Jeragat ooo jeragat...
Kenapa kau perlu wujud...ish tak baik tau persoalkan ketentuan. Tapi memang ramai tak suka jeragat termasuklah saya.
Kenapa jeragat ni wujud?
- Hormon (biasanya time pregnant)
- Pendedahan terhadap matahari tanpa protection
- Salah guna skincare
- Genetic
- Tak jaga kulit dengan betul
Jeragat ni terbentuk bukan 1-2 hari, tapi bertahun lamanya duduk di bawah kulit. Kalau kita abaikan penjagaan kulit di waktu muda, jeragat akan lagi mudah terbentuk.
Jeragat tak boleh hilang sepenuhnya, TAPI boleh dipudarkan sampai almost taknampak atau hampir sama dengan warna kulit.
Sy sharekan beberapa tips penjagaan kulit base on experience saya handle customer2 yang ada maslaah kulit jeragat utk bantu kurangkan and pudarkan jeragat.
1. Pastikan Kulit Tidak Kering
Bila permukaan kulit kering, jeragat sangat mudah merebak😧. Jeragat ni bukan macam duit yang kita suka kalau bertambah, tapi lagi menambahkan stress adalah. So make sure you all tak miss pakai pelembap setiap hari, and pelembap tu mestilah cukup lembap ya untuk jenis kulit you all. Jangan lupa minum air secukupnya.
2. Mesti Guna Sunblock
Haa ni ramai ingat asal kena matahari je hitam, so macam mana yang kulit dia jenis susah sunburn, adakah tak perlu SPF? Semua perlukan spf ya kalau tak kulit you all senang berjeragat bila terkena sinaran mentari. Lagi hardcore you punya aktiviti lagi tingi spf yang diperlukan tapi sebaiknya jangan lebih SPF50. Matahari ni banyak keburukan dekat kulit kita contohnya menggalakkan kedutan & jeragat tapi tak bermaksud kita kena duduk rumah je macam puteri lilin yang lifeless. You all masih boleh keluar ya sayang-sayang tapi jangan lupa protection.
3. Guna Skincare Yang Khusus Untuk Jeragat
Testimoni BC unit area kami yang ada masalah jeragat
4. Elakkan High Chemical Skincare (Mercury / Hydroquinone)
Ermm ni yang paling berkesan nak hilangkan jeragat you all, sekali kikis semua habis. Kenapa skincare macam ni cepat betul nampak flawless ya? Sebabnya dia bersifat menggelupas dan mengikis lapisan epidermis, itu ang boleh putih dalam masa 3 hari, flawless dalam seminggu. Too good to be true! Mula-mula memang lawa, lepas tu kulit anda yang nipis tu jadi makin sensitif cahaya and makin mudah diserang jeragat. Elok-elok nak kurangkan jeragat jadi makin bertambah pulak huhuhu seram.
5. Konsisten Mask & Scrub
Kita kena buat exfoliating sekurang-kurangnya dua kali seminggu sebab nak buat kulit mati yang terhasil setiap hari tanpa MC. Bila kita sental dengan mask atau scrub, dia akan membantu kurangkan jeragat dengan buang kulit mati yang overlap dan renew sel-sel kulit kita. Tapi kalau anda pernah ada sejarah guna high chemical skincare, DILARANG PAKAI SCRUB / MASK sebab kulit you all tengah nipis dan lapisan epidermis tu belum renew lagi. Sila dapatkan nasihat dari beauty consultant anda ataupun dari saya kalau belum ada beauty consultant lagi.
Jadi itulah sahaja sharing saya tentang jeragat hari ni. Kalau anda perlukan further details tentang permasalahan jeragat, boleh contact saya ya. Jeragat ni berpunca dari nature jugak, tapi kita sendiri boleh mencegah dengan amalan penjagaan kulit yang betul & konsisten.
thanks share info ni. #blogwalking here :)
ReplyDelete