Sunday 30 December 2018

Makeup Class di Beranang

Assalamualaikum & morning!

Minggu lepas saya ada buat personal makeup class dengan sorang adik manis ni, umur baru 24 tahun tapi ada minat yang mendalam alam mekap. Patutlah mudah je akak ajar😍.

100% using Mary Kay Makeup💓


Ni adalah hasil orang yang first time belajar advanced makeup tau, not bad kan nampak terletak je semua benda. Sebelum start class saya tanya apa yang dia paling minat nak belajar, then dia kata dia masih tak tahu macam mana nak pilih foundation. Allahu kita rasa foundation ni benda basic je kan, rupanya still ramai tak tahu cara pilih foundation yang betul. Well macam saya jugak lah dulu, tu yang sikit-sikit tukar baru walaupun tak habis guna lagi. Seronok sangat bila ajar orang cantik-cantik, tapi sayang lupa tangkap gambar berdua dgn adik ni. 

Jom tengok feedback guest saya after class;


Wahh mmg orang selalu jatuh cinta dgn foundation Mary Kay kan, kenapalah agaknya tu. Nak tau? Jom set date dgn saya. Beberapa hari lepas tu, guest saya ni jadi hostess and ajak kawan-kawan dia buat skincare class dengan saya. You all suka belajar skincare ke belajar makeup? Jom dating😃

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc




Saturday 29 December 2018

Coaching Session Bersama Mentor

Assalamualaikum & morning!

Hari ni saya nak share santai-santai pasal activity coaching yang kami buat di beauty centre Seri Kembangan. Di Mary Kay memang selalu ada ongoing education melalui semua medium - Unit Meeting, Product Knowledge, Makeup Class, Personal / Group Coaching, etc. Untuk online coaching pulak toksah cakap lah - ada learning dekat group focus,group whatsapp, group telegram, facebook live, etc. Education dari unit kami sangat flexible, kalau ibu  bekerja yang ada kekangan nak dtg unit meeting, boleh ikut online coaching je. Macam tu jugak yang beauty consultant yang duduk jauh, takde masalah untuk follow lesson yang diberi. 
Inilah kami semasa tengah tunggu cukup korum. Masa tu belajar macam mana nak buat time management, macam mana nak develop team, macam mana nak develop diri jadi leader yang bagus & macam-macam lagi lah

Tengah membelek-belek planner sepas belajar macam mana nak manage time dgn efficient. Ada sesiapa sudi penuhkan jadual saya bulan ni? Skincare clas? Makeup class? Career opportunity?

Dapat hadiah lagi & lagi, Director kami memang sangat pemurah tau sekecik-kecik achievement pun dapat hadiah untuk motivate kita

Elizabeth - beauty consultant yang sangat bubbly. We all dapat hadiah dari London tau and paling best saya dapat merasa purse Harrords😉

Dari dulu lagi sebelum jumpa Mary Kay saya memang sangat dahagakan ilmu bisnes. Tapi tu lah siapa nak ajar kita kan huhu. Kebiasaan leader yang saya dapat selalu share pasal kisah kejayaan depa sebagai motivasi, sampai saya pun meleleh air liur nak jadi macam depa tapi tu lah, masih blur and masih tak clear macam mana nak buat untuk sampai ke tahap macam tu. 

Tapi bila jumpa Mary Kay, saya jadi lagi jelas dgn mission and vision. Saya tau macam mana nak plan, saya tahu set target and apa yang kena buat untuk achive target. Saya dah nampak tak mustahil untuk saya capai impian saya. Sebab tu lah kena ada mentor. Dulu saya ingat kan director ni exclusive sangat, macam orang hado-hado, yang kita beauty consultant baru ni bilis-bilis je. Pembawakan dari bisnes-bisnes terdahulu. Then baru saya sedar yang dalam Mary kay semua sisters! Saya sendiri dah berapa ratus kali personal coaching dengan Director saya tanpa caj sesen pun. Tumpang tidur rumah dia bila ada corporate skincare class dekat tempat jauh tu biasa. And macam tu jugak dengan Directors lain pun, ada seorang Director yang saya panggil Kak Ija tinggal dekat dengan saya and  selalu ajak saya tumpang bila nak ke centre. Saya pernah terlepas unit meeting and dia ajak saya join coaching dengan dia dan Consultant2 beliau di McDonald Taman Melawati - bincang topik yang sama yang saya miss. Siap bagi tumpang and makan McD lagi. Huhuhu terharunya bila ingat kebaikan you all ni Allah je boleh membalas. 

Perlu ke selfie haha? Doakan saya jadi Director yang berjaya & bermanfaat kepada orang lain Aminn...

Coaching session ni biasanya santai-santai je yang penting kita dapat input. Time unit meeting benda biasa bila beauty consultant bawak anak, sebab Mary Kay sangat mementingkan balanced priority. Dari sekecik-kecik benda diajar contohnya macam mana nak buat online posting, cara yang berkesan untuk create engagement, berapa kerap patut share posting, money management, time management yang kita nampak macam remeh rupanya bagi impact yang besar dekat bisnes and juga diri kita. Bila semua benda dah tersedia macam ni, kita akan rasa malu nak bagi alasan lagi tau.

                  
 Lepas coaching session tu ada buat shooting untuk new eye palette tapi saya tak dapat join sebab nak bersama atuk & nenek yang datang dari jauh. Ingat balanced priority kan. And sebenarnya kami banyak jugak buat activity yang best tapi bermanfaat bila berkumpul sekali. Contohnya macam video tutorial kening yang saya pernah share dulu, itu sebenarnya hasil dari plan asal kami untuk buat skincare class dah tersasar sebab semua guests belah petang tak dapat datang. So dari kami melongo and membawang baik kita buat something yang berfaedah kan. Lagipun dekat centre memang ada ring light so gunakan sepenuhnya hehehe.

Nak berjaya dalam bisnes kena selalu menuntut ilmu. Kalau you all rasa macam dah kerap sangat bertukar-tukar bisnes macam saya dulu, cuba take time & reflect dekat mana silapnya. Adakah dari diri anda sendiri, ataupun dari product, ataupun takde education dari mentor? Ataupun mentor pun memang tak wujud?? Nak buat bisnes, first kena cari product yang bagus & bermanfaat. Secondly, tengok macam mana leaders atau business owner empower dia punya team, yang ni you all boleh stalk dekat social media. Pilih bisnes yang owner atau leader dia nampak aktif. Saya dulu main terjah je dalam Mary Kay, tapi Alhamdulillah syukur sangat-sangat berada dalam unit yang penuh kasih sayang. Saya tak kata Mary Kay ni untuk semua orang tapi kalau you memang berminat dalam bidang cosmetic and minat mencantikkan & membantu orang ain, then this is the one for you. 


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc




Friday 28 December 2018

Jenis Kulit Muka

"Tau tak kulit jenis apa?"

"Entahh..."

Daripada pengalaman saya sendiri lepas berzillion kali buat skincare & makeup class, rupanya ramai yang tak kenal ulit muka sendiri. And saya tak salahkan you all, sebab saya sendiri pun macam tu jugak dulu. Jadi hari ni saya akan share cara kenal kulit muka sendiri supaya takdelah susah nak pilih mekap & skincare nanti.

1. Kulit Normal


Kulit yang flawless, licin,  balanced & takde apa-apa masalah. Yang penting bukan kulit anda hahaha. Sebab kulit normal ni cuma untuk kulit baby and kanan-kanak je. Ada jugak berapa orang yang saya jumpa mengaku kulit dia normal hehehe nasib baiklah lepas tu kita betulkan balik.

2. Kulit Kering



Kulit kering ni biasanya nampak flawless, dia takde masalah roma yang teruk sangat and tak berminyak. Boleh jadi menggelupas jugak, and selalunya kita dah boleh nampak garis-garis halus. Time senyum tu nampak crack. Tapi tak semua kulit kering kena berkedut, mungkin dia belum lagi dapat kedutan tu anddd, kulit kering pun boleh berpeluh tau. 

3. Kulit Kombinasi



Berminyak zon T & sikit-sikit bahagian pipi. Liang roma visible tapi kebiasaannya tak teruk. Selalunya orang confuse dgn kulit berminyak. Kalau you all rasa macam berminyak sampai lencun je, jangan terus cop muka you all jenis berminyak. Kalau setakat berminyak certain tempat saja macam yang saya nyatakan walaupun rasa minyak tu banyak, anda masih dikira sebagai kulit kombinasi. 

4. Kulit Berminyak



Kulit yang paling critical, beza kulit berminyak dengan kulit kombinasi ialah kalau berminyak ni minyak dia sampai ke muka & bawah rahang. Lepas tu contohlah kalau dia lepas mandi, then duduk lima, sepuluh minit tengok tv dah keluar balik minyak. Biasanya yang kulit berminyak ni liang roma dia besar, and cenderung untuk ada masalah jerawat. 

Jadi inilah empat jenis kulit manusia, nasib baik lah empat jenis je kan tu pun dah pening haha. Sangat penting untuk kita identify jenis kulit sebelum beli mekap atau skincare supaya kita tak terbabas beli yang tak sesuai dgn kulit wajah. Kalau mekap ada ampun lagi, tapi bayangkan kalau skincare kita terbeli yang bukan jenis kulit kita, tak ke haru. Kalau anda perlukan advice saya untuk kenal jenis kulit sendiri, boleh contact je hokayy. Ingat, skin identification ni merupakan step yang paling crucial dlm regimen penjagaan kulit.


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc



Thursday 27 December 2018

Sunblock Terbaik

Assalamualaikum &  morning!

Siapa sini suka pergi holiday? Memang sedia maklum kan bila pergi holiday je muka sunburn, tapi tak bermaksud kita kena redha je tanpa ikhtiar. Hari ni saya nak share pasal secret weapon terbaik, Mary Kay Suncare SPF50.

Mary Kay Suncare ni merupakan sunblock yang paling power di Mary Kay yang paling tinggi which is 50++. Sebelum saya proceed lebih lanjut pasal suncare ni, jom tengok kejap common term dalam sunblock


🐾 SPF : singkatan kepada Sun Protector Factor.  Ia Menunjukkan berapa lama kulit kita akan di protect / will be protected from Sun damage/exposure.  

Contoh: SPF15 means 150 minit kulit kita akn di lindungi. SPF50 means selama 500minit kulit kita akan dilindungi.

🐾 UVB : kebiasaannya orang panggil "the burning rays" . Inilah yang menjadi punca sunburns kerana UVB adalah sinar cahaya yang merosakkan lapisan kulit paling atas (epidermis)

🐾UVA : merupakan sinar yang boleh menembusi lapisan awan, jerebu, dan glass windows. Ia juga boleh terpantul semula dari permukaan air, salji, tanah dan lantai. So jgn igt dok dalam rumah tepi tingkap tu tak kene UVA ya. UVA akan reach deeper berbanding UVB. Ia akan masuk jauh ke dlm skin hingga ke lapisan dermis dan merosakkn skin collagen dan elastin . Ia adalah salah satu punca kepada premature aging dan kedutan kulit berlaku sebelum waktu.

🐾PA : Ukuran yg digunakan utk jangka how much protection you're getting from UVA. Ada PA+ , PA++ , PA +++

Kenapa kena pilih Mary Kay Suncreen Broad Spectrum SPF 50?

1. Sebab dia ada broad spectrum - which means sesuatu produk tersebut dapat melindungi 
                                                        kulit dari UVA & UVB sekaligus

Inilah dua benda yang kita nak jauhi dari hidup kita - UVA & UVB

2. Mudah Meresap - takdelah kena tonyoh banyak kali walaupun tekstur suncare Mary Kay melekit sedikit disebabkan kandungan spf

3. Sesuai untuk kulit sensitif, dah diuhji secara klinikal untuk allergic & irritancy

4. Non-comodogenic ataupun dalam bahasa mudahnya tak menyumbat pori-pori

5. Sesuai untuk muka & badan

6. Waterproof - nak berenang pun takde masalah kulit burn

7. High volume - satu tube tu 115ml, bercinta jugak lah nak bagi habis


Sebenarnya Mary Kay Suncare ni kita tak digalakkan pakai n daily basis disebabkan kandungan spf yang sangat tinggi, tapi kalau nature kerja harian anda memang banyak terdedah dengan matahari macam site jobs ataupun athlete, kita akan recommend suncare yang ni. 

FYI kita memang banyak jenis SPF dalam Mary Kay. Semuanya bergantung kepada keperluan kulit dan lifestyle you all. Kerja dalam office ke, luar office ke, dalam rumah ke semuanya perlukan SPF. Kalau rasa tak pasti nak ambik SPF yang mana, boleh contact saya untuk dapatkan consultation.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Wednesday 26 December 2018

Cara Mekap Glowing


Assalamualaikum & good morning!

Nampaknya sekarang ramai suka trend mekap glowing kan? Amboii you all ni kalau bab mekap bukan main mengikuti perkembangan semasa, macam saya jugak kikiki.Jadi hari ni saya akan ajar simple tips macam mana nak buat mekap tu nampak glowing mowing.

1. Timewise Luminous Foundation



Foundation yang menghasilkan dewy look, buat muka nampak moist & glowing. Kalau pilih base yang glowing, memang glowing lah muka you all. Luminious foundation ni sebenarnya dihasilkan untuk kulit kering tapi kalau you all kulit combination pun boleh guna jugak, no worries. Untuk kulit berminyak, dinasihatkan guna Matte formula. 


Nampak kan dewy effect luminous foundation ni~

2. Mary Kay Sheer Dimension Powder Pearl



The simplest trick ever! Saya pernah share dekat sini pasal powder pearl. Powder Pearl ni sebenarnya highlighter yang kita apply dekat high points on the face - dahi, batang hidung, tulang pipi, cupid bone (bahagian atas bibir), and dekat hujung bawah kening. Saya personally lebih suka apply guna jari sebab nak nampak lagi berkilau hehe. 


Paling obvious nampak effect powder pearl ni dekat tulang pipi I & batang hidung, betul lah dia berfungsi untuk highlight muka kita kan😃

3. Mary Kay Finishing Spray
Bila dah siap makeup, kita akan spray benda ni untuk blend semua makeup bagi sekata & tak bagi makeup nampak cakey. Finishing spray ni jugak akan buat muka you all nampak lebih fresh & glowing, macam you all makeup lepas buat facial gittew.

Jadi itu je, tiga tips untuk makeup nampak glowing bak kata omputeh "glowing goddess". Kalau nak kulit glowing, pilihlah Mary Kay. Kalau nak makeup yang glowing pun, pilihlah Mary Kay jugak😃. Nak cuba secara percuma dengan saya, meh whatsapp kita😍.


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc




Monday 24 December 2018

The New Lumivie Serum

Misteri mutiara hitam...


Headline nak gempak je kan hehehe. Assalamualaikum & morning! Kita tinggal lagi berapa hari je nak masuk tahun baru fuhh nervous pulak rasa. Macam mana dengan azam tahun 2018? Saya ada yang tercapai, ada jugak yang masih in progress. Apa kata you all tambah satu azam lagi, untuk jadi lebih cantik  tahun 2019?😁 

Hari ni saya nak cerita pasal Lumivie - serum pencerah unggul. Actually Lumivie serum ni gantikan Melacep serum yang dah cukup awesome. Main ingredient dia adalah Tahitian Black Pearl - mutiara yang lebih mahal dari mutiara putih biasa.

Tahitian Black Pearl

Cantik kan? Macam pakai barang kemas pulak dekat muka. Kenapa Mary kay memilih mutiara hitam sebagai main ingredient Limivie serum? Jom kita tengok apa khasiat black pearl untuk kulit wajah;
  • bertindak melindungi & mecerahkan kulit, black pearl mempunyai daya ketahan yang sangat tinggi
  • merangsang tenaga dalam kulit supa kulit lebh 'revived'
  • menigkatkan daya tahan kulit
  • sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif

Banyak sangat khasiat black pearl ni, selain cantik buat barang kemas, cantik lagi kalau pakai di muka kan~

Now kita dah tau apa benefit Tahitian Black Pearl, jom tengok magic yang terjadi bila guna Lumivie serum dengan mutiara hitam;

Mary Kay Lumivie Intensive Serum
  • Mencerahkan kulit hingga ke tahap maksimum (sehingga secerah dada)
  • Memudarkan jeragat / pigmentation
  • Menghilangkan parut jerawat hitam
  • Menghalang pembentukan jeragat (ni penting ecspecially kalau you all berkulit cerah)
  • Sekatakan tona kulit
Ni Director saya selepas lima bulan penggunaan Lumivie serum yang berkesan~

Ni saya guna Melacep serum sebelum keluarnya Lumivie serum, dalam masa dua minggu muka sunburn dah cerah balik and parut jerawat dekat dahi hilang. Kalau guna serum Lumivie dah time ni mungkin sekarang dah nampak urat hijau kikiki...

"Berapa lama nak nampak kesan?"

Soalan famous yang selalu saya dapat. Effect pencerahan tu dah boleh nampak dalam masa dua minggu, tapi kalau you all ada masalah jeragat or parut hitam serius, dia akan ambik masa dalam sebulan dua untuk nampak surut. Sabar ialah kunci utama kalau nak cantik.



Adakah anda dah rasa dihantui dengan mutiara hitam? Agak-agak mimpi black pearl tak malam ni hehehe. Kalau you all nak cerah dengan selamat, mmg black pearl serum ni the best option. Tapi jangan lupa dapatkan consultation dari beauty consultant dulu untuk tahu kulit you all dah boleh pakai serum or belum. Boleh contact saya kalau anda masih belum mempunyai beauty consultant~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc



Saturday 22 December 2018

Suka Cleanser Berbuih?

Siapa dekat sini suka cleanser yang berbuih? Best kan, rasa puas and bersih je. Tapi best tu tak semestinya bagus. Jom tengok apa rahsia di sebalik cleanser yang berbuih-buih sampai boleh buat parti buih.

Pernah dengar tak term SLS? 

SLS adalah water surfactant atau ejen pembuih - to make the water wetter by reducing water’s surface tension. Nama penuh SLS adalah SODIUM LAUREL SULFATE or SODIUM LAURETH SULFATE. 

Ianya di buat dari asid sulfurik, monododecyl ester dan sodium salt. Pendek kata, SLS ni bukan semulajadi, tapi sintetik, dihasilkan dari BAHAN KIMIA.

SLS sintetik adalah BAHAN YG MURAH dan menghasilkan baaaaaanyak buih. Sebab tu bahan pencuci yg murah semua buih bukan main banyak.

Zaman sekarang orang ingat makin banyak buih, makin bagus kan? Salah tu! Asalnya SLS ni digunakan untuk PENCUCI LANTAI. Uiisshh seram kan.
.
Bayangkan benda yang asalnya untuk cuci lantai, kita guna kat MUKA kita, boleh bayangkan tak, kesian badan kita. Macam pakai floor cleaner untuk cuci muke. Ouchhh...

And additional info, Cleanser Mary Kay, TIADA BUIH. Melainkan formula untuk kulit berminyak, ada buih sikit untuk tarik minyak, taapi very minimum sampai nampak tak nampak je buih dia. 

Jom siapa nak cuba cleanser Mary kay yang tak berbuih, boleh roger saya. Sayangi kulit anda~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Thursday 20 December 2018

Nude Makeup

Assalamualaikum & good morning!

Memandangkan sekarang ni trend nude makeup, saya pun decide nak buat nude makeup jugak hehe. Of course menggunakan barang-barang Mary Kay. Sebelum ni nude look memang a big no bagi saya, sebab saya rasa cum orang kulit putih gebu cute-cute je yang sesuai buat look macam ni, rupanya tidak. Asalkan kita pandai sesuaikan dengan colour kulit, Inshaallah apa-apa jenis makeup pun nampak cantik.


Inilah nude look yang saya buat dengan Mary kay makeup. Tak heavy sangat kan, kita nak sweet-sweet je & disukai bakal ibu mertua hamboiii.

Makeup ni nampak simple je kan, jadi saya pun guna barang-barang yang simple supaya senang you all re-create semula. Blusher tu saya buat sebagai eyeshadow jugak. Jom tengok full products yang saya guna.

BASE

Tak boleh tak ada. Timewise Liquid Foundation ni memang kesayangan, nampak size comel tapi tahan 8 bulan - setahun. Pilih formula yang sesuai dengan kulit you all, saya guna kan Luminous formula utk kulit kering. Kalau you all kulit combination atau berminyak, sila guna matte formula. Pakai sikit je cukup utk cover cela di wajah tanpa buatkan muka you all nampak macam plastik.

EYE LOOK

Saya guna blusher in Ripe Watermelon utk create pinky pastel look. Blusher Mary Kay mmg sangat pigmented tau. Lubang-lubang tu bisalah, saya kan ganas huhu.

Untuk bahagian crease pulak, saya letak blusher Shy Blush. Suka blusher ni sbb dia ada shimmer tapi tak over. Shimmer tu balancekan colour dia yang soft. 


Finally saya pakai eyeshadow sebenar untuk buat smokey eyes. Colour Espresso, kening pun saya suka buat pakai dia eye colour ni jugak.

Kalau yang tak suka pakai eyeliner, this is the best mascara for you! Bagi effect bulu mata Che' Ta tau. Tak payah pakai eyeliner pun mata tetap naik. Saya ada share dgn detailed dekat sini

Haa gini hasil dia, sesuai untuk everyday look kan. Untuk pipi saya guna blusher yang sama saya pakai dekat crease, cheek colour in Shy Blush.

Then untuk set the whole face, saya gunakan Mineral Powder Foundation in Ivory 2. Suka finishing dia yang matte & natural, particle bedak yang sangat halus sampai dapat melitupi cela di wajah (garis halus, liang roma, eyebags etc).

Lastly, saya akan pakai my favourite nude lipstick in Tranquil Toffee. Suka colour ni sebab inilah satu-satunya nude yang tak buat saya nampak macam sakit. Kalau anda kulit tanned atau kulit gelap, pilih nude lipstick yang sesuai tau. Jangan tengok Neelofa pakai cantik then kita expect sesuai dengan kita jugak. 

Jom saya belanja sikit gambar-gambar dengan nude makeup Mary kay, masa ni otw ke skincare class, sempat lagi kan😃.


So what do you think about this look? Saya ni bukanlah MUA, tapi bolehlah sikit-sikit dari yang saya belajar dekat kelas-kelas Mary Kay. Kalau rasa nak cuba semua yang saya list kan for free, boleh contact saya okayy, kita set date & time. Bolehlah you all belajar buat nude look tanpa eyeliner~


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc




Monday 10 December 2018

Kelas Mekap Percuma di Putrajaya


You are invited! Jom datang ramai2 meriahkan open event kami. Semua FREE & ladies only! Anggaplah ni sebagai "me fime" yang kami hadiah kan utk anda. Boleh whatsapp saya utk details & RSVP. 


Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra