Friday 28 December 2018

Jenis Kulit Muka

"Tau tak kulit jenis apa?"

"Entahh..."

Daripada pengalaman saya sendiri lepas berzillion kali buat skincare & makeup class, rupanya ramai yang tak kenal ulit muka sendiri. And saya tak salahkan you all, sebab saya sendiri pun macam tu jugak dulu. Jadi hari ni saya akan share cara kenal kulit muka sendiri supaya takdelah susah nak pilih mekap & skincare nanti.

1. Kulit Normal


Kulit yang flawless, licin,  balanced & takde apa-apa masalah. Yang penting bukan kulit anda hahaha. Sebab kulit normal ni cuma untuk kulit baby and kanan-kanak je. Ada jugak berapa orang yang saya jumpa mengaku kulit dia normal hehehe nasib baiklah lepas tu kita betulkan balik.

2. Kulit Kering



Kulit kering ni biasanya nampak flawless, dia takde masalah roma yang teruk sangat and tak berminyak. Boleh jadi menggelupas jugak, and selalunya kita dah boleh nampak garis-garis halus. Time senyum tu nampak crack. Tapi tak semua kulit kering kena berkedut, mungkin dia belum lagi dapat kedutan tu anddd, kulit kering pun boleh berpeluh tau. 

3. Kulit Kombinasi



Berminyak zon T & sikit-sikit bahagian pipi. Liang roma visible tapi kebiasaannya tak teruk. Selalunya orang confuse dgn kulit berminyak. Kalau you all rasa macam berminyak sampai lencun je, jangan terus cop muka you all jenis berminyak. Kalau setakat berminyak certain tempat saja macam yang saya nyatakan walaupun rasa minyak tu banyak, anda masih dikira sebagai kulit kombinasi. 

4. Kulit Berminyak



Kulit yang paling critical, beza kulit berminyak dengan kulit kombinasi ialah kalau berminyak ni minyak dia sampai ke muka & bawah rahang. Lepas tu contohlah kalau dia lepas mandi, then duduk lima, sepuluh minit tengok tv dah keluar balik minyak. Biasanya yang kulit berminyak ni liang roma dia besar, and cenderung untuk ada masalah jerawat. 

Jadi inilah empat jenis kulit manusia, nasib baik lah empat jenis je kan tu pun dah pening haha. Sangat penting untuk kita identify jenis kulit sebelum beli mekap atau skincare supaya kita tak terbabas beli yang tak sesuai dgn kulit wajah. Kalau mekap ada ampun lagi, tapi bayangkan kalau skincare kita terbeli yang bukan jenis kulit kita, tak ke haru. Kalau anda perlukan advice saya untuk kenal jenis kulit sendiri, boleh contact je hokayy. Ingat, skin identification ni merupakan step yang paling crucial dlm regimen penjagaan kulit.


To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc



No comments:

Post a Comment