Thursday, 24 January 2019

Foundation Nightmare! Oh No!!

Assalamualaikum & morning!

Siapa ada kisah hitam dengan foundation? Saya antara manusia yang mempunyai banyak pengalaman pahit dengan foundation, boleh kata saya dah lalui semua yang saya list down hari ni. Tapi jangan risau, takde masalah dekat atas dunia yang takde penyelesaian. Jadi hari ni saya nak share pasal mimpi ngeri foundation & cara mengatasi.

1. Foundation Bercapuk

Siapa pernah kena angkat tangan cepat✋. Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada foundation bercapuk contohnya bila kita terlebih bancuh foundation and tak blend betul-betul. Apply foundation ikut keperluan kulit anda, kalau rasa diri sendiri susah nak agak cuba mintak tolong orang terdekat macam mak, adik beradik perempuan, housemates. Untuk blending, memang jari kita paling mudah kan tapi guna jarilah yang buat foundation tak rata. Guna tools yang sebetulnya untuk blend foundation samada brush ataupun sponge ataupun beauty blender.

2. Foundation Kelabu

Haa inilah saya dulu, masa tu tengah terikut fahaman "putih itu cantik" jadi bila beli foundation saya mesti pilih yang lebih cerah. Tapi end up jadi kelabu huhuhu. Ada jugak yang jadi kelabu sebab bukan taksub putih, tapi sebab tak tau pilih foundation shade yang sesuai. 

Tips untuk pilih foundation - make sure muka barefaced then calit sikit dekat rahang, blendkan sample foundation tu and kalau nampak sebati sampai almost tak nampak colour dia, means itulah shade kita sebenarnya. Tapi tengok jugak, kalau foundation jenis oxidized you all kena pilih shade yang lebih cerah dari kulit sebab dia akan oxidized jadi lebih gelap. Jangan test kat tangan macam saya dulu tau, dah terang-terang tangan colour lain hihi.

3. Foundation Cair
Saya jugak dulu ni๐Ÿ˜”. Rimas betul perasaan bila foundation cair ni, rasa muka berlemuih! Yang ni selalu jadi dekat muka jenis combination oily, since muka sendiri dah ada excess oil yang suka merosakkan makeup kita. Jadi saya sarankan bagi kulit combination to oily ni untuk gunakan foundation jenis matte supaya tak nampak berminyak. Penting untuk gunakan moisturiser jenis oil control & jangan lupa primer jugak sebelum foundation untuk control minyak & buatkan mekap tahan lama.

4. Foundation Crack
Foundation crack ni biasanya mesti kulit kering. Foundation jenis matte memang tak disyorkan untuk kulit kering sebab akan jadi crack and nampak bercapuk. Yang ni pulak, make sure you all pakai moisturiser yang sesuai untuk dry skin. Pilih foundation yang bagi dewy finish untuk buat muka nampak moist and mekap tak pecah. Kalau dalam Mary Kay. of course saya akan suggest Luminous foundation untuk buat muka nampak moist & glowing.

5. Muka Breakout 
Hmm dulu saya guna foundation yang lagi mahal dari mary kay, tapi end up muka naik jerawat. Then barulah saya tahu apa itu comodogenic & non-comodogenic. Untuk makeup & skincare, pilihlah jenis non-comodogenic sebab dia tak menyumbat pori-pori. Kalau pori tersumbat, memang macam-macam lah timbul lepas tu whiteheads, blackheads, miss J semua rajin melawat muka kita. You all boleh refer disciption dekat belakang product, kalau non-comodogenic dia memang akan state. And lagi satu, jangan beli foundation longgok cap ayam & cap itik. Bahaya uolls sebab dia takde pemprosesan yang hygiene dan diselia, dengar cerita najis manusia pun ada dalam produk tiruan tau oh myyy Allah pleasee jangan beli yang fake or yang diragui. Banyak lagi brand-brand yang boleh dipercayai dekat drugstore & dekat kak pora hehe.

Ada tak sesiapa yang rasa terkenang-kenang kisah hitam dengan foundation lepas baca entry ni? Ataupun anda masih mealui nightmare begini, kesian sis jangan pendam lama-lama ya, foundation tu penting jugak sebab diibaratkan macam kulit kedua kita. Jadi sesiapa yang rasa perlukan pertolongan untuk pilih kulit kedua yang sesuai, sila hubungi talian hayat saya๐Ÿ˜ƒ.

To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

No comments:

Post a Comment