Showing posts with label mary kay elok ke. Show all posts
Showing posts with label mary kay elok ke. Show all posts

Sunday, 9 December 2018

Pakai Mary Kay Naik Jerawat?

"Kulit naik jerawat lepas guna Mary Kay?? Apeniii??"

"Kata produk international, tapi kenapa pakai Mary Kay jadi lagi teruk pulak??"

Okay first of all, bertenang dulu😁. Saya pun pernah melalui benda yang sama masa mula-mula guna Mary Kay. Kejap naik sini, kejap naik situ. Tapi saya percaya pada produk. Cuba fikir balik mana saya silap. Ohhh dangg, rupanya almost 10 tahun lepas saya pengguna tegar produk penggelupasan. Yess, dah 10 tahun lepas tau, tapi effect dia sampai sekarang😥. Saya terus guna satu set Botanical, which is a big no kepada  bekas pengguna produk penggelupasan berbahaya. Saya takdelah naik jerawat batu tu, tapi jerawat nasik asyik tumbuh non-stop. Annoying betul rasa sebab sebelum tu mmg susah muka naik jerawat. Jadi untuk anda yang ada masalah jerawat naik mencanak-canak lepas guna Mary Kay, saya akan explain dgn mendalam hari ni.

1. Bekas Pengguna Produk Penggelupasan / Produk High Chemical

Sekarang kan banyak lambakan produk-produk yang dalam bahasa kasarnya kita panggil produk timbang kilo huhuhu. 80% customer saya termasuk saya sendiri adalah bekas pengguna produk-produk macam tu. Untuk peringkat permulaan memang boleh pakai dua item skincare je (cleanser Botanical & Oil Free Hydrating Gel @ Intense Moisturizing Cream) untuk memulihkan kulit yang dah lama tercemar dgn kimia tu. Jadi masa dlm proses nak bersihkan kulit dari sisa-sisa chemical tu, mungkin akan naik jerawat. Sebab kan dia nak release chemical tu keluar dari kulit. Jadi jgn terkejut, sebaliknya refer pada beauty consultant anda.

2. Kulit Terkejut

Ehh kulit pun boleh terkejut ke? Eh boleh lah, biasanya terjadi dekat orang yang tak pernah pakai apa-apa skincare sebelum ni. So bila mula-mula guna Mary Kay, kulit dia naik jerawat manja sebab nak adapt dgn skincare baru. Saya ada customer yang bekerja sebagai runner, ada masalah jeragat teruk. Rupanya tak pakai apa-apa skincare apatah lagi sunblock. Saya buat skincare class dgn dia & bagi dia try Melacep utk jeragat, katanya kulit dia pedih. Rupanya dia kena start dgn basic item dulu. And yes, dia naik jerawat jugak mula-mula, so saya suruh selang-selang pakai moisturiser sampai lah kulit dia boleh adapt.

3. Proses Mengeluarkan Jerawat Yang Bersarang Di Bawah Kulit

Yang ni berkait dengan point no. 1. Ada jugak customer saya yang guna Clearproof untuk jerawat, and terus naik lagi mencanak-canak bila start guna Mary Kay. Sebab Clearproof set selain menghapuskan jerawat dekat permukaan kulit, dia jugak keluarkan jerawat yang dah bersarang dekat dalam kulit. Tu pasai yang jerawat makin naik tu. Tapi jangan risau, sementara saja😊.

4. Tidak Membeli Dari Beauty Consultant Bertauliah

Haa yang ni banyak. Rupanya ramai yang pergi beli dekat Shoppee, Lazada, Carousell, Mudah.com, etc. FYI kami beauty consultant mmg dilarang keras utk menjual dekat shopping apps sebab nanti customer akan membeli tanpa consultation. Let say kulit awak tu sensitif, tapi pi beli Timewise set yang advanced tu. Manalah tak breakout. Then sayang, tak dapat 90 Days Satisfaction Guarantee pulak sebab you all sendiri tak tahu you berurusan dgn siapa. Saya tak salahkan anda yang membeli sebab tak tahu, tapi kalau dah tahu janganlah pi beli kat sana sebab sah-sah you all akan beli dari seller yang tak beretika. Lagi seram kalau dapat item fake ataupun expired😰, sebab saya pernah dengar jugak dari director bagitau sesetengah yang jual Mary Kay dekat shopping apps tu rupanya dari negara luar.
January 2018. Cuba fokus dekat dahi boleh nampak kan bijih-bijih menggerutu tu. And dah nampak garis-kedut jugak. Liang roma dekat pipi pun masih nampak jelas lagi. 

December 2018. Saya gunakan base yang sama which is foundation + mineral powder. Alhamdulillah dah banyak improvement 

Jadi rasa-rasa dah jelas ke kenapa naik jerawat bila guna Mary Kay? Jangan risau, selalulah refer pada beauty consultant anda kalau naik apa-apa yang tak diingini dekat muka. Best sbb Mary Kay ni sekali package dgn beauty consultant & 90 Days Satisfaction Guarantee. Kalau masih belum ada beauty consultant, you all boleh refer dgn saya, Inshaallah saya akan bantu sebaiknya.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Sunday, 21 October 2018

Kelas Kecantikan Mary Kay

Assalamualaikum & morning!

Kalau siapa yang setia mengikuti blog saya, mesti nampak kan saya selalu share pasal aktiviti skincare class yang saya buat, tak kisah secara solo ataupun bersama dengan rakan-rakan consultant. Tapi sebenarnya banyak jugak yang saya tak boleh share demi menjaga aurat. Tapi kenapa eh suka sangat buat skincare class? Tak penat ke punggah barang-barang and travel.

Well, penat tu penatlah. Tapi seronok. Skincare class ni bukanlah wajib dalam Mary Kay cuma amat digalakkan supaya orang lain dapat real experience dengan produk-produk Mary Kay. And of course, guests dapat belajar cara-cara penjagaan kulit yang betul so takdelah hidup dalam kesesatan macam saya dulu haha. Jom kita tengok kenapa saya suka sangat buat skincare class?

1. Berjumpa Dengan Orang Baru

Yess ini yang buat excited sebab most of the time, kita tak tahu siapa yang akan kita jumpa. Dulu dunia saya setakat collegues dekat tempat kerja, and then family. Kawan-kawan pun jarang jumpa sebab mostly dah berumah tangga. Tapi bila ada program skincare class,kita akan berinteraksi secara dekat dengan guest. Ajar depa face to face, tolong mana yang patut masa skincare class. Secara tak langsung, pergaulan saya jadi lebih luas takdelah office rumah, rumah office je setiap hari. And dah jumpa macam-macam orang, macam-macam umur, macam-macam bangsa! Setakat ini saya dah ada pengalaman handle skincare class (SCC) dengan guest dari Malaysia, Indonesia, Phillipines, UK & US.


2. Suka Tengok Reaction Guest 

Kebanyakan guest saya adalah wanita bekerjaya, yang sangat busy dengan kerja & family. So bab berhias tu biasanya letak last sekali biasalah perempuan kan, selalu letakkan kepentingan orang lain dulu. Jadi time skincare class ni biasanya depa akan woww, terpegun tengok muka sendiri lepas grooming sendiri. Punyalah lama tak belai muka kan. Selalunya lepas habis skincare and time pakai foundation tu, guest akan terpegun and takleh move on. Sebab rata-rata pernah ada pengalaman buruk dgn foundation mcm saya sendiri. Jadi muka excited masing-masing sampai tepuk-tepuk kawan tu memang saya seronok tengok hahaha.




3. Suka Tengok Transformation Guest

Bila dah belajar & apply teknik penjagaan kulit yang betul, and mekap simple-simple but with the right technique, hasilnya superb! Especially buat yang jarang or tak pernah mekap tu, lagilah nampak drastik perubahan dia. Point ni boleh relate dengan point nombor 2, bila muka dah transorm mulalah guest terpegun tengok muka masing-masing😁.



3. Dapat Beri Live Consultation


Lagi senang and lagi efektif if kita dapat tengok kulit guest depan-depan. Boleh terus pick the right product untuk dia cuba. Selalunya saya cuma consult via whatsapp, tapi sebenarnya kalau jumpa depan-depan ni memudahkan kedua-dua pihak. And dapat tanya lebih details pasal product history dan kalau dia ada apa-apa masalah kulit.



4. Self Improvement

Skincare class ni takkan jadi perfect kalau kita setakat buat sekali dua. Teringat first time saya buat skincare class dengan kawan-kawan mak, habis banjir rumah sebab saya suruh guests basuh muka dekat besen macam dekat sink. Padahal cukup guna facial cloth je. Director saya pun suka share kisah  ni dengan orang lain tau hahaha. Sebab tu kita kena belajar dari pengalaman. Selain tu, of course skincare class jugak dapat melatih leadership skill & communication skill saya. 



5. Program Improvement

Yang ni penting especially untuk beauty consultant yang selalu handle formal skincare class macam saya. Kami pernah ada experience handle skincare class yang guests takdelah ramai sangat tapi disebabkan organiser tak sediakan microphone, jadi haru biru jugak masa session sebab Director saya sebagai speaker hari tu memang suara dia kecik and comel je hehe. Nampak macam benda kecik kan, tapi bagi impak yang sangat besar. Sejak dari tu saya insist untuk gunakan microphone walaupun guest tak ramai mana, asal lebih 10 guest je kena guna mic supaya speaker ada full control over the whole session. And masa I-story time tunggu mask kering, saya akan minta beauty consultants ke depan supaya guests lebih attentive.




Jadi itulah antara sebab-sebab saya addicted untuk buat skincare class selalu. Tak kisah formal or informal, semuanya memberi pengalaman yang baru & indah. Jadi kalau you all nak jadi sebahagian dari pengalaman saya, boleh lah arrange untuk buat skincare class dengan saya. Kalau nak buat di company pun saya boleh emailkan proposal.


Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495 for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai


FB Page & Instagram :  Allydra

Wednesday, 30 May 2018

90 Days Satisfaction Guarantee

Pernah tak you all pergi kedai, beli barang lepas tu tak suka then nak pulang balik. Mau kena maki kan haha. Tapi dekat Mary Kay boleh, walaupun dah guna kita masih boleh tukar under 90 Days Satisfaction Guarantee. 

Biasa customer terkejut bila saya follow up and cakap if tak berkenan or ada masalah boleh tukar. Walaupun dah guna tau. Sebab Mary Kay sangat mementingkan kepuasan pengguna. Kalau beli foundation tiba-tiba rasa kelabu, boleh tukar dengan shade lain yang lebih gelap. Kalau tak berkenan dengan colour lipstick, boleh tukar dengan colour lain. Kalau guna skincare rasa tak sesuai, boleh tukar. 

Of course ada T&C kan. Barang yang nak ditukar mestilah kuantitinya tak kurang dari 1/4 penggunaan ataupun suku. Warranty valid dalam masa 3 bulan. Mesti simpan invoice atau receipt yang diberikan oleh beauty consultant. Proses dia sangat simple and sangat cepat. Semuanya demi customer tersayang.

Tapi dari pengalaman saya, takde lagi customer yang mintak tukar sebab kita dah consult elok-elok. Dah bagi cuba & rasa sendiri. Kalau yang jauh, kita minta details & product history kalau yang nak skincare. Tak kisah anda jauh atau dekat, beauty consultant yang beretika takkan mengabaikan anda.

Shopping with a free mind with me~


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Friday, 18 May 2018

My Skin Journey

Assalaualaikum & morning!

.

Alhamdulillah dah menjelang hari ke-3 kita berpuasa. Entry hari ini sebenarnya adalah untuk memenuhi request BC saya yang tanya pasal skin journey saya. Lepas tu saya terfikir, why not share dengan orang lain jugak kan. Jadi saya dah gigih korek gambar lama, compile dan buat editing dengan insta story, so biarkan gambar berbicara😁.














.


.


Nak tengok muka selepas??

.

.

.

.










Gambar terbaru diambil - muka memang tak sempurna tapi suka skin texture dah banyak perubahan

So basically itu apa yang saya dapat dalam tempoh sethun berMary Kay. Mary Kay tak pernah janji cantik dalam masa 7 hari. Nak kulit cantik memang take time, ecspecially kalau nak improve skin texture. Kalau setakat nak mencerah balik ke kulit asal mungkin boleh dalam masa 2 minggu. Perlukan advise untuk kulit anda? Saya sedia membantu😃.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Monday, 14 May 2018

Kenapa Perlu Beauty Consultant?



Kenapa Beauty Consultation adalah penting?


First, sebab kami Beauty Consultant nak tau kulit anda macam mana, apa masalahnya, apa yang diperlukan, history of product dan texture kulit anda supaya kami dapat berikan range yang TERBAIK untuk anda.

Mungkin ramai yang tak tahu, kami pergi kelas tau untuk belajar mengenai kulit, product knowledge, belajar mengenai punca masalah kulit dan solution, belajar make up pun supaya dapat guide anda masa kelas make up nanti and macam-macam kelas yang kami pergi lah. Yes semua ni memberikan yang terbaik untuk anda!  Sesi consultation ni boleh dilakukan dalam banyak cara

Antara soalan yang wajib saya tanya semasa consultation :
1. Jenis kulit?
2. Masalah kulit?
3. Jerawat?
4. Product History

Jangan marah ye tanya banyak soalan hehehe. Ada sebab kenapa saya tanya 
Consultation dan tips exclusive untuk customer saya saja.

Paling utama untuk elakkan anda beli range yang salah. Ada yang umur remaja tak boleh pakai, ada yang umur 40 tak boleh pakai. Ada yang ex pengguna peeling tak boleh pakai. Ada yang ibu mengandung tak boleh pakai. KAlau salah beli kan naya tu. Kulit manusia ni berbeza-beza walaupun nampak sama. Mary Kay skincare pun ada banyak range untuk memenuhi keperluan kulit anda. Jadi anda perlu tahu range mana yang betul untuk anda pakai.

Contohnya kalau kawan anda pakai range Timewise misalnya, anda tak semestinya boleh pakai yang sama dengan dia. Mungkin kalau nasib anda baik, kulit anda serasi, kalau tak serasi macam mana? Kan membazir namanya tu 
Haa sebab itu la penting consultation ni. Beauty Consultant akan cadangkan mana yang perlu anda pakai dahulu bergantung pada jenis , masalah kulit dan concern anda.

Hubungi saya untuk menjadi perunding kecantikan anda.

Need consultation🙋 i'm here for you.


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


.