Sunday, 28 April 2019

Grooming & Makeup Lesson UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum & good morning!

Alhamdulillah sesi Grooming & Makeup Lesson dengan pelajar jurusan Optometrist berjalan lancar. Seronok bila mengajar adik-adik students ni, rasa kita pun muda jugak hahaha. FYI selain buat skincare & basic makeup class secara percuma, yang terbaru kami ada jugak offer untuk mengajar pasal grooming. Semua ni asbabnya dari syarikat-syarikat swasta yang banyak mintak kami masukkan sekali pasal Keterampilan Imej selain daripada penjagaan kulit & solekan asas. And of course, kami pun attend training pasal grooming sebelum bagi training dekat orang lain. Back to the story, jom kita tengok gambar sambul membaca cerita :D

Sesi Grooming Lesson dimulakan oleh saya

                                                                          Actually ini merupakan first time saya mengajar pasal Grooming. Sebelum ni saya banyak conduct Skincare & Makeup Class je, mula-mula terima tugasan ni dari Senior saya, rasa ragu-ragu jugak dengan diri tapi bila dah buat tu rasa excited sangat. Bila dngn students ni saya seronok share pengalaman saya maza zaman "try hard" and suka nak follow blogger-blogger famous punya style. Semoga jangan diikuti perangai kakak ni ya hahaha.


Masih lagi sesi Grooming, tapi dah diambil alih oleh senior saya

Ready for makeup class, meja still kemas lagi time ni hihi

Bersihkan wajah dengan Freshen Botanical Effects dulu

Makeup demonstration by SSD Nadia

Start pakai prep skin & pakai primer dulu

Dah start dah mencalit-calit

Muka tak puas hati dengan mamarazzi hahaha

After habis class, model bergambar dengan cikgu. Kita ajar teknik makeup simple nak pergi kerja, nak pergi interview, etc. Tak perlu makeup lima inci pun untuk nampak pleasant.


With my adik-adik yang jadi guest hari tu💗

Barisan tenaga pengajar😄

Selain wajah kita, penampilan jugak memainkan peranan yang amat sangat penting. Yang we all mengajar hari tu lebih pada preparation untuk attend interview & untuk bekerja nanti. Lepas habis je beauty class kami pi try kepala lebu singgang dekat area Puncak Alam jugak.
Jemput tengok hehe. Tomyam kelapa mengancam!

Gaya macam sepuluh orang punya makan. Yang tudung hitam tu owner dia merangkap beauty consultant unit kami jugak. Dia belanja makan hari tu Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki Kak Sal.

Ampunkan muka saya yang bareface tu lepas solat malas nak touch up dah huhuhu


Highly reccomended! Siapa yang duduk area Puncak Alam tu tolonglah singgah, Tom Yam memang kaww! Saya ni memang letak high benchmark when it comes to Tomyam yelah sebab dulu belajar dekat Perlis kan. Jadi kalau saya kata sedap sila percaya haha. And udang dia memang nampak and rasa fresh, sebab kebetulan kedai makan Kak Sal ni terletak bersebelahan kolam udang. Fuhh memang fresh lah kan. Takde dalam gambar tapi tak lama lepas tu owner pesan Kepala Lembu Singgang pulak. Saya ni jenis tak makan masakan singgang tapi lepas try tu perghh, terbaikk wa cakap sama lu. Cukup rasa, balanced, pedas, masam manis semua bersatu. You all try jelah sendiri and rasakan nikmatnya.

Akhirnya kami semua senak perut nak jalan sebab makan banyak sangat. Nasib bukan saya yang drive hari tu. Alhamdulillah dipermudahkan kami buat grooming class & makan besar hari tu. Sangat suka sisterhood dalam Mary Kay. Jauh pulak terlanjur bercerita pasal makanan kan. Jadi kalau nak makan sedap boleh singgah kedai Kak Sal. Kalau nak kelas grooming percuma boleh cari saya😃.

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra

Mary Kay Career Conference 2019

Assalamualaikum & good morning!

Masih terasa lagi bahang Career Conference Malaysia & Singapore 2019. Meluap-luap rasa semangat tu tau. Apa itu Career Conference? Kalau translate jadi Persidangan Kerjaya, actually adalah satu event yang mengumpulkan seluruh beauty consultants di seluruh Malaysia & Singapore. Ada education session, recognition, ada introduce product baru & macam-macam lagi. Event ni setahun sekali je & merupakan event kedua terbesar selepas Mary Kay Seminar. Sebenarnya Career Conference kali ni agak special sebab saya dapat recognition naik stage sebanyak dua kali. Merasa jugaklah sebab dua CC terdahulu saya cuma tepuk tangan tengok orang naik stage. How time flies~

Education session~

Sharing from achiever, inspired sangat tau and automatically jadi malu dengan diri sendiri yang keep on bagi alasan

GB Clans~

Future Sales Director Recognition, Alhamdulillah berjaya jugak. Satu lagi pulak saya naik stage as Red Jacket On Track Graduates.

Backstage with my Director

Amy yang dekat sebelah kiri saya tu dari Terengganu tau, time CC nilah peluang untuk jumpa sisters yang jauh-jauh

Shuhaida Sarif National Area - we are one big family

Masa nak pergi Career Conference ni saya bangun pukul 3 pagi lebih. Rasa rabak jugak mata tapi tetap excited. Gelap-gelap Subuh pergi tunggu kawan dekat McD, Alhamdulillah selamat pergi & balik. Yang penting misi saya untuk dapatkan aura & ilmu sebanyak mungkin dah tercapai. And ada some yang memang saya dah praktikkan pun dalam bisnes. Sebab tu walaupun tak wajib, tapi bagi saya sangat penting untuk attend event-event macam ni. Kita nak sentiasa top up semangat tu from time to time. Bila kenang vbalik pengalaman attend Career Conference yang pertama dua tahun lepas, tak sangka saya dah berkembang ke tahap ni. Syukur Alhamdulillah walaupun tak hebat mana, tapi still progress yang saya tak sangka. Kalau you all berminat untuk buat bisnes dengan company yang mementingkan ongoing education & personal growth, Mary Kay is the one that I would reccomend to you :). Boleh contact saya kalau nak tau lebih lanjut pasal kerjaya Mary Kay.


MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra

Thursday, 25 April 2019

Mary Kay Perfume Eau So Cute

Assalamualaikum & morning! 

Sebelum saya teruskan, saya nak mukadimah sikit pasal diri saya. Saya ni jenisnya tak berminat dengan benda cute cute, mungkin sebab sejenis yang straight forward. Tapi bila keluar perfume baru dari Mary Kay ni, Allahuu tersentuh naluri kewanitaan saya. Nama perfume baru Eau So Cute, hamboii nama pun bukan main kan. 

Pckaging A++ saya bagi! Ya Allah comel sangat tak boleh move on tau~

Bau dia pun sweet macam packaging jugak😍

Macam mana bau Eau So Cute ni?😋 

Bau manis, macam bau candy, ada jugak macam bubblegum. Antara bahan-bahan dia is buah pear, bunga sweet almond, bau limau nipis & bau bunga Neroli. Ada jugak bau marshmallow, kulit kayu manis & kulit kayu manis yang berasal dari Africa nuhhh. Boleh bayangkan tak?? Senang cerita imagine macam bau candy, kalau moody terus berubah ceria bila spray tau. I likeee & I approve! 

Lepas tu boleh add on bag cute ni dengan harga tak sampai 20 hengget pun, adudu penjimatan apakah yinniii~


Sama tapi tak serupa hehe. Actually bag ni agak besar jugak, muatlah kalau nak letak buku, file, barang mekap etc. And material tak berat tapi tahan lasak. Perfume cute, bau comel & dapat bag comel jugak. Siapa suka??

Kalau anda nak jadi sebahagian dari kecomelan ini, bolehlah click whatsapp link di bawah. Sepatutnya keluar bulan depan, tapi beauty consultant yang join Career Conference dapat privilege untuk order awal. And Eau So Cute ni limited edition tau. Diulang, LIMITED EDITION. Macam uolls jugak😝 Jom bersweet2 dengan  Eau So Cute😗


Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Monday, 22 April 2019

New Product - Mary Kay Youthfinity Serum

Assalamualaikum & morning!!!

Fuhh baru ada masa nak update blog ni maklumlah tengah busy dengan persiapan untuk menjadi Sales Director. Doakan ya :) Bulan ni lagi sekali Mary Kay buat perangai, dia pi keluarkan serum berhantu yang betul-betul berhantu, like seriously tak sangka boleh keluar serum yang sampai lagu ni.


Tengok packaging pun nampak betapa exclusivenya serum ni. Memperkenalkan...brand new Mary Kay Youthfinity Serum!😍😍

Jadi kenapa serum ni berhantu?? Jom kita check ingredients dia, baru boleh nampak.



Power tak power Youthfinity ni dia siap guna Alpen Rose tau. Bukan rose biasa tapi Alpen Rose ni hidup di banjaran Alps and sangat tahan lasak. Alpen Rose  boleh tahan apa  saja kerosakan macam angin kencang, panas terik, salji, hujan, pencemaran udara etc. Sebab tu Alpen Rose mampu hidup sehingga 100 tahun lamanya😱😱. And Mary Kay spend masa selama 9 tahun untuk come out with this serum tau huhuhu kalau ada anak baby dia dh pi sekolah dah selepas 9 tahun kan.

Antara ingredients lain dalam Youhfinity~

Jadi apa sebenarnya function Youthfinity ni??

Macam namanya jugak, Youth-finity serum ni untuk kemudaan. Tapi bukan setakat tegang, anjal, bebas kedut & garis halus je tau. Serum ni jugak buat kulit smooth, cerah, lembap and jadi effect glass skin! Jangan terkejut bila pakai Youthfinity ni nampak macam bersalin kulit. 


Ni testimoni dari Director saya, saya masih tak cukup umur lagi nak pakai serum ni hukss. Dia kata kalau dah umur 25 tahun ke atas, walaupun skin kita cantik & tegang tapi takkan sama firm dia macam kita umur 18 tahun dulu. But surprisingly rupanya kita boleh dapat balik kulit umur 18 tahun. Dia punya toink toink lain macam. Kalau you all ada smile lines, tempat tu yang akan nampak perubahan ketara. 


Kalau rasa macam termimpi-mimpi pasal Youthfinity ni, haa maksudnya kena try lah tu. Dia banyak sangat function so untuk yang malas pakai banyak-banyak serum, this is the one for you. You all boleh contact saya untuk consultation & scan kulit percuma.


Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra

Thursday, 11 April 2019

Phone Number Bertukar

Assalamualaikum & morning!

Maaf ya kalau ada yang whatsapp saya tak dapat, saya dah tukar no telefon ke 
018-3719495. 

Ataupun you all boleh click ke link ni terus http://www.wasap.my/60183719495 . 

Sorry for inconvenience.

Saturday, 30 March 2019

Kelas Makeup Bangi

Assalamualaikum & morning!!

Dah lama sebenarnya nak share pasal makeup class yang rare ni, tapi baru ada kesempatan masa. Saya dapat whatsapp dari sorang sister ni, bagitau nak belajar mekap dekat Bangi. Saya pun on je, sebab tak lah jauh sangat Bangi ni dengan rumah saya. Excited pun ya, sebab seronok bila dapat mengajar mekap Game Centre, masa tu saya dah rasa tak sedap hati, apehal nak belajar mekap dekat tempat orang main game. And lagi satu, takut kita pulak yang kena game huhuhu. Manalah tahu yang mesej saya tu sebenarnya lelaki tapi menyamar jadi perempuan kan. 

Maybe dia dapat sense perasaan saya tu, so lepas saya whatsapp confirmkan tempat tu, dia mai jemput saya dekat bawah. Rupa-rupanya memang betul buat dekat Game Centre tu. Akak-akak yang belajar mekap dengan saya tu sebenarnya isteri-isteri kepada owner-owner tempat tu. Family business la kiranya. And bila saya masuk bahagian belakang kedai untuk mengajar mekap, ada nak-anak depa sekali. And tanpa buang masa, saya pun terus proceed mengajar mekap, jom kita tengok hasil dia😁.

Syu, dia amazed bila reti buat kening hehe

Aznie, suka tengok mata dia & ombre lips yang dia buat. Aznie ni asal Sabah so macam biasa bila orang Sabah speaking kita pun akan terikut speaking Sabah jugak haha

Yana, nampak macam orang lain kan😱. Pipi dia nampak macam baru lepas cuck botox padahal cuma guna teknik contour & blusher je

Nak jugak belanja gambar cikgu kan hehehe. Thanks for having me today~

Makeup 100% guna produk Mary Kay. Yelah kita nak bagi orang rasa kan. Selalu lepas class saya akan suruh guests pergi jalan-jalan tengah panas sebab nak tengok mekap tu tahan ke tak. Sadis tak? Hahaha. Untuk yang berminat belajar mekap dengan saya, boleh whatsapp je terus. Saya tak ambik ramai-ramai maximum tiga orang guest je per session. And saya faham untuk yang ada masalah transport or ibu-ibu yang tak boleh tinggal anak, Inshaallah selagi dalam jajahan takluk Selangor, Negeri Sembilan & KL saya boleh mai tempat anda. Click je link whatsappp tu~


Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra



Mary Kay Mint Bliss Energizing Lotion

Assalamualaikum & good morning!

Biasa kita mendengar keluhan wanita-wanita yang mengalami masalah lenguh kaki, maklumlah kita ni masing-masing busy. Kalau kerja goyang kaki je memanglah tak sakit kaki. Kalau siapa yang mengandung tu, lagilah sakit kaki. By the way saya nak share satu lotion best untuk segarkan masalah lenguh-lenguh kaki.



Tadaaa~ Inilah dia Mary Kay Mint Bliss Energizing Lotion. Function lebih kurang macam minyak angin, tapi dalam bentuk cream. Kalau you all nak tahu, lotion ni sangat segar tau, yelah sebab ada ingredient pudina, kaki yang penat terus rasa "terbangun" dan refreshed. Sengal-sengal & lenguh-lenguh pun rasa lega. Pengalaman saya pakai Mint Bliss ni, lotion jenis yang cepat meresap and tak melekit. 

Selain daripada menyegarkan kaki, Mint Bliss juga ada function lain termasuklah melembapkan kaki & melembutkan kulit. Takdelah kulit kaki tu kering je kan. Paling best mengenai Mint Bliss ni, you all tak payah risau husband and orang sekeliling complaint bau mencucuk sebab bau lotion ni bau pudina yang soft, rasa tenang je. 


Sayangi kakimu~ jom belai dengan Mint Bliss Lotion ni setiap hari

Nak buat hadiah pun sesuai kan, dahlah harga sangat-sangat mampu milik

Bayangka...aroma pudina yang menyegarkan kakimu~

Ada feeling-feeling macam dekat spa tak? Kaki kita ni penat bekerja setiap hari, so tak salah manjakan kaki dengan Mint Bliss Lotion ni. Kita sendiri pun makin produktif bila kaki tak lenguh-lenguh. Harga satu tube ni sangat amat mampu milik, a very good investment for your feet. If nak try boleh whatsapp saya tau, jangan segan silu :D


Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.