Showing posts with label mary kay negeri sembilan. Show all posts
Showing posts with label mary kay negeri sembilan. Show all posts

Thursday, 13 June 2019

Tips Kulit Glowing Masa Raya

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Dengan ini saya menyusun 10 jari kalau ada tersalah kata, terlebih atau terkurang dalam memberikan info terbaik buat anda. Terima kasih untuk yang sudi spend time membaca blog saya yang tak seberapa ni. Jadi macam mana raya you all? Dah top up balik ke berat yang hilang time puasa lepas kikiki. Saya pun boleh tahan membalun time raya, ni dah start diet regime semula. Semoga istiqamah Amin...

By the way, dulu saya pernah share cara untuk buat mekap nampak glowing, you all boleh refer dekat sini Tips Mekap Glowing.  Untuk hari ni saya nak share pulak tips kulit glowing di pagi raya. Walaupun raya dah lepas tapi tips ni you all boleh apply utk daily look jugak, sebab kita focus pada kulit. Jom!😍

1. Pakai Mask Sehari Sebelum Raya


Jangan pakai mask sehari sebelum, ni untuk make sure kulit kita bersinar, kemas & senang apply foundation. Lagipun buat apa nak beraya dengan kulit mati kan kikiki.

2. Pakai Skincare Yang Complete Sebelum Bermekap


Time raya nanti jangan rakus sgt nak bermekap sampai dilupa semua skincare. Skincare always comes first before makeup. Make sure complete tau - cleanser, toner, serum, moisturiser, spf. Barulah nampak kulit you all glowing dari dalam😁.

3. Apply Lebih Pelembap


Moisturiser ni antara tunjang utama nak bagi mekap you all tahan lama, so apply sampai muka tu nampak basah. Ni untuk bagi moisturiser grip mekap you all nampak lagi cantik, and boleh bagi dewy look juga. Tapi make sure moisturiser yang sesuai dengan kulit tau kalau tak muka terlebih glowing sebab berlemuih.

4. Guna Translucent Powder


Bedak ada macam-macam jenis tapi kalau you all nak effect glowing, saya suggest gunakan translucent powder. Walaupun dia putih dia akan set dgn tona kulit kita & bagi finishing kulit halus & glowing. I loikkee translucent powder Mary Kay, banyak kegunaan tau.

5. Guna Skincare Yang Mencerah


Haa inilah rahsia paling besar sekali😁. Kalau kulit dah cerah, pakai mekap pun memang nampak glowing. Ingat ya, mencerah bukan memutih. Maksimum cerah kita boleh pergi ialah secerah dada. Kalau you all nak dapatkan kulit secerah dada dengan selamat, saya akan sugget Melacep set yang diperbuat di Korea ni.

6. Pakai Serum


Ohh yeshhh, serum memang memainkan peranan penting dalam mencantikkan kulit kita. "Alaa kena pakai serum jugak ke? Kalau pakai skincare basic je tak cantik ke?" Cantik je, cuma kalau nak extra glowing pakai serum sebab serum ni skincare item yang paling power, dia boleh tembus sampai lapisan dermis while skincare lain cuma boleh tembus epidermis je. Sama jugak mcm tips no. 5, guna serum yang ada brightening ingredient, kalaunada vitamin C pun bagus jugak. Tapi kalau you all ada masalah kulit yang serius mcm kulit berjerawat, menggelupas, terlalu oily dsb saya tak suggest guna skincare yang mencerah dulu, sebaiknya focus utk solve masalah kulit you all dulu😊.

Okayy sampai di sini saja tips kulit glowing dari saya. Inshaallah saya akan konsisten share tips kscantikan dengan anda semua, selagi hayat dikandung badan~ Kalau nakkan personal consultation cara nak dpt kulit glowing from whithin, jangan segan silu contact saya. Selamat Hari Raya again! 😍


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Thursday, 7 March 2019

New Product - Vitamin C Activating Square

Assalamualaikum & morning!

Sorry lama sangat biarkan blog ni berhabuk, few weeks jugaklah kan. Saya diuji dengan masalah kesihatan sikit, and lagi satu sebab rumah tunggang langgang tengah renovate so agak tak convenient untuk saya bukak laptop masa tu. Anyway, saya nak buat announcement yang sangat penting ni, Mary Kay dah keluarkan produk baru lagi, and this time memang lain dari yang lain😱😱.



.


.


.



New Revolution - Vitamin C Activating Square

Tengok rupa pun dah nampak pelik kan. Dia bukan serum, bukan cream, bukan liquid, sebaliknya dalam bentuk segi empat. Hence the name. 

Mary Kay dah ada Serum C yang superb tu, jadi kenapa perlu lagi keluarkan Vitamin C Activating Square?? Sebabnya, Vitamin C dalam liquid form bukanlah vitamin yang fresh, jadi company keep on buat research, create new innovation untuk hasilkan produk yang lebih hebat & lebih baik. Sebab Mary Kay nak kita dapatkan manfaat seperti dari Vitamin C yang fresh, maka terhasilah Vitamin C Activating Square yang baru, yang bentuk macam kertas, nipis & jernih. Activating Square ni boleh mix dengan mana-mana serum Mary Kay, and dia akan bertindak macam booster yang akan boost lagi fungsi serum yang dipilih. Clearproof Serum tak boleh mix yea. 

Petak-petak Kesayangan~

Mix dengan serum kegemaran uolls~

Jadi lagu ni lepas basah, sedia untuk menggebukan kulit you all~

Since Activating Square ni agak rare, jadi macam mana kita nak guna ya? Kita kena basahkan dengan Botanical Freshen atau filtered water dulu, then campur & gaulkan dengan mana-mana serum yang kita suka. Jagan basahkan guna air paip tau. Guna 2-3 kali saja seminggu. Dalam amsa dua minggu dah boleh nampak kesan dia - skin texture makin improve, garis halus berkurang, skin makin cerah & anjal woww!

Nak tengok tak contoh??



Like seriously?? Nampak ketara kan kulit belah kanan lagi cerah. Ni adalah hasil kulit Director saya lepas dua bulan guna Activating Square, maklumlah dia dapat pakai dulu kan (nada jeles).  Dia mix dengan Lumivie serum yang memang function untuk mencerah. Sekali nahh hambikkk, cerah sampai ke bulan tau. Lepastu you all perasan tak skin texture nampak lebih sekata? 

                                                  
Wahh dapat result "younger" pulak maklumlah asyik berendam dengan Vitamin C je kan. Inilah balasan bila konsisten pakai Vitamin C fresh, muka and gebu & mulus melampau. 

Rasanya sekarang you all dah dapat general idea kan macam mana Vitamin C Activating Square ni bertindak, bukan setakat produk biasa-biasa, tapi prodik ajaib. You all yang nak rasa sendiri magic Activating Square ni, bolehlkah contat talian hayat saya ya, Bulan ni ada promo boleh dapat free Activating Square bila beli serum tau. Jangan lepaskan peluang tapi make sure contact saya atau beauty consultant anda dulu untuk consultation :).

Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Thursday, 11 October 2018

Beauty Class Malaysia

Assalamualaikum & morning!

Hari ni saya excited sangat nak share pasal experience buat skincare class dengan international guests. Sampai sekarang jadi bualan kami tau sebab masih tak boleh move on. Jadi alkisahnya dapat call untuk buat beauty session delepas proposal submission di sebuah international school. Masa tengok name list peserta yang secretary dia email dekat saya, rasa gulppp...banyak nama yang bukan nama orang Malaysia. And then lepas confirmkan barulah we all tahu yang sebenarnya ramai international staffs yang join. Maka kena tukar bahasalah nampaknya, speaking lah pulop. Tapi biasalah, saya memang terkenal dengan perangai "redah je". So just do it.

Nak dijadikan cerita, executive director saya tak dapat join sebab dia ada program lain. And awal-awal memang set dua director lain datang, tiba-tiba sorang tu ada emergency last minute, jadi tinggal sorang director jelah akhirnya. Rasa gugup sikit kalau takde director ramai-ramai sebab walaupun saya yang handle, kita akan rasa lebih secure dengan kehadiran directors. Tapi biasalah, kita redah je. Saya alih bahasa semua step-step dalam skincare. Sebenarnya bukan penerimaan staf yang saya risaukan, sebab tak kisah dari mana pun seseorang tu berasal, memang fitrah manusia sukakan kecantikan. Saya cuak sebab first time handle English speaking session, and tertanya-tanya mampu ke saya handle macam Director saya. Tapi tak cuba tak tahu kan.

Tibalah hari kejadian, session tu belah petang tapi saya demam pulak pagi tu maybe sebab terlampau penat dengan skincare class di Mandarin Oriental Hotel semalam. Nasib baik badan dah bertambah okay lepas tengah hari risau jugak kalau melarat. Sampai dekat international school tu, saya conduct macam biasa dengan guests dekat sana, bezanya guna bahasa lain je. 

Rupa-rupanya, semua guest sporting sangat. Masing-masing nampak sangat excited masa session berjalan, and fokus pada speaker (saya lah tu). Sebelum start session, secretary dia introduced saya dekat Head of School, Ms Claire Bell. Saya ingat ke Head of School tu macam Head of Department rupa-rupanya principal dia. Maklumlah I sekolah kebangsaan dari darjah 1, so tak fahamlah pangkat-pangkat dekat international school. Tapi Ms Claire pun relax je join sekali sambil gelak-gelak. Yang lain pun sama. Bila sampai masa pakai lipstick, yang lelaki lagi best pergi pakai colour-colour yang bold macam merah cili & purple. Bila teringat je mesti tergelak. Jom layan gambar-gambar Beauty Session dekat international school.


Intro dulu. Boleh tahan jugak gaya saya time bercakap kan hahaha


Dah start cuci muka lepas remove makeup dengan makeup remover. Cuci muka pun ada cara tau bukan main simbah je.



Masking time - "when you're wearing a mask, do it without hesitation, make your face look like a paint" - Dilla😁

I-story by me

Kami atur most products dekat belakang sebab tak muat meja sebenarnya. Tapi best jugak sebab lepas tu satf-staf pergi buat tour and test produk dengan sendirinya. Sayang takde full view.

Mr Andrew ni serius kelakar tau. Siap request nak mekap lagi sebab nak faham perasaan perempuan yang bermekap hahaha

Hasilnya lepas dia mekap, ehh nampak lawalah pulak dengan bulu mata dia tu

Ms Claire the Head of School, humble sangat orangnya. Actually kulit orang putih ni senang kalau mekap, mudah naik colour.

Photo session - tengoklah jejaka-jejaka kat belakang tu bukan main hyper tau

Antara sedutan episod beauty session hari tu, abaikan lah suara saya yang macam Siti Nurhaliza tu hahaha

Maka berakhirlah sesi yang penuh keriangan. Memang kami belajar banyak benda baru hari tu, ecspecially tentang betapa kita kena keluar dari comfort zone. Lepas ni tak takut dah nak buat skincare class dengasn international staffs. Everything seems scary for a first timer.

Kalau you all nak belajar untuk cantik / handsome secara percuma, boleh contact saya naa. Kalau nak buat session dekat office secara formal, boleh contact saya jugak untuk saya emailkan proposal. Inshaallah you all akan dapat ilmu penjagaan kulit / teknik mekap yang bermanfaat.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Wednesday, 8 November 2017

Mary Kay CC Cream


Hi & Assalamualaikum!

You all sihat ke? Hari ni saya terlebih excited nak share pasal my besfriend - Mary Kay CC Cream. Tak tinggal rumah tanpa dia tau. Sebab selesa sangat~


Ehhh jangan salah faham ini CC Cream bukan ice cream tau😁. Tapi tekstur dia halus, lembut & berkrim sebijik macam ice cream. My fevreto!
 
CC Cream ni ada 4 shades tau. Saya pakai shade Very Light.

Tips memilih CC Cream / foundation, make sure muka bogel lepas tu calit sikit cc cream / foundation dekat rahang. Tengok colour dia sebati tak dengan kulit. Sepatutnya bila kita dah calit then sapu colour dia sebati dengan kulit. Kalau you all nak nampak lebih cerah pun nanti gunakan bedak dengan lighter shade.

Janganlah test kat tangan dah sah-sah tangan tu lagi gelap dari muka huhuhu. Kalau rasa confuse jugak boleh set date dengan saya unuk dating jom, try yang mana sesuai untuk awak.



Saya pakai cc cream je tak pakai foundation pun. Nampak tak betapa sekata dan halus sapuan dia walaupun saya sejenis malas guna brush hehehe. 
Yang paling saya suka pasal CC Cream ni of course lah colour dia. Dia shade ala-ala kuning langsat yang sangat sesuai dengan kulit Asian macam I.

Bila outing dengan kawan-kawan pun senang time nak solat, sebab CC Cream ni wudhu' friendly. Basuh dengan air dah tanggal. Nampak tak betapa naturalnya CC Cream ni di muka I?
Time ni pemalas yakmat pakai CC Cream & true dimension lipstick semata. Bedak pun tak pakai. Pemalasnya time ni sebab penat lepas kemas bilik besar-besaran. Tundung pun rembat tudung sarung mak.

Now dah nampak kan impact CC Cream ni dekat atas muka saya. Tau kan kenapa tak boleh tinggal rumah tanpa si dia. Saya tak pakai foundation pun sebab sayang sangat dekat CC Cream sampai takmau curang😛. My daily makeup routine - CC Cream, pressed powder & lipstick. Kalau rajin or outing or special event tu sapulah mekap lain jugak tapi CC Cream wajib ada tau. Jom tengok benefit CC Cream ni sepintas lalu;

MARYKAY CC CREAM 

1. Melawan garis halus dan tanda penuaan.
2. Melembapkan kulit tanpa menjadikan kulit berminyak atau melekit.
3. Mengandungi SPF15 untuk melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB. 
4. Menutup cela , memelihara kulit jerawat serta menenangkan kulit bermasalah.
5. Mencerah dan menyerikan tona kulit dengan segera.
6. Membetulkan ketidaksempurnaan pada kulit.
7. Mengurangkan kemerahan pada kulit.
8. Mempertahankan dan melindungi kulit dari radikal bebas atau kesan pencemaran dengan kuasa antioksida.
9. Mempunyai tekstur lebih ringan daripada Timewise Liquid Foundation. 
10. Mempunyai 4 pilihan tona warna. 
11. Bebas wangian. 
12. Non comodogenic - tidak menutupi liang roma kulit. 


Sesuai untuk yang sukakan natural look and tak suka nampak macam tepung gomak. Satu tube tahan sampai bulan tau (wow!). Sebab sapu nipis je & selapis je. Anddd paling best, promo November yang super jimat! Kalau siapa yang tak sure you all guna shade yang mana, boleh set skincare class dengan saya :). Kita try produk Mary Kay sampai lebam jom 😁.


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Sunday, 10 September 2017

Mary Kay Baked Cheek Powder


Hi Assalamualaikum!

You all buat apa cuti-cuti ni. Outing dengan family ke? Nak tak saya share tips cantik zass zass zass dengan produk terbaru dari Mary Kay; Limited Edition Mary Kay Baked Cheek Powder. Atau nama lainnya Blusher Love.




Mak aih comelnyaaa Blusher Love ni. Ada dua colour, Giving Heart (Pink) and Kind Heart (Orange). Boleh pakai satu satu or mix dua-dua sekali :).

Sebesar tapak tangan tau. Berapa tahun nak habis ni??
Jadi apa yang specialnya Blusher Love ni berbanding blusher lain? Mestilah love shape and sebab sizenya yang gedabak. Dari segi colour pun berbeza, sebab colour Blusher Love ni tak menonjol sangat dan ada shimmer untuk buat kulit nampak berseri. Paling penting, pipi you all naik tau pakai Blusher Love ni!




Tengok nampak tak tulang pipi terangkat tu😍

Alkisahnya satu hari tu saya pergi bermalam dekat rumah kawan sebab nak main mekap-mekap dengan beliau. And kami berdua memang excited cuba Blusher Love ni. Hasilnya seperti di bawah ngeee~


 All Mary Kay on her face. Tapi saya nak highlight tang pipi yang guna Mary Kay Baked Cheek Powder, and tang bibir yang guna Mary Kay Gel Semi Matte Lipstick - Always Apricot
Weolls mix dua-dua colour Kind Heart & Giving Heart💓

When girlfriends met...macam ni lah jadinya. Tapi saya tak suka sangat mekap saya konon-konon nak buat nampak gothic tapi rasa macam nampak garang pulak😐
Full of love💓💓


Time ni pulak masa unit saya pergi buat Skincare Class dekat Hospital serdang sempena Hari Misi Sedunia. Tapi saya tak dapat join huhuhu sedih jugak la.



Time ni Blusher Love baru je keluar so bukan main masing-masing rasmi Baked Cheek Powder tu



Amboii pipi masing-masing tu nak pi mana?😗

Haaa ada lagi satu fakta menarik tentang Mary Kay Baked Cheek Powder ni, setiap pembelian satu unit Blusher Love, RM3 akan disalurkan kepada NASOM (National Autism Society of Malaysia). Kiranya you all dapat membeli sambil menderma😄. Nice to know kan? Lagi best, promo beli dua dapat free Mary Kay pouch kembali lagi. Untung betul siapa yang beli bulan ni. Berminat nak try secara percuma? Contact I okayy😌.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Sunday, 3 September 2017

Fun Grooming Class

Assalamualaikum & good morning!

You all buat apa tu? Tadi saya throwback gambar-gambar skincare class dalam phone and dapat idea nak menaip lagi hehehe. So apa itu Skincare Class / Grooming Class? Basically skincare class atau dalam bahasa Melayunya kelas penjagaan kulit adalah class untuk perkenalkan produk-produk Mary Kay & regimen kulit yang betul. Apa paling best dalam kelas penjagaan kulit Mary Kay? IT'S FREE!! Yes, free sayang. Siap dapat free gift lagi tau.







Antara barang-barang yang diperlukan dalam skincare class. Ada besen, cermin, handkerchief, beauty tools, etc. Tapi bukan uolls yang kena sediakan semua tu tapi saya😁. You all cukup bawak badan sahaja.




Sejuk kan mata melihat kehijauan Mary Kay ni. Kita akan start dengan ajar you cara penjagaan muka , lips spa & hand spa. Lepas tu baru make up.

Throwback my first skincare class ever with an old friend. Masa ni barang pun tak cukup lagi tapi saya redah je untuk practise hehehe.

Skincare class dengan cikgu-cikgu sekolah menengah

Selepas habis skincare & spa session kita akan ajar basic makeup jugak. Tapi kalau guests memang request nak belajar and try makeup saja pun boleh takde masalah. Contoh macam makeup class yang kami buat di UNITEN hari tu. Bukan main happy depa dapat mekap free. And paling famous adik-adik student ni mintak ajar buat kening. Huhuhu faham sangat perasaan stress bila buat kening jadi Sin Chan sebab saya pun kategori kening lebat. Sebab tu kena belajar tau.






Adik ni memang asalnya pandai mekap sampai kami pun kagum tau dengan beliau. Sebelah kanan tu Director saya.

Last sekali cikgu-cikgu pun nak interframe jugak😀. Yang jaket hitam tu saya yang jaket merah pulak Team Builder saya.



Kalau you all rasa lama sangat dah tak melawa, lama dah tak merasa diri tu cantik, lama sangat tak manjakan diri sebab busy dengan anak, suami, kerja, etc, inilah peluang terbaik untuk anda dapat semangat cantik semula. And again, IT'S FREE! Contact saya dan inform lokasi pilihan anda untuk skincare class. Nanti kita kan arrang masa yang sesuai. Saya cover area KL, Negeri sembilan & Selangor.

"Alamak, saya minat tapi saya duduk jauh."

No problem dear. Saya akan hantar kawan-kawan BC dekat area you all okay. Kami serius nak cantikkan anda. Kerana wanita begitu berharga~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc