Showing posts with label mary kay malaysia. Show all posts
Showing posts with label mary kay malaysia. Show all posts

Wednesday, 18 March 2020

Shea Butter Malaysia

Assalamualaikum & morning!

Hari kedua perintah kawalan pergerakan, semoga yang baik-baik saja untuk Malaysia dan juga seluruh dunia Amin...

By the wayyy since ramai berkurung dekat rumah time kritikal ni, apa kata kita tambah pengetahuan. Hari ni saya nak share pasal something yang memang tak asing lagi dalam dunia kosmetik,,,which is Shea Butter! 
Macam aiskrim pun ada kan Shea Butter ni,,,ish nampak benor saya lapar😂

Shea butter memang digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan kandungan dalam kosmetik, tapi you all tahu ke apa shea butter tu sebenarnya? kalau belum tahu, hopefully sharing saya hari ni dapat bagi something dekat you all~

Dekat negara belah-belah Africa nun, ada satu pokok nama dia Shea Tree. Pokok ni mengeluarkan kekacang, and dari kekacang tu, depa extract lemak and lemak tulah yang kita panggil Shea Butter. 
Inilah rupa kacang yang mana lapisan lemak di"extract", nampak macam buah berangan kan?
Ni pulak pokok Shea~

Haa gitulah asal usul shea butter, tapi shea butter bukan lah sekadar lemak dari kekacang - in fact shea butter mempunyai banyak sangat manfaat dari segi kesihatan & kecantikan kulit yang menyebabkan dia sentiasa dipilih sebagai bahan dalam produk penjagaan kulit. Jom tengok apa benefit dia😍
  • shea butter membekalkan nutrient & asid lemak (fatty acid) yang diperlukan untuk penghasilan collagen
  • kepekatan natural vitamin & fatty acid dalam shea butter membuatkan dia sangat efektif dalam melembapkan dan memelihara kulit
  • menjadi penawar kepada kulit kering and melindungi minyak semulajadi dalam kulit
  • melegakan keradangan - salah satu kompan dalam shea butter yang bernama lupeol cinnamate sangat berkesan untuk melegakan keradangan kulit dan juga membantu merawat jerawat
  • mengandungi oleic, stearic, palmitic & linolenic acid yang melindungi dan memelihara kulit dari kekeringan
  • dalam kegunaan jangka masa panjang, responden dapat rasa kulit makin lembut, tegang dan kedut makin berkurang
  • shea butter juga boleh digunakan terhadap bayi & kanak-kanak


Jadi itulah antara benefit shea butter, tak hairanlah banyak kosmetik gunakan shea butter sebagai main ingredient termasuklah Mary Kay. Kebanyakan body care Mary Kay mengandungi shea butter macam dekat bawah ni;

1. Satin Hand Set
2. Satin Lips Set

3. Satin Body Set

Sekian saja sharing saya hari ni, kalau nak tahu lebih banyak lagi pasal produk Mary Kay atau beauty tips you all boleh refer teruskan mebca blog saya, Inshaalah bermanfaat😊

Stay home & stay safe everyone!

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order 

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai


FB Page & Instagram :  Allydra

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Tuesday, 25 June 2019

Booth Mary Kay di Subang Jaya

Assalamualaikum & morning!

Maaf sangat saya tak dapat inform you all yang saya & sisters lain buka booth di Mydin Subang Jaya. Saya join ni kira last minute jugak lah, tapi jangan risau, saya akan join lagi hari Sabtu nanti 29 Jun nanti, jemput datang tau! Jom tengok apa activity yang you all boleh join dekat booth kami😍

Scan kulit of course! Kami bagi you all peluang untuk kenal kulit sendiri dengan lebih mendalam, and tunjuk result on the spot. You all akan dapat soft copy kulit jugak tau best ke best sangat😁


Wahh ada dapat free makeover jugak syok kan bila orang tolong mekapkan tengok-tengok dah catik. You all cuba & nilaikan sendiri produk-produk Mary Kay

 
Skin consultation time, untuk yang dah penat bertukar-tukar skincare tapi tak nampak-nampak kesan tu bolehlah cuba Mary Kay. Ada satisfation guarantee and ada beauty consultant yang jaga kulit anda sehingga ke akhir hayat~

Abam sado pun tak terkecuali~

Saya tolong akak ni buat lip spa & cuba lipstick. Dia tertarik dengan eyeliner Mary Kay & set untuk jumpa saya lagi hari Sabtu nanti.

 
Thanks untuk yang sudi singgah😙

Walaupun beberapa jam je masa saya di Mydin Mall, saya dah jumpa a few people yang sebenarnya macam dah putus harapan dengan keadaan kulit. Ada jugak saya jumpa seorang akak yang dah pakai Mary Kay tiga tahun tapi keadaan muka teruk berjeragat & kering. Rupanya dia tak dapat consultation yang betul dari BC, main beli je. Then kami exlain dekat dia apa hak dia sebagai pengguna Mary Kay nahh terkedu dia sebab tak sangka pun. Ada jugak sorang adik ni yang almost give up dengan muka sendiri, tapi bila dia dah kenal Mary Kay dia rasa ada sinar. Inshaallah kawan saya akan guide adik ni sebaiknya untuk dapatkan kulit yang flawless.  

Jom jumpa saya dekat Mydin Subang Jaya sabtu ni. Booth kami dekat Ground floor. Tak whatsapp awal-awal kalau nak jumpa saya😁 http://www.wasap.my/60183719495
See you!

Selfie guideline untuk cari saya hari Sabtu nanti kikiki

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc



Sunday, 21 October 2018

Kulit Muka Kering

Dry skin??

Bam!!! Selama ni saya ingat kulit saya combination, rupaya bila guna skin analyzer baru tahu rupanya kulit saya dah mula kering disebabkan pertambahan usia. Nasib baiklah Mary Kay dah keluar device baru, Skin Analyzer untuk scan kulit.

Saya perasan lately bila pakai Matte foundation dia akan jadi nampak almost crack, and tak smooth. Lepas tu mulalah saya be creative mix kan Matte & Luminous foundation, dekat dahi je saya letak Luminous formula, but still tak nampak cantik. Sekali bila scan kulit keluar result DRY, terus beralih ke foundation Luminous untuk kulit kering.


Untuk kulit jenis kering, sememangnya kena bagi attention dekat kelembapan kulit, sebab kalau tak kulit jadi cepat berkedut and mudah berjeragat. Jom saya listkan item yang patut digunakan untuk si kulit kering.

1. Cleanser 

Gunakan cleanser yang jenis creamy untuk provide kelembapan pada kulit. Kalau guna cleanser jenis berbuih, kulit akan jadi terlebih kering & rasa ketat. Sebab tu pemilihan cleanser pun tak boleh ambil remeh. Saya akan recommend cleanser Botanical Formula 1 untuk merawat kulit kering and sensitif. Kalau dah lebih 24 tahun and kulit kering dia tak serius, saya akan bagi Timewise 3D cleanser, Normal to Dry. 


2. Toner

The best toner for dry skin? Of course Botanical Effects freshen Formula 1. Kita panggil freshen sebab takde alcohol. Freshen Formula 1 ni bila pakai dia takan terus meresap masuk dalam kulit, sebaliknya dia akan stay lama sikit dekat atas permukan kulit untuk bagi kelembapan. Satu lagi yang saya suggest mestilah Timewise Renewing Softener. Softener ni provide moisture dari belah dalam kulit.


Muka saya dulu berpasir & menggerutu, makin makeup makin obvious dekat dahi tu ecspecially. Pasir-pasir tu disebabkan lapisan kulit dalam yang kering. So Timewise Renewing Softener antara item yang banyak membantu saya pulihkan tekstur kulit.

Keadaan kulit 3 bulan lepas - no more menggerutu

3. Moisturiser

Sangat sangat sangat penting! Moisturiser ni penting untuk semua jenis kulit tapi bila kulit kering, dia jadi extra penting. Pilihlah jenis moisturiser yang sesuai untuk seimbangkan kulit kering. Botanical Effcets Formula 1 cepat meresap dalam kulit and mengandungi kelembapan extra untuk kulit kering. Intense Moisturising Cream pulak mempunyai tekstur yng likat and "rich". Provide kelembapan lebih dari 10 jam and sesuai untuk kulit sensitif. Muka yang rashes merah-merah pun sangat sesuai pakai intense cream ni. 


4. Mask

Botanical Effects Mask Formula 1 dicipta khas untuk kulit kering, sebab tu tekstur dia cair. Yang ni pakai macam mask biasa, tunggu kering then bilas. Satu lagi mask yang best untuk kulit kering and jugak orang malas😜 - Timewise Renewing Gel Mask. Saya guna mask ni untuk masalah kulit berpasir macam dalam gambar tu, and dengan bantuan items lain jugak yang permukaan berbiji tu dah banyak kurang sampai nampak macam takde langsung. Gel Mask ni pakai tidur and tak perlu tunggu kering, sebab tu kita panggil mask untuk orang malas😀. Bangun tidur esok pagi bersiap sedialah nak rasa kulit lembut luar biasa and seri dia macam baru suntik vitamin C malam sebelumnya. Serius! Mask pun tak boleh diabaikan ya walaupun kita tak pakai sekerap items skincare yang lain.

Formula 1 utk dry skin - mask dia memang cair and macam nampak tak nampak kan sebab nak bagi moisture lebih kepada kulit kering

Timewise Renewing Gel Mask - rasa best sangat serius susah nak cakap, macam sejuk berangin je bila pakai before tido

5. Foundation

Sebelum ni saya banyak membebel pasal Matte foundation kan, tapi hari ni saya nak cerita pasal Luminous Liquid Foundation untuk kulit kering. Luminous foundation ni dia ada dewy formula yang nampak lembap je muka kita and nampak glowing. Kalau kulit kering janganlah guna Matte formula, tu yang nanti nampak muka tak smooth and bercapuk.
Jadi dah ada idea ke untuk mengatasi masalah kulit kering? Saya nak remind you all yang kilit kering memang cepat berkedut, so please jaga kulit dari sekarang. Bagi kulit tu minum air (moisturiser) hari-hari tanpa curang. Kalau rasa perlukan consultation untuk kulit kering atau apa saja jenis kulit, jangan segan silu contact I ya. Top 5 global skincare yang dah bertahan selama 55 tahun di pasaran, dengan 90 Days Satisfaction Guarantee & follow up secara berkala dari beauty consultant, Inshaallah anda takkan menyesal!

*Perasan tak saya banyak share mengenai Botanical Effects formula 1? Actually saya memang ada buat entry khas untuk Botanical Effects yang function dia untuk menyihatkan & merawat kulit secara mendalam. So kalau anda memang ada masalah kulit kering serius sampai menggelupas and nak tau details, boleh tengok sini

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Monday, 10 September 2018

New Mary Kay Timewise 3D

Jeng jeng jeng...

.


Mary Kay buat surprise lagi:scream:. Tapi tak berapa nak surprise lah hehehe. Sekarang Timewise Miracle set bakal digantikan dengan Timewise Miracle 3D, dengan formulation yang lebih hebat! So hari ni kita belajar pasal Timewise 3D ya murid-murid.





Jadi perbezaan yang paling ketara of course lah packaging dia. Timewise 3D baru ni sangatlah cute, pastel colour gituuu. Bukan makeup je yang trend pastel colour sekarang, skincare pun nak jugak:grin:.




Sebelum ni saya memang buat satu entry pasal Timewise Miracle Set sini. Amd sama jugak macam dulu, Timewise 3D ni ada 2 formula - Normal to Dry & Combination to Oily. Refer jenis kulit kepada beauty consultant anda ataupun pada saya jika anda masih belum mempunyai beauty consultant.

Kenapa dipanggil Timewise Miracle 3D?



Defend, Delay & Deliver

1. Defend
Timewise 3D bantu untuk protect kulit kita dari dua faktor yang paling banyak menyumbang kepada penuaan, which is UV Ray & free radical (radikal bebas).

Free Radical - dari persekitaran macam asap rokok, air pollution, cuaca panas, radiation, bahan kikia di tempat kerja, haba, etc.

UV Ray - dari cahaya mafahari, electronic device smart phone, computer, tv, etc

2. Delay

Melambatkan proses penuaan, takdelah umur 30 nampak macam 40 tahun huhuhu.

3. Deliver
Dapat tengok result dalam masa 12 minggu tapi sebenarnya pakai dua bulan pun dah nampak kesan tau.


Director saya punya kulit, belah kiri tu dua bulan lepas dia scan, and belah kanan gambar bulan ni. Memang dia kata kedut & garis halus macam dalam gambar belah kiri dah banyak kurang. Kulit jadi makin smooth anddd, makin cerah! Oh ya untuk Director memang ada skin analysis device, untuk beauty consultant macam saya Inshaalah boleh dapat Skin Analysis device tu untuk scan kulit you all.


Apa benefit Timewise 3D ni?

Haa benefit dia ada dalam ingredients. Jom tengok top 3 most powerful ingredients in Timewise 3D.

                            
1. Encapsulated Resveratrol
Resveratrol ni berfungsi untuk release anti-oxidant, tapi beza Resveratrol dalam Timewise ni berbeza dengan normal Resveratrol normal Resveratrol akan release anti-oxidant sekaligus, tapi untuk Encapsulated Resveratrol dia akan release anti-oxidant sikit-sikit jadi antioxidant dalam kulit tahan lebih lama, and akan protect kulit kita dalam tempoh masa yang panjang.

2. Vitamin B3
Yang ni kita panggil super lower dalam skin brightening. Function dia untuk mencerah, pudarkan dan menghalang pigmentation, sekatakan kulit.

3. Age Defying Peptide
Sejenis protein untuk support collagen and buat kulit jadi lebih elastic & lebih firm.

Dulu 3 in 1 Cleanser, kenapa sekarang 4 in 1 cleanser?

Sebab Timewise 3D cleanser ni ada 4 function;

-Cleanse
-Freshen
-Exfoliate
-Brightening

Wow dalam cleanser pun ada brightening function tau. Hebat ke hebat sangat?

Age minimize 3D Day Cream SPF30

Age Minimize 3D Night Cream

Age Minimize 3D Eye Cream - testimoni salah seorang beauty consultant kami

Simple je step dia, siang pakai cleanser, day cream & eye cream. Malam pulak pakai cleanser, night cream & eye cream. Wow pakai 3 item je rupanya dalam satu-satu masa.


Untuk pembelian pada bulan ni you all berpeluang dapat exclusive box & pouch tau😍

Jadi itulah dia secara ringkas (eh ringkas ke) mengenai keluaran terbaru dari Mary Kay, Timewise Miracle 3D. Memang miracle kan. Kalau you all berminat untuk dapatkan konsultasi kulit dengan saya, yang sesuai dgn keperluan & kehendak kulit, and budget, boleh contact saya untuk saya bantu. Inshaallah kita guide sampai cantik.:blush

Updated, pakai Mary Kay Timewise 3D naik jerawat?? Sebab ramai yang whatsapp saya & tanya mengenai masalah ni, jadi saya akan share kenapa muka boleh breakout bila guna Timewise 3D.

1. Kulit Muka Belum Bersedia
Timewise 3D ni banyak ingredient anti-aging, jadi dia kira advanced set. Ada orang yang takde hal terus proceed pakai advanced skincare, tapi ada orang yang skin dia kena lemah lembut, kena start dengan yang basic dulu contohnya macam Botanical Effects.

2. Pernah Ada History Menggunakan High Chemical Product
Ni satu hal, kalau pernah terguna produk penggelupasan yang banyak chemical berbahaya, kita memang tak boleh pakai Timewise 3D terus. Sebaliknya kena strat dengan treatment untuk merawat kulit wajah & buang sisa kimia berbahaya. Saya ada share dengan detailed dekat sini.

3. Salah Pilh Formula
Timewise 3D ada formula Normal to Dry & Combination to Oily. Dekat sini saya nak maklumkan yang contohnya kalau kita kulit combination, tapi kita still akan advise untuk ambik cleanser Normal to Dry sebab cleanser Combination to Oily agak kuat dan boleh buat kulit wajah rasa terlalu tegang. Tapi kalau anda refer dekat beauty consultant yang bertauliah, sure takkan jadi masalah.

4. Tidak Membeli Dari Beauty Consultant Bertauliah
Beli dekat Shoppee, Lazada, Carousell & yang sewaktu dengannya, FYI kami memang tak dibenarkan menjual di shopping apps kerana kita perlu bagi consultation and perform two ways communication dengan customer. Naya kalau you all salah beli produk, duit melayang hasil takdak. Saya akan explain dengan lebih lanjut di bawah.



.

.

.


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Saturday, 12 May 2018

Timewise Miracle Set

Timewise Miracle set merupakan set yang paling laris di US dan di semua negara. Ada dua jenis formula; Normal to Dry and Combination to Oily. Seawal usia 25 tahun kita dah boleh pakai Timewise set sebab masa ni kita dah ada tanda penuaan yang kita tak sedar, contohnya kulit di sekitar bibir dah start kering sebagai permulaan kedutan. Kulit pun dah start hilang keanjalan masa umur 25 tahun.

1. Timewise 3 in 1 Cleanser
Nampak tak kenapa beza tekstur antara dua cleanser ni? Cleanser Normal to Dry tekstur dia creamy sebab nak bagi lembapan pada kulit and ada beads halus untuk tanggalkan kulit mati. Cleanser Combination to Oily pulak tekstur gel and sedikit berbuih untuk tarik minyak sebab tu dinasihatkan yang betul-betul oily je pakai cleanser Combination to Oily ni. Kenapa dipanggil 3 in 1? Sebab Timewise cleanser ni ada function menegang, mencerah & exfoliating secara halus. 



2. Timewise  Moisture Renewing Softener
Berfungsi macam toner tapi lagi best, sebab dia renew hydration dalam kulit kita. Softener ni jugak sesuai untuk orang yang mempunyai masalah liang roma besar macam saya sebab dia akan menghaluskan pori dan menganjalkan kulit untuk kurangkan ketaraan pori-pori. Rasa sejuk  & sangat bila apply and dia juga ada bau wangi yang soft. Sebotol besar 147 ml tahan berbulan-bulan tau!




3. Day Solution
Ada SPF 35 untuk protect kuli kita dari UVA, UVB dan radikal bebas. Pobondo radikal bebas tu? Well, bila kita keluar kita terdedah kepada habuk, udara yang tercemar, suhu yang terlalu panas atau sejuk, kotoran, minyak, etc. Of course ada anti-aging untuk lawan kedutan. Day Solution tak boleh pakai berseorangan tanpa wife dia, Night Solution.





Tekstur Day Solution ni sticky sikit sebab ada SPF


4. Night Solution
Item yang paling saya suka dalam Timewise Miracle set ni. Sebab dia halus sangat & sejuk bila apply. Meresap dalam kulit sepantas kilat tau tak payah nak bercinta sangat bila apply. Ada microbeads vitamin A, C & E yang akan pecah setiap kali melalui pump so boleh imagine tak kalau you all apply fresh vitamin setiap malam, mana tak cantik kau. Antarsa fungsi lainnya untuk merangsang collagen dalam kulit masa kita tidur, and tak macam Day Solution, Night Solution ni boleh pakai sorang-sorang.


Nampak kan beads warna warni dalam tu ialah Vitamin A, C & E


5. Age Fighting Moisturiser
Normal to Dry medium texture tak terlalu intense & tak terlalu cair. Untuk Combination to Oily pulak tekstur dia lebih ringan & cair. Bagi kelembapan dekat kulit selama 10 jam - menegang, menganjal & melawan kedutan. 


Kenapa Timewise bagi effect cerah?
Sebab dalam celanser tu sendiri dah ada vitamin, collagen dan juga gentle exfoliating. Night solution pula mempunyai vitamin A, C & E dan juga sebagai gentle exfoliation untuk
 membantu buang kulit mati & reveal skin layer yang lebih sihat.

So sebagai mana namanya, TIMEWISE membantu memutarkan masa kulit kita jadi muda sokmo. You all jangan tunggu sampai umur 40 baru nak start anti-aging regime, tapi bermulah masa umur 25 tahun😀. Lagi best Timewise Miracle set ni ada promo bulan ni. Boleh risik-risik dengan saya😃.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Friday, 16 February 2018

Lip Gloss Nightmare

Dulu-dulu saya seram nak pakai lip gloss, sebab kebanyakan lip gloss yang saya cuba semuanya rasa melekit sangat. Lepas tu, ada some yang buat bibir saya rasa panas😬Punyalah lama saya skeptical dengan lip gloss even after join Mary Kay pun still berfiiran macam tu.

Saya takde pun sample Mary Kay Lip Gloss, punyalah teruk tahap skeptical tu. Tapi saya still dapat order lip gloss hehe. Sampailah ada satu masa Mary Kay buat promo, boleh dapat free lip gloss. So saya pun terdapat lip gloss colour Rock N' Red free, jadi tercubalah kan. And habis semua skepticism saya mengenai lip gloss hilang di saat saya mencubanya. Wahh ayat nak jiwang je kan hahaha. Tekstur Mary Kay Nourisine Lip Gloss ni creamy, tapi tak melekit langsung. Colournya pun cantiknyaaa aihh mak berkenan tau. 


Haa ini hasilnyaa my first time wearing Mary Kay Nourishine Lip Gloss


Banyak pilihan warna menarik

Aummmm~
Ringan & lembut di bibir

Nourishine Plus Lip Gloss ni memang highly reccomended untuk bibir kering.Ada formulasi campuran Vitamin C & Vitamin E untuk melembap & melindungi bibir dari kerosakan berpunca dari persekitaran. Colour dia tak menonjol sangat pun sangat sesuai untuk yang tak suka pakai lipstick. If you all ada nightmare macam saya pasal lip gloss, jom try dulu & hentikan segala skepticism anda😂. Boleh contact saya kalau nak try :).

February promo for Nourishine Lip Gloss  
GREAT SAVING!!

Kalau dah rasa macam berkenan tu, bulan ni ada promo super jimat tau untuk Nourishine Lip Gloss. Jangan lepaskan peluang!

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc