Wednesday 26 June 2019

Boleh Ke Jeragat Hilang?

"Jeragat boleh hilang ke?"
Ramai tanya saya soalan ni & saya pasti ramai lagi yang masih tertanya-tanya. Jawapannya TAK BOLEH. Jeragat tak boleh hilang 100%. Tapi kita boleh pudarkan ke tahap maksimum. 
Nampak tak Melanocytes dekat bahagian epidermis tu? Dekat situlah melanin terhasil.

Melanocytes produce melanin yg menyebabkan pigmentation pada kulit. Lebih byk melanin yg terhasil, lebih gelap kulit @ lebih byk pigmentation. Melanin tu mmg ada dlm kulit sejak lahir, and that's why jeragat tak boleh hilang sebab kita tak boleh buang melanin dalam lapisan epidermis. Cuma boleh pudarkan. Kalau you all guna skincare yg boleh hilangkan jeragat, berhati-hatilah sbb mungkin skincare tersebut mengandungi hydroquinone & mercury yang mengikis jeragat sekali dgn lapisan kulit😨.
Kalau pakai skincare yg ada peeling dia akn buang melanin. Sbb tu kulit putih & flawless cepat tapi...kulit kita takde perlindungan dari UV, takde perlindungan daripada jangkitan bakteria😣.
Kulit terdedah pada risiko jerawat, jeragat and the worst case, skin cancer!
Sebab melanin lah yg berfungsi melindungi kulit kita daripada semua tu. Jadi agak-agak penting tak melanin utk kulit you all? Kalau tak suka jeragat pun janganlah pi buang sekali dengan melanin tu huhuhu, meh contact Dilla utk Dilla bantu treat jeragat dgn cara selamat.
Melacep bantu hilangkan pigmentation dengan cara mencerahkan kulit layer by layer. Asal nama Melacep tu pun dari Melanin Intercept.

Kakak ni join cruise trip dengan saya tahun lepas. Okay lah kan if dapat pudar sampai macam ni.
Kalau nak saya guide cara terbaik untuk pudarkan jeragat tanpa laser, tanpa kikis kulit etc, roger je hokayy. Mak saya sendiri pun ada masalah jeragat yang obvious dulu biasalah bila dah berumur kan, now Alhamdulillah makin okay. Jeragat dekat muka kita tu makin membiak dari hari ke hari, jadi jangan biarkan muka anda tanpa prevention. Boleh refer kepada beauty consultant anda atau pada saya kalau belum ada beauty consultant.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Tuesday 25 June 2019

Booth Mary Kay di Subang Jaya

Assalamualaikum & morning!

Maaf sangat saya tak dapat inform you all yang saya & sisters lain buka booth di Mydin Subang Jaya. Saya join ni kira last minute jugak lah, tapi jangan risau, saya akan join lagi hari Sabtu nanti 29 Jun nanti, jemput datang tau! Jom tengok apa activity yang you all boleh join dekat booth kami😍

Scan kulit of course! Kami bagi you all peluang untuk kenal kulit sendiri dengan lebih mendalam, and tunjuk result on the spot. You all akan dapat soft copy kulit jugak tau best ke best sangat😁


Wahh ada dapat free makeover jugak syok kan bila orang tolong mekapkan tengok-tengok dah catik. You all cuba & nilaikan sendiri produk-produk Mary Kay

 
Skin consultation time, untuk yang dah penat bertukar-tukar skincare tapi tak nampak-nampak kesan tu bolehlah cuba Mary Kay. Ada satisfation guarantee and ada beauty consultant yang jaga kulit anda sehingga ke akhir hayat~

Abam sado pun tak terkecuali~

Saya tolong akak ni buat lip spa & cuba lipstick. Dia tertarik dengan eyeliner Mary Kay & set untuk jumpa saya lagi hari Sabtu nanti.

 
Thanks untuk yang sudi singgah😙

Walaupun beberapa jam je masa saya di Mydin Mall, saya dah jumpa a few people yang sebenarnya macam dah putus harapan dengan keadaan kulit. Ada jugak saya jumpa seorang akak yang dah pakai Mary Kay tiga tahun tapi keadaan muka teruk berjeragat & kering. Rupanya dia tak dapat consultation yang betul dari BC, main beli je. Then kami exlain dekat dia apa hak dia sebagai pengguna Mary Kay nahh terkedu dia sebab tak sangka pun. Ada jugak sorang adik ni yang almost give up dengan muka sendiri, tapi bila dia dah kenal Mary Kay dia rasa ada sinar. Inshaallah kawan saya akan guide adik ni sebaiknya untuk dapatkan kulit yang flawless.  

Jom jumpa saya dekat Mydin Subang Jaya sabtu ni. Booth kami dekat Ground floor. Tak whatsapp awal-awal kalau nak jumpa saya😁 http://www.wasap.my/60183719495
See you!

Selfie guideline untuk cari saya hari Sabtu nanti kikiki

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc



Saturday 22 June 2019

Open House Glamorous Bee & Future Area

Assalamualaikum & salam sejahtera!

Kemeriahan syawal masih terasa, and kami dari Glamorous Bee & future area juga tak terkecuali dari menyambut Aidilfitri dengan buat open house. Selain makan-makan kami juga ada buat review eye palette baru. Meh cuci mata tengok gambar jom~


Macam biasa kita akan start dengan kata-kata aluan dari executive director kami


Nampak tak saya yang bertudung pink tu? Tengah nak focus tapi aduii banyaknyaa makanan. Dua orang sebelah saya tu adalah guests saya yang mai hari tu, mak & anak. Anak dia nak belajar mekap~

 

Tutorial on how to use new palette, serius menggoda tau


This time Mary Kay memang keluarkan palette, ada tiga set colour yang aumm, nanti saya cerita dengan lebih detail pasal palette ni.


Bukan main model berposing~ cantik kan colour eyeshadow set baru ni😍

Now jom makan pulak, lama sis tunggu😁


  
Sebahagian dari makanan yang sempat snap gambar sebelum masuk dalam perut hihi. Lemang dan laksa menjadi rebutan.

Brownies ni sedap sangat~ rasa moist tau and rich chocolate dia

Ada yang bawak partner, bawak anak-anak, bawak mak. Sayang mak saya berkursus hari tu kalau tak dengan dia saya angkut sekali.

Haa membawang apa tu hahaha


Tak pelik ke gambar saya tak banyak hehe, saya mengajar guest saya mekap lepas makan tadi then sambung makan balik kikiki. Adik ni kami kenal melalui facebook je, then dia nak join kelas mekap free yang kami anjurkan. Dia kata memang minat mekap, and rasa seronok tengok akak-akak beauty consultant lawa-lawa, past baik pulak memasing sampai dia tak rasa macam stranger. Tiba-tiba dia cakap, "macam mana nak register jadi member dengan akak?". And keputusan ni disambut sepenuhnya oleh mak dia. Inshaallah awak buat keputusan yang betul dikk.

Much love for my MK sisters!

Raya raya jugak, tapi saya sentiasa on duty sebagai beauty consultant tau. Kalau you all perlukan consultation, skincare class or makeup class jangan segan silu contact saya k, kita beraya sama-sama😁.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc















Wednesday 19 June 2019

How To Be Confident

Assalamualaikum & morning!

Kalau orang tanya saya, definisi saya mengenai kecantikan ialah "confident". Confident tu kita tak boleh dapat kalau kita baru bangun pagi dengan baju tidur then terus keluar rumah. Mandi pun tak macam mana nak confident kan. So nampak tak point saya dekat sini, yang keterampilan kita tu memainkan peranan penting dalam menentukan kita confident ke tak. And semua orang layak berasa cantik, tak kira macam mana pun bentuk badan atau warna kulit kita.

Pernah sekali masa saya pergi pejabat pos, saya singgah internet centre dekat sebelah pintu dinding pejabat pos je untuk printing. Masa tu pakai macam makcik-makcik dengan sebab fikir cuma nak print & pos barang kan. Muka pun hauk betul just pakai skincare. Kebetulan manager yang jaga printing tu nampak saya pack barang-barang Mary Kay, jadi dia tanyalah and nampak dia berminat. Tapi saya segan sangat nak cerita panjang-panjang sebab tengah selekeh huhu. Jadi apa yang saya buat, esoknya saya balas dendam pakai lawa-lawa and mekap, pergi balik internet centre tu and bagi sample dekat manager semalam. Barulah rasa confident nak cerita bila kita pun dalam keadaan pleasant. Tup tup terus closed sale supplement & lipstick. Sejak tu saya jadi insaf dah nak pakai hudoh-hudoh sebab rezeki kan ada di mana-mana. 


STYLE = CONFIDENT 

Okay back to the point, kunci utama untuk confident kita mesti rasa cantik. Tak perlu tinggi melangit cam model or slim macam artis Korea, asalkan kita pilih gaya yang sesuai dengan diri, semua orang boleh nampak lawa. Jom saya bagi contoh;

1. Muslimah Style
                                Photo credit to the rightful owner : Irine Nadia

Rasanya saya tak perlu kenalkan lagi blogger terkenal di Malaysia bernama Irine Nadia ni. Ibu anak empat ni memang gorgeous and sangat bergaya, tapi masih mematuhi shariaah. Saya memang adore dengan style Irine Nadia ni sebab dia buktikan walapun kita bertudung labuh tak bermaksud kita tak boleh bergaya ecspecially sekarang memang kita banyak pilihan baju-baju muslimah yang cantik dekat butik. 

2. Royal Style

 

Aikk dah kenapa pulak saya tunjuk Meghan Markle ni? Meh nak cerita ni, kalau you all kenal Meghan ni merupakan seorang selebriti Hollywood sebelum dia kahwin dengan Prince Harry. Jadi taulah kalau artis Hollywood kan biasa pakai baju-baju yang over the top sangat. Tapi bila berkahwin dengan Prince Harry, Meghan banyak kena mengubah penampian mengikut standard keluarga diraja. Banyak jugaklah rules dalam berpakaian contohnya tak boleh pakai baju tak berlengan, tak boleh pakai skirt terlalu pendek, tak boleh pakai kasut tak bertutup, tak boleh pakai menjolok mata, tak boleh buat shading contour and even lipstick terang pun tak boleh pakai huhuhu. Most of the time, wanita-wanita diraja ni akan pakai skirt ataupun dress, seluar sangatlah jarang depa pakai. 

Kenapa saya pilih untuk tunjuk Meghan instead of Kate Middleton? Sebab Kate lebih pelbagai dalam pemakaian dia, kalau Megan pulak dia tak banyak sangat diversity dalam pemilihan warna & corak, balik-balik hitam, putih, navy blue. And plain colour, jarang nampak dia pakai pakaian bercorak. Tapi saya suka sebab walaupun dah jadi Duchess and dia kena ubah imej dia jadi lebih modest & royal like, dia tetap maintain gaya dia yang simple & elegant. Walaupun dia tak banyak bermain dengan warna, tapi dia punya royal style tak pernah mengecewakan! 

3. Pluz Size


Siapa kata badan chubby tak boleh bergaya? Saya suka tengok Nikkie Tutorial and penyanyi Adele, sebab gaya depa tak menampakkan langsung yang depa ni sebenarnya plus size. Kalau you all suka layan makeup tutorial dari overseas, confirm kenal dengan Nikkie Tutorial. Nikkie ni sebenanrnya sangat tinggi, lebih 6 kaki tau ataupun 180cm++ huhuhu mesti saya ni paras tiak dia je . Nikkie ni kalau you all kenal, memang peminat tegar aksesori. Tapi walaupun sarat, dia tak nampak over sebab dia pandai stylekan aksesori dia dengan baju & makeup. Loveee her style!

Untuk Adele pulak, gambar kedua tu dia sangat bijak pilih gown yang fit di tengah so lagi nampak body dia ada shape. Untuk gambar ketiga pulak, baju dengan banyak layer sebenarnya agak berisiko untuk plus size, tapi Adele pandai balance dengan potongan rambut pendek & simple. Jadi takdelah nampak dia lagi besar dari saiz sebenar.

4. Dark Complexion



Hitam itu menawan...and they proved it! Tengok kalau kenakan mekap yang sesuai tanpa berusaha mengubah warna kulit asal, kan cantik tu. Yang model sebelah kiri saya tak kenal tapi saya suka tengok dia pakai lip gloss je dekat bibir. Sebab biasanya kalau orang berkulit gelap, bibir pun akan gelap sedikit macam saya. So biasanya saya akan pakai foundation atau lip liner untuk pudarkan warna asal bibir sebelum pakai lipstick, but this girl just embraced her dark lips. Betullah semua orang cantik kan. ang sebelah kanan tu, Leila Lopez - Miss Universe 2011. Saya suka struktur muka Lelila ni, nampak symmetry & sharp. Pandai bercakap pulak tu sebab tulah dia jadi Miss Universe.

5. Petite Style


Eva Longoria ni tinggi dia dalam 150cm++ je, and dia sangat kecik. Kita rasa orang petite ni boleh pakai macam-macam kan, tapi silap gaya boleh nampak tenggelam dalam baju. Tengok gambar first dalam gown putih bleh nampak gown tu agak besar & labuh untuk dia. Gambar kedua pulak dalam mustard dress memang nice, kena dengan body dia and colour pun ngam. Gambar ketga pulak, walaupun dia nak pakai baju yang besar & loose, tapi Eva balancekan dengan skinny jean so dia tak nampa tenggelam dalam baju sendiri. 

Sekarang boleh nampak tak walaupun kita berbeza shape & features, kita masih boleh nampak cantik dengan gaya yang sesuai. Yang gelap, yang berisi, yang kurus, yang mengikut shaariah semua boleh bergaya walaupun ada limitation. Jadi kenali diri sendiri dulu, jangan beli baju sebab tengok orang lain pakai cantik tapi ukurlah baju di badan sendiri dulu. Nak confident, gaya kena betul. Kalau rasakan perlukan advise dari saya, Inshaallah saya boleh bantu sebab beauty consultant ada belajar pasal penampilan & in fact memang kami ada buat kursus penampilan di pejabat korporat. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru okayy :)

Style is a reflection of your attitude & presonality💖

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc



Tuesday 18 June 2019

Mary Kay Honey Glow Finisher Review

Assalamualaikum & morning!


Jeng jeng jeng! Product baru lagi~ Jadi macam orang Korea pulak dah, Mary Kay keluarkan Honey Glow Finisher untuk bagi nampak glowing & dewy effect lepas bermekap, ala-ala glass skin yang orang Korea suka sangat tu. 

So Honey Glow Finisher ni sebenarnya adalah makeup base yang kita apply sebelum foundation, untuk bagi dewy effect & nampak glowing dari dalam. Orang tengok pun mesti toleh dua kali sebab nampak berseri sangat hihihi. And bestnya sebab Honey Glow ni dah ada spf, so let say malas nak pakai apa-apa pun cukup pakai Honey Glow je. Jom tengok apa function lain Honeu Glow Finisher ni;

  • memberikan effect glowing secara natural
  • mencerahkan kulit wajah
  • tahan lama
  • mengurangkan garis & kedutan halus
  • mengandungi SPF untuk melindungi dari sinaran UV
Macam biasalah Mary Kay takkan keluarkan sesuatu produk tu untuk nampak catik semata-mata. Mesti ada khasiat lain jugak untuk kulit wajah. Sebab tu saya seronok gunakan makeup mary kay tanpa risau kulit saya rosak. Jom tengok effect Honey Glow ni pulak😍

Perghh betul-betul glass skin ni rasa macam boleh pecah pulak kalau sentuh

 Nak tengok lagi jelas boleh play video ni. Bersedialah untuk silauuu, put your sunglasses on guyss!

Tapi😡....

Bulan depan (July) baru Mary Kay open tau Honey Glow ni. Saya pun kan share review sendiri, baru lagi best kan. Tapi kalau you all sanggup tunggu, boleh pre-order dengan saya. Takut habis pulak kang, bukannya tak biasa jadi kan huhuhu. Whatsapp je jangan malu-malu kalau nak cantik :D.

Updated...

As promised, jom saya belanja review Honey Glow yang awesome ni!




Ni saya tapi tak taulah you all boleh nampak ke tak sebab lighting agak mencemburui masa ni

Eh saya dah mention kan benda Limited Edition, jadi kalau tengah 50-50 tu bolehlah tukar jadi 100% sebelum menangis bucu katil huhu. Nak try boleh habaq tau~


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc