Showing posts with label kelas makeup basic. Show all posts
Showing posts with label kelas makeup basic. Show all posts

Thursday, 4 July 2019

Kelas Makeup Seri Kembangan

Assalamualaikum & morning!

Hari ni saya happy sangat sebab dapat menghappykan wanita lain. Alkisahnya adik ni memang dah lama minat nak belajar mekap, tapi dia ada anak kecik & tak boleh simply2 nak tinggal. Masa dia whatsapp saya dia tanya boleh ke bawak baby umur 10 bulan? And memandangkan dia sorang je student saya hari tu so I is okayy je. Baby dia behave most of the time, Alhamdulillah dipermudahkan untuk kami.

Guest saya ni mintak nak belajar nude look, jadi of course kita pilih colour yang soft2 & nampak natural. Hasilnya??

.


.


.





Tadaaaa...

Saya tak boleh move on dengan rupa dia walaupun hakikatnya bukan saya yang mekapkan. Rasa macam ala2 Syedewa pulak kan warna lembut-lembut macam ni. Tiba-tiba saya segan dah nak bergambar dengan dia sebab rasa insecure hahaha (but it's true). 100% Mary Kay, saya listkan dekat bawah semua produk yang dia guna tau😁

Mary Kay Makeup for Tanned Skin
πŸ‘‰ Mary Kay Primer
πŸ‘‰ CC Cream in Medium to Deep
πŸ‘‰ Luminous Liquid Foundation in Beige 5
πŸ‘‰ Perfecting Concealer in Light Beige
πŸ‘‰ CC Cream in Deep for contouring
πŸ‘‰ Hazelnut eye colour fr shading
πŸ‘‰ CC Cream in Deep for contouring
πŸ‘‰ Eye colour - Juicy Guava, Shy Blush & Espresso
πŸ‘‰ Highlight - Juicy Guava
πŸ‘‰ Mascara - Lash Intensity + Lash Love
πŸ‘‰ Gel Eyeliner in Black
πŸ‘‰ Brunette eyebrow pencil
πŸ‘‰ Coral lipliner
πŸ‘‰ Semi Shine Lipstick in Raspberry Ice
πŸ‘‰ Translucent Powder
πŸ‘‰ Skindinavian Finishing Spray

Siapa nak belajar nude look yang simple macam ni, boleh lah roger-roger I tau. Saya tak ambik ramai orang, cukup 1-3 orang setiap kali makeup class so that guest lebih fokus :)

To contact me, please clickπŸ‘‡πŸ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Wednesday, 24 October 2018

Simple Makeup Tutorial


Assalamualaikum and morning!

Simple makeup tutorial here! Actually nak menangis jugak sbb di penghujung video ni time tu lah cuaca dah berubah jadi panas & agak silau. Huhuhu memandangkan tak larat nak buat semula, saya upload je video ni lagipun takdelah teruk sangat pun cuma kurang jelas colour makeup tu. Oh ya part kening bukannya tak nak masuk video tapi macam biasalah bila buat kening depan kamera je I messed up😌. So terus jump to foundation. Anyway tanpa buang masa lagi, saya listkan item yang saya guna ikut turutan & kenapa saya suka sangat dengan depa.

1. Mary Kay Brow Pencil in Brunette
Saya biasanya akan buat kening dulu maklumlah kening selebat hahaha. Brunette pencil ni best sebab dia pekat, kalau kening lebat mcm saya you all mmg perlukan pensel kening yang lebat sebab kalau tak mcm mana nak nampak bila kulis keningπŸ˜…. Brunette mmg setia dengan saya dari dulu. 

2. Mary Kay Liquid Foundation

Rasanya dah berzillion kali jugak saya share pasal foundation Mary Kay kan almaklumlah hati chenta sangat. Now saya guna Luminous formula sbb kulit dah kering, kalau you all jenis kulit combination / oily boleh guna Matte formula. Suka tu sbb dia sgt ringan, tapi coverage superb! Tahan lama pulak tu.

3. Mary Kay Eye Palette in Rose Nudes
Colour pinkish purple yang sweet, saya suka sebab naikkan mata kita tanpa buat kita nampak over. And dia ada banyak colour lain jugak utk base & smokey eyes.

4. Mary Kay Gel Eyeliner
Very precise! Mula-mula dulu saya tak pandai pakai & comot, lepas tu banned gel eyeliner ni lama jugak tau hahaha. Tapi one day saya beranikan diri try, rupanya kena oles sikit je. Saya suka sbb kita boleh agak & control amount gel yg kita nak sapu kat mata so takdelah eyeliner smudge kat bahagian depan mata mcm yg selalu jadi kat saya. 

5. Mary Kay Ultimate Mascara



My favourite mascara sbb dia sgt amat ringan & mudah apply! Tak waterproof and senang cuci. Dia sisir bulu mata satu2. Ada customer saya jenis kaki mekap lepas try sample ultimate mascara terus beliau order. Bukan saya je tapi banyak jugak guests makeup class yg suka dengan mascara ni.

6. Mary Kay Blusher in Cherry Blossom



Colour ala-ala plum, mula-mula saya takut nak pakai sbb nampak "ehh gelapnyaaa". Tapi bila dah sapu kat pipi dah fall in love. Sorry ya dlm video tu terpekat pulak biasalah benda yg kita biasa buat pun tp bila live depan camera jadi blur.

7. Mary Kay Mineral Powder Foundation


Powder yang berikan matte finishing, macam saya pernah share sebelum ni dia buat kulit kita nampak natural tapi dlm versi lebih sempurna. And saya nak advise, utk loose powder, you all better guna brush sbb lagi jimat berbanding sponge.

8. Mary Kay Sheer Dimension Powder



Highlighter utk buatkan wajah kita nampak lebih berdimensi. Letakkan dekat tulang pipi, bawah hujung kening, tgh hidung, cupid bone bibir, dahi & dagu. Dlm gambar mmg nampak cantik tau sbb dia punya effect boleh tahan blinding tapi soft.

9. Mary Kay Semi Matte Lipstick in Mauve Moment



Lipstik Mary Kay pertama yg saya try, and terus membawa saya kepada decision utk menjadi beauty consultant. Colour ni sweet & soft, antara paling laris dlm inventory saya.

So inilah list item yang saya gunakan utk tutorial. Ada jugak saya letak concealer utk kening and sbg base eyeshadow. Rasanya tak susah kan, kejap je nak buat simple sweet look gini😁. Kalau rasa nak cuba sendiri or nak belajar dgn saya, boleh contact iolls hokayy. I suka sangat cantikkan orang! 😍

To contact me, please clickπŸ‘‡πŸ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Saturday, 18 August 2018

Kelas Makeup


You are invited! Jom belajar mekap secara percuma. Boleh ajak kawan-kawan juga untuk datang sekali tapi kena rserve seats dengan saya dulu, sebab seats limited. See you there~

To contact me, please clickπŸ‘‡πŸ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Sunday, 12 August 2018

Mekap Dinner

Assalamualaikum & morning!

Saya excited nak share pengalaman pertama saya buat job mekap orang. Sebenarnya ada customer yang tanya jugak kalau saya ada buat servis mekap, tapi saya macam tak tahu nak jawab apa haha. Nak charge berapa pun tak reti. Sampailah satu hari tu, Director saya mintak tolong untuk mekapkan orang. Since ada dua orang, dia handle sorang and saya pun handle sorang. Tapi masa hari kejadian tu tiba-tiba jadi empat orang pulak. Dahlah waktu pagi tu kami ada event Skincare & Basic Makeup Class dekat Kolej Komuniti Hulu Selangor. Then terus berkejar ke Setia Alam untuk makeup job.


Nilah kami semasa di Kolej Komuniti, sebelum lari pergi Setia Alam


Seharian dalam kereta, makan & tido dalam kereta

Saya dah lupa nama hotel dia tapi sampai sana je nampak banyak MUA dekat lobby. Rupanya ada dinner Hai-O and ramailah nak melaram, baju pun bukan main mengerlip masing-masing. Naik ke bilik hotel tingkat 32, rasa lama jugak walaupun naik lif. And lepas tu tanpa buang masa kami terus singsing lengan mekapkan akak-akak Hai-O ni. 


Bila kena mekapan empat oang serentak, bukan kena bahagi sorang dua. Tapi clients akan take turn and kami buat part by part. Lebih cepat kalau macam tu.


Final touch on the last client, masa ni saya dah rasa cramp satu badan sebab penat dari pagi tambah pulak dengan PMS. Tapi bertahan sebab yang ni last kan.

Done! Yang kiri tudung maroon semua saya mekapkan yang sebelah kanan pulak semua Director ( Kak Mira) mekapkan. We delegate tasks.



Yang ni kami bahagi-bahgi. Contohnya macam belah kanan tu (tudung maroon) syaa buat base and hidung (shading), highlighting, concealing. Kak Mira pulak buat mata, kening & bibir.

Kak Mira with one of her clients

Alhamdulillah hari tu pun berakhir dengan jayanya. Saya cuma belajar mekap dari kelas-kelas free yang dianjurkan oleh Director, ilmu and skill yang saya dapat saya polish dari masa ke semasa supaya dapat mengajar mekap kepada sesiapa yang berminat. Maklumlah perempuan sekarang kan gila meka and suka melayan makeup tutorial. Tak sangka dapat extra income pulak dari mekapkan orang walaupun saya bukan MUA. 

Siapa rasa nak book Basic Makeup Class dengan saya, sudi-sudikanlah diri tu contact saya. Saya sudi je mengajar😁.

To contact me, please clickπŸ‘‡πŸ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc