Monday, 30 December 2019

Brand New Mary Kay Timewise 3D Foundation Review

Assalamualaikum & morning!

Are you ready for new product? Yes! Ada lagi inovasi baru dari Mary Kay, maklumlah Mary Kay Inc. takde kerja lain melainkan nak improve product sedia ada hihihi. But this time, innovation for my all time favorite product yang akan jadi lebih favourite lagi lepas ni, Mary Kay Liquid Foundation!
 
Brand New Mary Kay Timewise 3D Foundation

Kalau you all merupakan pembaca setia blog saya & follow saya dekat mana-mana social media, you all mesti perasan betapa saya suka sangat membebel pasal foundation Mary Kay. So bila Mary Kay dah improvise foundation dia, haa jaga-jagalah sebab saya akan membebel dengan lagi banyak hahaha. 

OLD vs NEW

Jadi apa specialnya tentang foundation baru ni berbanding foundation lama yang dah sedia best?

Untuk foundation lama, colour shades yang masuk Malaysia agak limited. Jadi untuk certain kulit kena main campouq-campuq which is mungkin tak convenient bagi certain people. Jadi foundation 3D yang baru ni ada teknologi terbaru - intellimatch technology (mak aihh nama kau). Intellimatch technology maksudnya adalah teknologi yang akan matchlan warna foundation terus dengan kulit kita, hasilnya kita nampak flawless dengan natural and shade akan perfect fit dengan kulit kita. Dalam bahasa mudahnya, kalau kita ambik shade yang dalam golongan kulit kita, dia akan jadi ngam terus dengan kulit kita. But if kita kulit gelap then ambik shade paling cerah kelabu jugak. Point saya dekat sini, kita tak perlu berpeluh-peluh cari one shade yang paling sesuai dengan kita sebab Mary Kay dah kumpulkan data dari 8000 skin tone seluruh dunia and keluarkan 8 shades mengikut data tersebut. 
New shades from new foundations! Foundation 3D masih lagi mempunyai 2 formula iatu Matte untuk kulit combination / oily dan Luminous untuk kulit kering (dewy finish).

Untuk foundation baru ni, Mary Kay dah state siap-siap yang mana sesuai dengan warm tone, natural tone & cool tone. Saya ada share dengan terperinci cara untuk kenal pasti undertone kita dekat sini. Tapi sebenarnya you all tak perlu sakit kepala, refer je pada beauty consultant or pada saya untuk dia pilihkan shade yang sesuai. Itu kerja kami, bukan kerja uolls😁

Enhancement dari segi ingredients...

1. Encasuplated Resveratrol
Resveratrol adalah sejenis bahan anti-aging and bila dalam encapsulated form, dia akan release resveratrol tu slowly supaya kita effect resveratrol bertahan lebih lama & kita dapat enjoy benefit dia dalam tempoh yang panjang. Resveratrol juga tolong sekatakan tona kulit & protect kulit dari anasir-anasir luar.

2. Vitamin B3
Orang panggil brightening superpower! Dia lebih target kepada tona kulit tak sekata and vitamin B3 jugak bekerja dua kali ganda sebagai antioxidant yang bagi extra protection dekat kulit. Like seriously,,,semua ni kita boleh dapat dari satu foundation je??

3. Age Defying Peptide
Terdiri daripada empat amino acid yang dicantumkan bersama untuk bagi muka nampak macam 18 tahun. Dia support collagen semula jadi & elastin dalam kulit supaya kulit bertambah muda & berseri.

And special jugak Mary Kay dah bawak masuk blending brush yang boleh guna dengan foundation ni. Nantikan review foundation baru dari saya ya, sekarang ni Directors je yang baru boleh order hukss. 1 January nanti keluar promo baru and Inshaallah akan yermasuk promo untuk Timewise 3D foundation jugak, jadi boleh whatsapp saya untuk kita sharing-sharing tau~


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Thursday, 26 December 2019

Simple Affordable Makeup

Assalamualaikum & morning! Dah ready untuk cantik berseri menjelang 2020😍Need some help? Hari ni saya nak suggestkan a few makeup items yang boleh membantu anda nampak gorgeous dengan affordable and at the same time sangat affordable. Jom tengok😍

1. Corecting & Contour Stick 


                     

Mary Kay ada keluarkan stick untuk colour correct & contour. Mudah sangat stick ni calit-calit je untuk nampak flawless and defined. Saya ada cerita terperinci dekat sini, you all boleh refer dekat sini 

2. Mary Kay Lip & Cheek Stick 



Blusher & lipstick sekali, maybe ada yang biasa buat lipstick as blusher macam saya (actually sebab malas😅) tapi you all tau tak sebenarnya untuk Lip & Cheek Stick Mary Kay ni texture di sangat best. Dia stick tapi rasa creamy and moisturising. Saya pun susah nak describe tapi yang penting best. 

3. Mary Kay Baked Trio Eyeshadow 




 Tiga warna untuk satu harga, and jangan risau harganya tak buat you all terbeliak mata sebab rasa tak mampu. Instead dia sangatlah mampu milik sampai you all rasa nak menangis. And since dia ada tiga colour, you all boleh jugak buat as highlighter, buat eyebrow, contour, and blusher jugak untuk certain colour. 

4. Mary Kay Liquid Lipstick 
Saya dah pernah cuba macam-macam jenis matte lipstick tapi takdelah yang rasa selembap Mary Kay punya. Saya bukan cakap sebab saya beauty consultant, tapi lips matte dia memang rasa soft tapi melekap. Takde rasa ada benda dekat bibir macam certain lips matte. Colour dia actually you all boleh main mix & match kalau nak. Harga pun sangat, sangat, sangat mampu milik. Haa kalau nak try moh lerr habaq~ 

Dekat sini saya bagi video untuk you all refer cara-cara nak nampak gorgeous guna mekap yang simple & affordable. 
Gold Obsession

Curved The Blue

Smokey Roses


Sudah rasa terpikat kah?😁 Kalau nak tau price listing & more details boleh refer dekat instagram saya @dee.allydra. Sorry ya bukan tak mau share kat sini tapi memang tak boleh publish. Tapi apa susah, kan boleh whatsapp~


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Monday, 23 December 2019

Beauty Roadshow di Nu Sentral


Assalamualaikum & morning!

Kelmarin saya & rakan-rakan consultants ada buka booth di Nu Sentral, jom saya share sikit aktiviti kami masa hari kejadian.


Haruslah share welfie dulu kan~

In action for skin  analysis - scan kulit yang memerlukan

Product trial - kita kan suka bagi cuba & feel dulu




Paling best hari tu ada special appearance dari MUA Bellaz, dia buat makeup demonstration dekat atas stage sebelah booth kami. Jadi memang nampak clear lah muka belaiu dengan slang Kedahnya, siap explain awai-awai yang dia tak boleh cakap luar nanti tak jadi. Comel je kan hehe. Booth masih berlangsung di Nu Sentral level LG, tapi saya dah takdelah hihi. Next time saya akan update lagi ya kalau ada upcoming booth. Tapi no worries, you all masih boleh coontact saya kalau nak jumpa untuk beauty talk atau yang berkenaan, jangan sembang lain pulak hahaha.

Debut Celebration SD Elizabeth

Assalamualaikum & morning! 

Saya dengan rasa yang sangat berbesar hati ingin menjemput anda semua ke majlis debut rakan unit saya yang dah pun selamat bergelar Sales Director pada November lepas. Elizabeth atau nama manjanya Eliz merupakan seorang beauty consultant part time dan mempunyai kerjaya hakiki di sebuah company IT. Eliz ni bekerja shift, waktu tidur & makan memang sangat tak menentu. But still, she did it! Inshaallah kita akan dapat manfaat dari perkongsian beliau masa majlis. And you all juga dapat buat skin analysis, skin consultation & product trial hari tu. Ada rezeki boleh dapat lucky draw. Jom sama-sama meriahkan majlis 4 January nanti, whatsapp saya dulu untuk RVSP.

Eliz & saya sewaktu sama konvo Red Jacket University, I'm so happy for her~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Wednesday, 18 December 2019

Single Palette Makeup Challenge

Assalamualaikum & morning!


Siapa dekat sini gila tengok makeup tutorial macam saya? Sekali layan boleh sampai beghejam tak sedar huhuhu. Saya perasan MUA or beauty influencer ada buat challenge macam "Full Face Makeup Using Lipstick", "Full Face Makeup Using Foundation", "I Used My Mom's Makeup", "Full Face Using Kids' Makeup" and all sort of things. So saya pun terfikir since saya pun selalu berangan jadi youtuber, then why not buat challenge yang seakan-akan. Saya challenge diri saya untuk guna satu eye palette saja and paling mencabar ialah sebab saya tak pernah gunakan palette ni sebelum ni, sebab saya tak reti macam mana nak combine semua colour tu.
                                 
Inilah eye palette berhantu yang saya takut nak guna sebelum ni.Tapi sekarang dah tak rasa berhantu lagi~

So inilah final result dari single palette challenge rekaan saya tu

 Nah saya belanja gambar besar-besar for your viewing pressure kihkihkih

Ni bila buka mata, saya saja tak keluarkan sangat eye colour melebihi eyelid sebab mula-mula pakai nampak mata gelap sangat macam panda tapi sebenarnya okay je kalau tarik keluar agi eyeshadow so dia akan lebih nampak bila buka mata. Tapi tulah, saya paranoid sangat guna palette ni kan.

Sorrylah kalau asyik bagi pose sama je maklumlah saya ni tak pandai posing, lagipun nak kena mengadap lighting and at the same time nak sorok banyak benda dekat belakang tu hahaha.

Jadi macam mana nak buat look gini ya? Senang jeee, rupanya banyak benda you boleh buat dari palette sekecil ni.
Onyx
Saya buat kening & eyeliner guna colour ni, as you can see warna dia hitam pekat. Very pigmented and sangat membantu untuk you all yang takut nak pakai liquid eyeliner, boleh buat dengan Onyx. And dah nampak pun hitam, so boleh guna untuk create smokey effect.

Saya guna dua colour ni, Moss (Hijau) & Rustic untuk buat mekap mata. Colour Rustic saya pakai di keseluruhan kelopak mata sampai ke "crease", untuk colour Moss pulak saya letak dej
kat corner je untuk nampak light smokey effect. Kalau nak lagi glamour, you all boleh letak shimmer dekat tengah-tengah tapi saya tak bolehlah, kan dah janji nak guna satu palette je hehehe.

Nampak kan gradient colour hijau & perang tu?
Hazelnut
Sangat best buat shading hidung guna ni! And untuk challenge hari ni saya buat cheek contour jugak and agak impressive lah result dia😍

Nampak tak hidung & pipi kita itu?? That's the power of contour! And contour guna eyeshadow saja bahh~

Jadi pengajaran penting yang saya dapat dari challenge ni, jangan takut untuk bermain warna yang kita tak biasa. It could turn out to be great. And maaflah kalau saya tak dapat buat video tutorial, sebab saya takde facilities sangat memandangkan camera handphone semata. Inshaallah soon saya akan buat video tutorial supaya you all lebih faham. Tapi kalau nak belajar mekap dengan saya pun boleh, asalkan you all jadi customer saya then you akan dapat kelas makeup exclusive. Whatsapp jer okayy~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.




















Monday, 16 December 2019

Cara Hilangkan Tiny Bumps

Assalamualaikum & morning!


Berpasir di dahi...siapa rasa macam tu? Nope dia bukan milia seed atau biji kolestrol, bukan juga jerawat yang ada mata. Dia tiny bumps susah nak dihilangkan. One of the reason susah nak hilang sebab dia takde mata. Yang penting memang annoying ecspecially bila pakai mekap, nampak lagi obvious. Tiny bumps ni boleh tumbuh di mana-mana tapi dia paling suka tumbuh dekat dahi & pipi.

"Closed Comedones"

Canggih benor nama dia. "Closed Comedones" sebenarnya adalah sejenis whiteheads tanpa mata yang membentuk "bumps" atas permukaan kulit. Ada dua punca utama yang menyebabkan terjadinya "closed comedones" ni;

  • pori tersumbat
  • perubahan hormon

Now dah tahu punca "closed comedones" aterr,,, macam mana pulak nak merawat dia? Tak susah pun nak hilangkan tiny bumps musuh kulit uolls ni;

  • gunakan mekap & skincare yang non-comodogenic (tidak menyumbat pori, boleh refer pada label produk)
  • scrub / mask dengan konsisten untuk membuang kulit mati yang menyumbat pori
  • gunakan skincare yang megandungi glycolic acid, benzyl peroxide ataupun salacilyc acid

Ingredients untuk merawat "closed comedones" sebenarnya ada jugak dalam skincare Mary Kay. Jom tengok yang mana satu;

Timewise Repair Revealing Radiance Facial Peel

My favorite! Facial Peel ni mengandungi salacylic acid yang dapat tembus jauh ke dalam kulit & buang kulit mati dengan sekata. Selain dari exfoliate, facial peel ni juga membantu meratakan permukaan kulit. jadi takdelah kulit kita banyak "bumper" kan hehehe.

Clearproof Pore Purifying Serum

Nama pun pore purifying - serum ni membantu membersihkan pori dari minyak dan kotoran. Bila pori uolls clear, tiny bumps takde alasan nak muncul. Jadi segalanya bermula dari kebersihan pori. Sebenarnya Clearproof set kebanyakan item ada salicylic acid, cuma kalau jerawat uolls tak serius, boleh guna serum sahaja ataupun acne spot.

Nak tengok testimoni Pore Purifying Serum untuk merawat tiny bumps / closed comedones? 
Ni kawan saya yang lately ada problem dengan tiny bumps, actually bumps tu lebih banyak tapi dalam camera tak nampak sangat. Dia stress sebab bila mekap tiny bumps tu makin timbul.
Hasil lepas sebulan add on Pore Purifying Serum, dah licin balik dah kulit. Jadi bolehlah bermekap dengan girangnya sebab muka dah flawless kan. Semuanya bisa dirawat kalau kita dah kenalpasti punca.

Hopefully posting hari ni dapat membantu you all yang mengalami masalah sama. Kalau nakkan consultation dari saya, jangan segan silu whatsapp tau. Thanks for reading!

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc









Saturday, 14 December 2019

Cara Konsisten Pakai Skincare

Assalamualaikum & morning!

Dah beli skincare full set, then semangat pakai tiap pagi & malam ditempek muka dgn cleanser, serum, moisturiser, etc. Muka dibelai-belai dengan harapan dapat kulit idaman. Tapi...tiga hari je rajin. Lepas tu skincare routine terus ke laut😅. Guane tu? 


Tak guna beli skincare taraf dunia pun kalau end up bersusun dekat rak. Sebelum ni saya asyik share pasal pemilihan produk yang sesuai dgn kulit kan, meh hari ni saya share pulak cara untuk konsisten pakai skincare.

1. Beli Skincare Yang Berkesan
Kalau kita pun ragu2 skincare tu berkesan atau tak, kita akan rasa tak semangat and mulalah penyakit "M" datang. Macam mana nak tau skincare tu berkesan kalau belum pernah guna? You all boleh tengok brand, kebiasaan brand yang elok ni dia akan dikenali seantero dunia dengan positif. Lepas tu boleh jugak mintak review dari kawan-kawan yang pernah guna particular skincare. Boleh Google review & pengalaman orang lain tapi kena pandailah bezakan testimoni betul and testimoni rekaan.

2. Letak Skincare Di Tempat Mudah Dicapai

Biasanya perempuan ni letak dekat atas meja solek kan, which is good. Tapi kalau meja solek tu ada beribu barang lain, mau berpinar mata nak cari dulu. So asingkan semua skincare siap-siap. Make sure skincare uolls mudah dinampak supaya boleh remind diri kita untuk menjaga muka setiap hari.

3. Pilih Skincare Yang Praktikal

Kalau and adalah seorang ibu anak lima, maka adalah sangat tak praktikal untuk comor sampai 17 item dekat muka. Mana nak ada masa kan. Jadi kalau you all jenis selalu rushing, tak perlu banyak-banyak cukup cleanser, toner, moisturiser, SPF. Dah banyak skincare yang gabungkan SPF dengan moisturiser and sangat berguna untuk yang selalu busy sebab you akan dapat protect & melembapkan kulit dari satu item. Exfoliate guna mask atau scrub jugak penting tapi kalau you all suka cepat, boleh guna scrub instead of pakai mask. Tapi apa-apa pun, make sure sesuai dengan kulit muka you all dulu tau.

4. Letakkan Skin Goal

Ehh macam pelik jee tampal skin goal dekat dinding. Why not?? Kalau orang boleh tulis career goal, fitness goal, study goal etc, why not tulis skin goal jugak. "Kulit bebas jerawat by 2020", "kulit bebas parut dalam masa 6 bulan", "eyebags yang dah tak kelihatan by 2020". Make sure specific goal mengikut keadaan kulit you all, jangan lah letak goal nak kulit flawless je. So bila kita pandang skin goal kita, Inshaallah dah tak malas nak apply skincare hehe. 

5. Tuliskan Manfaat Kulit Yang Cantik

Lebih kurang macam nombor 4, you all boleh tuliskan benefit yang you all akan dapat selepas memperoleh kulit idaman. Sebab bila benda yang kita buat hari-hari kita ada tendency yang tinggi untuk jadi bosan. jai "berangan" tentang kulit cantik boleh remind diri kita semula kenapa pentingnya untuk konsisten skincare. Contohnya, "bila kulit aku cantik nanti dah tak malu nak pergi interview", "bila kulit dah tak kusam nanti boleh pakai tudung warna pastel", "bila mata tak sembap nanti takdelah nak guna concelaer je bila keluar rumah", "nanti muka dah tegang takdelah orang panggil aku makcik" lagi. All sort of things nampak macam remeh tapi sangat berkesan untuk memotivasikan kita.

Sekian sahaja lah tips dari saya hari ni, hopefully bermanfaat untuk semua~ Tak rugi pun kalau you all spend 5-10 minit sehari untuk kemaslahatan kulit sendiri. Kalau nak selalu receive tips-tips macam ni, boleh whatsapp and save nombor saya untuk saya broadcast beauty tips & tricks setiap minggu :)

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Wednesday, 11 December 2019

Cara Pilih Warna Tudung


Assalamualaikum & morning!

Hari ni kita sembang pasal topic lain sikit - pasal warna. Lumrah jadi perempuan kadang-kadang (or selalunya) kita pening nak piliih pakai tudung colour apa, baju colour apa nak bagi match dengan  muka kita. Biasanya orang pilih ikut colour kulit, kalau kulit cerah dia bebas pakai colour apa dia suka, kalau kulit gelap pulak kena avoid warna-warna lembut nanti nampak lagi gelap. Gitu ya?

Sebenarnya...ikut undertone kita. Kalau "warm" undertone, pilih colour yang warm untuk dipadankan. Kalau "cool" undertone, pilihlah colour yang sejuk pulak. Paddia tu warm & cool undertone? Macam mana nak tau??

Haa senang je nak tentukan you all ni jenis "panas" atau "sejuk", tengok je urat tangan you all macam kat bawah ni...
Urat warna biru - cool undertone
Urat warna hijau - warm undertone
Campuran biru & hijau - neutral undertone

Nak lagi clear tengok yang ni😊

So sekarang dah faham ke macam mana cara nak identify undertone masing-masing? Yang ni kena tengok betul-betul, kalau rasa mata error, boleh mintak kawan tolong check kan hehe. Saya nak share kan tips dari NSD Sheila, kalau rasa susah sanagt nak tengok urat kat tangan tu, boleh check if you all sesuai pakai lipstick oren maksudnya you jenis warm tone. Then bila dah tau undertone apa kita nak buat? Jeng jeng jeng...
So lepas ni you all boleh pilih pakaian ikut undertone masing-masing. Kalau anda "neutral" tahniah,,,sebab you all boleh pakai mana-mana colour! 

Kena pakai satu colour ke from head to toe? Tidak sayang, colour fabric yang terdekat dengan muka you all tu sepatutnya ikut undertone. Kalau pakai tudung means tudung  ikut undertone. Kalau free hair of course colour baju, tapi let say bila pakai scarf atau topi yang ala-ala keluarga diraja British, so itulah item yang kena ikut undertone memandangkan depa ni paling dekat dengan muka kita.  

Jadi warna mekap dan pakain terdekat dengan muka kena ikut undertone untuk nampak berseri.
Antara cadangan warna untuk "warm" undertone. You all boleh pilih colour yang ada campuran warna kuning macam oren, brown, peach, merah, cream, etc.
Ni pulak untuk "cool" undertone, biasanya colour dia ada campuran warna biru

Nak tengok tak macam mana impact kalau kita apply warna undertone dekat diri kita??

.

.

.



Ini saya bila pakai tudung biru yang sebenarnya tak sesuai dengan undertone saya. Tapi nampak okay je kan? Sebab saya lawan balik dengan mekap yang terang untuk elakkan nampak pucat. Masa tu tema frozen so kes terpaksa pakai biru.

Ni pulak bila saya pakai tudung yang ikut undertone saya (warm undertone), walaupun cuma buat kening sajaa tapi nampak berseri kan? (kihkihkih)

Nak lagi jelas jom tengok sebelah menyebelah, pakai warna biru dengan mekap terang and pakai tudung cream dengan very minimal makeup, tetap nampak tudung cream lagi naik kan. That's the power of colour!

Jadi dengan ini saya simpulkan (cewahh) bahawa pemilihan warna sebenarnya sangat penting dalam kehidupan seharian. Kalau tak percaya, cer fikir balik pernah tak you all bila pakai satu tudung or baju ni uolls rasa muka cantik sangat, padahal pakai gaya sama and mekap pun sama je macam hari-hari lain. Haa kalau rasa ada, cuba check balik colour tudung  tu mesti dia kena dengan undertone dengan uolls. 

Kalau you all berminat nak dapatkan lebih banyak tips kecantikan boleh whatsapp and save nombor saya, saya broadcast tips & tricks setiap minggu😊.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.