Showing posts with label cara hilangkan jeragat. Show all posts
Showing posts with label cara hilangkan jeragat. Show all posts

Thursday, 20 April 2023

Cara Hilangkan Jeragat - Mary Kay Booster Niacinamide Review

Hai & salam semua😃


Di saat saya menulis posting ni, kita ada dalam sehari dua lagi je nak raya. Mashaallah cepat betul masa berlalu~ Alhamdulillah raya keberapa jugak saya berkerjaya sebagai beauty consultant.

Kali ni saya nak cerita pasal booster terbaru yang baru masuk Malaysia - booster Ferulic + Niacinamide Brightener! Booster ni khas untuk masalah JERAGAT, PARUT JERAWAT, KULIT KUSAM / SUNBURN etc.


Jom kita tengok main ingredients dalam booster Niacinamide yang awesome ni;


1. Ferulic Acid


  • high antioxidants ingredients
  • protect kulit dari persekitaran (cuaca / suhu / humidity / lack of hydration) yang jadi punca kepada hyperpigmentation


2. Niacinamide 

  • mostly ada dalam produk mencerah
  • superpower ingredient untuk mencerah dan memudarkan pigmentation

Niacinamide + Ferulic Acid = KEBABOM!


Dalam dua minggu dah nampak kesan tau😱 sebab tu booster jadi dilla punya hot selling jugak sebab harga dia mampu milik and kesan dia pun cepat~


Last but not least, booster Niacinamide juga mengandungi Navy Bean Extract👇🏻👇🏻


Navy bean extract ni membantu untuk mencerah, target dark spot, jeragat dan tolong improve tona kulit kita secara general.


Yang saya share ni cuma main ingredients tau, ingredients lain pun hebat jugak and bagi you all dapat skin yang meletops! 


Jom tengok testimoni dari MK sisters pulak;



Kalau nak cepat cantik memang kena pakai booster tau and of course kena contact saya😄 click link dekat bawah untuk saya bantu kulit you all~

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.




Wednesday, 28 March 2018

Tips Mengatasi Jeragat


Jeragat ooo jeragat...
Kenapa kau perlu wujud...ish tak baik tau persoalkan ketentuan. Tapi memang ramai tak suka jeragat termasuklah saya. 

Kenapa jeragat ni wujud?
  • Hormon (biasanya time pregnant)
  • Pendedahan terhadap matahari tanpa protection
  • Salah guna skincare
  • Genetic
  • Tak jaga kulit dengan betul

Jeragat ni terbentuk bukan 1-2 hari, tapi bertahun lamanya duduk di bawah kulit. Kalau kita abaikan penjagaan kulit di waktu muda, jeragat akan lagi mudah terbentuk.

Jeragat tak boleh hilang sepenuhnya, TAPI boleh dipudarkan sampai almost taknampak atau hampir sama dengan warna kulit.

Sy sharekan beberapa tips penjagaan kulit base on experience saya handle customer2 yang ada maslaah kulit jeragat utk bantu kurangkan and pudarkan jeragat.

1. Pastikan Kulit Tidak Kering


Bila permukaan kulit kering, jeragat sangat mudah merebak😧. Jeragat ni bukan macam duit yang kita suka kalau bertambah, tapi lagi menambahkan stress adalah. So make sure you all tak miss pakai pelembap setiap hari, and pelembap tu mestilah cukup lembap ya untuk jenis kulit you all. Jangan lupa minum air secukupnya.

2. Mesti Guna Sunblock

Haa ni ramai ingat asal kena matahari je hitam, so macam mana yang kulit dia jenis susah sunburn, adakah tak perlu SPF? Semua perlukan spf ya kalau tak kulit you all senang berjeragat bila terkena sinaran mentari. Lagi hardcore you punya aktiviti lagi tingi spf yang diperlukan tapi sebaiknya jangan lebih SPF50. Matahari ni banyak keburukan dekat kulit kita contohnya menggalakkan kedutan & jeragat tapi tak bermaksud kita kena duduk rumah je macam puteri lilin yang lifeless. You all masih  boleh keluar ya sayang-sayang tapi jangan lupa protection.


3. Guna Skincare Yang Khusus Untuk Jeragat



Pilih skincare yang ada brightening function sebab nak pudarkan jeragat di wajah dan sekatakan tona kulit. FYI jeragat tak boleh hilang ya, cuma boleh dipudarkan. Kalau untuk Mary Kay saya akan suggest Melacep set sebab Melacep ni merupakan range dari Korea yang membantu mencerahkan wajah & mengurangkan pigmentation. Ecspecially serum dia, sebab serum dapat tembuh jauh ke dalam kulit sehingga ke lapisan dermis.


Testimoni BC unit area kami yang ada masalah jeragat

4. Elakkan High Chemical Skincare (Mercury / Hydroquinone)


Ermm ni yang paling berkesan nak hilangkan jeragat you all, sekali kikis semua habis. Kenapa skincare macam ni cepat betul nampak flawless ya? Sebabnya dia bersifat menggelupas dan mengikis lapisan epidermis, itu ang boleh putih dalam masa 3 hari, flawless dalam seminggu. Too good to be true! Mula-mula memang lawa, lepas tu kulit anda yang nipis tu jadi makin sensitif cahaya and makin mudah diserang jeragat. Elok-elok nak kurangkan jeragat jadi makin bertambah pulak huhuhu seram.

5. Konsisten Mask & Scrub



Kita kena buat exfoliating sekurang-kurangnya dua kali seminggu sebab nak buat kulit mati yang terhasil setiap hari tanpa MC. Bila kita sental dengan mask atau scrub, dia akan membantu kurangkan jeragat dengan buang kulit mati yang overlap dan renew sel-sel kulit kita. Tapi kalau anda pernah ada sejarah guna high chemical skincare, DILARANG PAKAI SCRUB / MASK sebab kulit you all tengah nipis dan lapisan epidermis tu belum renew lagi. Sila dapatkan nasihat dari beauty consultant anda ataupun dari saya kalau belum ada beauty consultant lagi. 

Jadi itulah sahaja sharing saya tentang jeragat hari ni. Kalau anda perlukan further details tentang permasalahan jeragat, boleh contact saya ya. Jeragat ni berpunca dari nature jugak, tapi kita sendiri boleh mencegah dengan amalan penjagaan kulit yang betul & konsisten. 

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc