Hari tu saya share pasal keajaiban istighfar dengan selawat kan. Hari ni saya nak share pulak pengalaman saya dengan jantung Al-Quran - surah Yasin. Tapi sebelum tu, jom tengok apa manfaat syrah Yasn dulu;
- Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang
- Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian
- Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh
- Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut
- Jika terpenjara akan dibebaskan
- Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya
- Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya
- Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya
- Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya
- Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya
Banyak kan manfaat baca surah Yasin?
Saya pernah dengar ceramah Ustad Abdul Somad dia kata surah Yasin ni berkesan mengangkat kesulitan dalam hidup. Sebab tulah bila ada orang yang menghadapi sakaratul maut kita sangat-sangat digalakkan baca surah Yasin.
Lagi satu Ustaz Somad jugak ajar bertawasul - saya tak tahu apa maksud tawasul yang sebenarnya tapi yang saya faham kita mohon kepada Allah dengan amal yang kita buat.
Contohnya lepas baca Yasin kita doa "Ya Allah dengan berkat surah Yasin permudahkanlah aku untuk memperolehi zuriat". Lepas bersedekah, "Ya Allah dengan berkat sedekah permudahkanlah aku untuk membayar hutang-hutang ku". Jadi jelas kan dekat sini? Even nak bertawasul dengan surah Fatihah pun boleh.
Jadi now saya nak share pengalaman saya sendiri, tahun lepas ada satu time saya rasa sangat demotivated yang critical jugak lah sampai bila saya tadah tangan nak berdoa saya fikir "aku ni asyik doa je Allah nak makbulkan ke". Allahu dahsyatnya pemikiran saya sepatutnya kita lagi tingkatkan amal and percaya Allah belum makbulkan sebab nak bagi lagi baik. Jadi bila you ada pemikiran macam ni, cepat-cepat istighfar tau. Antara benda yang membuatkan saya down ialah masa tu bulan November atau Disember tahun lepas rasanya, ada beberapa orang yang whatsapp saya nak beli Mary Kay and dah siap mintak nombor akaun, lepas tu diam. Saya tak kisah pun yang whatsapp untuk tanya-tanya or survey dulu, biasalah even saya sendiri pun ada buat macama tu jugak sebelum decide nak beli apa-apa. Tapi biasanya kalau dah selesai buat consultation and dia pun mintak nombor akaun untuk bayar means prospect tu serius. Saya agak hairan and frust jugak, tapi bila fikir balik rezeki tu dari Allah kan. Jadi chill je.
“Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi"
Masa tu saya amalkan baca Yasin lepas Subuh and bertawasul minta dimurahkan rezeki. Berapa hari jugak saya amalkan and tak lama lepas tu, saya dapat sales dari tiga customer berbeza dlm masa tiga or empat hari saya pun tak ingat. Sales almost 1K masa tu and kesemua customer tu memang saya tak pernah kenal, tak pernah jumpa and tak pernah approach. Amazingly depa memang berniat nak beli and ada bajet, so closed sale sangat mudah dan cuma ambil masa berapa minit jee. Nampak tak kalau Allah nak bagi tu mudah sangat.
Sampai sekarang saya masih amalkan lagi baca Yasin lepas Subuh sebab senang je pun. Surah Yasin tu walaupun ayat dia banyak tapi pendek-pendek je. Macam saya mention sebelum ni, biar amalan kita buat tu sedikit tapi konsisten - Allah tu Maha Menghargai hamba-hambaNYA (Ya-Syakur). Saya harapkan posting kali ini dapat bagi manfaat pada you all semua terutamanya dari segi keyakinan kita terhadap rezeki Allah😊
Thanks for reading & selamat berpuasa semua❤️
Gambar sekadar hiasan cantik pulak cottage ni~
No comments:
Post a Comment