Showing posts with label serum jeragat mary kay. Show all posts
Showing posts with label serum jeragat mary kay. Show all posts

Monday, 8 March 2021

Cara Nak Cepat Cantik

 How did I go from this??


.

.

To this...

.

.





Hai & Assalamualaikum semua😀

Siapa yang follow trend dekat tiktok mesti tahu kan trend tu hehe~
By the way obviously saya bukanlah berubah jadi secantik barbie, tapi banyak jugaklah improvement dari dulu. Actually hari ni saya nak share cara untuk cantik cepat, tapi jangan risau - no plastic surgery involved😁

1. Pastikan Cukup Basic Skincare

                  
Cleanser, mask atau scrub, toner, moisturizer & spf itu benda paling asas dalam penjagaan kulit. Kalau yang basic pun tak cukup aishh susah lah nak cantik😬
 
Recheck balik skincare routine you all, cukup tak semua regimen asas ni tak kisah skincare harga beribu pun kalau tak cukup yg basic pun takkan menjadi.

2. Gunakan Cleansing Brush

                        
Nak cepat cantik, proses pembersihan kena sempurna. Kalau still ada sisa mekap atau kotoran yg terperangkap dalam pori, susah skincare nak tembus masuk ke dlm liang roma and in fact akan menyebabkan jerawat & masalah whiteheads blackheads. Sebab tahu jari kita yang tembam ni tak tercapai nak bersihkan bahagian dlm pori, mary kay keluarkan cleansing brush utk membantu cucian muka 85% lebih bersih dari kita cuci guna jari. Jadi dia akan bantu penyerapan skincare yg seterusnya.

3. Pakai Mask / Scrub Consistently

Kulit kita produce sel kulit mati setiap hari, so kalau tak sental dia akan membentuk satu lapisan dan menghalang skincare dari tembus ke dalam kulit. Aishh sayang je kan bila pakai skincare tapi kena block dgn kulit mati. Exfoliate 2-3 kali seminggu, kalau malas boleh guna scrub😁

4. Pakai Serum

                      
Serum tak termasuk dalam essential skincare, tapi kalau nak cantik or nak cepat cantik kena pakai serum, sebab serum ni dia punya penetration paling jauh ke dalam kulit. Serum boleh tembus sampai ke lapisan dermis while skincare lain cuma sampai ke lapisan epidermis, sebab tu lah kalau you all perasan serum ni paling mahal compare dgn skincare item lain.

5. Gunakan Tools Untuk Membantu Penyerapan Skincare

                                  
Penggunaan tools memang highly recommended utk mencapai result optimum. Mcm dlm mary kay contohnya kita ada few items seperti ion massager, golden beauty bar & Skinvigorate Sonic massager. Kunci dia ialah "penyerapan", kalau skincare kita diserap dgn baik mmg akan cepat berkesan & cantik😍

Haa senang kan nak cantik, kuncinya kena konsisten. Consistency akan buat kulit kita berterima kasih dengan kita dalam tempoh 5, 10, 20 tahun akan datang, jadi rajin-rajinkan diri membelai muka dari sekarang. In fact bukan susah pun, cuma ambik masa few minutes sehari. Kalau ada persoalan mengenai kulit or perlukan skin consuktation, boleh click link dekat bawah okay~

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 


IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.












Wednesday, 28 March 2018

Tips Mengatasi Jeragat


Jeragat ooo jeragat...
Kenapa kau perlu wujud...ish tak baik tau persoalkan ketentuan. Tapi memang ramai tak suka jeragat termasuklah saya. 

Kenapa jeragat ni wujud?
  • Hormon (biasanya time pregnant)
  • Pendedahan terhadap matahari tanpa protection
  • Salah guna skincare
  • Genetic
  • Tak jaga kulit dengan betul

Jeragat ni terbentuk bukan 1-2 hari, tapi bertahun lamanya duduk di bawah kulit. Kalau kita abaikan penjagaan kulit di waktu muda, jeragat akan lagi mudah terbentuk.

Jeragat tak boleh hilang sepenuhnya, TAPI boleh dipudarkan sampai almost taknampak atau hampir sama dengan warna kulit.

Sy sharekan beberapa tips penjagaan kulit base on experience saya handle customer2 yang ada maslaah kulit jeragat utk bantu kurangkan and pudarkan jeragat.

1. Pastikan Kulit Tidak Kering


Bila permukaan kulit kering, jeragat sangat mudah merebak😧. Jeragat ni bukan macam duit yang kita suka kalau bertambah, tapi lagi menambahkan stress adalah. So make sure you all tak miss pakai pelembap setiap hari, and pelembap tu mestilah cukup lembap ya untuk jenis kulit you all. Jangan lupa minum air secukupnya.

2. Mesti Guna Sunblock

Haa ni ramai ingat asal kena matahari je hitam, so macam mana yang kulit dia jenis susah sunburn, adakah tak perlu SPF? Semua perlukan spf ya kalau tak kulit you all senang berjeragat bila terkena sinaran mentari. Lagi hardcore you punya aktiviti lagi tingi spf yang diperlukan tapi sebaiknya jangan lebih SPF50. Matahari ni banyak keburukan dekat kulit kita contohnya menggalakkan kedutan & jeragat tapi tak bermaksud kita kena duduk rumah je macam puteri lilin yang lifeless. You all masih  boleh keluar ya sayang-sayang tapi jangan lupa protection.


3. Guna Skincare Yang Khusus Untuk Jeragat



Pilih skincare yang ada brightening function sebab nak pudarkan jeragat di wajah dan sekatakan tona kulit. FYI jeragat tak boleh hilang ya, cuma boleh dipudarkan. Kalau untuk Mary Kay saya akan suggest Melacep set sebab Melacep ni merupakan range dari Korea yang membantu mencerahkan wajah & mengurangkan pigmentation. Ecspecially serum dia, sebab serum dapat tembuh jauh ke dalam kulit sehingga ke lapisan dermis.


Testimoni BC unit area kami yang ada masalah jeragat

4. Elakkan High Chemical Skincare (Mercury / Hydroquinone)


Ermm ni yang paling berkesan nak hilangkan jeragat you all, sekali kikis semua habis. Kenapa skincare macam ni cepat betul nampak flawless ya? Sebabnya dia bersifat menggelupas dan mengikis lapisan epidermis, itu ang boleh putih dalam masa 3 hari, flawless dalam seminggu. Too good to be true! Mula-mula memang lawa, lepas tu kulit anda yang nipis tu jadi makin sensitif cahaya and makin mudah diserang jeragat. Elok-elok nak kurangkan jeragat jadi makin bertambah pulak huhuhu seram.

5. Konsisten Mask & Scrub



Kita kena buat exfoliating sekurang-kurangnya dua kali seminggu sebab nak buat kulit mati yang terhasil setiap hari tanpa MC. Bila kita sental dengan mask atau scrub, dia akan membantu kurangkan jeragat dengan buang kulit mati yang overlap dan renew sel-sel kulit kita. Tapi kalau anda pernah ada sejarah guna high chemical skincare, DILARANG PAKAI SCRUB / MASK sebab kulit you all tengah nipis dan lapisan epidermis tu belum renew lagi. Sila dapatkan nasihat dari beauty consultant anda ataupun dari saya kalau belum ada beauty consultant lagi. 

Jadi itulah sahaja sharing saya tentang jeragat hari ni. Kalau anda perlukan further details tentang permasalahan jeragat, boleh contact saya ya. Jeragat ni berpunca dari nature jugak, tapi kita sendiri boleh mencegah dengan amalan penjagaan kulit yang betul & konsisten. 

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc