Wednesday 28 March 2018

Tips Mengatasi Jeragat


Jeragat ooo jeragat...
Kenapa kau perlu wujud...ish tak baik tau persoalkan ketentuan. Tapi memang ramai tak suka jeragat termasuklah saya. 

Kenapa jeragat ni wujud?
  • Hormon (biasanya time pregnant)
  • Pendedahan terhadap matahari tanpa protection
  • Salah guna skincare
  • Genetic
  • Tak jaga kulit dengan betul

Jeragat ni terbentuk bukan 1-2 hari, tapi bertahun lamanya duduk di bawah kulit. Kalau kita abaikan penjagaan kulit di waktu muda, jeragat akan lagi mudah terbentuk.

Jeragat tak boleh hilang sepenuhnya, TAPI boleh dipudarkan sampai almost taknampak atau hampir sama dengan warna kulit.

Sy sharekan beberapa tips penjagaan kulit base on experience saya handle customer2 yang ada maslaah kulit jeragat utk bantu kurangkan and pudarkan jeragat.

1. Pastikan Kulit Tidak Kering


Bila permukaan kulit kering, jeragat sangat mudah merebak😧. Jeragat ni bukan macam duit yang kita suka kalau bertambah, tapi lagi menambahkan stress adalah. So make sure you all tak miss pakai pelembap setiap hari, and pelembap tu mestilah cukup lembap ya untuk jenis kulit you all. Jangan lupa minum air secukupnya.

2. Mesti Guna Sunblock

Haa ni ramai ingat asal kena matahari je hitam, so macam mana yang kulit dia jenis susah sunburn, adakah tak perlu SPF? Semua perlukan spf ya kalau tak kulit you all senang berjeragat bila terkena sinaran mentari. Lagi hardcore you punya aktiviti lagi tingi spf yang diperlukan tapi sebaiknya jangan lebih SPF50. Matahari ni banyak keburukan dekat kulit kita contohnya menggalakkan kedutan & jeragat tapi tak bermaksud kita kena duduk rumah je macam puteri lilin yang lifeless. You all masih  boleh keluar ya sayang-sayang tapi jangan lupa protection.


3. Guna Skincare Yang Khusus Untuk Jeragat



Pilih skincare yang ada brightening function sebab nak pudarkan jeragat di wajah dan sekatakan tona kulit. FYI jeragat tak boleh hilang ya, cuma boleh dipudarkan. Kalau untuk Mary Kay saya akan suggest Melacep set sebab Melacep ni merupakan range dari Korea yang membantu mencerahkan wajah & mengurangkan pigmentation. Ecspecially serum dia, sebab serum dapat tembuh jauh ke dalam kulit sehingga ke lapisan dermis.


Testimoni BC unit area kami yang ada masalah jeragat

4. Elakkan High Chemical Skincare (Mercury / Hydroquinone)


Ermm ni yang paling berkesan nak hilangkan jeragat you all, sekali kikis semua habis. Kenapa skincare macam ni cepat betul nampak flawless ya? Sebabnya dia bersifat menggelupas dan mengikis lapisan epidermis, itu ang boleh putih dalam masa 3 hari, flawless dalam seminggu. Too good to be true! Mula-mula memang lawa, lepas tu kulit anda yang nipis tu jadi makin sensitif cahaya and makin mudah diserang jeragat. Elok-elok nak kurangkan jeragat jadi makin bertambah pulak huhuhu seram.

5. Konsisten Mask & Scrub



Kita kena buat exfoliating sekurang-kurangnya dua kali seminggu sebab nak buat kulit mati yang terhasil setiap hari tanpa MC. Bila kita sental dengan mask atau scrub, dia akan membantu kurangkan jeragat dengan buang kulit mati yang overlap dan renew sel-sel kulit kita. Tapi kalau anda pernah ada sejarah guna high chemical skincare, DILARANG PAKAI SCRUB / MASK sebab kulit you all tengah nipis dan lapisan epidermis tu belum renew lagi. Sila dapatkan nasihat dari beauty consultant anda ataupun dari saya kalau belum ada beauty consultant lagi. 

Jadi itulah sahaja sharing saya tentang jeragat hari ni. Kalau anda perlukan further details tentang permasalahan jeragat, boleh contact saya ya. Jeragat ni berpunca dari nature jugak, tapi kita sendiri boleh mencegah dengan amalan penjagaan kulit yang betul & konsisten. 

To contact me, please clickπŸ‘‡πŸ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Sunday 25 March 2018

Muka Breakout

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu!😊

Hari minggu yang indah ni, saya nak kupas tentang satu topic yang kurang indah, iatu masalah muka breakout. Muka breakout ni bila tiba-tiba jerawat menyerang berjemaah, kebiasaannya disebabkan salah guna produk. Apa itu produk yang salah?? Mestilah produk yang mengandungi merkuri, hidrokuinin & tretinoin. You all tak ayah susah-susah pergi check packaging, takkanlah pengilang nak declare letak chemical berbahaya kan. Kalau dalam Mary Kay, kita sebut produk-produk bahaya ni sebagai produk peeling. 

Produk peeling ni memang tunaikan janji dia untuk bagi you all cantik, tapi dengan cara menghakis lapisan epidermis. Tengok salah satu ingredient dia - Hidrokuinin. Hidrokuinin ni sebenarnya peluntur yang juga digunakan untuk menghakis kulit. Mana tak cantik ko kalau dah hakis suma kat atas kulit kan. Sebab tu biasanya muka pengguna produk peeling ni nampak nipis. Lepas tu glowing & pinkish sebab lapisan atas dah takde. Tapi cantik sementara je tau.

Antara contoh skin breakout yang serious

Jadi apa yang patut dibuat kalau kita rasa macam dah terpakai produk peeling?

Kena STOP serta merta!!

Then kena freekan selama sebulan. Tak kisah kalau you all pakai produk-produk tu 5, 6, 7 tahun yang lepas ke tetap kena freekan muka sebulan - tak boleh pakai apa-apa skincare dalam tempoh tu. Mekap boleh pakai. Tempoh detox ni sangat penting sebab kita nak bebaskan kulit dari chemical berbahaya & juga sebab lapisan kulit akan diperbaharui dalam masa 28 hari sebab tu lah kena ambil masa sebulan ya sayang-sayang semua.


Lepas detox, nak buat apa pulak?

Lepas detox, you all boleh proceed dengan pakai certain products sahaja, sebab skin belum ready untuk terima full set. Fokus utama after detox ialah bersihkan lagi ulit dari sisa chemical berbahaya, merawat & menyihatkan kulit.



Compulsory Items

1. Cleanser

Untuk mangsa peeling, tak banyak pilihan produk untuk you all. Cuma boleh guna cleanser Botanical untuk permulaan sebab Botanical Effects merupakan skincare series yang paling mild dan sesuai untuk kulit nipis & sensitif.

2. Supplement

Intense Moisturising Cream (pink) untuk kulit kering & Oil Free Hydrating Gel (purple) untuu kulit kombinasi / berminyak. Dua kembar tak seiras ni membantu untuk keluarkan sisa chemical yang terperangkap dalam kulit. Sesuai untuk redakan rashes merah2 ecspecially bila kena matahari and tolong kecutkan jerawat jugak. Secially designed for those with sensitive skin. 


Additional Items

1. Foundation Primer


Foundation primer yang berfungsi sebagai makeup base untuk buat mekap tahan lama, conrol minyak and kurangkan ketaraan pori2. Ada spf15 yang highly recommended untuk mangsa peeling sebab tak boleh pakai spf yang tinggi2 lagi selagi mana kulit tengah nipis. 


2. Clearproof Spot Solution

Haa yang ni untuk letak atas jerawat batu untuk tolong kecutkan jerawat - Clearproof Spot Solution

3.Liquid Foundation  Matte Type 

Liquid Foundation ada dua jenis, Matte untuk kulit kombinasi / berminyak dan Luminous untuk kulit kering. Tapi untuk mangsa peeling, saya akan advise untuk you all pakai jenis MATTE walaupun kulit kering. Sebab CC Cream and Luminous foundation ada bahan aktif yang takut bertindak balas dangan bahan-bahan chemical produk peeling.


Done~ Hopefuly entry kali ni dapat memberi kesedaran and bagi idea dekat you all apa yang patut dibuat. Jangan ambil ringan tentang apa yang kita letak dekat muka, sebab 60% akan masuk dalam darah. Need help regarding your skin? I'm more than happy to share :)

To contact me, please clickπŸ‘‡πŸ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Saturday 24 March 2018

Lipstick Nightmare



TIPS MENGENAI LIPSTIK YG PERLU ANDA TAHU:

1. Elakkan lipstik 'ikut warna darah' kerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit bibir kering dan kehitaman. Bahan kimia ini bertindakbalas dengan suhu dan pH kulit untuk menghasilkan warna merah.

2. Elakkan lipstik yang mengandungi 'dye'. Dye akan menyebabkan kulit rosak dan sukar untuk mengembalikan warna asal bibir. Jika lipstik tahan terlalu lama (atau sukar untuk dicuci) ia mesti mengandungi dye.

3. Lipstik TERBAIK ialah YANG MUDAH DICUCI. Anda boleh perhatikan apakah lipstik anda masih melekat dibibir ketika dicuci. Jika ya, berhenti memakainya kerana sukar untuk mengambil wuduk.

4. Elakkan lipstik yang mengandungi paraben sebagai pengawet.

5. Elakkan memakai lipstik yang berharga terlalu murah kerana ia pasti menggunakan bahan-bahan murah dan akan merosakkan bibir dalam jangkamasa panjang.

6. Kenali pengeluar lipstik kerana kita perlu pastikan bahan-bahan yang digunakan bukan daripada sumber haiwan.

7. Pilih lipstik yang boleh memelihara bibir dalam jangkamasa panjang.

8. Jaga bibir baik-baik kerana bibirlah tempatnya kita berkata-kata, senyum dan mencium orang tersayang.

Thursday 22 March 2018

My First Swatch Video

Assalamualaikum & morning!

You all sihat ke? Saya Alhamdulillah sihat & happy je as always, especially dengan kehadiran lipstick baru; Mary Kay Semi Shine Lipstick. And ni merupakan first time saya buat swatch video sebab renyah sebenarnya huhu. 



You all perasan tak macam banyak colour ala-ala nude? Sesuai untuk majlis formal ang casual. Saya suka semi shine lipstick ni sebab tekstir dia seakan2 semi matte tapi finishing lagi moist. Ada 9 colour menarik untuk you all try. Boleh contact saya untuk free trial okayy :).
Behind the scene... Yes I did notice my grammatical errorπŸ˜‚

To contact me, please clickπŸ‘‡πŸ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc



Wednesday 21 March 2018

Glamorous Party

Assalamualaikum & morning!


Saya tak boleh move on lagi dengan party hari Sabtu lepas. Ehh jappp, jangan panik bila saya mention party tau. Saya pergi party yang fun tapi bermanfaat. 

 Haa ni lah party yang saya maksudkan. Jangan salah paham naa~


 So basically unit kami buat mask party, lipstick party and skinvigorate party dan party ni terbuka kepada public. And macam biasa lah kalau mary kay mesti buat free je kan and yang tak tahan tu pot luck makanan havoc2 jugak.


Macam biasalah sebelum start apa2 aktivit kita akan nyanyi enthusiasm song dulu


Tadaa~ lain kan saya hari ni. Ada kisah di sebalik nude look ni. Tema Green Purple hari tu sebab nak ikut colour limite edition skinvigorate. Saya tak banyak colour hijau and terpaksa pinjam tudung kawan tapi kawan saya pun ada colour hijau yang soft2 je. I ni dahlah asalnya tak suka colour lembut sebab rasa tak confident. Tapi sebab terpaksa gagahkan pakai tudung kawan ni and untuk bibir  pulak, sebenanrnya pakai lipliner coral je tu. Mula2 niat nak coat semi shine lipstick Tranquil Toffee tapi bila dah habis sapu lipliner satu bibir, eh rasa cantik pulak colour ni tak jadi nak coat dengan lipstick dah. Ramai puji mekap saya hari tu and kata saya nampak lain sebab biasa pakai warna gelap or warna garang je. So memang kita ni kena berani keluar comfort zone and cuba benda lain. Lepas ni nak tambah koleksi tudung passtel yezzz ada alasan shopping haha.



Skinvigorate Party

Wahh cuba tengok beza "Before After" ni scary dak


Mask Party

Sementara menunggu mask kering saya share pasal I-Story dulu Mashaallah saya ni suka sangat bengkok kaki tauπŸ˜‚



Lipstick Party


Hari tu jugak ada buat birthday surprise untuk Director we all I pulak yang excited

Saya dengan guest merangkap customer saya. Berapa kali plan nak jumpa asyik tertangguh sebab komitmen masing2 Alhamdulillah dapat jumpa akhirnya and seronok nagi dia try produk2 mary kay masa party. Dia pun bagi feedback best and entah2 dia lagi takleh move on dari saya.


Overally, it was a perfect day. Guest saya dapat datang walaupun lambat and kami dapat berpartyy dengan seronoknya sambil2 kutip lilmu. Seronok bonding2 dengan mk sisters and depa pun bawak husband and anak2. Makanan? Kek Secret Recipe, spaghetti, sandwich, pizza, apam balik and macam2 lagi. Jangan tanya diet ke mana hahaha. Siapa teringin naj buat skincare / makeup party macam ni? jangan segan silu contact saya okay :)

To contact me, please clickπŸ‘‡πŸ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc




Wednesday 7 March 2018

Tips Kurus

Assalamualaikum & good morning! 

Hari ni off topic sikit saya nak cakap pasal kesihatan. Sebab dari kesihatan tu datangnya kecantikan, betul tak?

Bukan senang kan nak kurus, tiga hari je boleh konsisten jaga makan & bersenam lepas tu ke laut. Memang susah nak konsisten kalau you all terus plan extreme workout persis ahli bina badan. Kenalah mula dengan baby step dulu ya so takdelah hangat-hangat tahi ayam je. Hari ni saya share tips-tips kurus yang mudah. Yang penting kita kena tackle psikologi kita dulu.


Potong makanan sekecil mungkin atau koyak menjadi cebisan sebelum makan. Secara psikologinya bila anda makan berulang-ulang benda sama sebab dah potong kecil-kecil, otak anda akan beritahu badan anda "CUKUP". 

Gunakan bekas kecil ni lebih kurang sama psikologinya dengan potong makanan kecil-kecil. Bila guna bekas kecil kita kena ceduk nasi contohnya dengan lebih kerap dan makan berulang buat otak kita kata "CUKUP".

Ni pun penting. Kalau anda suka menyinggah ke convenient store ke, pasar malam ke mesti anda banyak "terbeli". Selagi boleh elakkan ke kedai, kalau nak beli prepaid contohnya beli je online. Mungkin anda rasa anda cuma ambil aiskrim seringgit yang innocent tapi anda tahu tak nilai kalori dia dah sama dengan sepinggan nasi.



Haaa yang ni sangat bahaya. Tengok je bila ke bazar masa bulan puasa berapa banyak yang kita beli dan buang. Tak eloknya membazir. Jadi sila membeli sebelum anda rasa lapar dan masih boleh membuat pertimbangan yang waras hehehe.


Tips yang ni boleh relate dengan membeli ketika lapar dan bila kita memang terpaksa ke kedai. Sediakan senarai dan lebih baik letak harga sekali supaya kita insaf awal-awal hahaha. Memang anda rasa boleh tipu diri sendiri tapi percayalah kita akan rasa bersalah nak tipu lebih-lebih tau.


Tips simple je tapi sangat berkesan. Tak perlu minum bergelen-gelen cukup 2 1/2 gelas hingga tiga gelas green tea untuk membakar dalam 100 kalori. Paling best green tea juga membakar lemak di bahagian perut yang you all sibuk nak sorok tu hehehe.


Zero cost dan boleh dibuat di mana-mana. Di tempat kerja boleh naik tangga dari guna lif. Parking kereta di tempat jauh sikit untuk paksa diri berjalan-jalan. Kalau tak ada kerja nak buat waktu petang-petang hujung minggu ajaklah anak-anak ke taman dari asyik online facebook dan menambahkan lemak punggung!


Liang Roma Besar

Saya bukanlah dilahirkan dengan kulit gebu halus mulus. Zaman remaja saya menderita masalah jerawat yang serius and Alhamdulillah semua jerawat hilang bila kita meningkat dewasa. Tapi kesannya sampai ke hari ini, masih nampak liang roma dengan jelas.


Sebab tu lah saya gunakan serum Pore Minimizer untuk menghaluskan & mengurangkan ketaraan pori. Kena ada jugak item lain untuk exfoliation supaya serum lebih berkesan meresap dengan jauh ke dalam kulit. Jadi saya pilih Timewise Repair Facial Peel sebagai advanced exfoliation untuk membantu serum bekerja dengan lebih berkesan😊



Mary Kay Pore Minimizer - tahan setahun sebab  letak dekat pori je


Timewise Repair Revealing Radiance - berfungsi macam scrub untuk bersihkan pori bagi membuka laluan dan memudahkan kerja Pore Minimizer


Nak mekap tebal-tebal tak sanggup, so apa kata kurangkan penampakan pori-pori dekat wah. Remember, your skin comes first before the makeup :)

To contact me, please clickπŸ‘‡πŸ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Sunday 4 March 2018

Jenis-jenis Mask Mary Kay

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu!

Hari cuti-cuti macam ni baik kita manjakan diri dengan mask kan. Selain dapat "me time" sekejap muka pun jadi lebih berseri. Tahukan anda Mary Kay mempunyai banyakkk sangat mask untuk disesuaikan mengikut jenis kulit?  Lets check them out!


Melacep mask untuk mencerah. Renewing Gel Mask a.k.a mask yang boleh bawak tido dan mencantikkan kulit semasa kita tido. Baru betul puteri beradu kan.

Botanical mask diformulasi untuk menyihat kan kulit. F1 untuk kulit kering, F2 kulit kombinasi dan F3 untuk kulit berminyak.

Ni scrub Botanical Effects evolution untuk orang yang nak cepat dan pantas je. Dia punya cepat tu macam kita cuci muka setiap hari tak payah nak tunggu kering bagai. 



Microdermabrasion Refine (belah kiri) untuk mengurangkan ketaraan pori-pori dengan cara membersihkan liang roma dari segala kotoran dan debu supaya Pore Minimizer dapat bekerja dengan lebih baik selepas scrubbing. 


Charcoal mask yang betindak macam magnet tarik keluar segala kotoan & minyak, Saya suka sangat bau chorcoal dia yang halus dan berangin rasa macam terapi gittew. Sesuai untuk mengecutkan jerawat juga.

Mask yang berikan effect runcing & pipi naik dalam masa 20 minit. Apa-apa yang bernama Timewise Repair memang kerja dia nak menegangkan je. Dia punya effect kelembapan bertahan sampai dua minggu tau.

My favourite, Revealing Radiance Facial Peel. Advanced exfoliation sebab tu muka rasa macam baby je lepas guna. Saya guna ni untuk kurangkan muka menggerutu akibat masalah jerawat bertahun-tahun dahulu.


Saya ada hampir semua mask untuk bagi orang try. Ada yang saya beli ada jugak yang saya dapat free. Tapi bila pakai mask Mary Kay ni memang kita ambil masa lama nak move on tau. Kalau rasa nak ber"masking party" dengan saya, you all jangn segan-segan nak melawa ni whatsapp je saya okay.

To contact me, please clickπŸ‘‡πŸ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Limited Edition Mangosteen Purple Skinvigorate

Assalamualaikum & morning!


COMBO SPECIAL !!!
Si Purple Menawan Kembali πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»

Special Edition Skinvigorate Brush kembali memukau semua.
Didatangkan dengan kehebatan yang sama tapi warna lebih ceria. 

Lepas ni makin rajin cuci muka 😍

Apa yang best nya skinvigorate cleansing brush ni sebenarnya?
Mary Kay SkinVigorate adalah teknologi tinggi dengan harga yang mampu milik berbanding brand lain yang setaraf dengannya kerana : 

1. Teknologi Circulation.
Beza antara circulation dgn vibration, kalau circulation dia membersih dalam pori dengan lebih deep & clean. Plus Skinvigorate punya circulation 1 pusingan umpama 400 kali cucian.
Vibration more kepada massage & urutan 😊

2. Brush pulak dari jenis super soft bristles. And ada 20 ribu helai brush halus dekat kepala brush skinvigorate tu

3. Benefits untuk cleansing & massage.

4. 1 year warranty + satusfaction guarantee. Kalau rosak or cause irritation pada skin boleh tukar barang lain dengan company.





To contact me, please clickπŸ‘‡πŸ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc