Showing posts with label beauty consultant mary kay malaysia. Show all posts
Showing posts with label beauty consultant mary kay malaysia. Show all posts

Monday, 28 January 2019

Mary Kay Red Jacket University

Assalamualaikum & morning!

Bulan ni saya sangat full dengan activity, penat lah jugak tapi best. Alhamdulillah sebab busy, kalau banyak sangat free time tu saya akan rasa tak sedap hati. By the way hari ni saya nak share santai-santai pasal pengalaman saya join Mary Kay Red Jacket University. Ehh, Mary Kay ada universiti jugak ke? Biar betik?? Yes betul lah, Mary Kay kan ada banyak education program untuk mengasah beauty consultants dan salah satunya ialah Red Jacket University (RJU). Red Jacket University ni terbuka kepada Red Jackets (leaders) dalam unit. Basically kita boleh belajar cara buat sale, cara untuk develop team kita, cara untuk menjadi the best of the best dalam unit. Leaders adalah contoh atau role model kepada beauty consultant, jadi kalau kita nak team yang kuat kita sendiri kena jadi yang terbaik dulu. 

Nampak kan kelas tak ramai pun, sebab RJU ni dibuat pada hari weekdays. Tapi best jugak sebab dapat fcus and bonding dgn beauty consultant lain.

Masa ni tengah practise I-story untuk kita cerita masa skincare class. Kakak manih ni nama dia Massura, and dia pun salah seorang BC under Glamorous Bee Future Area, so memang kenal lah walaupu berbeza Director. Mas ni sampai berlinang air mata bila dia ceritakan kesusahan hidup sampai kena jual baju bundle and tinggal ana-anak dekat kampung. Allahu saya pun sebak dengar nampak kan apa big why beliau dekat situ.



Time break ni kami pi lunch dekat Aeon. Yang tudung putih tu Director saya hehe clingy betul kan semua class nak dengan dia. Lagi satu faktor jalan jugak, saya ni memang noob bab jalan so selagi boleh saya akan pilih class yang dekat beauty centre Director saya. Best sebab Mary Kay ni ada di merata-rata tempat, setiap negeri so senang untuk beauty consultant arrange masa & tempat.

Sebelum balik, sempat lagi depa posing dekat kereta ESSD saya hahah. Saya pulak dah banyak kali naik & banyak kali tangkap gambar jugak tu yang tak beriya hahaha. Tapi saya tetap beriya nakkan free pink car.


Posing last sebelum balik, dapat lagi kawan baru.

Kalau dah masuk U, mestilah ada konvo kan. Mary Kay juga akan iktiraf achievers yang berjaya completekan RJU challenge. Bukan pengiktirafan biasa-biasa, tapi akan naik stage and ada satu event khas untuk meraikan graduates RJU. Disaksikan oleh consultants dari Malaysia & Singapore. Belum cerita bab hadiah lagi. 

Ya Allah seronoknyaaa, doakan saya dapat konvo di Mary Kay sengan jayanya. Nothing beats hard work! Jom kalau anda nak sama-sama mendaki tangga kejaan di Mary Kay, talian hayat saya sentiasa available. Mary Kay is more than just selling lipstiks, it's selling dreams💖. Nak cuba bisnes yang menawarkan byk eduation & rewards program" You're at the right place. 


Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra

Thursday, 11 October 2018

Beauty Class Malaysia

Assalamualaikum & morning!

Hari ni saya excited sangat nak share pasal experience buat skincare class dengan international guests. Sampai sekarang jadi bualan kami tau sebab masih tak boleh move on. Jadi alkisahnya dapat call untuk buat beauty session delepas proposal submission di sebuah international school. Masa tengok name list peserta yang secretary dia email dekat saya, rasa gulppp...banyak nama yang bukan nama orang Malaysia. And then lepas confirmkan barulah we all tahu yang sebenarnya ramai international staffs yang join. Maka kena tukar bahasalah nampaknya, speaking lah pulop. Tapi biasalah, saya memang terkenal dengan perangai "redah je". So just do it.

Nak dijadikan cerita, executive director saya tak dapat join sebab dia ada program lain. And awal-awal memang set dua director lain datang, tiba-tiba sorang tu ada emergency last minute, jadi tinggal sorang director jelah akhirnya. Rasa gugup sikit kalau takde director ramai-ramai sebab walaupun saya yang handle, kita akan rasa lebih secure dengan kehadiran directors. Tapi biasalah, kita redah je. Saya alih bahasa semua step-step dalam skincare. Sebenarnya bukan penerimaan staf yang saya risaukan, sebab tak kisah dari mana pun seseorang tu berasal, memang fitrah manusia sukakan kecantikan. Saya cuak sebab first time handle English speaking session, and tertanya-tanya mampu ke saya handle macam Director saya. Tapi tak cuba tak tahu kan.

Tibalah hari kejadian, session tu belah petang tapi saya demam pulak pagi tu maybe sebab terlampau penat dengan skincare class di Mandarin Oriental Hotel semalam. Nasib baik badan dah bertambah okay lepas tengah hari risau jugak kalau melarat. Sampai dekat international school tu, saya conduct macam biasa dengan guests dekat sana, bezanya guna bahasa lain je. 

Rupa-rupanya, semua guest sporting sangat. Masing-masing nampak sangat excited masa session berjalan, and fokus pada speaker (saya lah tu). Sebelum start session, secretary dia introduced saya dekat Head of School, Ms Claire Bell. Saya ingat ke Head of School tu macam Head of Department rupa-rupanya principal dia. Maklumlah I sekolah kebangsaan dari darjah 1, so tak fahamlah pangkat-pangkat dekat international school. Tapi Ms Claire pun relax je join sekali sambil gelak-gelak. Yang lain pun sama. Bila sampai masa pakai lipstick, yang lelaki lagi best pergi pakai colour-colour yang bold macam merah cili & purple. Bila teringat je mesti tergelak. Jom layan gambar-gambar Beauty Session dekat international school.


Intro dulu. Boleh tahan jugak gaya saya time bercakap kan hahaha


Dah start cuci muka lepas remove makeup dengan makeup remover. Cuci muka pun ada cara tau bukan main simbah je.



Masking time - "when you're wearing a mask, do it without hesitation, make your face look like a paint" - Dilla😁

I-story by me

Kami atur most products dekat belakang sebab tak muat meja sebenarnya. Tapi best jugak sebab lepas tu satf-staf pergi buat tour and test produk dengan sendirinya. Sayang takde full view.

Mr Andrew ni serius kelakar tau. Siap request nak mekap lagi sebab nak faham perasaan perempuan yang bermekap hahaha

Hasilnya lepas dia mekap, ehh nampak lawalah pulak dengan bulu mata dia tu

Ms Claire the Head of School, humble sangat orangnya. Actually kulit orang putih ni senang kalau mekap, mudah naik colour.

Photo session - tengoklah jejaka-jejaka kat belakang tu bukan main hyper tau

Antara sedutan episod beauty session hari tu, abaikan lah suara saya yang macam Siti Nurhaliza tu hahaha

Maka berakhirlah sesi yang penuh keriangan. Memang kami belajar banyak benda baru hari tu, ecspecially tentang betapa kita kena keluar dari comfort zone. Lepas ni tak takut dah nak buat skincare class dengasn international staffs. Everything seems scary for a first timer.

Kalau you all nak belajar untuk cantik / handsome secara percuma, boleh contact saya naa. Kalau nak buat session dekat office secara formal, boleh contact saya jugak untuk saya emailkan proposal. Inshaallah you all akan dapat ilmu penjagaan kulit / teknik mekap yang bermanfaat.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Sunday, 16 September 2018

Mary Kay Educational Classes


"Dilla kalau join Mary Kay memang wajib attend kelas-kelas dia eh?"

Saya pergi education class Mary Kay tanpa paksaan. Takde siapa nak marah, takde siapa nak bagi warning letter dekat saya kalau saya miss apa-apa program. Semuanya saya pergi dengan volunteer, sebab saya yang nak improve diri sendiri. And sebab saya pernah rasa betapa sakitnya gagal bisnes. Bukan sebab saya tak nak belajar, tapi sebab yuran untuk masuk kelas bisnes pun sampai beribu, tu yang rasa gulp😳.

Kelas-kelas education Mary Kay 90% percuma! Kalau kena bayar pun setakat bayar makan lunch, bayar sewa tempat dalam belas2 ringgit je sorang. Rugi kan kalau saya tak attend. "Those who show up will move up!" 🔥 🔥

Khusyuk benar buat task tau

Seronok bila ada activity book yang baru ni, semua plan, customer listing, money management, target, etc semua boleh record dalam tu


Cantik kan colour lips matte yang baru ni - my favorite shade in Red Siren

SSD Faizah tekankan kepentingan untuk cari big why kita

Barisan mentor yang hebat untuk Red Jacket Workshop, ESSD Nur Amira tu lah Director saya yang sangat dikasihi


Suka tak kalau dapat peluang untuk education & coaching percuma dalam bisnes? Takde istilah dah habis belajar dalam hidup ni, even mentor-mentor pun sentiasa belajar untuk mantapkan diri & bagi yang terbaik untuk unit masing-masing. Kalau rasa nak berbisnes dengan culture Mary Kay, you all boleh contact saya, Inshaallah saya bagi guidance yang terbaik.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Friday, 14 September 2018

Bila Rasa Down...

Happy memanjang buat Mary Kay. Hari-hari best!. Hari-hari selfie happy. Hari-hari syokkk.

I wish! Macam bisnes lain jugak, bisnes Mary Kay tak terlepas dari cabaran & rintangan. Saya sendiri pun kadang-kadang rasa murung je. Rasa down? Of course pernah. Tapi bak kata SD Bella, down 5 minit je. Kadang-kadang saya pun tak dapat lari dari reflect and fikir, betul ke Mary Kay ni untuk aku. Orang lain berjaya, memang rezeki dia dengan Mary Kay. Aku belum tentu lagi. Cepat-cepat istighfar kalau rasa macam tu. Itu cuma bisikan syaiton untuk suruh kita putus asa cepat.

Tapi Allah suka ingatkan saya dengan cara halus. Satu hari bila saya frust dengan performance diri, ada stranger DM saya dekat instagram. Dia pun beauty consultant Mary Kay tapi unit lain. Dia tanya apa rahsia saya jadi Star Consultant, and dia kata banyak belajar dari Instagram saya. Allahu😭. Kita rasa kita ni belum apa-apa lagi, tak sangka ada orang lain yang terinspirasi dengan saya.

Time tengah frust menonggeng, dapat email dari Mary Kay, yang saya akan naik stage sebagai recognition untuk Move Up Career. Haa tersentak terus, cepat-cepat kita bangkit. 

Pada suatu hari yang panas terik, saya stress and down bila banyak tempat submit proposal semua time tak kena. Ada yang PIC tak hadir, ada institut yang kata schedule dah penuh, ada yang tak boleh masuk sebab tak buat appointment dulu😟. Saya makan lunch sorang-sorang and tenangkan diri, kutip balik sisa-sisa semangat yang ada untuk hantar proposal ke sekolah pulak. Tiba-tiba ada Senior Director unit lain whatsapp saya, asalnya dia nak mintak soft copy proposal tapi end up berborak panjang. Dia cerita yang dia share kisah saya dekat unit dia, dia tunjukkan saya sebagai contoh orang yang berusaha, and ramai BC beliau yang terinspirasi. Nak menitik air mata time tu tak sangka SD unit lain pun sanggup ambil saya sebagai role model😭.

Sebenarnya, bisnes atau tak bisnes, hidup ini tetap berputar macam roda. Of course kita akan rasa down, rasa kecewa. Tapi lima minit cukuplah, and then get back to your goal. Yes, impian kita bukan boleh dicapai dalam masa sehari dua, seminggu dua, or sebulan dua. Tempoh masa yang lama tu selalu buat kita lupa, and kadang-kadang jadi tak berimpian terus. 

Cara nak remind diri sendiri tentang impian kita? Kalau saya punya style, saya akan tampal kertas kecik di cermin dan tukiskan target saya untuk bulan tu. Lepas tu, dalam sujud setiap kali solat, jangan lupa mintak dekat Allah apa yang kita nak capai, sebagai peringatan dekat diri kita jugak. Sebab bila kita asyik doa, kita akan ulang banyak kali apa yang kita nak, and Inshaallah kita kan take action and cuba usahakan. Saya doakan semua yang membaca entry ni dapat mencapai impian anda dalam masa terdekat Amin...


Mary Kay Malaysia


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Tuesday, 11 September 2018

A Story of A Friend

Assalamualaikum & morning!

Selalu saya asyik share pasal cerita saya je kan, takut you all cemuih. Jadi hari ni saya nak share pasal kisah salah seorang beauty consultant saya, kisah dia agak tragis jugak lah tapi saya share setakat yang boleh.

Bismillahirrahmanirrahim...

Dulu dialah guest skincare class saya yang pertama, sekarang dia conduct skincare class sendiri
Kawan saya selama 10 tahun inilah yang sudi pinjamkan muka untuk saya practise tahun lepas. Dalam keadaan serba tak pandai, saya cuba buat dgn dia. Atiqah biasalah okay je semua benda, tak pernah berkira.
Dia pun rasa seronok dengan produk Mary Kay, tak pernah beli tapi recommend dekat kawan2 yang suka mekap. Dia juga ajak saya datang office buat makeup demonstration. Takkanlah dia nak suggest produk yang dia tak percaya kan.

Satu hari yang tragis, dia dibuang kerja and disuruh kosongkan office dalam tempoh dua jam akibat perbuatan khianat. Huhuhu dahsyat kan. Dia whatsapp saya yang kebetulan masa tu tengah bercuti (masa tu saya masih bekerja). Dia mengadu kisah dia yang sebenarnya boleh buat drama jugak, tapi saya tak nak ulas panjang sebab P&C. Kebetulan masa tu, saya dapat berita yang saya salah seorang achievers yang berjaya complete Cruise Challenge. Ngam-ngam betul tau depan Atiqah. Tak lama selepas tu, dia decide untuk jadi sebahagian dari kami. Awalnya takut sebab dah banyak kali tukar2 bisnes, well macam kawannya jugak. Tapi saya kata, saya dah setahun lebih dgn Mary Kay and tak pernah curang, and Inshaalllah takkan curang sampai bila2. Sebab Mary Kay bagi apa yang bisnes2 saya terdahulu tak boleh bagi, coaching, mentor, ilmu non-stop, and sisters yang positif. Dalam takut, Atiqah cuba jugak. Ingat lagi masa nak register, dia tanya saya betul ke apa yang dia buat ni.

And now, tengoklah dia sekarang. Jauh beza dari Tiqah dulu yang asyik hangat2 tahi ayam (sorry Tiqah). Kali ni dia serius. Kalau tak serius takdelah dia susah2 arrange utk skincare class. Takdelah dia susah2 jumpa saya and mintak belajar untuk bercakap. Takdelah dia beranikan diri bercakap depan orang kan. Baik goyang kaki dekat rumah.
Saya bangga dengan Atiqah. Bisnes ini bukan saja merubah saya, tapi juga mengubah orang lain ke arah yang lebih positif. And ke arah yang lebih cantik of course.


My beauty consultant in action


My partner in crime, Kak Maz (Red Jacket) pun turun padang membantu

Nak jugak hahaha. Sorry tak banyak gambar dapat share sebab nak protect aurat orang lain

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Thursday, 24 May 2018

Let's Go Cruise!

Alhamdulillah, syukur Ya Allah kerana saya berjaya bergelar sebagai Cruising Beyond Red achievers. Dapat tau berita baik ni masa hari Jumaat, time saya dalam kereta tengah keluar dengan kawan. Bergenang jugak lah air mata kegembiraan.


Nahh nampak tak nama saya yang sebesar hama tu😂. Tapi happy jugak sebab first time nama masuk Applause - April edition


Ambik feel dulu~

.

.

.



.

So inilah cruise yang kami akan naik nanti - Superstar Libra Cruise

Tak sabar nak berendam saya dah siap-siap beli swimming suit muslimah tau


Ini jelah yang saya dapat share setakat ni lain-lain gambar kena tunggu pergi sana dulu. Sebenarnya sebak sebab dapat tahu achieve Cruise challenge ni sebab awal-awal saya banyak ketinggalan and macam dah takde harapan dah nak completelan challenge. Dari 6 bulan tempoh yang diberikan oleh Mary Kay, bulan ke-5 baru saya bangkit balik cuba usahakan Cruise challenge tu. Alhamdulillah berjaya.

And satu lagi sebab kenapa saya sangat sebak, saya ni dah 5 tahun tak melancong. Family memang jenis tak melancong and planning untuk melancong dengan kawan-kawan selalu tak menjadi sebab saya ni kedekut masa & kedekut duit haha. Tapi betul lah, duit & masa banyak dilabur & dileburkan dalam bisnes-bisnes yang gagal dahulu. Tapi sekali Allah balas dengan free trip atas cruise mewah dengan layanan 5 star. Syukur Alhamdulillah.

FYI, saya buat cruise challenge ni sebagai part timer sahaja. And kebanyakan yang achieve challenge ni dalam GB future area pun masih bekerja & buat Mary Kay sebagai sampingan sahaja. Takde alasan takde masa kalau kita betul-betul nak buat. Kalau anda berminat untuk buat Mary Kay sebagai bisnes sampingan ataupun full time, I'm here to help :).


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Monday, 21 May 2018

A Memorable Day

Assalamualaikum & morning! Alhamdulillah masuk hari ke-5 berpuasa, selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam. Btw, sebenarnya dah lama saya nak share pasal antara saat-saat terindah dalam Mary Kay tapi biasalah, kekangan masa. Malas nak bagi intro panjang-panjang jom kita jump to story terus.

Unit meeting kali ni juga dibuat sebagai Recognition & Celebration Day ahievers. Tema Glitters & Bling gittew~

Macam biasa akan dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Director saya yang comel ni

 Haruslah belanja selfie satu ngeee~

Ada game pemanas badan dulu tau, basically game ni untuk menguji daya fokus diri kita


Sharing from mentors, tips & tricks for online business. Banyak sangat dapat input berguna ecspecially yang buat bisnes Mary Kay sambil bekerja, memang banyak bergantung keada online medium. 


Dah start dah upaca penyampaian hadiah untuk acheievers yang on track Ladder of Success

Saya pun dapat jugak hee~


Inialah moment terindah saya bersama Mary Kay, bila di'crown'kan sebagai Queen of Personal Sales

Video sharing dari saya - always put Allah first😃

Welfie satu kaleyy sebelum balik. Sebelum tu lunch sama-sama dekat Secret Recipe😋

Ahamdulillah one of my dreams come true. Dulu saya tak pernah terfikir yang diri ini berpeluang menjadi Queen, tak pernah terfikir pun akan mencecah Emerald (the highest level in Ladder of Success) walaupun sekadar on track. Mary Kay betul-betul buat saya rasa "alive" dengan impian, percaya apa yang kita mahu. Bila orang tanya apa rahsia saya saya sampai jadi Queen, saya akan cakap "takde rahsia pun". Just ikut apa yang diajar. Ilmu dalam Mary Kay mengalir seperti air deras, that's why I stay with Mary Kay💓.


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc