Showing posts with label mekap tunang. Show all posts
Showing posts with label mekap tunang. Show all posts

Tuesday, 17 March 2020

Makeup Emma Maembong

Assalamualaikum & morning!

Baru berpeluang nak update blog disebabkan kesibukan yang agak melampau jugak hehe. Btw bulan ni Emma Maembong kahwin, and ramai yang inspired buat makeup look yang natural & fresh macam Emma. Zaman sekarang orang memang suka natural look kan, yelah kita pun tak mau dah nampak macam tepung gomak. Biarlah bila kita mekap tu, masih nampak ghupe kita,,,haa gituu~

Jadi memandangkan tengah hot makeup ala-ala Emma Maembong nikah, unit kami diberi task utk re-create makeup look yang sama. Mestilah excited kan jom tengok hasilnyaa๐Ÿ˜

Tadaaa~ dapat sipu-sipi Emma pun jadilah๐Ÿ˜‚ of course 100% guna Mary Kay sebab makeup item Mary Kay memang cukup untuk buat complete makeup. Jom tengok saya list down semua item untuk create look macam ni;

Base

1. Honey Glow Finisher (HGF)

HGF bagi effect dewy skin and muka glowing, since makeup Emma Maembong ni termasuk dalam kategori "simple look", jadi kita banyak enhance dekat base supaya muka nampak radiant secara semulajadi. 

2. Timewise Liquid Foundation

Foundation yang menutup tapi tak menyumbat pori and bagi finishing "flawless naturally" - itulah apa yang paling saya suka tentang foundation Mary Kay, still nampak macam kulit kita tapi versi yang lebih flawless and lebih berseri. Saya tak apply concealer cuma tebalkan sikit bahagian bawah mata untuk cover eyebags. 

Kening & Mata

1. Mahogany Eye Colour
 My fevreto! Cantik sangat bila buat kening guna Mahogany sebab dia warna brownish yang natural tapi very pigmented. Ramai suka tau~ Saya guna Mahogany untuk kening & juga mekap mata, pakai satu colour ni je untuk create Emma Maembong look kan kata nak nampak natural hehe. NAd jangan lupa apply eye primer ataupun concealer sebelum letak eye sahdow supaya warna lagi timbul and tahan lama.

2. Mary Kay Gel Eyeliner
Untuk eyeliner saya letak dekat hujung saja sebab nak namoak mata terbukak tapi at the same time nak nampak natural. Senang guna gel eyeliner ni sebab lagi cantik untuk you bentukkan dia and paling penting dia long-lasting. 

3. Ultimate Mascara 
Actually untuk effect bulu mata yang lentik dan bercerai satu-satu, paling best guna lash Love Waterproof Mascara tapi apakah daya saya ni allergic dengan mascara jenis waterproof huhu. But ultimate mascara pun cantik jugak lagi nampak lebat & penuh cuma kalau nak betul-betul jadi Emma Maembong kena guna Lash Love mascara.

Close up eye makeup
Shading & Contour

Untuk contour saya memang over sikit sebab kita tak gunakan banyak mainan colour, jadi cuma boleh timbulkan face structures dengan contour. 

1. Shading Hidung

Saya gunakan contour stick code Light lepas tu set dengan eye colour code Hazelnut. Kita over sikit dengan shading sebab saya tak buat highlight guna concealer, jadi lebihkan dekat shading.

2. Contour Pipi
Untuk pipi saya memang go extra,,, guna contour stick code Dark walaupun untuk kulit saya ni dah memadai guna code Light. Saya buat intense contour sebab kita nak minimumkan penggunaan blusher tapi at the same time kita nak pipi nampak berlekuk. Ingat ya makeup Emma Maembong memang tak gunakan banyak colour. 

Finishing

1. Mineral Powder Foundation
Particle mineral powder yang halus membantu menutupi parut, jerawat, garis halus and macam-macam lagilah yang kita nak tutup. Mcam saya state tadi, saya tak guna concealer sebab nanti kena baking bagai jadi kalau you all pemalas macam saya, boleh gunakan mineral powder ni sebab dia merupakan bedak serbuk yang paling tinggi coverage. 

Blusher

1. Juicy Guava Cheek Colour
Layah-layah sikit je sebab cuma nak highlight shape pipi, tadi kan dah buat intense contour.

Highlight

1. Sheer Dimension Powder Pearl
Highlight cuma dekat tulang pipi & cupid bone, boleh jugak highlight sikit bawah kening. Kita taknak hihgkight yang "cing cing" bila create Emma Maembong look. Tujuan dia nak nampak pipi kita lebihg berdimensi saja so tak perlu over. 

Lipstick

Saya guna Semi Shine Lipstick warna Tranquil Toffee, tapi kalau nak colour betul -betul ikut Emma Maembong you all boleh guna colour soft pink macam Raspberry Ice. 

And itulah dia nak dapatkan separuh muka Emma hahaha. Nampak simple sebenarnya tapi tak simple mana. Yang penting, kalau nak dapatkan makeup yang fresh and flawless kena ada kulit yang cantik dulu. Kalau you all berminat nak belajar makeup natural look lagu ni, boleh whatsapp saya ya๐Ÿ˜

To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Thursday, 24 May 2018

The Duchess Look



Assalamualaikum & morning! Dekat dalam Mary Kay memang sentiasa morning supaya kita bersemangat je all the time. By the way, saya nak invite you all datang open makeup class yang dianjurkan oleh unit kami 29 May nanti, lokasi di Sri Kembangan. FREE je and you all wajib bawak muka๐Ÿ˜‚. Semua barang lain kita yang sediakan. Boleh ajak kawan-kawan tapi make sure contact saya dulu to reserve your seat.

Sebenarnya tak boleh move on lagi dari royal wedding depa berdua ni. Meghan was so simple yet so pretty. Jadi siapa yang nak feeling2 macam Kate & Meghan, bolehlah datang guest event kami time Hari Wesak nanti. Mana tau dah pandai mekap nanti tiba-tiba tersangkut anak raja๐Ÿ˜‚.


To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Sunday, 22 April 2018

Personal Advanced Makeup Class

Assalamualaikum & morning!

Saya masih tak boleh move on dengan kelas mekap semalam. Personal Advanced Makeup Class atau nama singkatannya PAMU merupakan hadiah dari Directors kepada beauty consultants yang bergelar Star Consultant. Alhamdulillah saya dapat achieve Ladder of Success Quarter 3 dan ini first time saya join PAMU sebab tahun epas tak dapat pergi masalah accomodation. Kalau dulu saya cuma boleh layan makeup tutorial dekat youtube je Alhamdulillah kali ni saya dapat belajar secara live dan terus praktikkan sekali.



Exclusive for Ladder of Success Quarter 3 achievers

Antara mentor yang terdiri daripada Director


Belanja muka hauk dulu hehehe

Sebahagian kecil dari barang makeup beauty consultant, sebahagian kecil je tau


Let's begin the class now! Buat kening dulu~

Nahh kening I yang selebat tu pun berjaya diuruskan dengan teknik yang betul

Lepas tu kita beralih kepada mata pulak. Guna 5 eye colour semuanya tapi time ni baru letak 4 colour


Lepas settle mata, kami beralih kepada base, shading, highlighting, baking & lipstick tapi lupa pulak snap gambar sebab excited sangat huhu. Jadi saya listkan apa yang kami pakai lepas settle mata & kening;

1. Foundation primer
2. CC cream
3. Liquid foundation
4. Eye corrector untuk hilangkan sembap & lebam mata
5. CC cream code 'Deep' untuk shading (darkest shade)
6. Perfecting concealer guna lighter shade untuk highlight
7. Translucent powder untuk baking - for 3D effect
8. Mineral powder mengikut colour kulit masing-masing untuk blending
9. Lipliner, lipstick nude colour & red clour - for ombre look
10. Skindinavian Finishing Spray untuk mekap lebih glowing & tahan lama and nampak sebati




Step by step~





Rasanya inilah class yang pelajarnya sangat tekun and pay attention



Model a.k.a Sales Director Bella yang baru berusia 24 tahun, debut sebagai sales director ketika berusia 23 tahun dan sedang berjuang dengan final year di universiti. I is jelous sangat dengan dia~





.

.

Hasilnyaa lepas complete makeup?

Tadaaaaa.....


.


.


.



Nah sebesar alam saya bagi gambar tau almaklumlah tak pernah merasa jadi princess


Ni gambar bukak mulut pulak hehe. Suka sangat lipstick ombre style ni mula2 sapukan coral lipliner dekat bingkai bibir and dekat bahagian bibir yang gelap sebelum sapu coat dengan Semi Shine Lipstick in Rosewood. Then kat tengah2 bibir saya sapu semi shine lipstick jugak code Red Smolder untuk ombre look.


Sangatlah in love dengan mata ni, hasil dari campuran 5 eyeshadow. Mata raya mungkin.

Dah siap haruslah selfie kan ecspecially bila ada ring light

With my executive director fuhh tak pernah rasa secure bergambar dengan dia tau

Bergambar dengan barisan mentor & peserta. See you again in the next PAMU Inshaallah~


Begitu banyak perubahan positif yang saya dapat dengan Mary Kay. Dulu saya buat-buat tak minat mekap sebab rasa ngeri nak beli banyak-banyak mekap lepas tu bila fikir balik, nanti dah habis duit spend untuk makeup, nanti pakai hudoh jugak sebab tak tau teknik yang betul, Siapa sangka saya akan memiliki full range of makeup and paling best dapat makeup skill percuma lagi. Paling terkejut bila baru-baru ni ada yang mintak mekap untuk majlis kahwin bulan 12 nanti huhuhu I'm excited plus nervous. Yang penting saya akan arrange trial session dengn dia nanti.

So ada sesiapa tak yang suka dapat full range of makeup sekali dengan makeup skill macam kami? Atau anda berminat nak belajar makeup look glitter macam saya hari ni secara percuma? Boleh contact saya okay and I'll always be ready to serve!

To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc