Saya excited nak share experience yang baru & very unique buat saya. Kisahnya saya dapat appointment untuk buat skincare class dekat Pusat Jagaan Nur Hasanah di Beranang. Bila dapat tu rasa mixed feeling, takut & excited. Takut sebab tak pernah ada experience buat skincare session dekat rumah kebajikan, saya serius tak tahu what to expect. Lepas tu nak set masa yang match dua-dua belah pihak memang lama sebab dekat situ selalu ada program. Bincang punya bincang, dapat set masa yang kebetulan ngam-ngam sehari selepas saya balik dari Perlis.
Sehari sebelum session tu, saya betul-betul flat sebab perjalanan naik public transport dari Perlis ke Selangor dari pagi, tukar sana tukar sini. Sampai rumah pukul 10 malam lebih, and nak dijadikan cerita malam tu tak boleh tido pulak, maybe sebab terlampau penat. Sesi esoknya waktu pagi, saya rasa nak menangis bila bangun sebab tak boleh tido and terlalu kepenatan, ikutkan hati nak cancel je tapi kenapa saya nak jadi manusia mungkir janji, and lagipun saya bawa amanah untuk sampaikan sumbangan dari Glamorous Bee unit. Consultant saya yang sepatutnya tolong hari tu tak boleh datang sebab ada hal, huhuhu lagilah rasa nak menangis. Nasib baik adik saya ada and masa tu saya cuma fikir, redah jelah.
Okay back to the story, saya serius tak sangka yang staf-staf & penghuni dia sporting sangat. And pakcik-pakcik tu well behaved and sangat berminat, rasa ceria je sepanjang session. Habis hilang penat and takut saya, cuma rasa happy. Adik saya pun kata best. Tempat tu tenang dia lain macam, maybe sebab solat jemaah and kelas agama yang dibuat berterusan. Lepas tu location atas bukit sebelah ladang getah, memang feel sangat ecspecially saya ni dari azali sukakan suasana kampung. Sampai sekarang, saya & adik dah berapa kali pergi melawat rumah jagaan Hasanah. Hati tersangkut dah, bila fikir nak pergi sana je mesti excited. Borak-borak dengan staf dia yang ikhlas berbakti, and spend masa dengan pakcik-pakcik ni, sekarang baru saya faham kenapa ada orang yang begitu devoted to charity work. Sebab rasa ketenangan yang tak berbelah bahagi tu.
Sesi kecantikan dengan guests lelaki jugak
Tempat yang open air and rasa fresh walaupun masih penat
Comel kan pakcik-pakcik ni, nampak tak ladang getah dekat luar tu
Dengan staf-staf and sebahagian penghuni Pusat Jagaan Nur Hasanah
Lastly, saya sebagai wakil Mezmerize Bee & future area menyampaikan sumbangan
Saya jarang duduk masa conduct skincare class tapi apalah daya kudrat tak membenarkan. Yang penting semua berjalan dengan lancar and we all happy :).
Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya di Pusat Jagaan Hasanah. Dalam masa seminggu seminggu dah tiga kali pergi sana nampak tak dia punya tak boleh move on hehehe. Btw, kalau you all berminat nak bagi sumbangan, boleh contact saya Inshaallah saya akan sampaikan. Takde salahnya berkongsi pada yang memerlukan Inshaallah kita kan sama-sama dimurahkan rezeki.
No comments:
Post a Comment