebenarnya banyak lagi kalau nak cerita tapi kan nanti jadi novel pulak. Saya sangat bersyukur ditemukan dengan insan-insan berhati baik yang sebenarnya banyak mengajar saya untuk menghargai sekecil-kecil nikmat. Nikmat persaudaraan antara nikmat terbesar yang saya dapat rasa dengan kerjaya saya sekarang, and semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. 
                                         
Jangan lupa untuk bersyukur kepada Tuhan, sekurang-kurangnya sebab kita masih bernafas hari ni😏


Saturday, 7 December 2019

Makeup Class December

Assalamualaikum & morning!

Seronok sangat sebab dah lama tak mengajar mekap, akhirnya minggu lepas saya dapat lepas gian mencantikkan orang. Paling best, guest makeup kali ini rupanya satu sekolah dengan saya dulu tapi tak kenai huhuhu. And nak jadikan cerita lagi, mak saya pun mengajar dia jugak dulu. What a small world~

Inilah si cantik yang dimaksudkan

Sister ni sebenarnya nak belajar mekap untuk diri sendiri je, dengan dia punya main concern untuk menutup eyebags. Ooo bisa aja tuu, ajar je dia teknik conceal and baking, puff hilang terus eyebags! Jom tengok final result dia...

Masih muka yang sama tapi lebih defined & lebih flawless



Kening tu nampak sebelah lain sebelah lain sebab saya buatkan sebelah, and lagi satu guest akan buatkan sendiri. Saya takde istilah perfect eyebrows, bagi saya asalkan kening kita nampak kemas & ada shape sikit cukuplah. And lagi satu, jangan expect buat kening hari ni esok dah pandai. Melainkan kening uolls dah sedia terbentuk cantik, itu bolehlah. Tapi kalau kening serabutan sikit macam kening saya, you all perlukan a few attempts untuk jadi. Apa-apa pun, practice makes perfect.

Semua makeup of course guna makeup Mary Kay. Ramai yang terkejut bila tau Mary kay ada full range makeup products, sebab ingat ke Mary Kay cuma ada skincare. Kalau dak compplete takkanlah saya sampai boleh mekap pengantin guna mekap Mary Kay je from A to Z. Anyway kalau you all berminat nak belajar mekap secara personal dengan saya area KL, Selangor & N. Sembilan boleh whatsapp je tau. Inshaallah saya ajar sampai faham😏

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.