"CONFIDENCE"
Confident ni bukan setakat bercakap depan orang je, tapi confidence dalam semua segi. Contohnya dulu rasa malunya Ya Allah nak promote muka sendiri huhuhu sebab tu bisnes dulu saya guna khidmat model. Saya rasa muka saya ni tak cukup cantik, tak cukup photogenic nak promote barang tapi bila start Mary Kay, kita memang takde model, takde duta sebaliknya kita sendirilah model untuk tunjukkan skin progress.
Lepas tu nak buat video mak aih bab ni lemah betul rasa. Biasa tengok video tutorial MUA yg hebat2 so saya dah terfikir alah nanti mesti nampak tak cantik, ala dahlah suara tak sedap, alaa malulah and macam-macam lagi suara negative. At one point saya persetankan semua tu, saya bukan buat video untuk jadi instafamous, tapi saya nak share pasal bestnya produk Mary Kay. Saya nak orang nampak kenapa saya fall in love sgt dengan produk2 Mary Kay. First time buat video, saya mulakan dengan item plg senang which is lipstick, nervous gak lah masa tu laju je hahaha. And nak tau apa jadi lepas tu? Ada ex officemate lama pm & tanya pasal lipstick yang saya pakai, dia kata colour cantik sangattt. Sampai sekarang dia tak pernah beli dgn saya😂 tapi dia buat saya sedar yang engagement masa buat video memang lagi tinggi. Jadi dari video lipstick saya buat video foundation pulak, lepas tu makeup remover, then simple makeup tutorial sampailah full tutorial menggunakan brush Mary Kay.
Bercakap depan orang? Ini Alhamdulillah saya dah biasa buat dari zaman study sampailah bekerja, tapi kalau nak suruh cerita pasal kulit tu memang tak lah. Nak suruh ajar pasal skincare regime, cara2 yang betul apply skincare, kenapa perlu moisturiser bla bla bla. Tapi dengan knowledge yang saya dapat dari Mary Kay, dgn tunjuk ajar & guidance dari senior saya Alhamdulillah skill untuk conduct skincare class sendiri makin improved and dah boleh handle sendiri dekat company😊.
Makeup makes me feel confident. Setuju? Tak perlu makeup 5 inci dengan bulu mata kelip-kelip baru confident, cukup mekap nipis untuk enhance kita punya seri. Dulu saya selalu serba salah, nak mekap rasa buruk sbb tak pandai, bila tak mekap pun rasa hauk sangat pulak. So saya akan end up letak makeup sikit sangattt sbb play safe lah kononnya padahal tak pandai. Dalam Mary Kay dah few times saya attend advanced makeup class for free and dapatlah polish skill makeup, and tak sangka boleh buat duit pulak hasil mekapkan orang. Tapi main reason saya belajar mekap sebab nak bagi diri ni confident and jadi lagi cantik bila bermekap, and sbb nak build orang lain punya confidence jugak dengan skill mekap saya.
Jadi nampak kan mcm mana pengertian CONFIDENCE tu sangat luas bagi saya. Dari nak jual lipstick je and now, tak sangka Mary Kay dah jadi platform untuk develop diri saya and appear to be more confident.
Confidence is beautiful~
No comments:
Post a Comment