Tuesday, 28 August 2018

Cara Nak Move On


Assalamualaikum & morning!

Hari ni nak share pasal somehing special – macam mana nak move on setelah dikecewakan. Hehehe bukan apa sebab kalau heartbroken ni dibiarkan melarat, tak bergerak kita ni. Jadi hari ni saya nak share tips mudah untuk move on~

1. Menangis Sepuasnya



Tears doesn't simplify weakness. Anda tak lemah kerana menangis. Luahkan, luahkan sampai puas. Jangan tahan-tahan, let it go, let it go~ Eh ternyanyi pulak. Betul lah, sebab menangis pun terapi jugak sebenarnya. Cuma jangan menangis dekat tempat public pulak hehehe. Inshaaallah akan rasa lega lepas tu.

2. Layan Movie Kelakar



Yang ni best, and senang. Bukak youtube pun boleh. Seriously layan movie lucu ni boleh pulihkan mood dalam kadar segera tau. Movie lucu yang saya sarankan? Mestilah Pee Mak - komedi seram dari Thailand. I bet most of you dah pernah tengok hahaha memang tak kering gusi kan. Siapa yang belum tengok sila tengok sekarang! Sedikit tambahan info, ketawa dapat mengurangkan stress, menenangkan minda & otot kita, meningkatkan imun badan woww & mengawal tekanan darah tinggi.

3. Makanan  Manis



Tips ni memang membantu walaupun agak memudaratkan hahaha. Earlier stage maybe kita tak lalu makan lagi, tapi boleh dipraktikkan bila keadaan kita dah bertambah baik. Kajian mengatakan bahawa makanan bergula dapat mengurangkan stress level, tapi tak proven lah. Sikit takpe, just to give you a sense of life gitteww~ Kalau ambil berlebihan nanti berat naik jangan salahkan saya pulak, nak move on punya pasal kan hehehe.


4. Bercakap Dengan Kawan



Pilih sorang atau beberapa kawan yang kita percaya, then share lah apa yang anda lalui dengan dia. Bercakap tu penting, jangan biarkan terbuku di hati nanti lagi parah. If you have a group of suport, lagi bagus. Yang penting, kita pilih kawan yang selesa untuk berkongsi & mendengar. Kalau dapat kawan yang jenis kelakar mcm Johan lagi cepat move on kihkihkih.

5. Dress Up & Make Up

Kenapa kena bergaya? Sebab nak cari pengganti ke? Idokk la ya, tapi sebab bila kita bergaya, akan dapat meningkatkan mood diri kita. Pick your best outfit, tudung yang sesuai and of course, light makeup. Yelah bayangkan kalau diri ni tengah stress, tengok cermin pulak muka Kak Limah huh makin bertambah-tambah stress dia. Tak semestinya beli yang mahal, beli yang ikut kemampuan pun boleh nampak cantik if kena gaya.

6. Ke Luar

Kalau asyik terperuk and melayan perasaan dalam bilik, bilanya nak move on. Sebab tu kena ambik udara luar jugak. Tak kisah you all jenis macam mana, suka naik kereta ke, suka naik basikal ke, suka naik kaki ke but pleaseee, keluar. Go outside. Saya suka bersiar-siar naik kereta tak kisah lah samada saya sendiri yang drive ataupun orang lain drive. Tapi bila sesat tak jumpa jalan tu dah mengundang stress. Berjalan-jalan & menikmati pemandangan luar pun satu terapi untuk kita. Tak semestinya kena pergi pantai, cukuplah sekadar keluar pergi taman permainan kalau anda memang takde masa. 

7. Bersenam


Bersenam tak semestinya pergi gym angkat berat sampai tumbuh 6 packs. Kalau you all  bukan kaki gym macam saya, cukuplah buat yang ringan-ringan macam jogging, kayuh basikal, panjat bukit (eh ringan ke ni). Macam saya, saya suka zumba ataupun aerobic. Bila buat ramai-ramai ni rasa ejap je masa berjalan. Tak kisah you all nak buat apa pun, asalkan buat aktiviti yang mengeluarkan peluh. Bila kita bersenam, badan kita akan mengalirkan hormon adrenalin yang buat kita lebih tenang & rasional. Barulah cepat move on kan hihihi~

Jadi itulah serba sedikit perkongsian saya hari ni. Sebenarnya untuk move on tak semestinya bila break up je, tapi bila kita mengalami kegagalan, bad day, benda dirancang tak jadi, kecewa dgn prestasi dalam pelejaran / pekerjaan, you all boleh apply tips-tips ni untuk rasa lebih positif. Anddd, orang kata save the best for the last kan. Tips yang terakhir ni, hasil dari perkongsian usahawan terkenal, Carl Samsudin, memang sangat memberi kesan pada saya. Nak tahu kenapa? Silakan baca dan hadamkan :).

.


.


.








Picture credit to : Carl Samsudin


No comments:

Post a Comment