Wednesday 11 December 2019

Cara Pilih Warna Tudung


Assalamualaikum & morning!

Hari ni kita sembang pasal topic lain sikit - pasal warna. Lumrah jadi perempuan kadang-kadang (or selalunya) kita pening nak piliih pakai tudung colour apa, baju colour apa nak bagi match dengan  muka kita. Biasanya orang pilih ikut colour kulit, kalau kulit cerah dia bebas pakai colour apa dia suka, kalau kulit gelap pulak kena avoid warna-warna lembut nanti nampak lagi gelap. Gitu ya?

Sebenarnya...ikut undertone kita. Kalau "warm" undertone, pilih colour yang warm untuk dipadankan. Kalau "cool" undertone, pilihlah colour yang sejuk pulak. Paddia tu warm & cool undertone? Macam mana nak tau??

Haa senang je nak tentukan you all ni jenis "panas" atau "sejuk", tengok je urat tangan you all macam kat bawah ni...
Urat warna biru - cool undertone
Urat warna hijau - warm undertone
Campuran biru & hijau - neutral undertone

Nak lagi clear tengok yang ni😊

So sekarang dah faham ke macam mana cara nak identify undertone masing-masing? Yang ni kena tengok betul-betul, kalau rasa mata error, boleh mintak kawan tolong check kan hehe. Saya nak share kan tips dari NSD Sheila, kalau rasa susah sanagt nak tengok urat kat tangan tu, boleh check if you all sesuai pakai lipstick oren maksudnya you jenis warm tone. Then bila dah tau undertone apa kita nak buat? Jeng jeng jeng...
So lepas ni you all boleh pilih pakaian ikut undertone masing-masing. Kalau anda "neutral" tahniah,,,sebab you all boleh pakai mana-mana colour! 

Kena pakai satu colour ke from head to toe? Tidak sayang, colour fabric yang terdekat dengan muka you all tu sepatutnya ikut undertone. Kalau pakai tudung means tudung  ikut undertone. Kalau free hair of course colour baju, tapi let say bila pakai scarf atau topi yang ala-ala keluarga diraja British, so itulah item yang kena ikut undertone memandangkan depa ni paling dekat dengan muka kita.  

Jadi warna mekap dan pakain terdekat dengan muka kena ikut undertone untuk nampak berseri.
Antara cadangan warna untuk "warm" undertone. You all boleh pilih colour yang ada campuran warna kuning macam oren, brown, peach, merah, cream, etc.
Ni pulak untuk "cool" undertone, biasanya colour dia ada campuran warna biru

Nak tengok tak macam mana impact kalau kita apply warna undertone dekat diri kita??

.

.

.



Ini saya bila pakai tudung biru yang sebenarnya tak sesuai dengan undertone saya. Tapi nampak okay je kan? Sebab saya lawan balik dengan mekap yang terang untuk elakkan nampak pucat. Masa tu tema frozen so kes terpaksa pakai biru.

Ni pulak bila saya pakai tudung yang ikut undertone saya (warm undertone), walaupun cuma buat kening sajaa tapi nampak berseri kan? (kihkihkih)

Nak lagi jelas jom tengok sebelah menyebelah, pakai warna biru dengan mekap terang and pakai tudung cream dengan very minimal makeup, tetap nampak tudung cream lagi naik kan. That's the power of colour!

Jadi dengan ini saya simpulkan (cewahh) bahawa pemilihan warna sebenarnya sangat penting dalam kehidupan seharian. Kalau tak percaya, cer fikir balik pernah tak you all bila pakai satu tudung or baju ni uolls rasa muka cantik sangat, padahal pakai gaya sama and mekap pun sama je macam hari-hari lain. Haa kalau rasa ada, cuba check balik colour tudung  tu mesti dia kena dengan undertone dengan uolls. 

Kalau you all berminat nak dapatkan lebih banyak tips kecantikan boleh whatsapp and save nombor saya, saya broadcast tips & tricks setiap minggu😊.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.



No comments:

Post a Comment