Hari ni posting berbeza sikit dari posting-posting lain. Saya nak share mengenai amalan-amalan menjemput rezeki yang mudah. Sebenarnya starting minggu lepas saya merasa agak 'down" and takde semangat, lagi-lagi bila target bulan ni jauh lagi nak achieve. At one point rasa macam impossible. Time tu pulak saya tengah dalam keuzuran tak boleh bersolat, lagilah rasa berkecamuk kan. Tapi bila you banyak "diserang" fikiran jahat & negatif, istighfar banyak-banyak and minta dilindungi dari bisikan syaitan. Syaitan memang tak suka kan kalau kita berusaha😏
Jadi apa yang saya buat dalam keadaan lost and tak boleh bersolat? Saya pernah terbaca yang jangan tengok keupayaan kita dalam mencapai sesuatu, sebaliknya lihatlah akan kekuasaan Allah untuk mengubah sesuatu keadaan. Bila kita fikir macam tu kita akan sedar yang takde istilah mustahil. Tak boleh solat and baca Quran bukan masalah, sebab kita masih boleh berdoa & berzikir. And since saya tak boleh solat, saya gandakan istighfar & selawat. Saya letak target istighfar 3000x dan selawat 1000x. Sebab saya sangat lost tambah stress dah lama tak keluar rumah and atas faktor-faktor lain jugak.
Kenapa saya pilih istighfar & selawat?
Istighfar
Sebab dua ni antara zikir yang paling senang, tapi fadhilat dia Mashaallah. Jom kita tengok apa manfaat istighfar;
Credit to Ahadi, you all boleh baca artikel lengkap dekat sini
Tengok manfaat nombor enam; dimudahkan segala urusan and memang saya baca dengan harapan supaya urusan saya dipermudahkan. Ada kawan baik saya pernah bagitau, " mungkin dosa-dosa kita yang menghalang doa kita dari dimakbulkan, jadi kena selalu istighfar. Asal teringat je istighfar, bila teringat je istighfar." And selain tu istighfar ni juga macam wakil kepada doa-doa kita yang lain. Jom baca lebih lanjut dekat bawah...
Ibnu Qayyim pula berkata: “Apabila engkau berdoa, sementara waktu yang dimiliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi dengan begitu banyak keinginan, maka jadikanlah seluruh isi doamu istighfar, agar Allah mengampunkan kamu. Apabila engkau diampuni, maka semua keperluanmu akan dipenuhi oleh-Nya tanpa engkau memintanya.”
"Jadikan seluruh isi doamu istighfar" - so dekat sini dah nampak kan bila kita istighfar at the same time kita minta doa-doa lain kita dimakbulkan. And ada satu kisah saya nak share dengan you all.
Kisah Imam Ahmad Hanbal dengan penjual roti. Mungkin some of you dah pernah dengar kisah ni. Imam Ahmad bermusafir dekat satu kampung ni dan berniat nak bermalam di masjid tapi tak dibenarkan kerana beliau orang luar. Kebetulan ada penjual roti tahu tentang keadaan beliau and tawarkan untuk Imam Ahmad bermalam di rumahnya. Malam tu Imam Ahmad terdengar si pembuat roti beristighfar sepanjang membuat roti. Esoknya Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti kenapa dia istighfar sepanjang membuat roti, dan si pembuat roti menjawab yang Allah memakbulkan semua doa-doa dia selama ini cuma ada satu je yang belum termakbul - doa untuk bertemu dengan Imam Ahmad Hanbal. Nampak tak macam mana kuasa istighfar bawa Imam Hambal berjumpa dengan si pembuat roti, bukan setakat dapat jumpa tau tapi tidur rumah terus. And lagi satu mentor-mentor hebat pun biasanya bila dirisik, depa ni selalu amalkan istighfar so that's a sign for me untuk beramal juga.
Selawat
Selawat ni mak saya dulu asyik suruh saya tengok youtube DN Resutari and dekat situlah permulaan saya serius dengan selawat and dapat result yang serius jugak. You all pun boleh tengok channel dia, orangnya biasa-biasa macam kita je bukan ustazah atau ilmuwan tersohor, tapi channel dia sangat membuka mata.
Mak saya kata nak apa-apa Long selawat je. Selawat 1000x pastu mintak. Nak berperingkat boleh, nak sekaligus pun boleh. Biasanya kalau saya ada hajat penting saya akan selawat 1000x sekaligus then terus doa apa yang kita nak. Yakin dengan kuasa Allah, saya akan cakap dekat diri sendiri, "aku dah selawat 1000x mesti Allah bagi". Salah satu sifat Allah adalah Ya Syakur - Yang Maha Menghargai jadi dia suka kalau kita beramal untukNYA. Contohnya macam ni lah, kalau kita nak mintak apa-apa dengan suami kita mesti kita buat baik je kan. Hehe so macam tu lah kalau kita buat benda yang Allah suka DIA pun senang memberi. FYI saya amalkan selawat Allahummasoli'ala saiyidinna Muhammad, macam DN Resutari jugak tapi kalau you all nak baca penuh pun takde masalah.
Hasilnya??
Actually banyak yang saya nak cerita tapi saya start dari bila saya amalkan 3000x istighfar dan 1000x selawat sejak minggu lepas (tapi dah dua hari tak cukup 4000x but keep going okayy)~
Saya rasa sangat rezeki menderu-deru, and rezeki tu masuk dalam bentuk yang paling kita tak sangka. Sekarang subuh-subuh pun dah ada orang whatsapp and pagi-pagi je dah ada orang transfer Rm400++ and lagi satu tunggu gaji hujung bulan. Itu kejadian dalam satu pagi saja tau. And tengah-tengah saya ni, ada orang transfer duit untuk beli satu set Botanical pulak Mashaallah😭
Sebenarnya banyak je amalan lain untuk menarik rezeki cuma yang saya share ni yang paling mudah and boleh buat time masak, time drive, time dodoikan anak. Kalau jumlah yang saya cadangkan tu rasa banyak sangat, boleh try istighfar 1000x sehari dulu and Inshaallah dipermudahkan untuk kita buat amalan lain jugak.
Last but not least, jangan lupa istighfar & selawat ni bekalan selepas kita mati nanti. Kalau macam saya ni sangatlah sederhana dalam bab keagamaan, jadi harapkan zikir-zikir jelah yang dapat membantu saya nanti. Saya harapkan perkongsian saya hari ni dapat memberi sesuatu pada you all. Ramadhan kali ni memang sangat-sangat berbeza tapi ambik kesempatan ni untuk tambahkan amalan dan mendekatkan diri kepada Allah semasa PKP.
Stay home & stay safe everyone!
Perintah Kawalan Pergerakan hari Ke-39
No comments:
Post a Comment