Saturday, 30 March 2019

Kelas Makeup Bangi

Assalamualaikum & morning!!

Dah lama sebenarnya nak share pasal makeup class yang rare ni, tapi baru ada kesempatan masa. Saya dapat whatsapp dari sorang sister ni, bagitau nak belajar mekap dekat Bangi. Saya pun on je, sebab tak lah jauh sangat Bangi ni dengan rumah saya. Excited pun ya, sebab seronok bila dapat mengajar mekap Game Centre, masa tu saya dah rasa tak sedap hati, apehal nak belajar mekap dekat tempat orang main game. And lagi satu, takut kita pulak yang kena game huhuhu. Manalah tahu yang mesej saya tu sebenarnya lelaki tapi menyamar jadi perempuan kan. 

Maybe dia dapat sense perasaan saya tu, so lepas saya whatsapp confirmkan tempat tu, dia mai jemput saya dekat bawah. Rupa-rupanya memang betul buat dekat Game Centre tu. Akak-akak yang belajar mekap dengan saya tu sebenarnya isteri-isteri kepada owner-owner tempat tu. Family business la kiranya. And bila saya masuk bahagian belakang kedai untuk mengajar mekap, ada nak-anak depa sekali. And tanpa buang masa, saya pun terus proceed mengajar mekap, jom kita tengok hasil dia😁.

Syu, dia amazed bila reti buat kening hehe

Aznie, suka tengok mata dia & ombre lips yang dia buat. Aznie ni asal Sabah so macam biasa bila orang Sabah speaking kita pun akan terikut speaking Sabah jugak haha

Yana, nampak macam orang lain kan😱. Pipi dia nampak macam baru lepas cuck botox padahal cuma guna teknik contour & blusher je

Nak jugak belanja gambar cikgu kan hehehe. Thanks for having me today~

Makeup 100% guna produk Mary Kay. Yelah kita nak bagi orang rasa kan. Selalu lepas class saya akan suruh guests pergi jalan-jalan tengah panas sebab nak tengok mekap tu tahan ke tak. Sadis tak? Hahaha. Untuk yang berminat belajar mekap dengan saya, boleh whatsapp je terus. Saya tak ambik ramai-ramai maximum tiga orang guest je per session. And saya faham untuk yang ada masalah transport or ibu-ibu yang tak boleh tinggal anak, Inshaallah selagi dalam jajahan takluk Selangor, Negeri Sembilan & KL saya boleh mai tempat anda. Click je link whatsappp tu~


Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra



Mary Kay Mint Bliss Energizing Lotion

Assalamualaikum & good morning!

Biasa kita mendengar keluhan wanita-wanita yang mengalami masalah lenguh kaki, maklumlah kita ni masing-masing busy. Kalau kerja goyang kaki je memanglah tak sakit kaki. Kalau siapa yang mengandung tu, lagilah sakit kaki. By the way saya nak share satu lotion best untuk segarkan masalah lenguh-lenguh kaki.



Tadaaa~ Inilah dia Mary Kay Mint Bliss Energizing Lotion. Function lebih kurang macam minyak angin, tapi dalam bentuk cream. Kalau you all nak tahu, lotion ni sangat segar tau, yelah sebab ada ingredient pudina, kaki yang penat terus rasa "terbangun" dan refreshed. Sengal-sengal & lenguh-lenguh pun rasa lega. Pengalaman saya pakai Mint Bliss ni, lotion jenis yang cepat meresap and tak melekit. 

Selain daripada menyegarkan kaki, Mint Bliss juga ada function lain termasuklah melembapkan kaki & melembutkan kulit. Takdelah kulit kaki tu kering je kan. Paling best mengenai Mint Bliss ni, you all tak payah risau husband and orang sekeliling complaint bau mencucuk sebab bau lotion ni bau pudina yang soft, rasa tenang je. 


Sayangi kakimu~ jom belai dengan Mint Bliss Lotion ni setiap hari

Nak buat hadiah pun sesuai kan, dahlah harga sangat-sangat mampu milik

Bayangka...aroma pudina yang menyegarkan kakimu~

Ada feeling-feeling macam dekat spa tak? Kaki kita ni penat bekerja setiap hari, so tak salah manjakan kaki dengan Mint Bliss Lotion ni. Kita sendiri pun makin produktif bila kaki tak lenguh-lenguh. Harga satu tube ni sangat amat mampu milik, a very good investment for your feet. If nak try boleh whatsapp saya tau, jangan segan silu :D


Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Wednesday, 27 March 2019

Mary Kay Soothing Eye Gel

Assalamualaikum & morning!

Alkisahnya hari tu ada member lama contact, dia tanya saya yang Mary Kay ni ada poduk untuk mata kan. Mestilah ada! Then member jugak mengadu masalah eyebags, mata sempab, bergaris halus and berkantung, macam tak sesuai langsung dengan umur dia yang muda. Saya memang tak pernah or jarang upload pasal produk penjagaan mata, and thaks to her I came up with this entry, sebab rupanya ramai perempuann ada masalah mata sembap. Eyebags & mata sembap itu adalah kebangaan kita, tanda kita kuat bekerja dan menjaga family sebaiknya sampai tak cukup tidur gitteww~

Senjata untuk busy women supaya mata kekal cantik

Kalau lifestyle kita memang susah nak ubah, takkanlah tak buat apa-apa kerja sebab nak maintain mata bagi cantik kan hahaha. Tapi kita sentiasa boleh pilih the best for our skin. Eyebags and mata sembap tu masalah common, and jangan risau sebab kita boleh treat dengan Mary Kay Indulge Soothing Gel. 


Selalu orang letak timun atas mata kan, tapi timun tu cuma duduk atas permukaan kulit and melegakan lapisan luar. Berbeza dengan kita sapu eye gel yang dapat meresap dalam kulit untuk buatkan mata lebih segar. . Selain extract timun, soothing eye gel jugak ada extract teh hijau yang sangat awesome! Sebab teh hijau ni ada anti oxidant yang tinggi untuk remove oxida berlebihan and buatkan kulit sekitar mata jadi anjal semula. Last but not least, extract rose untuk melicinkan kawasan sekitar mata, takmolah nampak bahagian mata kita bergaris-garis kan. Nanti nak mekap pun tak syok. 

Jadi next question, macam mana nak pakai soothing eye gel ni?? Adakah tempek macam skincare-skincare lain jugak?? Oh tidak, you kena apply guna cotton bud tau, sebab gel ni sejuk and bacteria mudah tersebar if apply guna jari. Pakai sebelum pakai moisturiser.


Boleh buat macam eye spa jugak dalam tiga kali seminggu dengan sapukan eye gel dekat bawah mata, then tekap dengan kapas basah dalam 30 minit. Instant result Inshaallah! boleh nampak sembap mata & lebam dah berkurang.

Sebelum mengundur diri, jom saya belanja testimoni salah seorang sister dalam Mary Kay. Kenapa tak guna testimoni saya?? Sebab saya now dah bertukar guna eye cream Timewise 3D, nanti kan menipu pulak hehehe. Jom tengok macam mana mata kawan saya nama Atikah ni berubah from time to time. 

Hasil sabar and konsisten, terus smooth mata  beliau. Tak perlulah nak letak concealer banyak-banyak dah lepas ni kan.

Say bye bye to "mata panda"~

Rasa-rasa you all dah terjentik ke pasal penjagaan mata lepas baca posting ni? Jangan biarkan mata anda diselubung kehitaman. FYI Mary Kay ada empat produk penjagaan mata, you all boleh refer info pasal yang lain dekat Penjagaan Mata Mary Kay 

Siapa rasa perlukan advise saya untuk suggest produk mata yang sesuai? I'm more than happy to help, just click link talian hayat saya di bawah :)

Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.


Saturday, 23 March 2019

My Skin Journey

Assalamualaikum & good morning!!

Produktif betul rasanya di pagi Ahad ni, time orang kain tengah cuti time tu lah saya kerja maklumlah jadual kita atur sendiri hehe. Sebenarnya dah lama saya nak share skin journey saya dengan lebih details, tapi asyik tertangguh je lagi-lagi bila kena start operasi mengorek gambar-gambar lama. And finally, today is the day! Jom pakat tengok kulit saya dua tahun lepas dgn la ni macam mana.


Kiri : February 2017           Kanan : January 2018

Inilah contoh seorang manusia yang syok sendiri. Saya dulu malas pakai sunblock, sebab fikir leceh. Lagipun sebab saya tengok parents saya awet muda, jadi saya dgn confidentnya ingat saya pun lambat tua cam depa. Maybe saya mewarisi gene awet muda tu, tapi kena tengok jugak lifestyle kita macam mana. Contohnya macam saya dulu memang banyak kerja site, terdedah dgn chemical dan haba panas, sebab tu lah tua sebelum waktu huhuhu. Tekstur muka pun kasar macam pepasir je.

March 2018

Haa yang ni hangpa jangan nak gelakkan mekap saya pulak hahaha, fokus pada kulit je hokayy. Time ni dah guna Mary Kay for almost setahun jugak. Nampak tak dekat dahi tu tu masih nampak jelas bijih-bijih pepasir. Sebab tu sayan sangat benci bermekap because bijih-bijih tu akan nampak lebih obvious. Mula-mula ingat ke whiteheads tapi etelah refer pada sisters dalam MK, baru tau sebenarnya bijih-bijih tu terhasil sebab lapisan dalam kulit yang kering.

April 2018

Bila dah tau punca kena bijih-bijih tu terhasil, saya memang fokus untuk melembapkan kulit dari dalam. Add on Timewise Renewing Softener and Renewing Gel Mask untuk provide kelembapan sampai ke akar. Saya saja tunjuk gambar bermekap tebal sebab nak tunjuk yang bijih-bijih tu nampak berkurang walapun dah mekap berlapis-lapis. Kalau tak sebelum ni lagi tebal mekap lagi timbul bijih.

May 2018

Kulit dah banyak improvement! Masa ni pakai mineral powder & lipstick je. Nampak tak makin cerah & makin rata?

July 2018

Lagi sekali gambar mekap berlapis-lapis, sebab nak tunjuk yang skin texture dah banyak improved and tak nampak teruk walaupun dah mekap tebal. Masa ni saya belajar mekap kahwin yang ditaja oleh Director😁.

Nak bukti yang lagi woww??

.


.



.



Pipi Kanan

Dahi

Nampak tak kesan pencerahan melampau tu?? Patutlah saya perasan bila pakai Foundation Beige 5 jadi terlalu kuning untuk saya. Now saya dah naik satu anak tangga foundation, which is Beige 3. Perasan tak dekat dahi lagi gelap kan, sebab dahi ni spot yang paling tinggi dekat muka kita and paling terdedah pada matahari. 


And bukan dapat cerah je, tapi kulit pun makin younger woww.. Awal-awal berMary Kay saya banyak fokus untuk brightening & pulihkan tekstur kulit, jadi bila Mary Kay dah keluarkan skin analyzer untuk scan kulit, terus insaf bila keluar result "older". Nak nak bulan tu jugak keluar Timewise 3D, memang saya lenjan kulit dengan anti-aging. Alhamdulillah masuk bulan January kuli saya dah jadi sebaya dengan umur, then bulan March jadi younger! Dahlah dapat bonus kulit cerah sekali sampai kena tukar colour foundation. Saya ada shale secara detailed pasal Timewise 3D dekat sini

Bila diikuti perjalanan saya dengan Mary Kay, sohihlah bukan kerja sehari dua untuk dapat kulit yang best. Sekarang pun kulit saya masih belum perfect and takkan jadi perfect, tapi makin improve from time to time. Ada yang whatsapp tanya saya kenapa pakai Mary Kay naik jerawat, kenapa jadi kusam. Mary Kay ni akan treat dari akar dulu, and dia tak peduli apa jadi dekat permukaan kulit you all sampailah dia repair lapisan dalam kulit. Dalam sebulan dua untuk you all nampak kesan. Jadi kalau nak guna Mary Kay, kuncinya ialah sabar & konsisten. 

Siapa nak scan kulit & dapatkan consultation dari saya, bolehlah contact talian hayat saya dekat bawah. Inshaallah saya akan guide anda sampai dapat kulit idaman :).


Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan 

Thursday, 7 March 2019

New Product - Vitamin C Activating Square

Assalamualaikum & morning!

Sorry lama sangat biarkan blog ni berhabuk, few weeks jugaklah kan. Saya diuji dengan masalah kesihatan sikit, and lagi satu sebab rumah tunggang langgang tengah renovate so agak tak convenient untuk saya bukak laptop masa tu. Anyway, saya nak buat announcement yang sangat penting ni, Mary Kay dah keluarkan produk baru lagi, and this time memang lain dari yang lain😱😱.



.


.


.



New Revolution - Vitamin C Activating Square

Tengok rupa pun dah nampak pelik kan. Dia bukan serum, bukan cream, bukan liquid, sebaliknya dalam bentuk segi empat. Hence the name. 

Mary Kay dah ada Serum C yang superb tu, jadi kenapa perlu lagi keluarkan Vitamin C Activating Square?? Sebabnya, Vitamin C dalam liquid form bukanlah vitamin yang fresh, jadi company keep on buat research, create new innovation untuk hasilkan produk yang lebih hebat & lebih baik. Sebab Mary Kay nak kita dapatkan manfaat seperti dari Vitamin C yang fresh, maka terhasilah Vitamin C Activating Square yang baru, yang bentuk macam kertas, nipis & jernih. Activating Square ni boleh mix dengan mana-mana serum Mary Kay, and dia akan bertindak macam booster yang akan boost lagi fungsi serum yang dipilih. Clearproof Serum tak boleh mix yea. 

Petak-petak Kesayangan~

Mix dengan serum kegemaran uolls~

Jadi lagu ni lepas basah, sedia untuk menggebukan kulit you all~

Since Activating Square ni agak rare, jadi macam mana kita nak guna ya? Kita kena basahkan dengan Botanical Freshen atau filtered water dulu, then campur & gaulkan dengan mana-mana serum yang kita suka. Jagan basahkan guna air paip tau. Guna 2-3 kali saja seminggu. Dalam amsa dua minggu dah boleh nampak kesan dia - skin texture makin improve, garis halus berkurang, skin makin cerah & anjal woww!

Nak tengok tak contoh??



Like seriously?? Nampak ketara kan kulit belah kanan lagi cerah. Ni adalah hasil kulit Director saya lepas dua bulan guna Activating Square, maklumlah dia dapat pakai dulu kan (nada jeles).  Dia mix dengan Lumivie serum yang memang function untuk mencerah. Sekali nahh hambikkk, cerah sampai ke bulan tau. Lepastu you all perasan tak skin texture nampak lebih sekata? 

                                                  
Wahh dapat result "younger" pulak maklumlah asyik berendam dengan Vitamin C je kan. Inilah balasan bila konsisten pakai Vitamin C fresh, muka and gebu & mulus melampau. 

Rasanya sekarang you all dah dapat general idea kan macam mana Vitamin C Activating Square ni bertindak, bukan setakat produk biasa-biasa, tapi prodik ajaib. You all yang nak rasa sendiri magic Activating Square ni, bolehlkah contat talian hayat saya ya, Bulan ni ada promo boleh dapat free Activating Square bila beli serum tau. Jangan lepaskan peluang tapi make sure contact saya atau beauty consultant anda dulu untuk consultation :).

Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.