Wednesday 24 May 2023

Cara Kurangkan Cost Bisnes

Hai & salam semua😃

Hari ni saya nak share kan pasal benda kecik yang boleh jadi besar kalau kita tak manage dengan betul. Jadi kalau you all business owners and selalu tertanya-tanya mana pergi duit sales,,, jom baca ni~


1. Cost Packaging



Memang seronok tengok video “Pack My Order” and kita sebagai peniaga pun mestilah rasa nak bagi yang terbaik untuk customer kita. Tak salah bagi packaging cantik untuk customers tapi tengok cost jugak. Saya pernah baca komen yang agak pedih tapi benar - “packaging cantik-cantik pun nanti masuk tong sampah jugak”. Memang ada customers suka simpan paper bag or kotak yang cantik-cantik, tapi mostly buang. 


So untuk packaging saya suggest untuk recycle ataupun DIY ataupun beli yang murah-murah saja. Tingkatkan marketing dan sales dulu baru boleh improve packaging😊


2. Cost Minyak Ke Pejabat Pos



Haa ini yang paling seller tak nampak selalunya, sebab customer yang bayar postage kan. Tapi kita pergi balik ke pejabat pos pun pakai minyak bukan pakai air🤭 jadi kena ambik kira kalau setakat pos satu barang berbaloi ke dengan duit minyak pergi balik tu. Especially kalau profit margin you sikit.


You all boleh allocate hari-hari tertentu je untuk buat postage, tak semestinya hari-hari. Ataupun boleh drop off kalau tengah alang-alang keluar rumah. Ataupun boleh mintak courier datang pick up parcel dekat rumah.


Sekian saja sharing saya hari ni, semoga bermafaat untuk saya sendiri and peniaga-peniaga lain😊 untuk you all yang berminat nak join Pink Business boleh click link dekat bawah okayy~


https://linktr.ee/dylladnan

No comments:

Post a Comment