Showing posts with label beauty class mary kay. Show all posts
Showing posts with label beauty class mary kay. Show all posts

Saturday, 25 January 2020

Pengalaman Yang Menginsafkan

Assalamualaikum & morning!

Hari ni saya nak share mengenai kisah hidup saya. Eh eh dramanya dengar kan. Cerita yang simple je tapi mungkin boleh memberikan impact yang besar.

Saya ada confession sebenarnya😬, kalau you all tengok gambar-gambar saya upload macam elok- elok je kan semuanya. Tapi tahukah anda saya sebenarnya biasa keluar dengan muka tak siap, dengan alasan tak berbaloi bersiap kalau setakat pergi dekat-dekat je. Saya punya "tak siap" tu bukan sekadar tak bermekap, tapi dengan pakej tudung makcik2 and selipar pasar malam😫

Saya dah dua kali ditegur oleh stranger - first masa dekat Tesco, dia kata dia friend dgn saya dekat fb, and dia tau saya beauty consultant and ajar mekap jugak. Malunya saya yang tgh mode "makcik-makcik" time tu. Tapi maybe belum cukup tertampar, saya stay dengan perangai malas bersiap bila keluar dekat-dekat. And one day, terkena lagi. Masa pi renew road tax, staff dia tu tanya saya ni beauty consultant Mary Kay ke sebab dia nampak handbag MK saya. Saya punya malu dgn rupa sendiri terpaksa buat disclaimer bagitau yang saya kalut langsung tak sempat bersiap. Padahal bukan kalut apa pun😑. Then borak-borak lah dengan akak tu sampai kami bertukar nombor phone.

Tapi...saya masih belum insaf ya tuan-tuan & puan-puan. Saya masih berpakaian macam makcik-makcik bila keluar selain dari event Mary Kay. Tapi ada satu peristiwa yang cukup membuka mata saya and buat saya insoff. Satu hari tu saya baru habis mengajar mekap di Nilai, jadi bila mengajar mekap ni saya akan pakai elok-elok dgn mekap supaya student tak tertukar saya dengan kak limah😂. Jadi bila dah habis kelas tu saya singgah beli ikan dekat Fresh Mart, time pilih ikan tu saya suka tengok sorang pekerja perempuan ni sebab dia layan saya baik. Saya ni kalau dah bersiap sometimes keramahan tu luar biasa jugak, lepas adik tu bungkus ikan saya terus saya keluarkan bisnes card and offer dia join free beauty class. And reaction dia memang priceless, rupanya dia memang minat benda-benda cantik and macam tak percaya bila saya kata kelas saya free je. Jadi saya ambik nombor dia untuk set tarikh beauty class. Dah lama lepas tu lepas saya pergi bayar dekat kaunter, dia datang dekat saya and tanya saya boleh ke kalau dia join Mary Kay and jadi macam saya.Allahu tak sangka betul saya, kita tegur tak sampai seminit pun boleh temukan kita dengan someone yang ada passion yang sama. And saya terfikir mungkin ada ramai lagi dekat luar sana yang perlukan bantuan saya tapi saya tak tegur sebab segan dengan muka selekeh. Jadi lepas kejadian tu memang saya insaf, sebab dari one simple action berpakaian kemas & tegur orang sebenarnya boleh bagi impact yang besar jugak dlm kehidupan someone, and dalam kehidupan kita. Jangan disebabkan kita selekeh, so orang lain terlepas peluang. Panjang betul huraian saya pasal penampilan kan, tapi saya cerita ni semua benda betul yang terjadi disebabkan perkara kecik.

Tapi saya faham rintihan ibu-ibu, bukan semua ada masa nak mekap 5 inci. Saya sendiri pun takde masa. Tapi kalau bab pakaian, banyak je yang ironless & fashionable. Tak perlu mahal pun asalkan nampak elok. Kalau tak sempat or malas nak pening mix & match baju, saya biasa pakai all black je cuma tudung je bagi berwarna. Yang tudung pun penting jugak, nak instant boleh tapi janganlah sampai jadi makcik2. Mekap?? Foundation, bedak & lipstick tak ambik masa sejam kan😁. Kita nak nampak presentable je bukan nak nampak macam Miss Universe pun.
                                               
Ni saya time keluar breakfast nasi lemak pagi tadi, pakai honey glow + bedak + lipstick ajerr.Tudung pun sahih yang ironless. Tips untuk nampak berseri walaupun mekap tipis, pakai lipstick yang terang sikit. Kalau you all bukan penggemar lipstick bold, boleh guna teknik ombre, letak kat tengah bibir je macam orang Korea gituuu~
                                               
Okay fine gambar first tu memang lawa sebab lighting cantik😁, so saya hantar lighting dalam rumah pulak. Haa gini takdelah malu kalau orang tegur kita sbg beauty consultant kan. Saya dah berubah untuk tahun 2020, walaupun perubahan simple je tapi cukup bermakna. Saya harap anda semua pun berjaya mencapai target & impian tahun ni. Kalau jadi cantik termasuk dalam salah satu target 2020 uolls, boleh contact saya untuk saya guide, atau lagi best join terus beauty class dengan saya. Tak rugi punya😍

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.










Thursday, 9 May 2019

Pampering Session Pusat Kebajikan Destiny

The Art of Giving~

Belajar memberi tanpa mengharapkan balasan. Sejujurnya sebelum Mary Kay saya jenis suka fikir masalah sendiri je. Rasa tak perlu serabutkan otak dgn masalah orang lain. Tapi pemikiran sempit saya tu berubah bila bersama Mary Kay. Kami selalu diingatkan tentang Golden Rule - do unto others as you want them do unto you. Slow-slow saya belajar merubah diri, bila berpeluang tengok hidup ni dari perspective lain.

Dengan Mary Kay saya melangkah ke tempat yang saya tak pernah terfikir akan sampai. Dengan Mary Kay saya dpt berjumpa mengenali kelompok yang tak pernah saya terfikir sebelum ni. Teringat masa masuk ke satu kawasan perkampungan, beg trolley penuh skincare tu tak boleh heret dekat jalan berbatu, so kena angkut lah cerita dia😂.

Minggu lepas kami berpeluang buat pampering session untuk cikgu-cikgu Pertubuhan Pusat Kebajikan Destiny. Tengok dari luar dah nampak ramainyaa budak, mcm mana nak buat ni. Tapi rupanya budak-budak ni sangat behave. Depa ni anak-anak pendatang asing, sungguh tersentuh hati bila salah seorang teachers bagitau "nobody wants to take care of them, so we builded up this place for the children". Jadi kebajikan anak-anak kecil ni terjaga sementara tunggu ibu bapa habis bekerja.

Kan dah kata behave je anak-anak ni

Let's begin! Jaga-jaga ada yang memerhati hahaha

Saya punya tudung tak sempat pin🤣 rushing sangat time nak sampai sini

Amboii apa yang suka sangat tu...memang macam ni setiap kali buat beauty class  kita enjoy & gelak-gelak je

Kenapa kena bagi muka putih sebelah je? Haa ni kena jpin free session dengan kami baru tau

Ada cikgu-cikgu ni dari Sri Lanka, suka tengok muka depa

Saya mmg salute cikgu-cikgu yang mampu handle 100++ anak kecil and working long hours. Mereka sendiri mengaku takde masa sangat nak belai & cantikkan diri, masa banyak didedikasikan untul anak-anak yang bukan darah daging mereka pun. Allahu mulianya hati. Bila tengok teachers yang ikhlas ni, saya mula persoalkan diri sendiri, apalah sangat penat memunggah skincare nak dibandingkan kudrat depa menjaga anak-anak ni. And rasa happy sangat bila tengok teachers enjoy, puas hati bila dpt buat orang happy.

Another experience checked off the list! Inshaallah bukan yang terakhir. Saya happy dgn kerja saya membuatkan orang lain happy. "

Only by giving you are able to receive more than you have - Jim Rohn

                                       
Selfie is a must!

Kalau you all rasa nak manjakan diri sambil belajar, jangan segan silu contact saya. Cantik dapat ilmu pun dapat. Kami juga provide corporate training untuk grooming, penjagaan kulit & makeup at work. Boleh contact saya untuk saya emailkan proposal. And of course, it's FREE!

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra