Showing posts with label foundation mary kay. Show all posts
Showing posts with label foundation mary kay. Show all posts

Friday, 21 May 2021

Cara Makeup Untuk Kulit Berjerawat

Hai & salam semua😄

Salam 9 Syawal~


Selalu saya selalu share mekap yang bertema kan - purple makeup, peach makeup, sweet makeup & macam-macam lagi lah. Hari ni terdetik hati nak share tips mekap untuk kulit berjerawat pulak. memang skincare first, tapi nak tunggu skincare tu bagi kesan kita patut tahu serba sedikit tips untuk cover jerawat jugak. Jom kita tengok😍

1. Guna Mekap Non-comodogenic

Non-comodogenic bermaksud makeup yang tak menyumbat pori. You all bleh refer pada packaging label sebab kalau betul non-comodogenic brand tu akn bangganya bagitahu dekta label dia. Pemilihan mekap especially untuk base makeup macam foundation & bedak sangat boleh membantu atau memburukkan lagi keadaan kulit. So choose the best for your skin.

2. Apply Primer 


Primer akan membantu makeup application jadi lebih smooth & bantu buatkan kulit muka nampak rata. Lagi satu primer mary kay jugak bantu control minyak dekat muka, so memang sesuai untuk bantu masalah jerawat yang biasanya disebabkan oleh kulit berminyak.

3. Timewise Foundation + Liquid Foundation Brush


Liquid foundation memang sangat membantu untu tutup jerawat sebab finishing dia bersifat melitup. And senang blend. Kenapa kena guna liquid foundation brush walaupun mary kay ada je brush foundation jenis lain? Haa sebab liquid foundation brush ni akan bantu bagi lebih coverage dekat kulit muka sebab brush dia mampat so dia boleh apply lebih pressure. And lagi satu, liquid foundation  MK jugak ada vitamin E untuk bantu merawat masalah jerawat.

4. Mineral Powder Foundation + Powder Foundation Brush


Maybe you all memang dah tahu yang mary kay ada banyak jenis bedak, tapi untuk kulit yang berjerawat kita akan suggest mineral powder sebab bedak ni yang paling tinggi coverage. Guna pulak dengan powder foundation brush memang hasil dia kebabom😍 konsep dia sama dengan liquid foundation brush sebab brush yang ni pun bersifat mampat and akan bagi lebih coverage. 

So itulah sahaja base makeup untuk cover jerawat, tak susah kan item dia pun tak banyak. Saya sebenarnya ada buat makeup tutorial dekat instagram tapi lupa nak selfie😔 but no worries you all boleh tengok semula dekat sini https://www.instagram.com/tv/CPAGGlGnxxA/?utm_medium=copy_link

Untuk dapatkan info cara untuk merawat masalah jerawat, you all boleh refer dekat sini → Set Jerawat Mary Kay

Or else, boleh je contact saya terus. Thank you sebab sudi singgah blog saya, have a good day everyone😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Thursday, 18 February 2021

Cara Mengelakkan Mekap Jadi Cakey

 Hai & salam semua!😄

Haaa apa perasaan kononnya mekap sebab nak nampak lagi cantik, end up jadi makin tak cantik. Saya dulu selalu macam ni, bila mekap makin berjalur segala bintik-bintik muka, jadi macam jalan tar pun ada. Mat salleh panggil textured skin, and benda ni sgt annoying. Tapi jgn risau, ada cara untuk buat mekap tak nampak cakey walaupun muka masih belum elok.

1. Gunakan Facial Oil

Kebiasaannya textured skin ni terjadi sebab muka kurang lembapan, walaupun kita rasa muka kita oily tapi sebenarnya lapisan bahagian dalam kulit kita kering. So facial oil akan bantu lembabkan kulit & soothingkan kulit untuk makeup application yang smooth. Saya suka guna Nourishing Oil dari Naturally range sebab selain buat kulit moist dia jugak buat makeup glowing.

2. Prep Muka Dengan Moisturiser

Ni memang step yang biasa before makeup, mostly MUA akan prep muka clients untuk mekap. Kalau you all ada textured skin, lagilah kena prep skin sebab dia akan makeup stay dengan smooth and long lasting. Kalau kulit kering memang akan terserlah segala bijih-bijih muka. And my favourite untuk prep sin mestilah Oil Free Hydrating Gel (OFHG) sebab dia lembapkan kulit selama 10 jam and control minyak dgn agak ketara. And OFHG ni memang best sebab sejukkan muka which is sangat bagus untuk preparation sebelum mekap.

3. Guna Finishing Spray Sebelum & Selepas Mekap


Finishing spray pun sangat membantu untuk hilangkan segala cakeyness setelah mekap tanpa merosakkan mekap. Nak lagi berkesan spray juga sebelum start mekap so that muka you all dapat extra hydration. Kaalu nak spray after every layer of makeup pun boleh takde masalah, masa muka saya breakout teruk sebab buka booth lima hari straight saya memang guna teknik ni sebab muka dahsyat jugak masa tu.

4. Guna Makeup Base Yang Bersifat Moisturizing

Saya highly recommend yang ada masalah textured skin untuk guna Honey Glow Finisher sebab Honey Glow ada moisturizing effect, sebab tu muka akan nampak macam glass skin & glowing gitu. 

5. Guna Foundation Dewy Finish

Saya faham dengan cuaca Malaysia ni ramai suka guna foundation jenis Matte, tapi one thing about matte foundation ni dia suka enhance tesktur dekat muka kita. Saya cuma suggest untuk guna matte foundation kalau muka yang betul-betul flawless ataupun yang betul-betul oily saja. Untuk oil control, you all boleh apply moisturiser untuk pil control, guna primer and makeup spray. Foundation mary kay yang bagi dewy effect is Timewise Liquid Foundation (luminous formula).

6. Set Foundation Guna Loose Powder

Untuk textured skin, matte powder is a big no sebab sama macam matte foundation dia akan tonjolkan lagi tesktur-tesktur di wajah. Sebaliknya gunakan translucent powder sebab dia akan bagi effect kulit halus and softens everything.

7. Elakkan Mekap Yang Ada Glitter / Shimmer

Memang nampak canti kalau ada bling bling sikit dekat muka kan, tapi ingat yang bukan semua muka boleh letak bling-bling ni sebab mekap yang ada shimmer macam blusher and contour especially akan buatkan tesktur muka kita leih jelas, so pakai blusher jenis matte saja. Kalau you all nak pakai blusher / contour jenis stick pun sangat digalakkan.

Nak senang faham, jom refer video tutorial saya😍


Sekian sharing saya hari ni, hope dapat bantu you all yang mengalami masalah macam saya dulu. Kalau nak saya bantu untuk pulihkan tesktur kulit you all, boleh tekan je link dekat bawah👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra