Friday 30 April 2021

Tips Untuk Yang Nak Cepat Cantik

Hai & salam 18 Ramadhan semua😀

Tup tup kita dah nak masuk 10 Raamadhan terakhir kan😱
semoga ada rezeki kita dipertemukan dengan Lailatul Qadar Amin~

Maksudnya skearang kita semua semakin menghampiri syawal jugak, walaupun kita tak boleh merentas negeri sob sob tapi takpe kita still boleh melaram dekat rumah masing-masing. You all dah dapat kulit yang diidamkan ke? Kalau belum and kalau you all rasa tak sabar nak cantik, meh saya sharekan tips and trick nak bagi cepat gojesss😍

1. Gunakan Cleansing Brush


Nak cepat cantik kena make sure cleansing process tip top, sebab dia akan membantu kulit kita menyerap skincare seterusnya dengan maksimum. Facial brush jugak bantu bersihkan pori kita so dia akan mengelakkan jerawat, whiteheads & blackheads muncul.

2. Exfoliate Tiga Kali Seminggu


Kita patut exfoliate kulit mati guna mask atau scrub 2-3 kali seminggu, tapi kalau dah nak cepat cantik tu so bolehlah ambik yang maksimum😀
Nak lagi cepat cantik gunakan exfoliator paling power dalam Mary Kay which is Timewise Repair Facial Peel. Facial Peel mengandungi gycolic acid yang akan tembus jauh ke dalam kulit dan buang kulit mati secara sekata. sebab tu lepas bilas Facial Peel ni kulit immediately jadi macam kulit baby! Ni fakta tau bukan auta siapa yang pernah cuba Facial Peel tahulah mcm mana hebatnya😊

3. Gunakan Serum


Serum merupakan item paling power dalam skincare disebabkan molecule dia yang halus dan boleh tembus hingga ke lapisan dermis. Sebab tu kalau you all perasan harga serum ni yang paling mahal compare dengan item skincare lain sebab dia punya keberkesanan yang cepat. Nak lagi cepat cantik meh guna Youthfinity serum, kita panggil ibu serum in Mary Kay sebab dia menggabungkan function semua serum (brightening, anti-aging, mengecilkan pori, etc) and sesuai jugak untuk yang malas pakai banyak-banyak serum tapi nak cepat cantik.

4. Guna Sheet Mask


Sheet Mask Mary Kay memang bagi hasil yang daebak! Tengok jelah ingredients dia, Bio Cellulose Mask mengandungi fiber yang 1000 kali lebih halus dari seurat rambut😱  sebab tu lepas pakai selama 20 minit terus instantly muka jadi v-shape, gebu, makin moist & makin cerah.

Black Sheet Mask pulak mempunyai richness sebotol serum Lumivie and bagi instant result sama dengan bio cellulose mask, cuma dia lebih fokus kepada yang nak cerahkan wajah, nak pudarkan jeragat & pudarkan parut jerawat.

5. Guna Beauty Tools


Beauty tools dapat membantu penyerapan skincare selain bagi benefit lain menegangkan kulit, pulihkan kulit sagging & melancarkan peredaran darah. Kalau dala Mary Kay kami guna massager yang boleh tukar kepala dengan skinvigorate tu and guna untuk apply serum. Bila penyerapan skincare di tahap maksimum jadi skincare cepat berkesan. Yang ada masalah double chin pun boleh guna massager mary kay ni Inshaallah makin berkurang😀   

6. Jangan Tinggalkan Essenstial Skincare

Kalau dah buat semua cara di atas tapi basic skincare masih tak complete, sia-sia je huhu. Regimen asas kena cukup dulu, baru boleh add on yang lain-lain. Kalau nak saya bantu kulit you all canti dengan cepat, jom click link dekat bawah okay😙

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Thursday 29 April 2021

Dewy Makeup Look

 Hai & salam semua😍

Bersempena dengan Syawal semakin dekat ni, saya nak share kan teknik makeup dewy yang makin famous sekarang. Dewy bermaksud lembap, nampak ala-ala kebasahan, glowing tapi bukan oily tau. Basically dewy look ni terletak pada base dia, and kita akan kurangkan pengunaan powder sebaliknya lebih gunakan alat mekap jenis cream, liquid ataupun stick. Sebab dewy makeup ni nak nampak kita seolah-olah dilahirkan dengan kulit macam Korean haa gituuu~

Bahan-bahan yang saya gunakan untuk create dewy base;

1. Naturally Nourishing Oil

Kita nak nampak glowing from within, so nourishing oil ni sangat berkesan nak create inner glowing bagi terpantul memancar-mancar. Tapi you all jangan risau sebab nourishing oil ni tak rasa berminyak pun unless kalau you all jenis kulit oily kita tak galakkan pakai. Nak lagi kebabom you all boleh mix dalam foundation jugak😍

2. Honey Glow Finisher

Mula-mula masuk Malaysia terus sold out. Kali kedua masuk malaysia pun sold out jugak sampai company decide nak buat Honey Glow jadi item tetap & bukannya limited edition. Punyalah power seketul Honey Glow ni. Honey Glow ni merupakan makeup base yang instantly bagi effect glass skin so memang sesuai untuk create dewy look. 

3. Timewise 3D Foundation - Luminous Formula

FYI liquid foundation MK ada dua formula - matte (oil control) & luminious (dewy effect). Luminious foundation sebenarnya khusus untuk kulit kering sebab tu dia bagi effect moist & glowing. Kalau kulit combination pun boleh guna Luminous fundation ni tapi untuk kulit oily memang kita tak reccomend. 

4. Contour Stick

Contour stick Mary Kay senang sangat nak guna walaupun you all newbies, and contour jenis stick ni akan bagi effect mcm kita dah lahir dengan lekuk pipi haha. Bila guna makeup jenis stick dia akan nampak macam makeup tu tertanam dalam kulit kita so memang menepati sangat tema mekap dewy.

5. Highlighting Stick

Highlighting stick MK nampak warna pink tapi bila apply dia jadi almost colourless senga effect pinkish sikit and memang sesuai sangat untuk buat dewy makeup. Senang pun senang uiii~

6. Unlimited Lip Gloss in Evening Berry

Saja try buat blusher dengan lip gloss, saya ambil warna Evening Berry yang pekat sikit sebab bila kita blend memang warna dia akan berkurang. Ad warna sama jugak saya pakai dekat bibir cuma saya coat dulu bibir dengan lipliner code Coral.

7. Makeup Finishing Spray

Makeup spray ni selalin bantu mekap you all untuk tahan selama 16 jam lamanya, dia jgak bagi effect muka fresh & glowing dari dalam. Bila spray ni dia akan blend lagi sekali bahagian-bahagian capuk tu and ratakan part yang cakey, memang perfect finish!

Punyalah bersungguh buat video sampai lupa nak selfie😂 

Tapi you all bolehlah tengok mcm saya apply semua produk dari mula untuk create dewy base. Semoga membantu you all untuk buat look baru raya nanti!😀


Psttttt....nak tahu promo raya meh contact ceq naa😎

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Wednesday 28 April 2021

Bagaimana Whiteheads & Blackheads Terjadi

 

Hai & salam semua😊

Menjelang hari ke-16 Ramadhan, Alhamdulillah dah separuh perjalanan kita menuju ke shawal. Alang-alang dah nak raya, jom saya share kan cara untuk bebas whiteheads blackheads. Sebelum tu kita study sikit apa punca yang menyebabkan whiteheads & blackheads ni.

1. Blackhead (opened comodone)

Blackheads ni bintik hitam yg suka timbul dekat bahagian hidung especially. Blackhead terhasil ketika pori tersumbat bersama minyak & sel kulit mati dlm keadaan pori terbuka, so warna hitam muncul di permukaan pori, hence the name "blackheads".

2. Whiteheads ( closed comodone)

Ni kawan kepada blackheads. Whiteheads berlaku dlm keadaan pori tertutup - bila minyak & sel kulit mati terperangkap dlm pori. So end up dia akan timbul benjolan putih yg menjajar dekat kulit.

Sekarang dah tau kan punca dia, so next apa solution untuk buang whiteheads & blackheads ni?🤔

.

.

.


Jadi tadi dah study kan mengenai punca whiteheads & blackheads, main cause dia ialah pori yang tersumbat dengan minyak & sel kulit mati. Jadi kena berbalik kepada proses cleansing kita, kena bagi perfect. Jari kita yang tembam ni tak sampai nak masuk bersihkan pori, sebab tu kita perlukan tools. Skinvigirate brush dari Mary Kay ni mempunya britsles halus untuk mencapai ke dalam liang roma and mencuci 85% lebih baik dai cucian tangan. Kalau proses cleansing dah tip top, tak perlu risau dah pasal whiteheads & blackheads😀

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.





Monday 26 April 2021

My Kind of Glow Up



Hai salam semua!😀

Saja nak share glow up diri sendiri sejak jaga kulit & belajar teknik mekap yg betul, saya belum kahwin lg so cantik2 utk bg confident sendiri. Mula2 saya belajar mekap dgn niat supaya muka tak nampak hauk sgt & supaya tak malu bila keluar, bukan nak jd over the top pun. Saya cuma nak nampak presentable.

Untuk yang dah kahwin tu, ada hikmah kenapa Allah wajibkan berhias utk suami. Bila kita melawa, secara tak langsung mood kita pun lain & jd lagi happy😃 berhias yg saya maksudkan dekat sini bukannya mekap 5 inci huhu tak kuasa diriku lagi2 yg ada anak kecik kan. Tapi kalau muka berbedak, pakai lipstick & perfume walaupun dekat rumah pun boleh jd boost up mood kita kan😍

Jom glow up utk diri sendiri & pasangan!💖

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

My First Time In Mary Kay

Hai & Assalamualaikum😀 

Salam 14 Ramadhan semua~

Sejak bergelar beauty consultant macam-macam pengalaman yang saya dapat sampai boleh buat novel dah rasa😁 tapi tak kisah walau sehebat mana pun setiap pengalaman tersebut semuanya bermula dari "kali pertama". Jadi hari ni akan jadi hari throwback sedunia sebab saya nak flashback semula setiap pengalaman pertama yang saya dapat dari Mary Kay. Happy reading!

1. Produk Pertama Yang Dicuba


Produk pertama yang saya cuba ialah semi matte lipstick warna Mauve Moment. Nak try satu lipstick tu pun kena beli dulu tau tak tahu pulak MK boleh try free😂 sebatang lipstick yang saya try buat kali pertama itulah yang jadi titik permulaan saya dalam Mary Kay, sebab rasa lipstock dia best terus saya decide untuk signed up sebagai beauty consultant dan bermulalah career yg indah dlm mary kay😍

2. Skincare Pertama Yang Diguna


Time tu muda lagi so pakailah skincare untuk orang muda hehehe. Ni betul-betul gambar Botanical Effects yang first say pakai excited masa tu nak buat bisnes kan. Saya pakai set BE ni sekali dengan Lumivie serum, Pore Minimizer & suncare MK. Sari set basic now dah upgrade ke set paling advanced dah Alhamdulillah~

3. Kelas Pertama Yang Saya Attend


Masa ni masih bekerja so saya korbankan cuti sehari untuk attend kelas ESRS - kelas special untuk beauty consultant baru. Tapi seronok je attend kelas-kelas Mary kay sambil kena dengan sisters lain yang positif, masa tu mentor kelas adalah director saya sendiri sekarang kami sama-sama pulak jadi mentor mengajar ESRS Allahuu tak sangka sejauh ini perjalanan saya dnegan Mary Kay.

4. Kelas Mekap Pertama Yang Saya Join


First time belajar mekap dekat Ya Tuhan betapa kayunya tangan saya, semua benda tak reti. Nasib kelas mekap belajar free je and lagi best ada banyak directors untuk assist kita so memang mudah faham. Takdelah cikgu sorang anak murid beratus. Dari attend kelas pertama kepada kelas mekap kedua, ketiga, keempat and so on sampai saya yang kayu pun dah reti mekap muka sendiri. Now saya pulak yang mengajar orang mekap sehingga ke tahap korporat. And paling tak disangka, tangan kayu ni jugak yang dibayar untuk mekapkan orang kahwin & attend event.

5. Event Pertama Yang Saya Join


Gambar belah kiri ada saya attend Career Conference 4 tahun lepas, masa tu black jacket lagi baru sebulan lebih jadi beauty consultant. Gambar jacket merah tu lepas gambar Career Conference tahun-tahun selepasnya, dah naik pangkat. Sepatutnya kali ni saya akan naik stage debut sebagai Sales Director tapi ditakdirkan PKP. Event tahunan ni jugak boleh jadi medan untuk kita tengok perjalanan kita from time to time.

6. Kali Pertama Naik Stage


7. Trip Pertama Dengan Mary Kay



Bila tahu dapat complete cruise challenge ni rasa ketar kepala lutut, yelah macam tak percaya ada orang nak sponsor naik cruise. Dahlah saya ni jarang pi bercuti. Sekarang pun dah start challenge baru untuk pi Bali pulak, and dari pengalaman saya pakej yang Mary Kay bagi semua bertaraf 5 bintang. Takde istilah ala kadar walaupun kita ditaja percuma😍

8. Kali Pertama Moved Up Career


First time moved up career saya rasa excited sangattt, lepas tu terus beli Red Jacket walaupun belum qualified untuk pakai lagi. Saya beli nak jadikan pembakar semangat untuk cepat-cepat move up ke Red Jacket. Betul lah we are what we think, tak lama lepas tu saya terus bergelar Red Jacket dalam unit Alhamdulillah~

Itulah serba sedikit perjalanan saya dalam Mary Kay, semuaya bermula dgn kali pertama, langkah pertama. One small step yang kita decide untuk ambil dulu itulah yang menjadikan siapa kita sekarang. Up & down tu biasa, kita chill je and enjoy the journey😀 

Kalau you all berminat untuk berkerjaya dalam Mary Kay, boleh terus click link dekat bawah okay😍

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.













Friday 23 April 2021

Sharing From My Power Partner

 Hai & salam semua!😀


Alhamdulillah selesai dah sesi sharing dengan my power partner, Marini. Marini ni kawan saya dari unit terdahulu sebelum saya jadi director & mempunyai unit sendiri. Marini baru je join tahun lepas ngam-ngam sebulan sebelum PKP. Tapi banyak achievements yang beliau dah dapat dalam setahun contohnya Star Consultant, Jom Du-it Challenge, Red Jacket Graduates , Queen of Sales, Queen of Sharing and ini semua setakat yang saya ingat lah hehe. Hebat kan? 

Nak tahu apa yang lagi hebat? Marini buat Mary Kay almost 100% dari rumah je sebab time tu dah start PKP and apart from PKP, Marini jugak ada dua anak kecil yang masih menyusu badan. Marini cerita yang dia pernah kerja sebelum ni sebelum decide untuk resigned and fokus pada family, so dia rasa gelisah kalau tengok takde duit dalam akaun. Dia jadikan tu sebagai motivasi untuk buat Mary Kay betul-betul walaupun cuma bekerja dari rumah. And satu benda yang sangat relatable bila Marini share "kita suri rumah nak jugak pakai baju & handbag cantik-cantik macam kawan-kawan yang bekerja". Betul lah kan, walaupun tak pergi office setiap hari tapi nak juga melawa macam orang lain. That's why kita kena ada income sendiri supaya tak rasa ralat mintak duit suami untuk beli handbag😃

Sharing malam ni santai-santai je, tapi banyak sangat input yang menusuk kalbu. Saya ada beberapa suri rumah dalam unit saya yang bagitau saya dah lama tak melawa walaupun teringin, tak lain tak bukan sebab takde budget. One of the reason kenapa saya panggil Marini untuk sharing supaya dapat beri inspirasi kepada housewives lain dalam unit saya. Rezeki Allah tu luas, sekarang dari rumah pun boleh jana income kan. Kalau you all rasa lama dah bertengik tahan diri nak shopping, tahan diri nak melawa sebab banyak sangat komitmen yang nak kena settlekan, why not bagi peluang dekat diri sendiri untuk buat bisnes Mary Kay. Macam saya bagitau dekat unit tadi, dalam Mary Kay semua material disediakan, education dah diberi, mentor available almost all the time kita cuma tinggal gerak bontot je. Boleh click link dekat bawah kalau nak tahu tentang career opportunity dalam Mary Kay😗

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 

Thursday 22 April 2021

Mary Kay Toning Body Lotion Review

 Hai & salam 10 ramadhan😃

Since dah masuk bulan puasa ni kan ramai ambik peluang nak kuruskan badan sekali termasuklah saya🤭

You all tahu tak mary kay sebenarnya ada satu produk untuk tegangkan kulit kendur & buang lebihan kulit, Toning Body Lotion nama diberi😁

Toning Lotion Mary Kay nk bukan untukkan badan tau, sebaliknya utk tone up & firmkan bahagian-bahagian menggeleber macam lengan, paha dan pinggul. Selain tu toning lotion jugak ada function melembap & mencerah. 

Gambar packaging lama

Jom tengok apa lagi function toning lotion mary kay😃

  • Menegang & menganjalkan kawasan badan selain daripada muka (boleh guna start dari leher dan ke bawah, tangan, badan, kaki). 
  • Menyihatkan & menghaluskan kulit. 
  • Melembapkan kulit selama 24 jam. 
  • Body contour & shaping. 
  • Mencerah & sekatakan tona kulit badan. 
  • Membantu pembakaran lemak & selulit (boleh digunakan sebelum bersenam)
Banyak rupanya function dia, tapi betoi ke or sembang je,,, haa jom tengok ingredients dia pulak😁

Acai Berry, Vitamin E, Myrtie Leaf Extract, Green Tea Extract, Gotu Kola Extract & Horse Chestnut 🌰
Fuhh bukan main panjang kan😆 semua ingredients ni bertindak sbg anti-oxidant utk melawan radikal bebas and neutralkan balik kerosakan gg disebabkan oxidant. Vitamin E bantu soothingkan kulit.

Ekstrak Biji Labu - meransang penghasilan collagen

Ekstrak Biji Argan - merangsang penghasilan prorein

Caffeine & Coffee Arabica Seed Extract - sekatakan tona kulit

Ekstrak Hawthorne Berry - meningkatkan tona kulit

Glycerin - bantu seimbangkan atau mengekalkan kadar kelembapan kulit

Memang dahsyat-dahsyat ingredients dia isk isk. Kalau you pernah ada experience guna losyen panas sebelum ni, jangan risau sebab toning body lotion mary kay tak panas & takde bau yang menyengat. Sangat selesa tekstur dia halus je. Siapa yg tengah berusaha kurus mmg elok sangat pakai toning lotion ni sebab kebiasannya bila kkta lose weight akan ada banyak lebihan kulit, jadi tone up kulit awal-awal guna special lotion ni. You all boleh contact saya dgn click link dekat bawah😃

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 

Tuesday 20 April 2021

Tips Muka Fresh Bila Bangun Tidur

Hai & salam semua😍


You all pernah tak bila bangun tidur terus tengok cermin? Haa apa yang you all nampak? Seram tak kikiki, ke bangun pagi nampak macam bidadari??😃

Hari ni saya nak sharekan tips supaya muka tetap maintain fresh walaupun baru bangun tidur, barulah husband dekat sebelah suka tenung kan #ehh yang bercakap ni pun  belum kahwin lagi😂

1. Jangan Bawa Stress Ke Katil

Stress tu biasa untuk manusia macam kita, kata pun dunia ni tempat ujian. Tapi tak perlu bawak ke tempat tidur you all, very unhealthy and boleh sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Bila bangun nanti jadi zombie. Benda ni sebenarnya berkaitan dengan rohani jugak, suap banyak makanan jiwa dalam diri Inshaallah takde dah overstress walaupun banyak masalah.

2. Elakkan Tidur Meniarap

Dalam Islam pun memang dilarang tidur meniarap sebab boleh rosakkan postur tubuh & menjejaskan kesihatan kita. Dari segi kecantikan pulak, bila kita tidur meniarap muka kita terpaksa mennaggung berat kepala kita & menyebabkan kehadiran garis-garis halus. 

3. Tidur Sekurang-kurangnya 6-8 Jam

Ada sebab kenapa waktu tidur dipanggil "beauty sleep", bila kita tidur dia akan melegakan otot-otot muka & badan jadi kita dapat bangun pagi dengan fresh! 

4. Biarkan Cara Matahari Masuk Bilik

Kalau terperap lama dalam kegelapan dia akan mempengaruhi mood kita jugak, so bila bangun cepat-cepat selak tingkap bagi cahaya matahari masuk. Bila kita rasa fresh secara muka tak langsung muka pun nampak fresh.

5. Hidu Bau-bauan Yang Menyegarkan

Contoh aroma yang refreshing macam lemon yang boleh bantu kita celik mata lepas bangun tidur, saya sendiri suka bau-bauan dalan rumah sebab boleh boost up mood kita.

6. Pakai Skincare Yang Lebih Mahal Di Waktu Malam

Ni biasanya termaktub pada serum, ada orang yang pakai lebih dari satu serum and dia bahagikan serum untuk siang and serum untuk malam. Bila malam daya serapan kulit lebih tinggi untuk menyerap semua nutrient dari skincare so kita dapat bangun esok pagi dengan muka gebu mulus😀

7. Exfoliate Pada Waktu Malam

Rasanya ramai dah tahu yang tahu kita wajib exfoliate guna mask atau scrub 2-3 kali seminggu. Tak kisah pun kita nak scrub muka siang or malam, tapi back to point no 6, waktu malam muka kita lagi tinggi kadar penyerapan so kita digalakkan exfoliate waktu malam jugak.

8. Terus Mandi Lepas Bangun

Aishh ni rasanya tak payah cakap hehe tapi biasalah kadang-kadang ada masa kita dilanda kemalasan jugak especially time cuti & cuaca sejuk. At least basuh muka lah so takdelah nampak hauk sangat bila bangun tidur😁

You all suka ke kalau saya selalu share beauty tips? Jom join telegram channel saya boleh click link dekat bawah😍

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 



Sunday 18 April 2021

Pengalaman Sesat Teruk Ketika Skincare Class

Hai & Assalamualaikum...

Salam Ramadhan ke-6 semua😃

Hari ni saya nak sharekan satu pengalaman yang masa kejadian saya memang rasa sangatlah macam 😑😑😑 

Tapi rupanya pengalaman tu sangat berharga. Saya dapat mesej dari seorang akak yang mengadu masalah jeragat, and since dia duduk satu daerah je dengan saya, so saya decide untuk pergi ke rumah dia & offer buat beauty class untu masalah jeragat. Rumah dia memang dekat je dengan rumah saya, dalam 15 minit ataupun kurang. Tapi nak dijadikan cerita masa saya drive ke rumah dia tu waze asyik berpusing-pusing masuk dalam kawasan terpencil dengan semak samun. Memanglah boleh keluar balik dengan mudahnya tapi again, macam mana saya nak cari rumah dia. Mulalah saya dok fikir benda-benda paranormal yang ganggu😂 
Nilah saya masa hari kejadian~

Saya mula try jalan-jalan lain dengan harapan waze akan membawa saya ke jalan yang benar, tapi makin mengarut adalah. Bayangkan rumah yang jaraknya 15 minit je jadi hampir sejam huhu mau tak fed up. Geram pun ada sebab benda mudah jadi susah. Rupa-rupanya kondo akak tu memang tak boleh detect dengan waze, so pusing-pusing sampai 10 jam pun takkan jumpa. Lepas beratus call & msg, akak tu bagi location kondo lain yang berdekatan then zappp, terus jumpa. Tepuk kepala jugak sebab tempat tu sangat senang nak cari tapi tulah kan time datang susah memang jadi susah😂

Nak masuk boleh tahan banyak procedure jugak, biasalah kondo kan memang high security. Then nak parking pun satu hal. Long story short, saya pergi jumpa & buat beauty session dengan akak tu dgn anak & menantu beliau. Lama tak buat skincare class, gugup jugak saya rasa tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. 

Lepas habis session, kakak tu bagitau yang dia ada nak beli barang tapi tunggu hujung bulan. Saya pun okay je sebab memang niat asal nak berkongsi Mary Kay. Cerita lagi satu terjadi bila saya nak balik, masa keluar parking boleh pulak kereta saya pergi sagat dinding tempat parking bertingkat Ya Allah geramnya saya bukan tak biasa masuk tempat parking macam tu pun. Kereta bercalar of course, and bukan calar yang biasa-biasa tapi calar yang agak dalam tau plus kemek sikit bahagian pintu. Kena spend lebih sikit utk repair balik. Sis cuma mampu redha je masa tu.

Saya redha kereta sagat dinding, saya anggap tu sebagai ujian. Tapi sekali lagi saya diuji bila follow up akak tu time akhir bulan dia kata takde bajet lagi. And sampai ke bulan depan dia langsung tak tunjuk tanda-tanda nak beli. Saya rasa geram jugak mula-mula bukan geram dekat akak tu tapi geram dengan keadaan, yelah pergi buat beauty class sesat macam apa, lepas tu kereta bercalar teruk tup tup takde hasil. Tapi saya cepat-cepat insof dan buang segala fikiran buruk, kan aku dah usaha nanti mesti Allah bagi. Tak perlu risau, takde istilah buang masa selagi mana kita berusaha Allah akan lorongkan rezeki untuk kita dari mana-mana arah pun.

Dalam tengah bulan akak tu call saya, dia mintak tengokkan kulit anak lelaki dia yang balik weekend tu. Saya pergi semula rumah dia Alhamdulillah tak sesat and tak sagat apa-apa😂 anak akak tu kerja welding, so muka naik jerawat walaupun saya tengok takdelah teruk sangat. Bila saya tanya bajet untuk saya suggestkan produk, dia kata takde bajet a.k.a takde limit. So closed sale dengan dia skincare utk jerawat worth Rm500, tambah dia belanja primer untuk mak dia so total almost Rm600. Alhamdulillah...

Berapa hari selepas tu, akak tu mesej saya nak foundation. Senang je saya hantar dekat Econsave tempat anak dia kerja, memang tempat kita lalu so tak menyusahkan langsung. Selang berapa hari akak tu order mask pulak, kita hantar je lagi dengan happynya pandai pulak akak tu selalu order barang ready stock. 

Berapa hari selepas tu akak tu mintak consultkan anak perempuan dia pulak, so consult via whatsapp je and dapat closed sale skincare untuk jerawat pasir / tiny bumps. And minggu lepas pulak akak tu mintak consult anak perempuan bongsu pulak and closed sale lagi Allahu terharunya saya dgn satu family saja dah dapat sales beribu. Berapa kali keluar masuk Econsave untuk hantar barang. Ada hikmahnya sesat & accident kecil, saya bersyukur saya tak persoalkan masa diuji sedikit hari tu.

Sometimes kita diuji dengan kesusahan yang kita rasa sangat tak patut berlaku, sebab Allah nak bagi kita kesenangan yang langsung kita tak jangka. Sebab tu dalam apa keadaan pun, belajar untuk husnuzon dengan Allah😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 




Friday 16 April 2021

Punca Kulit Kering

 


Hai & salam semua😀

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia~

Lately saya perasan masalah kulit kering semakain menjadi-jadi, ada few customers yang mengadu kulit kering & naik tiny bumps. Lagi-lagi time bulan puasa ni memang kulit kita cenderung untuk hilang kelembapan sikit. Jom kita tengok apa punca-punca kulit kering👇👇

1. Cuaca

Cuaca dan persekitaran yang sejuk mendorong kulit utk jadi lebih kering

2. Terlalu Kerap Mandi

Mandi yang terlalu kerap akan menyebabkan kulit kita hilang kelembapan semulajadi

3. Faktor Usia

Semakin kita berusia, kulit akan menjadi semakin nipis dan semakin kering

4. Pekerjaan

Pekerjaan yg byk terdedah dgn air contohnya perenang akan buat kulit kita kering

5. Penyakit

Kulit kering melampau biasanya disebabkan penyakit seperti eczema dan psoriasis

6. Silap Guna Skincare

Kulit kering tapi guna formula skincare utk kulit berminyak contohnya akan buat kulit lebih teruk

Sekian, simple je sharing saya hari ni😌 jangan lupa minum banyak air untuk pastikan diri kita & juga kulit kita stay dehydrated di bulan puasa ini. Untuk solution bagi masalah kulit kering you all boleh click Mary kay Naturally ataupun click je link dekat bawah untuk contact saya. Selamat berpuasa again & semoga semua ibadah kita diterima Allah💓

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 


Monday 12 April 2021

Pink Points Program

Assalamualaikum & hai semua😍

Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam di seluruh dunia semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya Amin~

Sajalah kan nak posing dgn handbag raya kikiki~

Btw saya nak inform sebenarnya mary kay introduce program baru yang namanya Pink Points Program khas untuk beauty consultants tebus hadiah dengan points terkumpul. Points tu valid setahun, jadi terpulang dekat kita samada nak redeem ataupun nak simpan points tu untuk hadiah-hadiah lain. Contoh macam saya dah redeem handbag raya dengan pink points, and selain handbag you all boleh redeem hadiah-hadiah lain macam beauty tools, cosmetic trolley, samplers, cash money and macam-macam lagilah😍

Pink Points Program ni memang best sebab boleh jadi motivation untuk kita usaha dapatkan sales untuk redeem hadiah. Setiap bulan boleh redeem tau even nak redeem berkali-kali dalam sebulan pun takde masalah. Tu kata dah beauty consultants memang kena sediakan space untuk simpan hadiah-hadiah dari company & directors.

Ni pulak hadiah lain yang beauty consultants boleh redeem, sorry lah you all kami memang banyak grab bag je sebab dah nama pun perempuan kan😁

Khas untuk you all yang sukakan hadiah & penghargaan, bisnes Mary Kay memang antara platform yang terbaik sebab suka menggunakan konsep rewards & recognition untuk motivate kita buat sales. So selain untung runcit, kita jugak boleh dapat macam-maca hadiah dari director & company atas usaha kita. Boleh click link dekat bawah untuk join family besar kami, jangan risau sebab kita akan guide dari zero😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 













Monday 5 April 2021

Mary Kay Timewise 3 in 1 Cleansing Bar Review

Hai & salam semua😀

Kali ni bukan nak review produk baru, tapi produk yang saya baru sedar akan kewujudannya. Nama dibere Timewise 3 in 1 Cleansing Bar atau dalam bahasa mudahnya kita panggil sabun buku.

Kenapa 3 in 1?

Sebab ada 3 fungsi utama - membersih, menggelupas (exfoliate) &                                                         menyegar

Timewise Cleansing Bar boleh guna untuk muka & badan sekali. Saya decode untuk guna cleansing bar ni sebab bosan tengok kulit tangan lagi gelap dari muka, maklumlah dulu athlete. And saya teringat sharing dari salah seorang director's sister, dia kata kalau nak kulit badan cantik macam kulit muka jugak kena guna cleansing bar dari Timewise ni. So apa lagiii, meh kita grab. Lagi satu kulit badan saya agak kering and sometimes kena eczema, jadi saya memang kena guna sabun mandi yang ada extra hydration. Jom tengok apa yang special mengena Timewise Cleansing Bar ni;
  • mengurangkan tanda penuaan
  • sesuai untuk kulit sensitif
  • memelihara & menghaluskan kulit
  • menambah, menarik & menahan moisture dalam kulit
  • sesuai untuk yang ada jerawat di badan
  • oil free
  • fragrance free
  • non-comodogenic (tidak menyumbat pori)
Saiz dia besar jugak sampai bila belah dua pun besar lagi~

Mary Kay siap bagi free bekas sabun untuk setiap pembelian Timewise Cleansing Bar, kan dah jimat dekat situ😀

Antara ingredients Timewise Cleansing Bar ialah Camellia Oleifera Extract yang mengandungi anti-oxidant dan protect kulit dari radikal bebas. Aloe Barbadensis Extract pula membantu untuk mengekalkan kelembapan dalam kulit & bertindak sebagai soothing agent. Awesome kan?😍


Ini pula testimoni salah seorang sisters Mary Kay yang dia guna dekat anak dia yang ada masalah eczema. Fyi Mary Kay tak pernah claim produk dia dapat merawat apa-apa penyakit, tapi ada jugak some customers yang bagitau mary kay bantu dengan masalah eczema, radang kulit & biji kolestrol. 

Awesome kan? Nampak sangat company tak pernah buat ala kadar je walaupun core product ialah skincare. Alang-alang membeli biarlah kita beli kualitinya ye dopp. Kalau you all berminat nak cuba produk yang berkualiti dari syarikat yang berkualiti ni meh contact Dilla, servis 5 star Dilla bagi Inshaallah~😍

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 


IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.




Saturday 3 April 2021

New Mary Kay Unlimited Lip Gloss Review

 


Hai & salam semua😏

Nak tanya lah, bila sebut "lip gloss" apa yang terlintas dekat fikiran you all? 

Saya sendiri personally memang sangat tak minat lip gloss sebab apa yang saya ingat lip gloss ni adalah something yang melekit & tak selesa. That's why saya memang agak sceptical mengenai lip gloss sebab  tak pernah jumpa yang elok. At first saya grab lip gloss promo (director boleh beli awal) dengan niat nak mengajar dekat unit, turned out saya pulak yang tak boleh move on😂


Berbeza dengan lip gloss lain yang saya pernah cuba sebelum ni, Mary Kay Unlimited Lip Gloss tak rasa sticky langsung. Langsung tak. Tapi still rasa effect lembap dia & melekap elok dekat bibir. Formulasi vitamin C & E yang membantu menyihatkan & melembapkan bibir. Lip gloss baru ni ada tiga finishing yang you all boleh pilih - creamy, pearl & shimmer😍

Mary Kay Lip Gloss dekat kulit sawo matang;




Mary Kay Lip Gloss dekat kulit cerah;



Total semua ada 10 warna yang lawa-lawa, and you all boleh pakai banyak cara jugak tau samada nak apply terus dekat bibir, nak coat lip gloss atas lipstick pun boleh. Kalau you all duduk dekat Selangor & KL boleh request untuk try free dengan saya😍

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 


IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.