Wednesday, 15 November 2023

Brand New Mary Kay Timewise Miracle Review

Hai & salam semua~

Alhamdulillah keluar produk baru lagi, namanya Timewise Miracle. Sebenarnya takdelah baru sangat pun set ni cuma upgrade dari Timewsie 3D yang lepas, tapi of course dengan formula yang lagi power!

Sebelum kita sembang lebih, jom tengok apa function Timewise Miracle ni;

  • sesuai utk umur 20 tahun ke atas
  • muka ketara jadi lifted up, cerah & anjal
  • bantu pudarkan jeragat
  • bantu pudarkan parut & cela
  • kesan seawal dua minggu!

Yesss, apa yang best dengan Timewise Miracle ni sebab kesan dia cepat, dalam dua minggu dah nampak! Tengoklah ingredients apa yang dia guna, yang advanced-advanced belaka patutlah kesan cepat. 



Timewise Miracle juga guna formula ABC - Antioxidant, Brightening & Collagen.
Sebab tu effect cerah and tegang nampak ketara sangat😱

Now jom kita tengok item apa yang ada pulak😍

4 in 1 Cleanser - mencuci, menyegar, exfoliate & mencerahkan. Ada dua formula - untuk kulit berminyak and kulit kering.

Night Recovery - biji-biji dalam tu bukan hiasan tau, tapi Fresh Vitamin yang cuma pecah bila kita apply dekat kulit. Patutlah result cepat pakai vitamin fresh rupanya😁

Day defense - ada spf 30 untuk protect kulit, bantu kurangkan garis halus and sekatakan tona kulit.

Eye Cream - bantu lembapkan area mata selama 12 jam! Selain merawat, eye cream ni juga tolong prevent masalah dark circle, eye bags & mata berkedut.

Moisturizer yang kaya dengan antioxidant and sangat membantu untuk tegangkan kulit, hilangkan kedutan and garis halus. And bantu reenergize kulit or dalam bahasa mudahnya menaikkan seri kulit. Ada formula untuk kulit kering and kulit berminyak😊

Timewise Miracle ni tak sesuai untuk kulit sensitif tau, and tak sesuai juga untuk bekas pengguna produk high chemical. Make sure you all dapatkan consultation dari beauty consultant untuk tahu produk apa yang sesuai dengan kulit you all. Kalau belum ada beauty consultant, haa meh contact saya😍 Inshaallah kita guide sampai cantik💗

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Bangi, Mantin, Lenggeng, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.





Monday, 23 October 2023

Tips Penjagaan Kulit Wanita Berniqab

Hai Assalamualaikum semua! Topik hari ni lain sikit, alkisahnya saya dapat pertanyaan dari kawan, seorang niqabis yang mengadu kulit muka dia ada masalah and Alhamdulillah, asbab dia mentioned pasal ni then saya pun tercetus idea untuk share dengan orang lain juga😍





1. Kerap Basuh Niqab

Sama jugak macam kita punya tudung, baju, inner dan lain-lain takkanlah nak pakai yang sama je kan. walaupun mungkin niqab tu design sama je tapi kena jaga hygiene juga sebab niqab tu akan menyentuh kulit muka. And kalau tak basuh of course dia akan memerangkap bacteria and affect kulit muka kita. Jadi make sure untuk sentiasa ganti ataupun basuh niqab 😊 


2. Guna Primer

walaupun kita bukan jenis bermekap or time dekat rumah, at least kena ada selapis mekap untuk bertindak sebagai barrier antara skincare dan surrounding luar. Kiranya muka kita ada pagar lah😃 and saya akan suggest primer sebab dia takde warna pun and buat kulit lagi halus dan control minyak selama 8 jam! 



3. Pakai Bedak

Bila kita pakai niqab, kulit kita akan bergeser dengan fabrik jadi apply bedak untuk kurangkan geseran and kurangkan impact kepada kulit. Tak kisahlah you all nak guna bedak muka apa pun tapi saya pleaseeee guna makeup jenis non-comodogenic macam Mary kay sebab  dia takkan menyumbat pori and sebabkan masalah kulit lain. You all boleh refer pada packaging produk untuk tahu samada dia non-comodogenic atau tak.


4. Guna Lip Balm

Kalau pakai lipstick atau lip balm yang berwarna, maybe takut akan tertinggal kesan dekat niqab jadi boleh guna lip balm yang colourless. Kita pun tak selesa kalau bibir kering menggelupas kan. Jangan risau, semua bisa diatur😃

Alhamdulillah sampai di sini saja tips skincare untuk wanita berniqab, memang tak banyak pun sebab in general sama je semua skincare tips, berniqab atau tidak. Harap posting ni daat sedikit sebanyak membantu para niqabis dekat luar sana, and semoga istiqamah okayy!😍

Nak cantik jangan lupa cari saya, click je link dekat bawah~

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.
















Wednesday, 24 May 2023

Cara Kurangkan Cost Bisnes

Hai & salam semua😃

Hari ni saya nak share kan pasal benda kecik yang boleh jadi besar kalau kita tak manage dengan betul. Jadi kalau you all business owners and selalu tertanya-tanya mana pergi duit sales,,, jom baca ni~


1. Cost Packaging



Memang seronok tengok video “Pack My Order” and kita sebagai peniaga pun mestilah rasa nak bagi yang terbaik untuk customer kita. Tak salah bagi packaging cantik untuk customers tapi tengok cost jugak. Saya pernah baca komen yang agak pedih tapi benar - “packaging cantik-cantik pun nanti masuk tong sampah jugak”. Memang ada customers suka simpan paper bag or kotak yang cantik-cantik, tapi mostly buang. 


So untuk packaging saya suggest untuk recycle ataupun DIY ataupun beli yang murah-murah saja. Tingkatkan marketing dan sales dulu baru boleh improve packaging😊


2. Cost Minyak Ke Pejabat Pos



Haa ini yang paling seller tak nampak selalunya, sebab customer yang bayar postage kan. Tapi kita pergi balik ke pejabat pos pun pakai minyak bukan pakai air🤭 jadi kena ambik kira kalau setakat pos satu barang berbaloi ke dengan duit minyak pergi balik tu. Especially kalau profit margin you sikit.


You all boleh allocate hari-hari tertentu je untuk buat postage, tak semestinya hari-hari. Ataupun boleh drop off kalau tengah alang-alang keluar rumah. Ataupun boleh mintak courier datang pick up parcel dekat rumah.


Sekian saja sharing saya hari ni, semoga bermafaat untuk saya sendiri and peniaga-peniaga lain😊 untuk you all yang berminat nak join Pink Business boleh click link dekat bawah okayy~


https://linktr.ee/dylladnan

Friday, 5 May 2023

Cara Order Mary Kay Online


Hai & salam semua🙋🏻‍♀️

Rupanya ada sebahagian yang prefer untuk order sendiri Mary Kay order mary kay tanpa perlu contact beauty consultants?🤔


Yess bisa aja! Now mary kay dah keluar kan apps Beauty ePass yg membolehkan customer terus order barang walaupun pukul 3 pagi😍

Apps baru ni ala2 macam kita membeli dekat Shopee, and paling best byk benefits kalau you all shopping dekat Beauty ePass🤩

  • free postage utk order Rm200 ke atas
  • beli Rm250 dan ke atas - free Satin Hand Soap
  • lebih banyak pilihan payment method
  • boleh order bila-bila masa
  • boleh check sendiri status barang yg diorder

So you all boleh je click link dekat bawah untuk access Beauty Epass website😊👇🏻


https://mkap.cc/Mvu6Zv?openExternalBrowser=1


Kalau tak tahu nak pilih produk apa, tak tahu jenis kulit sendiri jangan risau, boleh contact saya dulu untuk check produk mana yang sesuai dengan you all😃 click je https://linktr.ee/dylladnan

Thursday, 20 April 2023

Cara Hilangkan Jeragat - Mary Kay Booster Niacinamide Review

Hai & salam semua😃


Di saat saya menulis posting ni, kita ada dalam sehari dua lagi je nak raya. Mashaallah cepat betul masa berlalu~ Alhamdulillah raya keberapa jugak saya berkerjaya sebagai beauty consultant.

Kali ni saya nak cerita pasal booster terbaru yang baru masuk Malaysia - booster Ferulic + Niacinamide Brightener! Booster ni khas untuk masalah JERAGAT, PARUT JERAWAT, KULIT KUSAM / SUNBURN etc.


Jom kita tengok main ingredients dalam booster Niacinamide yang awesome ni;


1. Ferulic Acid


  • high antioxidants ingredients
  • protect kulit dari persekitaran (cuaca / suhu / humidity / lack of hydration) yang jadi punca kepada hyperpigmentation


2. Niacinamide 

  • mostly ada dalam produk mencerah
  • superpower ingredient untuk mencerah dan memudarkan pigmentation

Niacinamide + Ferulic Acid = KEBABOM!


Dalam dua minggu dah nampak kesan tau😱 sebab tu booster jadi dilla punya hot selling jugak sebab harga dia mampu milik and kesan dia pun cepat~


Last but not least, booster Niacinamide juga mengandungi Navy Bean Extract👇🏻👇🏻


Navy bean extract ni membantu untuk mencerah, target dark spot, jeragat dan tolong improve tona kulit kita secara general.


Yang saya share ni cuma main ingredients tau, ingredients lain pun hebat jugak and bagi you all dapat skin yang meletops! 


Jom tengok testimoni dari MK sisters pulak;



Kalau nak cepat cantik memang kena pakai booster tau and of course kena contact saya😄 click link dekat bawah untuk saya bantu kulit you all~

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.




Monday, 27 March 2023

Gaji Bisnes Sama Dengan Gaji Kerja

Hai & salam semua! Alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan Ramadhan yang mulia, dan kali ini saya nak share kan tips khas buat business owners, CARA DAPATKAN GAJI BISNES MACAM GAJI BEKERJA.

Ada yang berhenti kerja untuk focus bisnes, and end up tak nampak hasil pun bila buat bisnes. Haa yang ni sebenarnya sangat biasa, sebenarnya cabaran bila buat bisnes sendiri bila kita nak disiplinkan diri. And sometimes kita blur jugak macam mana nak buat. Haa jom tengok gambar-gambar dekat bawah okayy~







Alhamdulillah sekian saja sharing saya untuk hari ni. Hopefully bermanfaat untuk rakan-rakan bisnes yang lain. Kalau you all nak join bisnes Mary Kay, jangan segan silu contact saya tau😃

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini



 

Thursday, 23 February 2023

Tips Murah Rezeki - Part 2

Hai & salam semua!😃

Seperti dijanjikan ni part 2 untuk Tips Menjemput Rezeki dari dalil yang sahih. Selamat membaca and jangan lupa praktikkan~😊

1. Memohon Keampunan

Nuh berkata kepada kaumnya:

“Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat. Dia berikan harta dan anak-anak yang banyak, diadakan kebun-kebun serta sungai-sungai untukmu”. 

*Quran 71:10-12

2. Bersedekah 

Allah berfirman dalam Hadith Qudsi:

“Berinfaklah wahai anak Adam, nescaya Aku akan memberi infak kepadamu”.” 

Rasulullah ﷺ juga bersabda, “Bersedekah tidak mengurangkan hartamu.”💲 

*Bukhari,Sahih Muslim 2588

3. Bertaqwa kepada Allah 

".. sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang berserah diri, maka Allah cukuplah baginya.."

*Quran 65:2-3

4. Membaca Quran

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya, rumah di mana Al-Quran dibacakan - kebaikan bertambah… 

Dan dalam tafsir lain, segala sesuatu dipermudah bagi keluarganya. "

*Tafsir Ibn Kathir

5. Meminta hanya kepada Allah

"Katakanlah, Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada sesiapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dan apa saja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik" 

*Quran 34:39

Semoga bermanfaat! Semua ni saya dapat dari Muslimah Ala Sunnah group.   Kalau tak mampu buat semua buat sikit dulu pun takpe, Allah nampak effort kita😊

Nak join Pink Business dengan Dilla boleh click link dekat bawah okayy~❤️


Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini