"Dilla bolehlah dilla pandai mekap, saya tak pandai mekap macam mana nak menjual.."
Tahukah anda saya mulakan bisnes Mary Kay dlm keadaan tangan menggigil pegang brush. Noob betul pasal mekap dulu cuma kenal bedak, brush, blusher, lipstick. Concealer pun tak pandai nak sebutπ. Kadang2 datang mood nak mekap pergilah Watson / Guardian tp bila pakai jadi lagi bughok sbb apply skill main hentam je.
Dulu saya bodoh sombong, tak nak belajar mekap sebab rasa yg kita ni beauty consultant, bukan makeup artist. Tapi hati saya terjentik nak belajar bila tengok kawan2 sebaya gila layan makeup tutorial, so saya nak belajar supaya dapat cantikkan orang lain. Jadi dari situ saya attend class yang dianjurkan Director, ada basic makeup class, ada advanced makeup. Pergi jelah sebab free kan, sayang woo kalau tak pi. Lepas tu saya practise hari demi hari. Menangis jugaklah nak bagi kening tu jadi. Taktaulah berapa banyak pensel kening jadi korbanπ€£.
Bukan sekelip mata nak bagi tangan ni lembut. Tapi saya untung, sebab dapat belajar mekap secara percuma secara berkala. Bab barang mekap pulak, Alhamdulillah penjimatan sbg beauty consultant tak merabakkan poket saya. Kalau tak takdelah boleh buat muzium mekap, foundation ada 5 shades, cc cream 4 shades, blusher ada 7 jenis, lipstick mmg takyah cerita lahπ. And banyaaakkk lagi.
Dengan skill tak seberapa ni, saya dapat ajar orang makeup. Saya sendiri pun boleh makeover diri sendiri dah tak payah mintak tolong orang lain. And tanpa disangka-sangka, ada jugak yg mintak service makeup dari saya and tiba-tiba ehhh, dapat duit tepi lagi. Saya tak pernah announce diri saya sbg MUA, tak pernah advertise kata saya ada sediakan service mengandam, saya cuma offer utk buat free basic makeup class. Tak sangka ada jugak org sudi nak mintak kita mekapkanπ€. Terkejut lah jugak, sebab saya belajar mekap secara percuma je tiba2 dpt bayaran sebab mekapkan orang.
Suka tak kalau kita dapat belajar mekap for free lepas tu tiba2 ada orang cari kita and nak bayar kita utk mekapkan dia? Nak sembang? π
No comments:
Post a Comment