Well, basically skincare class tu kelas penjagaan kulit yang betul. Saya akan ajar you all the do's and dont's dalam regim penjagaan kulit, turutan yang betul, tips2 kecantikan & basic makeup. And yang bestnya..semua FREE. You all dapat buat facial dgn complete set Mary Kay. Tak masuk lip spa & hand spa lagi. Makeup pun beh belajar jugak wahh mmg nak cantik dari top to toe ni.
Saya memang suka buat skincare class sbb suka sgt tengok respon guests yg excited & amazed gila bila tgk muka dah berbeza. Saya pernah buat hand spa dengan kawan2 and apa dia cakap time compare result tangan yang ber'spa' and yang tak ber'spa' - "aku tak tahu pun aku putih macam ni๐ฑ". Belum cerita bab time mekap buat kening yang biasanya si kening akan lebat akan amazed bila finally dapat tengok kening sendiri terukir cantik macam retis gitu. That's what I love about being beauty consultant.
My first skincare class experience?๐ฌ
Saya buat dengan kawan lama saya dekat rumah dia. Kami mmg rapat dulu and duduk pun setaman tapi bila dia kahwin of course lah dia pindah & kami terputus hubungan kejap. Mak we all pun kenal each other. Dah kata my first skincare class experience kan, so memang saya tak pernah buat skincare class sebelum ni. Saya boleh kata main buat je, sebab nak practise and sebab saya tahu betapa skincare class sangat penting kepada beauty consultant.
So dipendekkan cerita, saya pergi dekat rumah kawan lama saya dekat area Bangi. Taklah jauh sangat and Alhamdulillah tak sesat mana pun. Bila masuk rumah kawan saya tu terkejut saya tengok muka dia penuh jerawat batu keliling tepi mata sampai ke tulang pipi. Dia mengadu memang malu dengan muka dia sampai nak gi kedai runcit pun kena ber'concealer' bagai. Suami dia je tau muka sebenar dia katanya. Rupanya kawan saya pernah guna peling product XX. Dia kata satu hari tu dia terkejut bila tengok bekas kapas toner XX yang dia guna semalam bertukar jadi colour hitam. Padahal colour asal colour jernih. Scary tak?? Sejak tu memang dia stop guna produk XX lagi2 dia plan nak mengandung.
Sambil-sambil susun barang untuk skincare class, sambil-sambil borak. Lepas tu proceed ke cuci muka, masker, toner & pelembap. Saya betul2 ada barang basic je. Buat hand spa pun guna Loofah set yang saya dapat free huhu. Lip spa tak buat sebab takde barang hehe. Last sekali, buat lah mekap sikit-sikit. Cuma ada CC cream, foundation, bedak & lipstick je seingat saya. Saya suruh dia pakai lipliner code Rose, and saya ingat lagi komen dia sampai sekarang, "patutlah nampak mulut2 pramugari comel2 je eh. Diorang pakai macam ni lah kot haha". Saya pun senyum sumbing jela. Walapun dengan saya belum master teknik skincare class, dengan merangkak2 time tu Alhamdulllah, kawan saya bagi feedback positif. Dia kata nampak kulit dia makin sihat & nampak natural.
Itulah kisah skincare class saya yang pertama. Sekarang dah tak macam dulu lagi. Skincare class saya dah banyak improvement especially bila dah observe sendiri skincare class yang Director saya buat. Macam2 pengalaman saya dapat bila buat skincare class. Setakat travel jauh2 lepastu sesat2 cari rumah tu biasa. Paling tak boleh lupa, bila buat skincare class dengan lima orang budak semuanya umur 4 tahun ke bawah. Rasa nak menangis jugak bila time scc ada depa berkejar2, baling2 barang and ada drama gaduh huhu. Miracle betul saya dapat habiskan scc hari tu. Apa yang saya pegang sampai sekarang, bila buat skincare class tanamkan niat nak buat orang happy :).
Inilah skincare class saya yang pertama dengan kawan sekolah. Seronok sangat bila lama tak jumpa. Anyone sudi cantik2 dengan saya? |
To contact me, please click๐๐
No comments:
Post a Comment