Showing posts with label cara menjadi beauty consultant. Show all posts
Showing posts with label cara menjadi beauty consultant. Show all posts

Wednesday, 2 January 2019

Pengalaman Mengendalikan Bengkel Kecantikan

"Tak pandailah nak buat skincare class, seganlah, takutlah"

Benda biasa kita dengar. Bila facebook asyik dok throwback gambar lama-lama, saya terlintas nak share pengalaman. Saya dulu pun bermula dgn "tak tahu". Tapi jenis saya jenis tak fikir banyak, redah je. First time buat skincare class (scc), saya buat rumah banjir๐Ÿ˜‚. Ada ke orang lain yg sampai banjirkan rumah? Rasanya level "tak tahu" awak tu tak seteruk saya.

Dah nak masuk setahun berMary Kay baru saya ada chance pergi buat corporate scc & tengok senior saya conduct. Masa tu baru tahu suruh guest cuci muka guna facial cloth, bukan main sembur dgn air pasai tu lah banjir๐Ÿ˜‚.

Banyak pengalaman unik saya buat skincare class. Dari hotel mewah hinggalah ke ladang getah, semuanya memberi kenangan yang tersendiri. Banyak pengalaman dalam Mary Kay yang sangat rare & mahal, mungkin takkan pernah saya rasai jika tak bergelar beauty consultant. Syukur atas kurniaan ini. 

Adik-adik semua, saya bermula dgn "tak tahu" & "tak pandai". Saya dulu tak byk peluang belajar live sbb tuntutan kerja hakiki. Cuma belajar melalui gambar je. Jangan takut buat silap, Allah tu tak tengok berapa perfect kita buat sesuatu perkara, tp DIA tgk pada usaha kita. Saya yg banjirkan rumah ketika first scc dulu, sekarang saya jugak yg conduct berapa byk corporate scc termasuklah dgn international guest. Asalkan you all berani mencuba๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป.


Masa zaman jahiliah buat skincare class, yang gambar belah kanan tu first time join skincare class besar-besaran, tapi saya cuma tolong sikit-sikit & observe Director saya buat. 




                     

Sebahagian grooming class di mana saya berdiri sebagai speaker. Thanks Mary Kay for developing my confidence! Kalau ada yang berminat untuk kami menjalankan grooming class di syarikat anda secara percuma, boleh contact saya untuk saya emailkan proposal. Kalau anda nak belajar grooming secara [ersonal ataupun in small group, pun boleh juga roger je saya. saya excited kalau you all sudi menjadi sebahagian dari pengalaman kami. Kalau anda rasa teringin jadi beauty consultant untuk share ilmu kecantikan & buat bisnes at the same time, pun boleh contact saya jugak. I've had the career of my dream, and I hope that you'll find yours too~

To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Tuesday, 21 August 2018

Beauty Consultant Kena Pandai Mekap?

"Dilla bolehlah dilla pandai mekap, saya tak pandai mekap macam mana nak menjual.."

Tahukah anda saya mulakan bisnes Mary Kay dlm keadaan tangan menggigil pegang brush. Noob betul pasal mekap dulu cuma kenal bedak, brush, blusher, lipstick. Concealer pun tak pandai nak sebut๐Ÿ˜‚. Kadang2 datang mood nak mekap pergilah Watson / Guardian tp bila pakai jadi lagi bughok sbb apply skill main hentam je.

Dulu saya bodoh sombong, tak nak belajar mekap sebab rasa yg kita ni beauty consultant, bukan makeup artist. Tapi hati saya terjentik nak belajar bila tengok kawan2 sebaya gila layan makeup tutorial, so saya nak belajar supaya dapat cantikkan orang lain. Jadi dari situ saya attend class yang dianjurkan Director, ada basic makeup class, ada advanced makeup. Pergi jelah sebab free kan, sayang woo kalau tak pi. Lepas tu saya practise hari demi hari. Menangis jugaklah nak bagi kening tu jadi. Taktaulah berapa banyak pensel kening jadi korban๐Ÿคฃ.

Bukan sekelip mata nak bagi tangan ni lembut. Tapi saya untung, sebab dapat belajar mekap secara percuma secara berkala. Bab barang mekap pulak, Alhamdulillah penjimatan sbg beauty consultant tak merabakkan poket saya. Kalau tak takdelah boleh buat muzium mekap, foundation ada 5 shades, cc cream 4 shades, blusher ada 7 jenis, lipstick mmg takyah cerita lah๐Ÿ˜‚. And banyaaakkk lagi.

Dengan skill tak seberapa ni, saya dapat ajar orang makeup. Saya sendiri pun boleh makeover diri sendiri dah tak payah mintak tolong orang lain. And tanpa disangka-sangka, ada jugak yg mintak service makeup dari saya and tiba-tiba ehhh, dapat duit tepi lagi. Saya tak pernah announce diri saya sbg MUA, tak pernah advertise kata saya ada sediakan service mengandam, saya cuma offer utk buat free basic makeup class. Tak sangka ada jugak org sudi nak mintak kita mekapkan๐Ÿคญ. Terkejut lah jugak, sebab saya belajar mekap secara percuma je tiba2 dpt bayaran sebab mekapkan orang.

Suka tak kalau kita dapat belajar mekap for free lepas tu tiba2 ada orang cari kita and nak bayar kita utk mekapkan dia? Nak sembang? ๐Ÿ˜









To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Sunday, 5 August 2018

How Mary Kay Has Shaped Me

Bagaimana Mary Kay membentuk saya?


1. Trust in God

Bila kita berbisnes, CEO kita direct Allah. Takde bos yang akan appraise kita semuanya bergantung kepada usaha & tawakal. Sebab sedar betapa kita bergantung dengan Allah, saya cuba konsisten buat amalan menjemput rezeki. Baca dua ayat terakhir Al-Baqarah setiap malam, and solat Dhuha yang dulu saya cukup malas nak buat Alhamdulillah dah berterusan. Sorry takde niat saya nak menunjuk, saya cuma nak bagitau betapa saya bersyukur bila kita jadi mendekatkan diri dgn Allah disebabkan berniaga, and you all cubalah konsisten Dhuha, serius rasa impact dia sangat hebat.

2. Go Give Spirit

Memberi tanpa mengharapkan balasan. This is widely practised among Mary Kay sisters. Ada je yang tolong edit gambar utk promosi. Ada je yang bagi pinjam stok, siap ada tolong pos dekat customer. Macam tu jugak masa buat skincare class, kami diajar untuk niatkan sedekah, niatkan sharing benda best & berkongsi ilmu kecantikan.

3. Goal Setting

Yang ni penting. Saya ada share macam mana perangai saya dalam bisnes-bisnes terdahulu, kalau ada, adalah. Kalau takde pun takpe. So hasilnya pun ada-ada je. Sebaliknya bila dalam Mary Kay, banyak reward program untuk mengajar kita set target & focus. First time saya bergelar Star Consultant, dapat swarovski. Then dapat beg, dapat gadget belum masuk hadiah dari Director lagi memang tak terkira. Paling besar dapat cruise trip fully sponsored siap dapat duit belanja lagi. The power of GOAL SETTING๐Ÿ˜.

4. Self Grooming

Awal-awal masuk Mary Kay saya selebet๐Ÿ˜‚. Serius! Tak rasa perlu pun nak bermekap sebab kita kan beauty consultant bukan MUA. Tapi bila attend event Mary Kay memang tak puas hati sebab tengok sisters lain cantik-cantik je. And benda yang paling memaksa saya untuk belajar mekap bila tengok kawan-kawan sebaya memang tengah gila mekap, so sepatutnya saya ada added value untuk dioffer kepada orang lain which is mengajar basic makeup. Now Alhamdulillah, dari tangan terketar pegang brush now dah banyak mengajar guests buat basic makeup, siap ada orang nak upah makeup masa kahwin.

5. Sisterhood

Yang ni best. Tiba-tiba saya ada sangat ramai kawan. Satu Malaysia tau. Bila umur dah meningkat and bekerja ni social life kita memang banyak berkurang, especially bila ramai kawan-kawan yang dah berkahwin & berkeluarga. Saya ni dahlah extrovert and nasib baik boleh dapat banyak girlfriends time dengan Mary Kay. Kawan-kawan dekat universiti akan berkurang bila habis belajar, kawan-kawan time kerja akan berkurang bila kita berhenti or bertukar kerja,  kawan-kawan dari kalangan jiran pun mungkin berkurang lepas berpindah, tapi dalam Mary Kay Inshaallah ukhuwah berkekalan hingga ke akhir hayat. And yes, semua sisters yang saya jumpa setakat ni semuanya positif and clear about their goal. I can never stand negative people.

Jadi inilah antara sebab-sebab kenapa saya jatuh cinta dengan bisnes Mary Kay. Banyak sangat perubahan positif yang terlahir dari diri saya  and orang lain pun sama tau. Semua jatuh cinta yang tak boleh move on๐Ÿ˜‚. Anda boleh contact saya kalau rasa berminat untuk join company yang penuh dgn kasih sayang ni :).
Throwback gambar sebelum masuk Superstar Libra Cruise

To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Thursday, 24 May 2018

Let's Go Cruise!

Alhamdulillah, syukur Ya Allah kerana saya berjaya bergelar sebagai Cruising Beyond Red achievers. Dapat tau berita baik ni masa hari Jumaat, time saya dalam kereta tengah keluar dengan kawan. Bergenang jugak lah air mata kegembiraan.


Nahh nampak tak nama saya yang sebesar hama tu๐Ÿ˜‚. Tapi happy jugak sebab first time nama masuk Applause - April edition


Ambik feel dulu~

.

.

.



.

So inilah cruise yang kami akan naik nanti - Superstar Libra Cruise

Tak sabar nak berendam saya dah siap-siap beli swimming suit muslimah tau


Ini jelah yang saya dapat share setakat ni lain-lain gambar kena tunggu pergi sana dulu. Sebenarnya sebak sebab dapat tahu achieve Cruise challenge ni sebab awal-awal saya banyak ketinggalan and macam dah takde harapan dah nak completelan challenge. Dari 6 bulan tempoh yang diberikan oleh Mary Kay, bulan ke-5 baru saya bangkit balik cuba usahakan Cruise challenge tu. Alhamdulillah berjaya.

And satu lagi sebab kenapa saya sangat sebak, saya ni dah 5 tahun tak melancong. Family memang jenis tak melancong and planning untuk melancong dengan kawan-kawan selalu tak menjadi sebab saya ni kedekut masa & kedekut duit haha. Tapi betul lah, duit & masa banyak dilabur & dileburkan dalam bisnes-bisnes yang gagal dahulu. Tapi sekali Allah balas dengan free trip atas cruise mewah dengan layanan 5 star. Syukur Alhamdulillah.

FYI, saya buat cruise challenge ni sebagai part timer sahaja. And kebanyakan yang achieve challenge ni dalam GB future area pun masih bekerja & buat Mary Kay sebagai sampingan sahaja. Takde alasan takde masa kalau kita betul-betul nak buat. Kalau anda berminat untuk buat Mary Kay sebagai bisnes sampingan ataupun full time, I'm here to help :).


To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Saturday, 2 September 2017

Beauty Consultant Kerjaya Idaman

"Mengaku beauty consultant konon, puiii~"

Saya senyum je bila baca komen yang mengecam beauty consultant. Jelas sekali dia tak faham tentang kerjaya seorang beauty consultant. Mungkin dia nampak kami ni sebagai peniaga biasa saja.

Jadi kenapa kami digelar sebagai Beauty Consultant?


Dalam Mary Kay ada lebih 200 produk untuk memenuhi keperluan & kehendak pelanggan. Dan kami wajib consult customer untuk ambil produk yang sesuai. Kami tak boleh simply bagi skincare yang customer berminat nak beli tapi kena tanya dulu jenis kulit, produk history, kulit idaman, bajet, etc. Dan untuk beauty consultant baru kami kena attend ESRS yang sijilnya valid di 38 buah negara yang telah ditembusi Mary Kay. Banyak offline & online class lain yang kami attend untuk menambahkan knowledge sebagai beauty consultant supaya kami dapat berikan yang terbaik untuk customer. See, bukannya kami ni syok sendiri panggil diri beauty consultant tapi kami memang ada sijil yang diiktiraf.


Kenapa beauty consultant merupakan kerjaya idaman wanita?
     

1. Cantik Secara Percuma

Biar betul beauty consultant dapat pakai Mary Kay free. Saja nak gebang la tu. Huhuhu saya cakap benda yang benar dikkk. You all bukan saja dapat penjimatan hebat bila sign up sebagai beauty consultant tapi boleh guna duit untung berniaga untuk guna skincare Mary Kay tanpa kacau duit gaji and tengoklah, banyak jugak yang you all akan dapat free nanti. Best ke best?

2. Modal Yang Rendah

Nak berniaga Mary Kay you all tak perlu pajak tanah or jual barang kemaih atau yang sewaktu dengannya. Modal dia rendah je and bukan you bayar sesaja sebaliknya you akan dapat starter kit yang penuh dengan produk Mary Kay, beauty tools, business guidance & samplers. Siap dapat handbag yang stylo lagi tau!

Excited tau masa mula-mula dapat starter kit bulan February 2017. Semua jenis kegembiraan kaum wanita ada dalam tu ๐Ÿ˜€


3. Tiada Risiko Inventori
You all tak perlu buat stok banyak-banyak kalau takut tak terjual. Kalau macam saya contohnya selalu readykan stock lipstick je sebab demand untuk lipstick tak pernah habis. Kalu you jenis yang yang tak suka bagi customer tunggu lama, boleh buat stok awal-awal and katakanlah tak terjual, you ada 90 days satisfation guarantee untuk tukar dengan produk lain yang sama harga.

4. 90 Days Satisfaction Guarantee
Tak jumpa lagi mana cosmetic shop buat rules macam ni. Mary Kay sangat mementingkan customer. Even kalau you all dah guna pun you masih boleh tukar selagi tak lebih 1/4 penggunaan dalam tempoh 3 bulan. Contohnya you beli foundation then bila try rasa muka jadi kelabu pulak๐Ÿ˜ž tapi jangan risau sebab you boleh tukar dengan shade yang lebih sesuai. 90 days satisfaction guarantee juga protect seller dari risiko inventoi yang saya dah higlight di atas (refer no. 3).

5. Kelas Percuma
Kita ada banyak online & offline class yang free available di negeri masing-masing. Kalau you duduk Sabah Serawak pun jangan risau, ada kelas you boleh atend kat sana. Dalam Mary Kay kita berpegang teguh pada semangat GO Give & moto Enriching Women's Lives. Kalau you nak personal coaching pun boleh arange dengan Director you. TAK PAYAH BAYAR BERIBU ya untuk coaching special dengan Director cukup bayar dengan kasih sayang je hehe๐Ÿ˜.

6. Produk Yang Bagus & Berkesan     
Haa ini yang paling penting. Mary Kay spend berjuta dollar setiap tahun untuk R&D sahaja dan setiap satu produk akan diuji sebanyak lima ribu kali sebelum release kat market wowww!!!๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ Obviously bukan sebulan dua punya kerja untuk release produk baru. Mary Kay juga disyorkan sendiri oleh pakar dermatologist. 

7. Masa Yang Fleksibel
Ini pun penting kerja tak perlu ikut office hour ya tapi ikut masa you sendiri. Bila free you update, broadcast dekat kawan-kawan, buat skincare class ke, on the go ke. Settle kan dulu kerja hakiki, hal dengan anak & suami, etc. Tak kisah yiu nak buat bila pun Mary Kay ni asalkan yu consistent Inshaallah you dapat.

8. God First, Family Second, Career Third
Budaya kerja yang sangat indah. God first maksudnya Tuhan nombor satu, dan kerja yang dibuat mestilah suci dari unsur tidak beretika. Contohnya kami tidak dibenarkan mengambil customer beauty consultant lain walaupun customer tu datang sendiri dekat kita. Unless customer dah diabaikan BC selama 6 bulan. Family second, sebab tu lah flexibility masa bekerrja sangat diutamakan. Dan kebanyakan event, unit meeting, offline class dsb anda dbolehkan membawa anak :). Saya punay Director juga menekankan pentingnya restu suami dalam berbisnes tapi saya belum kahwin lagi hehehe.


Suka saya nak tekankan yang perbelanjaan kita takkan berkurang, sebaliknya makin menigkat tahun ke tahu. Dari mengeluh & merungut tak cukup duit apa kata anda cari inisiatif untuk tambahkan duit? Bumi Allah ni luas, begitu juga dengan rezeki Allah. Asalkan anda sanggup berusaha :) 

       

To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc