1. Cuaca
Cuaca yang sejuk memang akan membuatkan kulit kita jadi lebih kering sebab suhu dan kelembapan udara menurun. Saya ada customer yang kerja London - Malaysia so setiap kali dia travel ke London dia akan tukar ke moisturizer untuk kulit kering walaupun kulit dia asalnya kulit kombinasi. Alahh tak payah pi jauh, bila kita pi Cameron Highland pun kulit dah jadi kering. Macam tu jugak bila kita pi. Sama jugak bila kita pergi ke kawasan yang panas dan kering kulit akan jadi lebih kering disebabkan dehydration. Nampak tak mcm mana cuaca memainkan peranan penting dekat kulit kita. Kita tak boleh ubah cuaca, tapi kita boleh pakai moisturiser😀
2. Aircond
Berbalik kepada point nombor 1, bila cuaca sejuk kulit kita mudah kering. Sama jugak dengan kes bekerja dalam aircond. Sebab tu dalam consultation saya akan tanya sekali lifestyle contohnya kerja dekat tempat macam mana, ada resdung or allergic. Jadi silalah pakai moisturiser ya tuan-tuan & puan-puan.
3. Kurang Minum Air
Haa ni ramai yang dah selalu highlightkan kepentingan minum air yang secukupnya bukan saja dari segi kesihatan, tapi dari segi kecantikan jugak. And scary fact; bila kita kurang minum air kulit kita akan cepat tua😱
4. Hormon
Ini benda yang sangat biasa berlaku dekat perempuan - bila period kulit naik jerawat. Bila pregnant kulit kering. And saya sendiri bila terlalu stress or penat kulit akan jadi kering jugak. Kalau kita dah dapat agak bila hormin jadi tak menentu contohnya tarikh anggaran period, kita boleh buat adjustment siap-siap dekat skincare regiment kita.
5. Air Mandian
Mandi dengan air panas setiap masa boleh menyebabkan kulit kehilangan lembapan semulajadi dan menjadi kering. And kalau kita selalu berenang dalam swimming pool yang banyak chlorine pun akan menjadikan kulit kering.
6. Kimia Dalam Sabun & Syampu
Kebanyakan sabun mandi, syampu dan sabun basuh menarik keluar kelembapan asal kulit sebab pembersih tu semua dicipta untuk membersihkan minyak. Kalau you all ada masalah kekeringan kulit yang serius, sila guna personal care yang memang dicipta khas untuk kulit sensitif.
7. Penyakit
Untuk kulit kering, kalau you all mengalami kekeringan yang serius sila refer pakar. Tapi kalau kering biasa-biasa saja, focus kepada produk penjagaan kulit untuk dry skin. Kalau nak tahu produk Mary Kay untuk kulit kering, boleh refer posting saya sebelum ni; Penjagaan Kulit Kering. Semoga bermanfaat!
To contact me, please click👇👇
Instagram | dee.allydraFacebook | Allydra
COD & scan kulit available around Beranang, Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc
Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.
No comments:
Post a Comment