Saturday, 25 January 2020

Pengalaman Yang Menginsafkan

Assalamualaikum & morning!

Hari ni saya nak share mengenai kisah hidup saya. Eh eh dramanya dengar kan. Cerita yang simple je tapi mungkin boleh memberikan impact yang besar.

Saya ada confession sebenarnya😬, kalau you all tengok gambar-gambar saya upload macam elok- elok je kan semuanya. Tapi tahukah anda saya sebenarnya biasa keluar dengan muka tak siap, dengan alasan tak berbaloi bersiap kalau setakat pergi dekat-dekat je. Saya punya "tak siap" tu bukan sekadar tak bermekap, tapi dengan pakej tudung makcik2 and selipar pasar malam😫

Saya dah dua kali ditegur oleh stranger - first masa dekat Tesco, dia kata dia friend dgn saya dekat fb, and dia tau saya beauty consultant and ajar mekap jugak. Malunya saya yang tgh mode "makcik-makcik" time tu. Tapi maybe belum cukup tertampar, saya stay dengan perangai malas bersiap bila keluar dekat-dekat. And one day, terkena lagi. Masa pi renew road tax, staff dia tu tanya saya ni beauty consultant Mary Kay ke sebab dia nampak handbag MK saya. Saya punya malu dgn rupa sendiri terpaksa buat disclaimer bagitau yang saya kalut langsung tak sempat bersiap. Padahal bukan kalut apa pun😑. Then borak-borak lah dengan akak tu sampai kami bertukar nombor phone.

Tapi...saya masih belum insaf ya tuan-tuan & puan-puan. Saya masih berpakaian macam makcik-makcik bila keluar selain dari event Mary Kay. Tapi ada satu peristiwa yang cukup membuka mata saya and buat saya insoff. Satu hari tu saya baru habis mengajar mekap di Nilai, jadi bila mengajar mekap ni saya akan pakai elok-elok dgn mekap supaya student tak tertukar saya dengan kak limah😂. Jadi bila dah habis kelas tu saya singgah beli ikan dekat Fresh Mart, time pilih ikan tu saya suka tengok sorang pekerja perempuan ni sebab dia layan saya baik. Saya ni kalau dah bersiap sometimes keramahan tu luar biasa jugak, lepas adik tu bungkus ikan saya terus saya keluarkan bisnes card and offer dia join free beauty class. And reaction dia memang priceless, rupanya dia memang minat benda-benda cantik and macam tak percaya bila saya kata kelas saya free je. Jadi saya ambik nombor dia untuk set tarikh beauty class. Dah lama lepas tu lepas saya pergi bayar dekat kaunter, dia datang dekat saya and tanya saya boleh ke kalau dia join Mary Kay and jadi macam saya.Allahu tak sangka betul saya, kita tegur tak sampai seminit pun boleh temukan kita dengan someone yang ada passion yang sama. And saya terfikir mungkin ada ramai lagi dekat luar sana yang perlukan bantuan saya tapi saya tak tegur sebab segan dengan muka selekeh. Jadi lepas kejadian tu memang saya insaf, sebab dari one simple action berpakaian kemas & tegur orang sebenarnya boleh bagi impact yang besar jugak dlm kehidupan someone, and dalam kehidupan kita. Jangan disebabkan kita selekeh, so orang lain terlepas peluang. Panjang betul huraian saya pasal penampilan kan, tapi saya cerita ni semua benda betul yang terjadi disebabkan perkara kecik.

Tapi saya faham rintihan ibu-ibu, bukan semua ada masa nak mekap 5 inci. Saya sendiri pun takde masa. Tapi kalau bab pakaian, banyak je yang ironless & fashionable. Tak perlu mahal pun asalkan nampak elok. Kalau tak sempat or malas nak pening mix & match baju, saya biasa pakai all black je cuma tudung je bagi berwarna. Yang tudung pun penting jugak, nak instant boleh tapi janganlah sampai jadi makcik2. Mekap?? Foundation, bedak & lipstick tak ambik masa sejam kan😁. Kita nak nampak presentable je bukan nak nampak macam Miss Universe pun.
                                               
Ni saya time keluar breakfast nasi lemak pagi tadi, pakai honey glow + bedak + lipstick ajerr.Tudung pun sahih yang ironless. Tips untuk nampak berseri walaupun mekap tipis, pakai lipstick yang terang sikit. Kalau you all bukan penggemar lipstick bold, boleh guna teknik ombre, letak kat tengah bibir je macam orang Korea gituuu~
                                               
Okay fine gambar first tu memang lawa sebab lighting cantik😁, so saya hantar lighting dalam rumah pulak. Haa gini takdelah malu kalau orang tegur kita sbg beauty consultant kan. Saya dah berubah untuk tahun 2020, walaupun perubahan simple je tapi cukup bermakna. Saya harap anda semua pun berjaya mencapai target & impian tahun ni. Kalau jadi cantik termasuk dalam salah satu target 2020 uolls, boleh contact saya untuk saya guide, atau lagi best join terus beauty class dengan saya. Tak rugi punya😍

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.










Thursday, 16 January 2020

Jom Belajar Lukis Kening Tanpa Cukur

Assalamualakum & morning!

With my honour, saya nak ajak you all datang ke kelas mekap kami pada bulan ini yang akan fokus pada pemilihan base & cara lukis kening. Details macam dekat bawah ya;

Tarikh      :  27 Januari 2020
Masa        :  10 a.m. - 1 p.m.
Tempat    :   Inai Muslimah Beauty Solutions, 4-1, Blok B, Putra Walk, 
                     Seri Kembangan, Selangor 

Seats are limited. Make sure you all whatsapp saya untuk reserve dulu tau sebelum datang. Ni saya bagi contoh kelas kening yang kami pernah buat dulu~




Lain kan bila buat kening dengan tak buat kening. Haa apa lagi, mehlah whatsapp saya untuk belajar kening😍

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Tuesday, 14 January 2020

Sembang-Sembang Serum


Assalamualaikum & morning! Hari ni kita buat ala-ala talk show pulak😁 Ramai yang kenal serum tapi tak tahu in details apa itu serum sebenarnya. So hari ni saya buat posting khas untuk serum sahaja. Inshaallah dapat tambah pengetahuan uolls dalam skincare, happy reading!

Serum sebenarnya adalah satu skincare product yang kita pakai selepas cuci muka, before pakai moisturiser. Serum ni dia kebiasaannya mempunyai target khusus contohnya macam pencerahan, anti-aging, jerawat, etc. Satu serum boleh carry a few functions tapi dia tetap berpegang kepada satu specialty. Contohnya Replenishing Serum C dalam Mary Kay, dia boleh mencerah, menegang, mengecilkan pori, etc tapi function utama dia ialah "memudakan wajah" so dia akan paling hebat dengan dia punya main function.

Tapi you all kena ingat tau, takde single serum yang boleh merawat semua masalah kulit. Macam yang saya dah mention tadi, setiap serum ada specialty masing-masing.
Yes! Tekstur serum ni lagi halus and cepat meresap masuk kulit. Biasanya dia macam gel, and ringan. Walaupun nampak dia halus, tapi sebenarnya ingredient dalam serum sangat rich, macam saya cerita tadi serum ada target dia sendiri untuk kulit kita, so bahan-bahan dia pun mestilah yang hebat-hebat belaka😁.


Nak kata wajib tu idok lerr, sebab priority dalam regiment penjagaan kulit ialah pencuci, exfoliate (mask / scrub), toner, moisturizer & SPF. Tapi serum ni yang paling berkesan untuk dapatkan kulit idaman uolls. Sebab serum ni mempunyai molecule paling halus & meresap sehingga ke lapisan dermis.

Contohnya, kalau you ada masalah kulit kusam, and you all pun takde skincare regiment yang lengkap lagi. Of course saya akan suggest whole set Lumivie untuk pencerahan. Tapi let say you all dah guna skincare yang okay & complete, cuma nak improve lagi je kecerahan kulit, so in that case saya boleh bagi satu serum Lumivie untuk bantu masalah kulit kusam you all. Nampak tak priority dia kat sini? 😊
Moisturiser melembapkan kulit, and termasuk dalam item terpenting dalam skincare. Serum pulak mencantikkan kulit.  Moisturiser memang diformulasi untuk stay lebih lama atas permukaan kulit supaya kulit kita dapat kelembapan berpanjangan.

Nak bagi senang faham, you all ingat je yang serum tu baja, moisturizer tu air. Belilah baja yang paling bermutu di dunia pun tapi kalau kita cuma letak baja dekat pokok tanpa siram air, Inshaallah cepat mati pokok tu nanti😂. Macam tu jugak muka kita, sapulah serum paling mahal pun kalau tak pakai moisturiser tak guna jugak, sebab serum tak boleh bekerja tanpa moisturiser.

TAK BOLEH. Macam saya dah cerita tadi serum tu taklah se"wajib" skincare lain, and serum juga tak boleh berfungsi sorang-sorang. Serum tak boleh bekerja atas permukaan kulit yang kering tanpa lembapan (moisturiser). And kalau pakai serum tapi tak exfoliate guna mask atau scrub, sia-sia ajerr sebab serum tak boleh tembus masuk ke dalam kulit sebab dihalang oleh lapisan kulit mati yang tak disental. Kan dah membaziq tuuu😫

Paling penting sebelum tidur sebab waktu optimum penyerapan skincare ialah time kita tido. So alang-alang tidur tu biarlah sampai cantik kan😁. Nak pakai waktu siang pun boleh jugak, lepas mandi, lepas solat, terserah dekat you. Asalkan mengikut urutan yang betul - selepas cuci muka sebelum pakai moisturiser.


Bisa aja! Macam yang saya dah bagitau, setiap serum ada specialty masing-masing contohnya serum A untuk mencerah, serum B untuk menegang, serum C untuk anti-aging, and you all rasa sangat tamak so boleh pakai tiga-tiga  serum tu sekali. Nak tahu turutan serum mana yang kena pakai dulu pulak, you tengok tekstur dia, serum yang paling halus pakai dia dulu, or boleh jugak mulakan dengan pakai serum yang paling mahal dulu😁.

Well, serum merupakan item yang paling berkesan dalam Mary Kay disebabkan molecule dia paling halus and boleh tembus jauh ke dalam kulit (sehingga ke dalam kulit). Jadi teknologi nak hasilkan serum ni of course bukan calang-calang. Even bekas utk mengisi serum ni pun bekas yang special tau sebab nak pastikan kualiti serum terpelihara. Sebab tu saya pelik kalau ada serum harga 20, 30 hengget pastu claim boleh sembuhkan semua masalah kulit pulak tu.

Biasanya dah siap ditulis dekat label atau packaging sebelah belakang. Ataupun kalau you all mahir dengan ingredients dalam skincare, you dah boleh agak function serum tu bila tengok kandungan dia. And kalau you all memang tak tahu or tak pasti, takde salahnya untuk refer pada yang pakai. Ingat yang pemakaian skincare adalah salah satu benda yang you tak boleh tiru orang, walaupun kawan baik sendiri. Even kembar pun belum tentu sama regimen tau.
.
Tengok keperluan kulit, then padankan serum dengan fungsi yang sesuai. You all jugak digalakkan untik buat reserach dekat internet or any other medium Jangan malu untuk bertanya ada yang pakar, siapa malu dialah rugi🙂

Kalau dalam Mary Kay senang, sebab beauty consultant akan pilih yang terbaik untuk kulit you all. So kalau nak cantik tu janganlah segan-segan contact beauty consultant, or boleh je contact saya kalau belum mempunyai beauty consultant😘.


Pilihan serum yang ada dalam Mary Kay, semua elok, semua berkualiti, tapi tak semua sesuai dengan kulit kita. Please refer pada beauty consultant sebelum anda purchase apa-apa produk Mary Kay.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.



















                                   

Thursday, 9 January 2020

Cara Lukis Kening

Assalamualaikum and morning!

Ramai mengadu dekat saya, "Dilla macam mana nak buat keninggggg"😩

Well sebenarnya takde cara yang universal untuk lukis kening, melainkan kalau masing2 kening togel bolehlah kita standardize cara lukis kening, tapi memandangkan kita orang Malaysia yang ada banyak versi kening, so seeloknya belajar dengan cikgu. Melainkan kening you all dah memang elok terbentuk, boleh lah refer cikgu Youtube tapi tulah tak semua orang dilahirkan bertuah😂. Jadi hari ni saya akan share cara lukis kening tanpa cukur, focus lebih kepada yang berkening lebat macam iolls.


1. Gunakan berus kening atau spoolie, sikat kening ke arah atas. After sikat kita dah dapat   nampak macam mana bentuk kening buat yang tak tau nak buat bentuk macam mana.
Eyebrow Brush dari Mary Kay
Favourite eyeshadow untuk saya buat keining - Merlot

 Ni pun favourite jugak, Mohogany. Saya pakai dekat mata and buat kening

2. Lepas dah sikat tu you all buat frame, haa kalau kening lebat penting untuk you all guna        pensel kening ataupun brow powder yang pigmented, sebab kalau tak macam manalah        nak nampak line tu, dahlah kening selebat huhu. Untuk yang baru belajar ni saya                  nasihatkan lukis frame guna berus kening (match dgn brow powder / eyeshadow). Sebab      lagi mudah nak buat straight line bila guna angled brush, kalau guna pensel kening ada        risiko tangan you all menggigil, and lagi pun macam jauh nak sampai from point to point.

Guideline untuk you all lukis kening, bila you ada byk bulu berlebihan, time lukis frame jangan ikut bulu tu, nanti jadi sin chan. Langgar je bulu you all tu jangan takut.

Zoom in...cuba fokus dekat kening you all nampak tak sebenarnya model ni ada bulu berlebihan, tapi kita langgar je okayy. Lukis je dekat atas kening tu, ingat jangan ikut bulu asal.

3. Bila dah siap lukis and warnakan bahagian dalam, jangan lupa blend warna tu dengan          berus kening. Lepas tu tutuplah bulu2 berlebihan dengan concealer. And macam saya          cakap tadi, jangan takut nak langgar kening uolls.
Fuhh nampak tak dia punya terbentuk lepas conceal, yang conceal ni pun sama jugak, jangan takut nak langgar kening asal uolls, pengalaman saya mengajar banyak betul yang takut nak lukis and conceal atas lebihan bulu.

Ni saya sharekan result masa saya awal-awal buat kening hahaha betul-betul sin chan. Ni jadi sebab saya suka ikut kening asal saya. Jadi you all jangan takut tau langgar je kening asal.
Lama-lama makin improved. Kening kena practice selalu, biasanya kalau you all dah ada good starting and practice 7 hari berturut, Inshaallah menjadi. Tapi kalau you all tak tahu nak start dari mana pun, better belajar dari yang pakar so that you akan tahu teknik yang betul, and then tinggal practice je. Kalau nak belajar dengan saya pun bolehhh, mehlah whatsapp😊

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Tuesday, 7 January 2020

SD Elizabeth Debut Celebration

Assalamualaikum & morning!

Now tengah panas lagi Debut Celebration power partner saya Elizabeth Matthew atau nama manjanya Eliz. Majlis kali ni dibuat di Mary Kay HQ dekat menara Symphony PJ. Dan saya bukanlah sebagai salah seorang tetamu, tapi sebagai salah seorang emcee😀 Majlis debut ni sebenarnya untuk meraikan director baru, yang telah berusaha keras untuk sampai ke directorship dan juga sebagai tribute untuk senior, unit dan family yang banyak membantu serta memberi sokongan dalam perjalanan menuju kejayaan. Jom kita tengok apa yang berlaku masa majlis debut~


Saya berganding dengan Betsy selaku emcee pada hari bersejarah Eliz😀


Ucapan dari Senior Sales Director Nur Amira yang juga merupakan director saya
Ucapan dari National Sales Director Suhaida Sharif

                                      
Let's hear it from the horse's mouth,,,brand new Sales Director Elizabeth Matthew. Eliz share pengalaman dia terjebak dalam Mary Kay bila fall in love dengan lipstick Mary Kay. Mula-mula dia nak pakai sendiri je, then seronok dengan sisters Mary Kay, tetiba ada terjual jugak and finally dia nampak career dalam Mary Kay. FYI Eliz ni merupakan seorang IT expert and paling dahsyat dia kerja ikut European hours so waktu tidur dia memang sangat tak menentu. Anytime dia free dia akan selit buat Mary Kay and still, she did it. Itulah yang orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Now speech dari husband Eliz pulak, Vicky. Vicky ni memang sangat supportive, saya biasa nampak dia join program-program Mary Kay yang boleh bawak husband. And Vicky ni juga seorang camera man yang berdedikasi, rajin film Eliz buat video and tolong tangkap gambar kami jugak.
Sales Director Oath

Prize Giving Session - nampak tak betapa excitednya muka Eliz dapat jam fossil tu hahaha
 

Comel kan cupcakes ni😍

When girls meet cuppies~

Directors dari Suhaida Sharif area, doakan saya menjadi salah seorang dari mereka tahun 2020😃
Lupa pulak nak snap gambar dengan "Eliz" lagi sorang dekat luar hehehe

Sekianlah saja sharing majlis debut Eliz. Saya sebenarnya sangat terkesan sebab saya nampak dengan mata saya sendiri macam mana Eliz bermula sebagai beauty consultant, and then kami graduate Red Jacket University sama-sama and now dia dah jadi Sales Director. And Eliz buat Mary Kay secara part time tau, maknanya kalau kita betul-betul "nak", kita boleh dapat. Mary Kay bisnes yang flexible, ikut kita nak buat masa bila, dengan cara mana yang convenient untuk kita. Tapi yang pasti, siapa usaha dia yang dapat😃

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.