Kalau orang tanya saya, definisi saya mengenai kecantikan ialah "confident". Confident tu kita tak boleh dapat kalau kita baru bangun pagi dengan baju tidur then terus keluar rumah. Mandi pun tak macam mana nak confident kan. So nampak tak point saya dekat sini, yang keterampilan kita tu memainkan peranan penting dalam menentukan kita confident ke tak. And semua orang layak berasa cantik, tak kira macam mana pun bentuk badan atau warna kulit kita.
Pernah sekali masa saya pergi pejabat pos, saya singgah internet centre dekat sebelah pintu dinding pejabat pos je untuk printing. Masa tu pakai macam makcik-makcik dengan sebab fikir cuma nak print & pos barang kan. Muka pun hauk betul just pakai skincare. Kebetulan manager yang jaga printing tu nampak saya pack barang-barang Mary Kay, jadi dia tanyalah and nampak dia berminat. Tapi saya segan sangat nak cerita panjang-panjang sebab tengah selekeh huhu. Jadi apa yang saya buat, esoknya saya balas dendam pakai lawa-lawa and mekap, pergi balik internet centre tu and bagi sample dekat manager semalam. Barulah rasa confident nak cerita bila kita pun dalam keadaan pleasant. Tup tup terus closed sale supplement & lipstick. Sejak tu saya jadi insaf dah nak pakai hudoh-hudoh sebab rezeki kan ada di mana-mana.
STYLE = CONFIDENT
Okay back to the point, kunci utama untuk confident kita mesti rasa cantik. Tak perlu tinggi melangit cam model or slim macam artis Korea, asalkan kita pilih gaya yang sesuai dengan diri, semua orang boleh nampak lawa. Jom saya bagi contoh;
1. Muslimah Style
Photo credit to the rightful owner : Irine Nadia
Rasanya saya tak perlu kenalkan lagi blogger terkenal di Malaysia bernama Irine Nadia ni. Ibu anak empat ni memang gorgeous and sangat bergaya, tapi masih mematuhi shariaah. Saya memang adore dengan style Irine Nadia ni sebab dia buktikan walapun kita bertudung labuh tak bermaksud kita tak boleh bergaya ecspecially sekarang memang kita banyak pilihan baju-baju muslimah yang cantik dekat butik.
2. Royal Style
Kenapa saya pilih untuk tunjuk Meghan instead of Kate Middleton? Sebab Kate lebih pelbagai dalam pemakaian dia, kalau Megan pulak dia tak banyak sangat diversity dalam pemilihan warna & corak, balik-balik hitam, putih, navy blue. And plain colour, jarang nampak dia pakai pakaian bercorak. Tapi saya suka sebab walaupun dah jadi Duchess and dia kena ubah imej dia jadi lebih modest & royal like, dia tetap maintain gaya dia yang simple & elegant. Walaupun dia tak banyak bermain dengan warna, tapi dia punya royal style tak pernah mengecewakan!
3. Pluz Size
Siapa kata badan chubby tak boleh bergaya? Saya suka tengok Nikkie Tutorial and penyanyi Adele, sebab gaya depa tak menampakkan langsung yang depa ni sebenarnya plus size. Kalau you all suka layan makeup tutorial dari overseas, confirm kenal dengan Nikkie Tutorial. Nikkie ni sebenanrnya sangat tinggi, lebih 6 kaki tau ataupun 180cm++ huhuhu mesti saya ni paras tiak dia je . Nikkie ni kalau you all kenal, memang peminat tegar aksesori. Tapi walaupun sarat, dia tak nampak over sebab dia pandai stylekan aksesori dia dengan baju & makeup. Loveee her style!
Untuk Adele pulak, gambar kedua tu dia sangat bijak pilih gown yang fit di tengah so lagi nampak body dia ada shape. Untuk gambar ketiga pulak, baju dengan banyak layer sebenarnya agak berisiko untuk plus size, tapi Adele pandai balance dengan potongan rambut pendek & simple. Jadi takdelah nampak dia lagi besar dari saiz sebenar.
4. Dark Complexion
Hitam itu menawan...and they proved it! Tengok kalau kenakan mekap yang sesuai tanpa berusaha mengubah warna kulit asal, kan cantik tu. Yang model sebelah kiri saya tak kenal tapi saya suka tengok dia pakai lip gloss je dekat bibir. Sebab biasanya kalau orang berkulit gelap, bibir pun akan gelap sedikit macam saya. So biasanya saya akan pakai foundation atau lip liner untuk pudarkan warna asal bibir sebelum pakai lipstick, but this girl just embraced her dark lips. Betullah semua orang cantik kan. ang sebelah kanan tu, Leila Lopez - Miss Universe 2011. Saya suka struktur muka Lelila ni, nampak symmetry & sharp. Pandai bercakap pulak tu sebab tulah dia jadi Miss Universe.
Eva Longoria ni tinggi dia dalam 150cm++ je, and dia sangat kecik. Kita rasa orang petite ni boleh pakai macam-macam kan, tapi silap gaya boleh nampak tenggelam dalam baju. Tengok gambar first dalam gown putih bleh nampak gown tu agak besar & labuh untuk dia. Gambar kedua pulak dalam mustard dress memang nice, kena dengan body dia and colour pun ngam. Gambar ketga pulak, walaupun dia nak pakai baju yang besar & loose, tapi Eva balancekan dengan skinny jean so dia tak nampa tenggelam dalam baju sendiri.
Sekarang boleh nampak tak walaupun kita berbeza shape & features, kita masih boleh nampak cantik dengan gaya yang sesuai. Yang gelap, yang berisi, yang kurus, yang mengikut shaariah semua boleh bergaya walaupun ada limitation. Jadi kenali diri sendiri dulu, jangan beli baju sebab tengok orang lain pakai cantik tapi ukurlah baju di badan sendiri dulu. Nak confident, gaya kena betul. Kalau rasakan perlukan advise dari saya, Inshaallah saya boleh bantu sebab beauty consultant ada belajar pasal penampilan & in fact memang kami ada buat kursus penampilan di pejabat korporat. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru okayy :)
Style is a reflection of your attitude & presonalityπ
No comments:
Post a Comment