Showing posts with label peluang kerjaya mary kay. Show all posts
Showing posts with label peluang kerjaya mary kay. Show all posts

Sunday, 16 September 2018

Mary Kay Educational Classes


"Dilla kalau join Mary Kay memang wajib attend kelas-kelas dia eh?"

Saya pergi education class Mary Kay tanpa paksaan. Takde siapa nak marah, takde siapa nak bagi warning letter dekat saya kalau saya miss apa-apa program. Semuanya saya pergi dengan volunteer, sebab saya yang nak improve diri sendiri. And sebab saya pernah rasa betapa sakitnya gagal bisnes. Bukan sebab saya tak nak belajar, tapi sebab yuran untuk masuk kelas bisnes pun sampai beribu, tu yang rasa gulp😳.

Kelas-kelas education Mary Kay 90% percuma! Kalau kena bayar pun setakat bayar makan lunch, bayar sewa tempat dalam belas2 ringgit je sorang. Rugi kan kalau saya tak attend. "Those who show up will move up!" 🔥 🔥

Khusyuk benar buat task tau

Seronok bila ada activity book yang baru ni, semua plan, customer listing, money management, target, etc semua boleh record dalam tu


Cantik kan colour lips matte yang baru ni - my favorite shade in Red Siren

SSD Faizah tekankan kepentingan untuk cari big why kita

Barisan mentor yang hebat untuk Red Jacket Workshop, ESSD Nur Amira tu lah Director saya yang sangat dikasihi


Suka tak kalau dapat peluang untuk education & coaching percuma dalam bisnes? Takde istilah dah habis belajar dalam hidup ni, even mentor-mentor pun sentiasa belajar untuk mantapkan diri & bagi yang terbaik untuk unit masing-masing. Kalau rasa nak berbisnes dengan culture Mary Kay, you all boleh contact saya, Inshaallah saya bagi guidance yang terbaik.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Friday, 14 September 2018

Bila Rasa Down...

Happy memanjang buat Mary Kay. Hari-hari best!. Hari-hari selfie happy. Hari-hari syokkk.

I wish! Macam bisnes lain jugak, bisnes Mary Kay tak terlepas dari cabaran & rintangan. Saya sendiri pun kadang-kadang rasa murung je. Rasa down? Of course pernah. Tapi bak kata SD Bella, down 5 minit je. Kadang-kadang saya pun tak dapat lari dari reflect and fikir, betul ke Mary Kay ni untuk aku. Orang lain berjaya, memang rezeki dia dengan Mary Kay. Aku belum tentu lagi. Cepat-cepat istighfar kalau rasa macam tu. Itu cuma bisikan syaiton untuk suruh kita putus asa cepat.

Tapi Allah suka ingatkan saya dengan cara halus. Satu hari bila saya frust dengan performance diri, ada stranger DM saya dekat instagram. Dia pun beauty consultant Mary Kay tapi unit lain. Dia tanya apa rahsia saya jadi Star Consultant, and dia kata banyak belajar dari Instagram saya. Allahu😭. Kita rasa kita ni belum apa-apa lagi, tak sangka ada orang lain yang terinspirasi dengan saya.

Time tengah frust menonggeng, dapat email dari Mary Kay, yang saya akan naik stage sebagai recognition untuk Move Up Career. Haa tersentak terus, cepat-cepat kita bangkit. 

Pada suatu hari yang panas terik, saya stress and down bila banyak tempat submit proposal semua time tak kena. Ada yang PIC tak hadir, ada institut yang kata schedule dah penuh, ada yang tak boleh masuk sebab tak buat appointment dulu😟. Saya makan lunch sorang-sorang and tenangkan diri, kutip balik sisa-sisa semangat yang ada untuk hantar proposal ke sekolah pulak. Tiba-tiba ada Senior Director unit lain whatsapp saya, asalnya dia nak mintak soft copy proposal tapi end up berborak panjang. Dia cerita yang dia share kisah saya dekat unit dia, dia tunjukkan saya sebagai contoh orang yang berusaha, and ramai BC beliau yang terinspirasi. Nak menitik air mata time tu tak sangka SD unit lain pun sanggup ambil saya sebagai role model😭.

Sebenarnya, bisnes atau tak bisnes, hidup ini tetap berputar macam roda. Of course kita akan rasa down, rasa kecewa. Tapi lima minit cukuplah, and then get back to your goal. Yes, impian kita bukan boleh dicapai dalam masa sehari dua, seminggu dua, or sebulan dua. Tempoh masa yang lama tu selalu buat kita lupa, and kadang-kadang jadi tak berimpian terus. 

Cara nak remind diri sendiri tentang impian kita? Kalau saya punya style, saya akan tampal kertas kecik di cermin dan tukiskan target saya untuk bulan tu. Lepas tu, dalam sujud setiap kali solat, jangan lupa mintak dekat Allah apa yang kita nak capai, sebagai peringatan dekat diri kita jugak. Sebab bila kita asyik doa, kita akan ulang banyak kali apa yang kita nak, and Inshaallah kita kan take action and cuba usahakan. Saya doakan semua yang membaca entry ni dapat mencapai impian anda dalam masa terdekat Amin...


Mary Kay Malaysia


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Tuesday, 11 September 2018

A Story of A Friend

Assalamualaikum & morning!

Selalu saya asyik share pasal cerita saya je kan, takut you all cemuih. Jadi hari ni saya nak share pasal kisah salah seorang beauty consultant saya, kisah dia agak tragis jugak lah tapi saya share setakat yang boleh.

Bismillahirrahmanirrahim...

Dulu dialah guest skincare class saya yang pertama, sekarang dia conduct skincare class sendiri
Kawan saya selama 10 tahun inilah yang sudi pinjamkan muka untuk saya practise tahun lepas. Dalam keadaan serba tak pandai, saya cuba buat dgn dia. Atiqah biasalah okay je semua benda, tak pernah berkira.
Dia pun rasa seronok dengan produk Mary Kay, tak pernah beli tapi recommend dekat kawan2 yang suka mekap. Dia juga ajak saya datang office buat makeup demonstration. Takkanlah dia nak suggest produk yang dia tak percaya kan.

Satu hari yang tragis, dia dibuang kerja and disuruh kosongkan office dalam tempoh dua jam akibat perbuatan khianat. Huhuhu dahsyat kan. Dia whatsapp saya yang kebetulan masa tu tengah bercuti (masa tu saya masih bekerja). Dia mengadu kisah dia yang sebenarnya boleh buat drama jugak, tapi saya tak nak ulas panjang sebab P&C. Kebetulan masa tu, saya dapat berita yang saya salah seorang achievers yang berjaya complete Cruise Challenge. Ngam-ngam betul tau depan Atiqah. Tak lama selepas tu, dia decide untuk jadi sebahagian dari kami. Awalnya takut sebab dah banyak kali tukar2 bisnes, well macam kawannya jugak. Tapi saya kata, saya dah setahun lebih dgn Mary Kay and tak pernah curang, and Inshaalllah takkan curang sampai bila2. Sebab Mary Kay bagi apa yang bisnes2 saya terdahulu tak boleh bagi, coaching, mentor, ilmu non-stop, and sisters yang positif. Dalam takut, Atiqah cuba jugak. Ingat lagi masa nak register, dia tanya saya betul ke apa yang dia buat ni.

And now, tengoklah dia sekarang. Jauh beza dari Tiqah dulu yang asyik hangat2 tahi ayam (sorry Tiqah). Kali ni dia serius. Kalau tak serius takdelah dia susah2 arrange utk skincare class. Takdelah dia susah2 jumpa saya and mintak belajar untuk bercakap. Takdelah dia beranikan diri bercakap depan orang kan. Baik goyang kaki dekat rumah.
Saya bangga dengan Atiqah. Bisnes ini bukan saja merubah saya, tapi juga mengubah orang lain ke arah yang lebih positif. And ke arah yang lebih cantik of course.


My beauty consultant in action


My partner in crime, Kak Maz (Red Jacket) pun turun padang membantu

Nak jugak hahaha. Sorry tak banyak gambar dapat share sebab nak protect aurat orang lain

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Tuesday, 21 August 2018

Beauty Consultant Kena Pandai Mekap?

"Dilla bolehlah dilla pandai mekap, saya tak pandai mekap macam mana nak menjual.."

Tahukah anda saya mulakan bisnes Mary Kay dlm keadaan tangan menggigil pegang brush. Noob betul pasal mekap dulu cuma kenal bedak, brush, blusher, lipstick. Concealer pun tak pandai nak sebut😂. Kadang2 datang mood nak mekap pergilah Watson / Guardian tp bila pakai jadi lagi bughok sbb apply skill main hentam je.

Dulu saya bodoh sombong, tak nak belajar mekap sebab rasa yg kita ni beauty consultant, bukan makeup artist. Tapi hati saya terjentik nak belajar bila tengok kawan2 sebaya gila layan makeup tutorial, so saya nak belajar supaya dapat cantikkan orang lain. Jadi dari situ saya attend class yang dianjurkan Director, ada basic makeup class, ada advanced makeup. Pergi jelah sebab free kan, sayang woo kalau tak pi. Lepas tu saya practise hari demi hari. Menangis jugaklah nak bagi kening tu jadi. Taktaulah berapa banyak pensel kening jadi korban🤣.

Bukan sekelip mata nak bagi tangan ni lembut. Tapi saya untung, sebab dapat belajar mekap secara percuma secara berkala. Bab barang mekap pulak, Alhamdulillah penjimatan sbg beauty consultant tak merabakkan poket saya. Kalau tak takdelah boleh buat muzium mekap, foundation ada 5 shades, cc cream 4 shades, blusher ada 7 jenis, lipstick mmg takyah cerita lah😂. And banyaaakkk lagi.

Dengan skill tak seberapa ni, saya dapat ajar orang makeup. Saya sendiri pun boleh makeover diri sendiri dah tak payah mintak tolong orang lain. And tanpa disangka-sangka, ada jugak yg mintak service makeup dari saya and tiba-tiba ehhh, dapat duit tepi lagi. Saya tak pernah announce diri saya sbg MUA, tak pernah advertise kata saya ada sediakan service mengandam, saya cuma offer utk buat free basic makeup class. Tak sangka ada jugak org sudi nak mintak kita mekapkan🤭. Terkejut lah jugak, sebab saya belajar mekap secara percuma je tiba2 dpt bayaran sebab mekapkan orang.

Suka tak kalau kita dapat belajar mekap for free lepas tu tiba2 ada orang cari kita and nak bayar kita utk mekapkan dia? Nak sembang? 😍









To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc