Showing posts with label tips menjemput rezeki. Show all posts
Showing posts with label tips menjemput rezeki. Show all posts

Saturday, 5 June 2021

Dahsyatnya Solat Awal Waktu

Hai & salam semua,

Few months ago, saya cuba latih diri untuk solat awal waktu. And mashaallah betul lah orang kata dahsyat betul effect bila jaga waktu solat - time tu rezeki sangat menderu-deru dan sangat smooth. Saya tak ingat sangat semua benda yang jadi sebab dah almost setahun, tapi saya ingat bulan tu ada dapat kelas mekap dgn ramai guests so dalam sehari banyak ratus saya dapat. And bulan tu jugak saya dpt jual set Youthfinity - set yg paling mahal dlm mary kay yg mana serum saja mencecah Rm599 sebab tu saya tak sangka dapat jual set Alhamdulillah~

Tapi biasalah manusia mudah lupa, mudah alpa. Sejak bulan lepas saya rasa jauh dengan Tuhan, nak beribadat sangat liat. Solat wajib pun sometimes betul-betul hujung😢

So saya decide nak berubah, and start dgn jaga basic semula (solat on time). Mashaallah Allah bg on the spot, hari closing tu berpusu-pusu bc mintak tolong submit order & commission saya dpt untuk bulan tu almost 4 kali ganda dari amount yg saya expect akan dpt Allahu😭

And dlm 2,3 hari lepas yg dah lama berhutang dgn saya dah bayar balik. And production pun dah nampak laju walaupun baru 3hb. Syukur Alhamdulillah~ magic solat awal waktu ni memang dahsyat, jom kita sama-sama improve solat kita💓

Friday, 3 November 2017

Amalan Pembuka Rezeki

Assalamualaikum readers!

Izinkan saya berkongsi amalan-amalan mudah untuk menjemput rezeki. Saja rasa nak share di hari Jumaat yang mulia ni.

1. Baca ayat seribu dinar. Baca dalam 7x lepas Subuh.

2. Doakan keampunan untuk para nabi & rasul, alim ulama, ibu bapa, diri sendiri, adik-beradik, sedara mara & seluruh umat Islam setiap kali lepas solat 5 waktu. 

3. Sedekahkan al-Fatihah untuk diri sendiri, ibu bapa, pasangan & ibu bapa mertua walaupun belum berkahwin. Baca lepas solat 5 waktu. Yang ni saya amalkan dan memang rasa banyak improvement dalam hubungan sesama manusia.

4. Istighfar. Asal teringat je istighfar. Kawan saya pernah cakap maybe sebab dosa2 kita doa kita kena block. And maybe sebab dosa kita jugak,  jodoh tak terbuka hati nak approach.

5. Sedekah. Tak semestinya sedekah dgn duit je. Even senyum pun dah kira sedekah. Tolong orang benda kecik pun contoh tolong angkat barang ke, dah dpt pahala.

6. Subhanallah (33x), Alhamdulillah (33x),  Allahuakbar (33x). Nampak mcm banyak but trust me, bila baca satu2 kejap je dah habis.

7. Perbetulkan niat. Niat nak tolong orang. Saya diajar supaya jgn meletakkan niat sale sebaliknya niat nak share benda best. Setiap skincare class,  saya niat nak buat orang happy. Nak bagi ibu2 kepenatan release tension.  Nak bagi "me time". Nak tolong orang yg ada masalah kulit. Nak tolong orang yg ada masalah kewangan. Keikhlasan tu biar Allah yang nilai,  janji kita cuba.

8. Support bisnes member. Kalau kawan-kawan berniaga, belilah dengan niat nak bantu dia. Lepastu share lah dengan kawan-kawan lain, boleh tag kawan you all tu dekat insta or fb. Jangan mintak diskaun sebab kita tak tahu berapa banyak dia dah invest untuk bisnes. Kalau dia bagi tu senanglah. Mudahkan rezeki orang lain, Inshaallah mudahlah rezeki kita.