Sunday 28 June 2020

Kenapa Kulit Kering?

Bila pegang rasa kering kontang, ada yang sampai menggelupas, ada yang sampai berdarah😨 Kulit pun mudah rasa ketat, especially bila senyum. Ada yang nampak smooth tap bila disentuh rasa kasar. Ada yang memang nampak flaky dari jauh. Inilah simptom biasa kulit kering. Jadi hari ni saya nak share kan punca-punca yang menyumbang kepada kulit kering and diharapkan dapat membantu you all😊

1. Cuaca

Cuaca yang sejuk memang akan membuatkan kulit kita jadi lebih kering sebab suhu dan kelembapan udara menurun. Saya ada customer yang kerja London - Malaysia so setiap kali dia travel ke London dia akan tukar ke moisturizer untuk kulit kering walaupun kulit dia asalnya kulit kombinasi. Alahh tak payah pi jauh, bila kita pi Cameron Highland pun kulit dah jadi kering. Macam tu jugak bila kita pi. Sama jugak bila kita pergi ke kawasan yang panas dan kering kulit akan jadi lebih kering disebabkan dehydration. Nampak tak mcm mana cuaca memainkan peranan penting dekat kulit kita. Kita tak boleh ubah cuaca, tapi kita boleh pakai moisturiser😀

2. Aircond
Berbalik kepada point nombor 1, bila cuaca sejuk kulit kita mudah kering. Sama jugak dengan kes bekerja dalam aircond. Sebab tu dalam consultation saya akan tanya sekali lifestyle contohnya kerja dekat tempat macam mana, ada resdung or allergic. Jadi silalah pakai moisturiser ya tuan-tuan & puan-puan.

3. Kurang Minum Air

Haa ni ramai yang dah selalu highlightkan kepentingan minum air yang secukupnya bukan saja dari segi kesihatan, tapi dari segi kecantikan jugak. And scary fact; bila kita kurang minum air kulit kita akan cepat tua😱

4. Hormon
Ini benda yang sangat biasa berlaku dekat perempuan - bila period kulit naik jerawat. Bila pregnant kulit kering. And saya sendiri bila terlalu stress or penat kulit akan jadi kering jugak. Kalau kita dah dapat agak bila hormin jadi tak menentu contohnya tarikh anggaran period, kita boleh buat adjustment siap-siap dekat skincare regiment kita.

5. Air Mandian
Mandi dengan air panas setiap masa boleh menyebabkan kulit kehilangan lembapan semulajadi dan menjadi kering. And kalau kita selalu berenang dalam swimming pool yang banyak chlorine pun akan menjadikan kulit kering. 

6. Kimia Dalam Sabun & Syampu

Kebanyakan sabun mandi, syampu dan sabun basuh menarik keluar kelembapan asal kulit sebab pembersih tu semua dicipta untuk membersihkan minyak. Kalau you all ada masalah kekeringan kulit yang serius, sila guna personal care yang memang dicipta khas untuk kulit sensitif.

7. Penyakit

Penyakit seperti eczema dan psoriosis boleh mengundang kepada kekeringan kulit. Kalau kes macam ni, kita akan minta customer refer doktor dulu sebelum dapatkan consultation dari kami. 

Untuk kulit kering, kalau you all mengalami kekeringan yang serius sila refer pakar. Tapi kalau kering biasa-biasa saja, focus kepada produk penjagaan kulit untuk dry skin. Kalau nak tahu produk Mary Kay untuk kulit kering, boleh refer posting saya sebelum ni; Penjagaan Kulit Kering. Semoga bermanfaat!

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Friday 26 June 2020

Microdermabrasion Set Berwajah Baru!

Assalamualaikum & morning!

Kali ni bukan update mengenai produk baru, tapi packaging baru😀 Microdermabrasion Set or nama mudahnya set pori sekarang dah berwajah baru! Nak pinky-pinky jugak hehe. Bila dah bertukar warna kita pun semakin semangat nak pakai iya dokk.

Ishh laser betul Captain Jack ni,,, tapi kalau anda rasa ada masalah pori terbuka yang obvious memang patutlah cuba Microdermabrasion Set. Macam tu jugak dengan parut berlubang. So basically ada dua item dalam Microdermabrasion Set ni;

Microdermabrasion Refine

Scrub halus yang bantu bersihkan pori dari segala habuk, debu & sisa mekap dan seterusnya melancarkan kerja Pore Minimizer.

Pore Minimizer

Membekalkan protein di kawasan sekita pori jadi kulit di kawasan tersebut akan lifted up dan seterusnya mengecilkan pori. Pore Minimizeer juga tolong protect kulit kita dari habuk & debu.

In a simpler words, Microdermabrasion Refine ni ibarat kertas pasir, Pore Minimizer pula macam syelek kita sapu kat kau. Sebelum sapu syelek kita kena ratakan permukaan kayu dulu kan. Haa gitulah konsep dia. Dekat sini saya juga nak sharekan sebagahagian testimoni Microdermabrasion Set. 

Ni packaging lama, yang model ni sebenarnya adalah salah satu Sales Director in Mary Kay - Kak Ayien😍

Ni pore minimizer yang saya pakai sampai sekarang, sebab saya jugak ada masalah pori terbuka.

Dalam 14 hari dah nampak kesan, tapi apa pun bergantung kepada keadaan kulit you all. Kalau jenis parut dalam dia akan take time sikit.

Kalau parut jerawat hitam macam mana pulak?

You all boleh refer dekat entry saya yang ni, Cara Hilangkan Parut Jerawat saya buat special posting megenai parut sahaja.

Jadi itulah di kisah Microdermabrasion Set. Kalau you all nak jadi antara salah seorang yang terawal di Malaysia yang menggunakan Microdermabrasion Set yang baru, boleh whatsapp saya tau. Kita guide cara jadi cantik & flawless😍

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Tuesday 16 June 2020

Mary Kay Lash & Brow Building Serum Review

Assalamualaikum & morning! 😍

Hari ni saya nak share pasal satu produk yang saya tak pernah kupas lagi. Mary Kay Lash & Brow Building Serum. Sebenarnya serum ni dah lama wujud cuma saya tak terbukak hati nak try. Sampailah recently saya menghadapi nightmare sebab bulu mata selalu gugur. Seram sis. Dahlah bulu mata jenis nampak tak nampak so bayangkan kalau gugur lagi boleh botak mata I huhu.

Mary Kay Lash & Brow Building Serum

Dia sebenarnya datang dalam casing begini

So ini rupa dia lepas kita buka, ada brush untuk kita sapu di alis mata tempat bulu mata tumbuh & dekat bulu kening

Jom tengok apa function Lash & Brow Building Serum;

  • membina bulu mata yang kelihatan lebih lebat & penuh
  • membaiki penampilan bulu mata dan bulu kening yang nipis & jarang
  • meningkatkan jumlah bulu mata
  • menampilkan bulu kening yang lebih sihat

Haa ni mata saya, macam saya cakap bulu mata tu macam ada takde je kan😆 time ni rasanya tak sampai lima hari guna Lash & Brow Building Serum. Nanti lepas sebulan saya share result dia okay~

Ni mat salleh punya testimoni, so sepatutnya dalam sebulan kita dah nampak beza dia. Uishh tak sabar nanti bolehlah I jadi Che' Ta😍

Kalau you all ada masalah bulu mata botak or kening nipis, boleh try serum bulu mata ni tau. Dia akan menguatkan akar bulu mata kita so takdelah asyik nak berguguran je. Berminat boleh dapatkan dari saya okay, your trusted beauty consultant😊

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Tuesday 9 June 2020

Mary Kay June's Special

Hari ni saya nak share berkenaan on the go palette yang patut dimiliki semua wanita. Sebenarnya palette baru baru ni very compact dan nipis, muat masuk poket tau tapi sangat complete. Ada eyeshadow, blusher, contour powder & highlighter! Eh macam item untuk advanced makeup je kan.

Oh yess, palette Mary Kay you all boleh pilih and susun sendiri. Takde istilah beli satu palette banyak-banyak warna pastu end up pakai dua warna je. Haa tu macam saya lah dulu😂

Ini pilihan warna-warna blusher yang you all boleh pilih. Mengancam kan semua😀 ada yang ada shimmer ada yang takde, terpulang you all suka yang macam mana. 

Ni pulak highlighter & contour powder

Highlighter
Glazed tu colourless , Honey Glow pulak macam peachy sikit. Jujur cakap saya pun tak tahu nak pilih yang mana sebab dua-dua cantik.

Contour Powder
Warna Latte untuk yang kulit cerah, kulit tanned guna warna Cocoa. Tapi saya sendiri prefer warna Cocoa walaupun saya ni kira cerah jugak. Takpe sebab dia punya pekat tu kita boleh control. 

Untuk colour cosmetic Mary Kay, you all jangan risau sebab dia sangat pigmented, setaraf dengan counter brand. Kesemua kosmetik MAry Kay adalah mineral based and takkan merosakkan kulit you all. Tapi janganlah pi tidur dengan mekap pulak hihi. Bulan ni ada promo best tau untu on-the-go palette tu. Boleh dapat free makeup remover & free casing😍