Hari ni off topic sikit saya nak cakap pasal kesihatan. Sebab dari kesihatan tu datangnya kecantikan, betul tak?
Bukan senang kan nak kurus, tiga hari je boleh konsisten jaga makan & bersenam lepas tu ke laut. Memang susah nak konsisten kalau you all terus plan extreme workout persis ahli bina badan. Kenalah mula dengan baby step dulu ya so takdelah hangat-hangat tahi ayam je. Hari ni saya share tips-tips kurus yang mudah. Yang penting kita kena tackle psikologi kita dulu.
Potong makanan sekecil mungkin atau koyak menjadi cebisan sebelum makan. Secara psikologinya bila anda makan berulang-ulang benda sama sebab dah potong kecil-kecil, otak anda akan beritahu badan anda "CUKUP".
Gunakan bekas kecil ni lebih kurang sama psikologinya dengan potong makanan kecil-kecil. Bila guna bekas kecil kita kena ceduk nasi contohnya dengan lebih kerap dan makan berulang buat otak kita kata "CUKUP".
Ni pun penting. Kalau anda suka menyinggah ke convenient store ke, pasar malam ke mesti anda banyak "terbeli". Selagi boleh elakkan ke kedai, kalau nak beli prepaid contohnya beli je online. Mungkin anda rasa anda cuma ambil aiskrim seringgit yang innocent tapi anda tahu tak nilai kalori dia dah sama dengan sepinggan nasi.
Haaa yang ni sangat bahaya. Tengok je bila ke bazar masa bulan puasa berapa banyak yang kita beli dan buang. Tak eloknya membazir. Jadi sila membeli sebelum anda rasa lapar dan masih boleh membuat pertimbangan yang waras hehehe.
Tips yang ni boleh relate dengan membeli ketika lapar dan bila kita memang terpaksa ke kedai. Sediakan senarai dan lebih baik letak harga sekali supaya kita insaf awal-awal hahaha. Memang anda rasa boleh tipu diri sendiri tapi percayalah kita akan rasa bersalah nak tipu lebih-lebih tau.
Tips simple je tapi sangat berkesan. Tak perlu minum bergelen-gelen cukup 2 1/2 gelas hingga tiga gelas green tea untuk membakar dalam 100 kalori. Paling best green tea juga membakar lemak di bahagian perut yang you all sibuk nak sorok tu hehehe.
Zero cost dan boleh dibuat di mana-mana. Di tempat kerja boleh naik tangga dari guna lif. Parking kereta di tempat jauh sikit untuk paksa diri berjalan-jalan. Kalau tak ada kerja nak buat waktu petang-petang hujung minggu ajaklah anak-anak ke taman dari asyik online facebook dan menambahkan lemak punggung!
No comments:
Post a Comment