Saturday, 14 December 2019

Cara Konsisten Pakai Skincare

Assalamualaikum & morning!

Dah beli skincare full set, then semangat pakai tiap pagi & malam ditempek muka dgn cleanser, serum, moisturiser, etc. Muka dibelai-belai dengan harapan dapat kulit idaman. Tapi...tiga hari je rajin. Lepas tu skincare routine terus ke laut😅. Guane tu? 


Tak guna beli skincare taraf dunia pun kalau end up bersusun dekat rak. Sebelum ni saya asyik share pasal pemilihan produk yang sesuai dgn kulit kan, meh hari ni saya share pulak cara untuk konsisten pakai skincare.

1. Beli Skincare Yang Berkesan
Kalau kita pun ragu2 skincare tu berkesan atau tak, kita akan rasa tak semangat and mulalah penyakit "M" datang. Macam mana nak tau skincare tu berkesan kalau belum pernah guna? You all boleh tengok brand, kebiasaan brand yang elok ni dia akan dikenali seantero dunia dengan positif. Lepas tu boleh jugak mintak review dari kawan-kawan yang pernah guna particular skincare. Boleh Google review & pengalaman orang lain tapi kena pandailah bezakan testimoni betul and testimoni rekaan.

2. Letak Skincare Di Tempat Mudah Dicapai

Biasanya perempuan ni letak dekat atas meja solek kan, which is good. Tapi kalau meja solek tu ada beribu barang lain, mau berpinar mata nak cari dulu. So asingkan semua skincare siap-siap. Make sure skincare uolls mudah dinampak supaya boleh remind diri kita untuk menjaga muka setiap hari.

3. Pilih Skincare Yang Praktikal

Kalau and adalah seorang ibu anak lima, maka adalah sangat tak praktikal untuk comor sampai 17 item dekat muka. Mana nak ada masa kan. Jadi kalau you all jenis selalu rushing, tak perlu banyak-banyak cukup cleanser, toner, moisturiser, SPF. Dah banyak skincare yang gabungkan SPF dengan moisturiser and sangat berguna untuk yang selalu busy sebab you akan dapat protect & melembapkan kulit dari satu item. Exfoliate guna mask atau scrub jugak penting tapi kalau you all suka cepat, boleh guna scrub instead of pakai mask. Tapi apa-apa pun, make sure sesuai dengan kulit muka you all dulu tau.

4. Letakkan Skin Goal

Ehh macam pelik jee tampal skin goal dekat dinding. Why not?? Kalau orang boleh tulis career goal, fitness goal, study goal etc, why not tulis skin goal jugak. "Kulit bebas jerawat by 2020", "kulit bebas parut dalam masa 6 bulan", "eyebags yang dah tak kelihatan by 2020". Make sure specific goal mengikut keadaan kulit you all, jangan lah letak goal nak kulit flawless je. So bila kita pandang skin goal kita, Inshaallah dah tak malas nak apply skincare hehe. 

5. Tuliskan Manfaat Kulit Yang Cantik

Lebih kurang macam nombor 4, you all boleh tuliskan benefit yang you all akan dapat selepas memperoleh kulit idaman. Sebab bila benda yang kita buat hari-hari kita ada tendency yang tinggi untuk jadi bosan. jai "berangan" tentang kulit cantik boleh remind diri kita semula kenapa pentingnya untuk konsisten skincare. Contohnya, "bila kulit aku cantik nanti dah tak malu nak pergi interview", "bila kulit dah tak kusam nanti boleh pakai tudung warna pastel", "bila mata tak sembap nanti takdelah nak guna concelaer je bila keluar rumah", "nanti muka dah tegang takdelah orang panggil aku makcik" lagi. All sort of things nampak macam remeh tapi sangat berkesan untuk memotivasikan kita.

Sekian sahaja lah tips dari saya hari ni, hopefully bermanfaat untuk semua~ Tak rugi pun kalau you all spend 5-10 minit sehari untuk kemaslahatan kulit sendiri. Kalau nak selalu receive tips-tips macam ni, boleh whatsapp and save nombor saya untuk saya broadcast beauty tips & tricks setiap minggu :)

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

No comments:

Post a Comment