Showing posts with label mary kay melacep. Show all posts
Showing posts with label mary kay melacep. Show all posts

Monday, 3 February 2020

Brand New Lumivie Essence Water Review

Assalamualaikum & morning!

Are you ready for another brand new product?? Yess ada product baru lagi jadi walaupun rasa diri ni belum bersedia, kita kena readykan diri jugak hahaha. So yang terbaru keluaran Mary Kay ni agak lain dari yang lain, nama dia essence water. Uishhh mak aihhh macam SK-II dah bunyinya kan. Nama penuh dia Lumivie Essence Water. Kalau you all perasan dalam set Lumivie takde toner and kita kena outsource toner dari range lain seperti Timewise contohnya. And sampai sudah Lumivie tak keluarkan toner cuma keluarkan essence water je. Function essence water sama macam toner tapi dia lagi advanced. Jom tengok apa function dia. 

Fungsi Lumivie Essence Water;
  • brightening
  • menarik kotoran 
  • melembap
Okay jom kita tengok satu-satu function dia. First, mencerah. Dah nama pun brightening set maka haruslah mencerah from A-Z. Essence water ni dia sedikit pekat, so memang nampak lebih glowing disebabkan dia lagi rich dari toner lain. Second, menarik kotoran. Lepas cleansing, kita apply essence water ni and dia akan menarik lagi lebihan kotoran yang tak habis dengan cleanser, and dia punya tarikan tu memang power sampai you all takkan rasa tersekat-sekat dekat kulit lepas apply essence water, memang bersih! And lastly, melembap. Lumivie range adalah upgrade dari Melacep yang terdahulu, di mana Mary Kay discover formula untuk pencerahan yang tidak mengeringkan and merengsakan kulit. Jadi semua item Lumivie tesktur  & formula dia memang provide kelembapan termasuklah essence water.

Then macam mana pulak nak pakai Lumivie Essence Water? Well, ada dua cara;
  • gunakan cotton pad
  • dap dap terus ke pada muka
Kalau time kita nak remove makeup, gunakan kapas untuk menarik lebihan kotoran and mekap sebab tadi kan dah cerita daya penarik essence water sangat kuat. Kalau waktu biasa pulak you all boleh guna jari dap dap dekat muka sebab bila kita dap, haba dekat  jari akan membantu penyerapan skincare yang lebih efektif. So dua-dua cara pun bagus😃

Lastly, siapa yang patut gunakan Lumivie Essence Water?
  • yang nak cerah
  • yang ada kulit kusam
  • yang ada parut jerawat
  • yang ada jeragat
  • yang suka toner rasa moist and bersih
Maka lengkaplah sudah Lumivie range skincare Mary Kay😎

Nak jadi yang terawal di Malaysia yang gunakan  Lumivie Essence Water and nak antara yang terawal cantik?😀 jangan malu-malu whatsapp saya untuk buat consultation dulu okayy, kalau dah lepas bolehlah try essence water kalau belum lepas takpe, treat skin bagi sihat dulu sebem berLumivie😃

Untuk info lengkap mengenai set lumivie, boleh click sini👉 New Lumivie Set Info

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Friday, 9 August 2019

Brand New Lumivie Set Review

Assalamualaikum & good morning!

Saya menulis pun dengan meluap-puap ni sebab Mary Kay ada keluarkan produk baru nama Lumivie. Lumivie adalah upgrade daripada produk Melacep, yang function khas utuk brightening. And macam Melacep jugak, Lumivie ni asal dari Korea sebab dekat sana ada advanced technology dan pakar-pakar dalam pencerahan kulit. Kalau nak dapat kulit macam orang Korea kenalah pakai produk Korea kan, tak gituu??


Sebelum saya membebel dengan lebih lanjut tentang Lumivie, jom kita tengok satu per satu function Lumivie;
  • Mencerahkan kulit ke tahap maksimum (sehingga secerah dada)
  • Mencerahkan tanpa mengeringkan kulit
  • Memudarkan jeragat
  • Memudarkan parut jerawat
  • Memudarkan pigmentation
Basically function dia sebijik macam Melacep, tapi jauh lebih advanved & berkesan! Apa yang buat jadi hebat sangat tu?? Haa jom kita tengok ingredients dia...


Binchontan Charcoal 

Arang yang famous and super kua, ambik dari Japan tau. Arang ni banyak benefit dari segi kesihatan, and kalau untuk skincare pulak Binchontan charcoal ni dia boleh carry 700% berat dia dalam air, which means dia very moist & hydrating.

Black Pearl

Bleack pear ada dalam Lumivie serum and saya dah explain dgn detail dalam post sini, tapi basically dia mencerah dengan cara "energize' kulit kita - black pearl akan aktifkan sel-sel kulit muka kita supaya peredaran darah sekitar muka makin bagus and buat kulit muka kita makin sihat, cerah & glowing. Kulit pun kena exercise tau.

Opti Bright Complex

Formula dari scientist Mary Kay yang dah dipatenkan oleh Mary Kay Global. Opti Bright ni adalah gabungan tumbuhan & scientific  untuk target jeragat, parut, mencerahkan kulit, elakkan kulit kusam.

Samphire

Samphire ni satu tumbuhan yang kaya dengan vitamin, anti-oxidant & anti inflammatory. Samphire boleh simpan air yang banyak, sebab tu bila pakai Lumivie dekat muka, rasa moist sangat. 

Jadi itulah secar ringkas emngenai bahan-bahan dlam Lumivie. Patutlah dahsyat betul effect dia kan. So Lumivie set kebanyakan item sama macam Melacep set, cuma mask dia & berubah lepas tu toner dia belum sampai lagi, toner dia kita panggil essence water tau haa kau tunggu masuk Malaysia ya mesti havoc. Jom kita tengok mask dia.

Dulu mask dalam tube warna putih cream, now dah jadi sheet mask warna hitam. Effect dia memang perghhh, bayangkan khasiat sebotol serum dalam mask ni. Sebab tu bila cabut terus nampak muka glow, lembap & sangat berseri. 

Dalam camera tak nampak sangat tapi memang ketara effcet mencerah & lembap tu, macam baru lepas buat facial. Ehh tetiba tertegang sekali, nampak tak beza muka pakai mask sebelah kanan lebih terangkat. Tapi logik jugak sebab sheet mask ni dia lifting muka kita sekali.

Jom tengok review lain pulak...

Ni Director saya pakai Lumivie set dlm sebulan yelah depa kan boleh purchase awal sob sob, tapi main point nampak tak jeragat & pigmentation dia pudar and ada hilang terus?😯 The power of Lumivie!

Special bulan ni kalau you all grab Lumivie you all boleh dapat Golden Beauty Bar for free! Beauty bar ni ada emas 24K tu and bukan saja-saja Mary Kay bagi untuk you all gadai hehe, instead Mary Kay beauty bar ni sangat membantu dalam penyerapan serum & hilangkan garis-garis halus. Uishh sayang kalau tak grab kan. 

Nak cerah dengan flawless? Nak cerah dengan selamat? Nak cerah dengan jimat? Meh whatsapp saya atau refer dengan beauty consultant anda. May all of us have a flawless day ahead~

Dee,


MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order 

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai


FB Page & Instagram :  Allydra

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.






Monday, 5 August 2019

Mary Kay August's Special

Assalamualaikum & morning!

Syukur Alhamdulillah menjelang tahun baru Mary Kay Seminar Year, Mary Kay banyak keluarkan promo baru yang dahsyat-dahsyat belaka. Skincare ada, makeup ada, perfume pun ada!😍
Introducing...brand new Lumivie set. Mula-mula masuk serum je tapi kali ni masuk satu set terus. Lumivie ni actually upgrade dari Melacep set dulu, kiranya function sama untuk mencerah secara maksimum, memudarkan jeragat, hilangkan parut hitam, sekatakan tona kulit, etc. Boleh baca dekat sini untuk lebih info pasal brightening function :)

Paling best bulan ni kita berpeluang untuk dapat Golden Beauty Bar (GBB) secara percuma denga pembelian Lumivie set, GBB ni bukan Mary Kay bagi utk buat hiasan tau, tapi kita boleh guna untuk apply serum supaya meresap lagi jauh ke dalam & lift up kulit macam baru lepas buat botox. Nak tau macam mana nak mencerah secara selamat & jimat jom whatsapp saya.


Lipstick pun ada promo uollss, bolehlah share-share dengan mak, mak mertua, kakak ipar, adik ipar, jiran-jiran etc sebab memang jimat betul.


.

.

.



August's Super Special!

Selain dari promo Lumivie & lipsticks, ada jugak promo lain yang sangat-sangat dahsyat. Jom kita intai apa promo tu;

1. Eyeshadow
2. Makeup Brush

        

3. Eye Care



5. Skinvigorate Brush & Botanical Effects Cleanser


4. Bio Cellulose Mask
 

Haa amacam rasa meronta-ronta tak tengok promo bulan kemerdekaan ni? Tapi yang Super Special item tu cuma sampai 18 Ogos je tau, cuma promo Lumivie set & lipstick yang remain sampai akhir bulan. Jadi nak tahu lebih lanjut sila click link whatsapp tau :) Memang tak menyesal kalau tau hehe.

Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order 

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai


FB Page & Instagram :  Allydra

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.






Thursday, 13 June 2019

Tips Kulit Glowing Masa Raya

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Dengan ini saya menyusun 10 jari kalau ada tersalah kata, terlebih atau terkurang dalam memberikan info terbaik buat anda. Terima kasih untuk yang sudi spend time membaca blog saya yang tak seberapa ni. Jadi macam mana raya you all? Dah top up balik ke berat yang hilang time puasa lepas kikiki. Saya pun boleh tahan membalun time raya, ni dah start diet regime semula. Semoga istiqamah Amin...

By the way, dulu saya pernah share cara untuk buat mekap nampak glowing, you all boleh refer dekat sini Tips Mekap Glowing.  Untuk hari ni saya nak share pulak tips kulit glowing di pagi raya. Walaupun raya dah lepas tapi tips ni you all boleh apply utk daily look jugak, sebab kita focus pada kulit. Jom!😍

1. Pakai Mask Sehari Sebelum Raya


Jangan pakai mask sehari sebelum, ni untuk make sure kulit kita bersinar, kemas & senang apply foundation. Lagipun buat apa nak beraya dengan kulit mati kan kikiki.

2. Pakai Skincare Yang Complete Sebelum Bermekap


Time raya nanti jangan rakus sgt nak bermekap sampai dilupa semua skincare. Skincare always comes first before makeup. Make sure complete tau - cleanser, toner, serum, moisturiser, spf. Barulah nampak kulit you all glowing dari dalam😁.

3. Apply Lebih Pelembap


Moisturiser ni antara tunjang utama nak bagi mekap you all tahan lama, so apply sampai muka tu nampak basah. Ni untuk bagi moisturiser grip mekap you all nampak lagi cantik, and boleh bagi dewy look juga. Tapi make sure moisturiser yang sesuai dengan kulit tau kalau tak muka terlebih glowing sebab berlemuih.

4. Guna Translucent Powder


Bedak ada macam-macam jenis tapi kalau you all nak effect glowing, saya suggest gunakan translucent powder. Walaupun dia putih dia akan set dgn tona kulit kita & bagi finishing kulit halus & glowing. I loikkee translucent powder Mary Kay, banyak kegunaan tau.

5. Guna Skincare Yang Mencerah


Haa inilah rahsia paling besar sekali😁. Kalau kulit dah cerah, pakai mekap pun memang nampak glowing. Ingat ya, mencerah bukan memutih. Maksimum cerah kita boleh pergi ialah secerah dada. Kalau you all nak dapatkan kulit secerah dada dengan selamat, saya akan sugget Melacep set yang diperbuat di Korea ni.

6. Pakai Serum


Ohh yeshhh, serum memang memainkan peranan penting dalam mencantikkan kulit kita. "Alaa kena pakai serum jugak ke? Kalau pakai skincare basic je tak cantik ke?" Cantik je, cuma kalau nak extra glowing pakai serum sebab serum ni skincare item yang paling power, dia boleh tembus sampai lapisan dermis while skincare lain cuma boleh tembus epidermis je. Sama jugak mcm tips no. 5, guna serum yang ada brightening ingredient, kalaunada vitamin C pun bagus jugak. Tapi kalau you all ada masalah kulit yang serius mcm kulit berjerawat, menggelupas, terlalu oily dsb saya tak suggest guna skincare yang mencerah dulu, sebaiknya focus utk solve masalah kulit you all dulu😊.

Okayy sampai di sini saja tips kulit glowing dari saya. Inshaallah saya akan konsisten share tips kscantikan dengan anda semua, selagi hayat dikandung badan~ Kalau nakkan personal consultation cara nak dpt kulit glowing from whithin, jangan segan silu contact saya. Selamat Hari Raya again! 😍


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Wednesday, 28 February 2018

Malas Belajar?

Kami sentiasa belajar untuk menjadi yang terbaik. Tingkatkan pengetahuan tentang produk dari masa ke semasa. Belajar cara untuk consult customer. Belajar cara untuk capai impian. Beauty consultant bukam sekadar gelaran, tapi satu tanggungjawab. Kami diajar untuk membuat lebih dari sekadar menjual.

Orang tanya saya tak penat ke selalu travel, drive sana sini? Tipulah kalau saya kata tak penat. Kita ada kerja hakiki lagi di sampaing bisnes Mary Kay. Tapi sebab saya pernah merasa sakitnya berbisnes tanpa ilmu dan saya tak sanggup hadapi lagi sakit tu. Apalah sangat penat drive tu nak dibandingkan dengan orang lain yang datang dari Terengganu, yang datang naik public transport sebab takde lesen. Lagi-lagi ilmu yang diberi semua FREE. Apa alasan yang saya boleh bagi untuk tidak belajar?
.
GLAMOROUS BEE & FUTURE AREA FIRST PRODUCT KNOWLEDGE - 25.02.2018






Monday, 19 February 2018

Muka Sunburn

Semalam pergi main pantai tak pakai sunblock terus muka muka burn😖. Tak cukup dengan tu bahagian yang terbakar tu jadi kering pulak😫. Memang sejenis kulit ssnsitif.


Tapi takpa, ada penyelamat. Timewise Repair Facial Peel untuk exfoliation & buang kulit mati. Renewing Gel Mask untuk renew balik skin layer dengan lebih sihat. And of course, Melacep serum untuk cerahkan balik kulit seperti asal. Sebab tu I tak risau kalau sesekali muka burn.





From left : Facial Peel, Renewing Gel Mask, Melacep Serum


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Sunday, 24 December 2017

Cerahkan Kulit Wajah


Assalamualaikum & salam sejahtera! 

Time cuti-cuti ni saya jarang muncul sebab banyak family time kan. Tapi bisnes tetap berjalan macam biasa. Sebelum ni saya ada share pasal Melacep Plus Luminous System yang memang target untuk pencerahan, you all boleh refer dekat sini Melacep Plus Luminous Sytem. Hari ni saya nak buat specific sharing mengenai item paling power dalam Melacep series - Melacep Ultimate Serum.


Melacep Serum yang we all panggil serum berhantu. Siap menang Her World Beauty Award 2017 - Top 5 Best Whitening Serum!

Melacep series dibuat dari Korea instead of in Dallas seperti kebanyakan produk Mary Kay. Sebab Korea ada advanced technology and pakar dalam pencerahan kulit.




Melacep Ultimate serum ni kesan dia tiga kali ganda lagi efektif dari item-item lain. Sebab teksturnya halus & sangat mudah meresap. Rasa ringan sangat. And you all tau tak, Mary Kay ambil masa 6 tahun nak hasilkan seketoi serum tau. Nampak tak betapa Mary Kay sangat pentingkan kualiti sesuatu produk sampai buat R&D bertahun. Sebab tu bila dah try Mary Kay memang enggak mau yang lain dong.


Tengok colour serum dia pun macam warna mutiara kan. Nampak tak tekstur dia sangat halus & selesa je bila pakai~


Nahh ni testimoni saya sendiri guna Melacep serum dengan Botanical Effects F2



Pengalaman saya sendiri guna Melacep serum sebab nak pulihkan muka. Dulu ingat muka ni kalis matahari so keluar mana2 tak pakai sunblock pastu hamikk kau, memang terbakar muka. Dalam masa 2 minggu saya berserum Alhamdulillah dah dapat kulit asal balik. Parut jerawat pun hilang. Saya tak risau bila jerawat seketul dua bertandang al-maklumlah perrmpuan kan. Tapi jangan kasi Miss J tinggal parut. Sekarang saya dah upgrade dari set Botanical ke Timewise Miracle set tapi saya tetap setia dengan serum Melacep tersayang :)


Selain mencerah apa lagi Melacep serum ni boleh buat ya?

Hehehe banyak lagi manfaat Melacep serum ni tau;
  • mencerah kulit kusam
  • sekatakan tona wajah
  • hilangkan parut jerawat
  • pudarkan jeragat
  • bagi muka berseri walaupun tak pakai makeup



Haa best ke best sangat serum berhantu ni? Dalam dua minggu dah tapat kesan tau uolls~ Semestinya bukan peeling sebaliknya mencerah kulit layer by layer dengan selamat.

Yours truly,
Melacep Ultimate Serum lover💜


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc





Monday, 19 June 2017

Cara Hilangkan Parut Jerawat

Hi & Assalamualaikum!

Siapa ada dilema macam ni??

"Jerawat dah hilang tapi..."

PARUT.

.
.

Stressnya rasa tengok parut yang makin hari makin meriah. Dah try macam-macam tapi takde hasil. Biasanya parut lepas jerawat ada dua jenis;

First : parut jerawat hitam
Second : parut berlubang
Masalah 1 - Parut Jerawat Hitam

Saya pernah share dalam entry sebelum ni, pasal Melacep Plus+ Luminous System dengan formulasi dari Korea yang memang focus untuk mencerah. Tapi selain mencerah apa lagi Melacep ni boleh buat? 

Melacep membantu mencerahkan kulit dengan sekata. Bukan setakat mencerah certain area je. Memang berkesan untuk hilangkan bekas jerawat hitam, dark spots & jeragat. Sebab tu BC akan recommend Melacep item bagi client yang dah habis treatment jerawat. Apa item paling power dalam Melacep set? Of course lah Melacep serum. Saya ada share macam mana dapat hilangkan sunburn teruk dgn guna Melacep serum je combine dengan Botanical Effects set. So untuk yang tak nak ambil satu set Melacep, saya akan suggest start dengan serum dulu.

Jom tengok testimoni Melacep ni👀


Testimoni dari BC sendiri. Sis ni cuma guna cleanser Melacep & serum je. And of course, combine dengan skincare Mary Kay yang lain.
Berkesan juga untuk pudarkan jeragat :)
Nampak kan macam mana Melacep boleh membantu anda untuk dapatkan kulit flawles & jernih? Jom kita beralih kepada masalah kedua.

Masalah 2 - Parut Jerawat Berlubang

Common but unpleasant. Haru betul bila tengok cermin nampak lubang-lubang di muka. 

Masalah parut berlubang & pori-pori besar

First of all, kita perlukan something untuk soothingkan balik kulit. Pilihan terbaik of course Timewise Night Solution. Timewise Night Solution membuang sel kulit mati & at the same time membantu pertumbuhan lapisan baru kulit.
Nampak kan beads yang mengandungi vitamin & nutrients. Membantu mencantikkan kulit masa you all tengah tido.

Next, si kembar tak seiras ni untuk membantu menutup parut & liang roma.
Microdermabrasion Set ni antara hot selling product MK tau. Mana taknya, dah terbukti berkesan. 


Mary Kay Microdermabrasion Set
So ada dua item dalam Microdermabrasion Set ni;

1. Microdermabrasion Refine 
- berfungsi macam scrub untuk tarik keluar segala kotoran & sel kulit mati dalam pori-pori. 

2. Pore Minimizer
- meratakan semula tekstur kulit & ketatkan pori-pori. Ada ekstak  daun Camellia untuk merawat kulit. Pore Minimizer jugak tolong protect pori-pori you all dari masuk habuk, debu dsb.


Mula-mula soothingkan kulit. And then kita ketatkan pori-pori.


Rasa-rasanya dah tau dah set mana yang sesuai untuk you all? Ke still ragu-ragu lagi. Jangan risau, I'm here to consult you with your skincare regime. Saya boleh boleh bagi suggestion ikut masalah & bajet you all :)

Update terbaru!

.

.

Ni salah seorang BC saya, dia bersabar selama setahun gunakan Melacep set, bukan tempoh yang sekejap tapi tengoklah result dia "wow" kan. BC saya ni merupakan kawan baik saya zaman belajar di U, mula-mula dia memang down dengan keadaan kulit yelah jenuh nak cover setiap kali keluar rumah. But after one year dia sendiri share keadaan kulit dia yang dah banyak sangat improved dengan excitednya. Cantik itu milik orang yang sabar hee~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc