Tuesday, 21 May 2019

Tips Menangani Muka Kusam

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Ramai kawan-kawan dah mengadu, muka dah jadi kusam lah. Especially yang dah beranak pinak. Yelah bila dah jadi ibu-ibu, memang biasanya diri akan terabai sikit menguruskan si kecik, tapi tak bermakna kita perlu tampil kusam dengan dengan bangganya hihi. Inshaallah dalam entry hari ni saya akan share cara nak merawat & mengelakkan kusam musam di wajah kita.

1. Cuci Muka Dengan Konsisten


Rasanya benda yang sangat basic, tapi ramai yang abaikan benda ni. Ada yang tak guna pencuci muka pun, cukup dengan air wudhuk je dia kata huhuhu. Cuci muka guna cleanser hokayy, at least dua kali sehari. Kenapa kena cuci muka guna cleanser? Sebabnya kulit kita ni tak pakai baju, so terdedah kepada segala jenis kotoran & habuk dekat luar, even dalam rumah pun ada habuk jugak. Belum cerita bila muka berpeluh lagi, Minyak tu takkan hilang sepenuhnya kalau sekadar guna air. That's why pentingnya kita guna pencuci yang khas untuk muka, jangan guna sabun mandi pulak tau.

2. Guna Tools Untuk Cuci Muka


Sekarang ni banyak tools dekat pasaran, and memang highly recommended guna beauty tools ni sebab dapat membersih muka lebih baik dari guna tangan. And kebanyakan brush or tools untuk cuci muka ni dia berputar and dapat melancarkan peredaran daran hence, buat muka lagi tegang & berseri. Kalau dalam Mary Kay of course saya akan cadangkan skinvigorate brush yang berputar 400 kali seminit, harga pun sangat-sangat mampu milik.

3. Exfoliate



Kalau dah kulit mati bertampung atas kulit, macam manalah muka tak kusam kan. Sebab tu penting untuk kita exfoliate untuk buang kulit mati 2-3 kali seminggu. Boleh pilih mask ataupun scrub untuk exfoliate, tapi kalau muka berjerawat jangan guna scrub sebab boleh meukakan. Kalau you all jenis busy or malas macam saya, boleh guna scrub sebab gosok-gosok sekejap dah boleh bilas tak payah tunggu kering.

4. Pakai Foundation


Foundation bukan sekadar pakai nak bagi kulit nampak flawless sementara, tapi jugak berfungsi sebagai tembok pemisah tak bagi habuk-habuk & kotoran melekat direct pada muka. Jadi selain manis dipandang, foundation jugak dapat melindungi kulit kita dari kusam. Pilih foundation yang ada skincare ingredient & vitamin contohnya macam Mary Kay Timewise Liquid Foundation😁.

5. Regimen Penjagaan Kulit Yang Lengkap


At least pakai yang basic - cleanser, mask / scrub , toner, moisturizer, SPF. Kalau steps yang ni pun skip2 or berlobang-lobang, susahlah nak bagi tak kusam huhu. Kalau you all dah berumur 24 tahun ke atas, please jaga basic skincare ni betul-betul sebab penuaan dah start berlaku sejak umur 24 tahun, setiap hari pulak tu kulit kita aging. That's why complete skincare regiment tu sangat penting ya dearies. 

6. Pakai SPF


Kulit kita berhak dapat perlindungan dari UVA & UVB. Kita memang tak boleh nak mengelak dari terkena UVA, UVB & radikal bebas sebab tu pentingnya pemakaian SPF untuk protect kulit kita. Ramai jugak yang macam saya dulu, bila kerja dalam office ber"aircond" ingatkan tak payah pakai SPF dah sebab tak kena matahari. Tapi kena jugak ya tuan-tuan & puan, sebab sinar UV ni ada dekat semua tempat macam dari laptop, handphone, haba, barang-barang elektrik, and banyaakk lagi. Dah pakai SPF tapi masih kusam?? Hmm cuba tengok balik SPF berapa tu, kalau setakat spf15 dalam mekap, ermm susah sis. At least guna SPF30 untuk daily wear. Klau jenis athlete or kerja site, guna SPF50 tapi kena cuci betul-betul tau.

7. Guna Produk Yang Ada Brightening Function



Mencerah bukan memutih, ramai yang dok habaq nak putih je kan hehe. Please berhati-hati bila you all pilih produk mencerah make sure bukan jenis yang mengikis kulit tau. Penggunaan produk dengan brightening function dapat membantu menghalau kusam & muka jadi lebih bermaya & berseri. Maksimum cerah kita boleh pergi adalah secerah dada tau, jadi sebenarnya kita berbalik kepada kulit asal kita. 



gambar
Kalau dalam Mary Kay, saya akan suggest Lumivie serum dengan kandungan Black Pearl untuk bagi muka you all secerah dada

Hopefully you all dapat info yang bermanfaat dengan entry kali ni. Saya share info yang general yang boleh diguna pakai dengan kebanyakan skincare, tapi kalau rasa perlukan consultation kulit or nak cuba produk Mary Kay, sila click link whatsapp di bawah tau, saya sedia berkhidmat.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

No comments:

Post a Comment